BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 22 August 2009

Apa itu Istidraj?

> Apa itu Istidraj...

> Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang
> kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan
> spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu
> selalu melakukan kemungkaran? ".
>
> So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah
> swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan
> hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana
> keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu
> akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya
> jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi
> jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka
> sesungguhnya dia telah menimbulkan
> kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan
> ustazah sekolah rendah dulu.
>
> Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa
> tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu
> tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau
> kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus
> berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan
> suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali
> berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita
> taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.
>
> Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very
> relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan
> timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar
> nanti. InsyaAllah..
>
> Apakah dia istidraj itu?
>
> Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang
> mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan
> istidraj.
>
> Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat
> bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang
> selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang
> itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
>
> (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
>
> Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat
> yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat
> yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan
> kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
>
> Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak
> dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak
> langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
>
> Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu
> sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan
> di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa
> sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang
> susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
> hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya
> tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia
> boleh hidup kaya dan mewah.
>
> Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang
> lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.
>
> Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
>
> Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak
> sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan
> semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun
> tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara
> Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
> ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
>
> Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun
> berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka
> memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang
> malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku
> ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
> beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu
> sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya
> sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan
> nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
>
> Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah
> menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua
> itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)
> Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di
> bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika
> Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu,
> bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu,
> bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api.
> Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak
> melawan Allah swt.
>
> Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah
> sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya
> nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun
> tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
> juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku
> dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan
> dia.
>
> Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar
> pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya
> menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke
> dalam lubang hidungnya.
>
> Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang
> hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia
> ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu
> takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang,
> Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
>
> Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka
> terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
> Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat
> hidup senang /mewah.
>
> Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah
> yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk
> menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
> Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid
> dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
>
> Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj..
> Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
> untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula
> kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita
> mesti ada pegangan.
>
> Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
> cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
> Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
> Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
> tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia
> bersyukur nikmatnya.
>
> Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan
> sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
> Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat
> pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk
> mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia
> dan akhirat.
>
> Wallahualam.
>
> "Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W
> bersabda:
>
> " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

0 comments: