BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 8 November 2009

Hanzalah : Memlilih Syurga Berbanding Dunia

SUDAH banyak diceritakan dalam al-Quran mengenai kelebihan berjihad, termasuk yang berlaku pada Handalah bin Abu Amir yang sanggup meninggal isteri yang baru sehari dikahwini untuk berjihad ke jalan Allah.

Bukan setakat itu Handalah adalah anak seorang bangsawan yang mempunyai kedudukan istimewa di kalangan kaumnya. Walaupun masih muda remaja, beliau sejak awal lagi sudah meyakini kerasulan Nabi Muhammad.

Sehari sebelum Perang Uhud, iaitu pada malam Jumaat, Handhalah baru dijodohkan dengan puteri Abdullah bin Ubay. Walaupun baru beberapa detik menikmati hubungan suami isteri tetapi kerana kecintaan kepada agama, beliau sanggup meninggalkan kenikmatan itu.

Dengan hati yang tetap dan berwajah tenang, Handalah mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya untuk berjuang di medan perang. Isterinya pula melepaskannya dengan rela dan berasa bangga melihat suaminya mengenakan pakaian perang.

Ketika di medan perang, Handalah berperang dengan gagah sekali. Beliau berani menyerang Abu Sufian hingga Abu Sufian terpaksa mendapatkan pertolongan daripada orang lain.

Mendengar jeritan Abu Sufian, kaum Quraisy menyerbu ke arah Handalah. Beliau dipukul dengan teruk sekali. Handalah tidak mengalah dan terus melawan. Bagaimanapun kerana serangan bertalu-talu, sebatang lembing menembusi badannya dan Handalah meninggal dunia.

Apabila perang tamat, Abu Sufian ditemani Abu Amir menaiki kuda untuk melihat mayat, kalau-kalau ada mayat Nabi Muhammad. Nabi yang disangka mati sebenarnya tidak mati.

Sewaktu melintasi mayat Kharijah bin Zaid bin Zuhair, Abu Amir bertanya kepada Abu Sufian mengenai mayat itu dan beliau mengenalinya. Begitu juga pada mayat Abbas bin Ubadah.

Abu Amir menceritakan, beliau melihat seorang demi seorang mayat pahlawan Islam yang gugur. Akhirnya beliau terlihat mayat puteranya sendiri, Handalah yang luka parah dan remuk.

Beliau bertanya kepada Abu Sufian, adakah beliau mengenali mayat itu dan dijawabnya tidak mengenali. Abu Amir menceritakan itulah mayat anaknya.

Abu Amir meratap sedih atas kematian anaknya itu dan berkata:

“Dari mula lagi, aku memperingatkan akan bahaya. Andai kata engkau mendengar nasihat orang tuamu, tentu engkau berbahagia, tentu engkau hidup bahagia. Sekarang ayah mengharapkan engkau berbahagia juga. Jika Allah memberikan kebahagiaan kepada pahlawan perkasa Hamzah dan pahlawan lain pengikut Muhammad, semoga engkau juga demikian”

Setelah itu, beliau berteriak kepada kaumnya jangan mencincang mayat anaknya walaupun beliau menentang orang tuanya kerana Handalah sudah berada di dunia lain.

Pada masa sama, Rasulullah bersabda kepada sahabatnya, bermaksud:

“Aku melihat malaikat sedang memandikan jasad Handalah bin Abu Amir, antara langit dan bumi dengan air kasturi dan bekas perak.”

Mendengar sabda Nabi Muhammad, sahabatnya bergegas ke tempat mayat Handalah dan melihat air menitik di kepalanya.

Orang ramai kembali kepada Rasulullah dan menceritakan apa yang dilihat. Nabi Muhammad mengirim utusan kepada isteri Handalah dan menceritakan suaminya ke medan perang dalam keadaan berjunub.

Alangkah bahagia pahlawan Handhalah, jasadnya yang berjunub dimandikan malaikat.

Islam 4 Peace

0 comments: