BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 August 2009

Carilah Khairun Nisa’

Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
[Ar-Room ayat 21]

Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.
Bimbinglah Dengan Bijaksana

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau
luruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah,
namun dia tetap saja bengkok.
Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah.
Mematahkannya bererti menceraikannya.”
Riwayat Muslim


Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam juga ada bersabda bahawa kebahagian ada empat kunci dan salah
satunya adalah mempunyai isteri yang solehah.
Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,
rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban


Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’
Khairun Nisa’

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa,
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya,
yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan
sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
Riwayat Muslim


Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh.
Sesungguhnya itu janji Allah.
Wallahu’alam.

sumber: halaqah

0 comments: