BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 6 January 2010

Duhai tangan... usahlah dikau terbakar disana..

Indahnya 2 tangan yang mempunyai 5 jari setiap satunya.Subhanallah..inilah nikmat yang agung.Tanpa ibu jari,kita gagal untuk memegang segala harta benda..kurangnya satu jari, kehidupan menjadi sukar..kurangnya 1 jari kaki,langkah kaki menjadi tidak teratur..

Maka nikmat Tuhan yang manakah lagi yang ingin kamu dustakan...

Jasad yang kepenatan,di rebahkan ke sebuah kerusi di hadapan pasaraya Guardian di Shopping Kompleks... Menantikan sahabat mencari sesuatu di dalam. Alhamdulillah,kaki dan badan serta fikiran dapat di rehatkan seketika. Halwa telinga di sulami dengan lagu-lagu bingit dari gerai-gerai jualan hanphone buatan Malaysia.

Erk!!!....mengapa mereka buat begitu…??..tolong...tolong...tolong mereka...tolong mata ini…Habislah syaitan bersorak gembira.

Ya ALLAH...bantulah mereka...

Wanita...jangan jatuhkan harga dirimu yang mahal.Membiarkan tanganmu di sentuh,digengam erat penuh kasih sayang palsu bertopengkan nafsu.Dipeluk mesra oleh buaya-buaya ganas kelaparan.

Seketika...datang lagi...dan datang lagi pasangan seterusnya..Berjalan menghampiri pasangan lain,semakin menjalar pula tangan-tangan itu.Masya-ALLAH..semuanya melayu dan beragama ISLAM.Di mana ISLAM itu mereka letakkan. ISLAM is deen…Not just religion.!

Wahai anak muda ISLAM…tidakkah engkau fikirkan masa depan bakal anak-anakmu kelak?..Anak-anak yang bakal lahir dari kasih sayang berasaskan nafsu syaitan..nafsu keseronokan..bukannya dari CINTA suci Illahi?

Dan akhirnya anak-anak itulah yang akan menerima nasib dari sebuah perkahwinan yang telah di cemari dengan noda-noda hitam.

Bagaimana pula dengan tanganmu itu?Dapat terlihat dosa-dosa hitam mencurah-curah menitis dari jari –jemari yang mengengam yang bukan halal bagimu..Tangan yang ALLAH berikan sebagai amanah melakukan ibadah,engkau dustakan dengan melakukan dosa besar.

Tidakkah engkau tahu,setiap yang dilakukan walaupun sebesar zarah akan di hitung?walaupun mungkin dosa yang engkau lakukan telah lama sekali sehingga terlupa akan kejadiannya..

Setiap material di sekeliling..dinding,kerusi,meja,ayam goreng,ais krim,sudu,garfu akan menjadi saksi ALLAH,dan ALLAH akan menjadi pendakwa raya…

Aku sedar…dan yakin..anda semua tahu..wahai anak muda.Tetapi di butakan mata demi meraih cinta penuh nafsu.Jiwa Remaja yang mencari kebahagiaann.

Mungkin juga dikau ingin lari dari keadaan dosa ini..tetapi tidak mampu kerana wujudnya si pujaan hati di sisi yang sentiasa menyokong dan memeluk erat penuh ‘kasih sayang’ .Menjadi pelindung bagi wanita.Adakah mereka juga mampu melindungimu di sana kelak?

Duhai tangan…usahlah dikau terbakar di sana..


“Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu di huni (sekelompok pendosa yang ditentukan)” (Qs al Hijr :44 )

0 comments: