BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 3 April 2010

Evolusi Identiti

Ketahuilah,Setiap orang mempunyai ciri tersendiri yang mewakili sifat serta karekteristik masing-masing.setiap karekteristik itu akan mempamerkan prestasi2 unggul yang boleh menggoncangkan dunia jika diasuh serta diasah mengikut kaedah serta cara yang berkesan.Jika kita berfikir sejenak,sosok2 sekarang yang unggul serta penuh berketrampilan di persada dunia kini sudah tentu adalah jiwa-jiwa seperti kita pada awalnya, Jiwa-jiwa yang lemah dan berasa tidak berdaya melakukan apa saja yang di impikan pada awalnya.Maka kita perlulah mengevolusikan personaliti dan abliti anda kearah Personaliti dan Abliti Superhero2 berupa ADDUAT yakni penyelamat ummat sejagat.

Lahirnya Seoramg Superhero
Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu adalah manusia terpilih yang unik, setiap daripada kamu dibekalkan personaliti yang berbeza-beza antara satu sama lain.Jangan asyik dinaungi perasaan inferior terhadap orang yang lebih hebat pada kita tetapi bernaunglah atas sifat gemar bersaing dengan cara yang sehat.
Jika anda penghuni Metropolis City, tentu anda tidak pernah menyangka betapa di sebalik kejaguhan, kehebatan dan ketrampilan Super Man, ia justeru menjadi seorang reporter bernama Clark Kent untuk menampung kehidupannya. Atau, andai saja anda penghuni New York City, pasti tidak pernah anda sangkakan bahawa Your Friendly Neighborhood Spiderman justeru adalah seorang jurugambar, lantaran yang lebih tertonjol pada kehidupan seorang Spidey, atau seorang Super Man, atau seorang Batman, Cicak Man dan sebagainya, adalah kehebatan perjuangan dan pengorbanan mereka mengabdikan diri pada masyarakat, sebagai superhero dambaan umat.
Apabila seseorang telah mengutamakan Jalan Perjuanagan maka kerjaya seperti reporter,doctor mahupun pelajar bagaikan kerja part-time sahaja bagi mereka lantaran kerjaya di alam perjuangan selaku superhero penyelamat ummat telah mereka beri perhatian sepenuhnya.

~Albanna bapa Superhero moden~
Pasca kejatuhan Khilafah Turki Othmaniyah , kita selaku umat islam tidak lagi berupaya menggapai kegemilangan penuh sinar sepertimana gemilangnya nama Islam di pelosok dunia tika dulu.Hilangnya sebuah daulah yang telah mempertahankan dan memartabatkan nama Islam selama 624 thn (1299-1922) juga telah membangkitkan kemunculan superhero2 yang berusaha mengkontruksi kembali sebuah Daulah Islamiyah seperti almarhum Hassan Al-Banna,Syed Qutb dan beberapa lagi tokoh Ikhwanul muslimin yang telah menggegarkan dunia sekular dengan melahirkan kembali bibit-bibit cahaya Islam agar bertapak semula sebuah Daulah yang akan menjaga kebajikan seluruh Ummat Islam di seantero dunia.Kehadiran Superhero2 Islam moden inilah yang telah memberi ruh perjuangan kepada generasi-generasi mendatang. Impak jelas kehadiran Justice League bernama Ikhwanul Muslimin itu kelihatan dengan kehadiran Tokoh Reformis Pan-islam (1924 ) seperti Jamaludin Al afghani, Muhammad abduh dan Rasyid Radha yang terus menyambung proses kontruksi daulah islamiyah.....

Evolusi Personaliti
Terdetikkah pada fikiran anda satu persoalan tentang superhero2 pujaan hati anda ; "mengapa perlu menggunakan superpower itu untuk kepentingan orang lain?" bukankah lagi menguntungkan jika mereka menggunakan kebolehan2 unik mereka itu untuk kepentingan nafsi-nafsi?Khali sebentar....soalan terjawab.Mengapa?
Itulah perbezaan antara superhero dan manusia biasa, superhero adalah orang yang telah merasakan TANGGUNGJAWAB dalam dirinya untuk membantu orang lain manakala manusia biasa adalah golongan yang tidak merasakan tanggungjawab yang tergalas pada bahu superhero2 idaman mereka.Dan itulah sebagai seorang Penyelamat Ummat @ Daie kita hendaklah merasakan terdapat bebanan tanggungjwab yag tergalas pada bahu kita.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(surah albaqarah 2:286)

Ebolusi Abiliti
Berdiam pada takuk yang sama atau ertikata lain istiqamah dengan sikap yang serupa bermakna anda seorang yang membosankan dan tidak berani mencabar serta mengambil risiko untuk berdiri di satu daerah yang lebih baik.fikirkanlah bahawa,seorang superhero yang berktrampilan serta hebat bukanlah yang hanya bergegas membantu mangsa pabila hanya terdengar pekikan mahupon lolongan meminta tolong, akan tetapi adalah superhero yang telah lengkap perbagai prosedur serta methode yang berbeza-beza untuk memastikan keselamatan kawasan naungannya sentisa terpelihara.Sang gagah itu juga melatih dan menggunakan segala superpower kepunyaannya ketahap yang lebih tinggi agar memudahkan tugasnya untuk mencabar kuasa anasir-anasir jahat yang sentiasa cuba untuk menjatuhkanya.

Analoginya,seorang Daie yang berktrampilan bukanlah seorang yang hanya tahu berdiri tegak dan mulutnya pula bagaikan kaset ceramah yang tidak ditukar baru serta diulang-ulang penyiarannya dan terngiang-ngiang di cuping telinga pendengar dan akhirnya tidak membuahkan sedikit kesedaran dalam diri. Jiwa Daie yang sebenar adalah mereka yang mempergunakan segala Abliti dan Personaliti mereka ke tahap maksima untuk tujuan dakwah yakni menyelamat manusia daripada terdampar dalam ruangan kegelapan.

Proses Evolusi
"Cabarlah dirimu pada suatu perkara yang kamu rasa tidak mampu tapi hakikatnya kamu mamp."
Berilah ruang pada dirimu untuk mencuba suatu yang tidak pernah kamu rasakan kamu mampu. Tetapi kamu sebenarnya berhajat menuju kearah itu.Yakini kemampuan dirimu nescaya jasadmu mempercayaimu dan bergerak mengikut apa yang kamu mahu.Usahlah membataskan kapasiti diri kerana ia mengecilkan lagi skop keupayaan kamu.Lalulah ke suatu lorong yang sempit dan berakhir pada sebuah Laluan Berpermaidani merah serta penuh haruman disekelilingnya.

Kesimpulan
Seorang superhero adalah orang yang telah melalui pelbagai rintangan untuk menjaga keamanan wilayah takluknya.Manakala seorang Daie yang hebat pula adalah seorang yang berani melalui ruangan sempit di awal kehidupannya serta dia tahu akan kemanisan pada pengakhiran hayatnya.superhero berusaha meningkatkan Ablitinya untuk keharmonian penduduk sekitarnya. Daie pula seharusnya bertungkus lumus membesarkan kapasiti keupayaan dalam menyelamatkan Mad'uenya dalam apa jua keadaan.
Maka seharusnya setiap daripada kamu janganlah membataskan kapasiti keupayaan serta personaliti kamu pada sesuatu tahap yang tertentu akan tetapi bolosilah batasan itu sehingga tahap yang optima untuk kebaikan ummah sejagat.

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,(yaitu) beberapa derajat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”(Surah an-Nisa’ [4]:95-96)

0 comments: