BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 11 July 2010

Membina Kesolehan Personal dan Sosial

“Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan berbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.” (QS. Al-Hajj: 77)
Ayat ini merupakan ayat kedua terakhir dari surah yang unik dan istimewa, surah al-Hajj. Dikatakan surah yang unik kerana sebahagian ulama tafsir menggolongkan surah ini ke dalam kategori surah Makkiyah, namun sebahagian yang lain justru sebaliknya menggolongkannya ke dalam kategori surah Madaniyah. Surah ini juga unik kerana di dalamnya ada dua ayat sajdah, yaitu ayat 18 dan ayat ini seperti yang di pahami dari sebuah riwayat dari Uqbah bin Amir:

”Keutamaan surah al-Hajj kerana terdapat dua ayat sajdah padanya. Barangsiapa yang tidak bersujud pada keduanya, janganlah ia membaca surah ini.” (HR. at-Tarmidzi dan Abu Dawud)

Ayat ini menggambarkan secara ringkas manhaj Allah SWT untuk manusia dan beban taklif bagi mereka agar mendapatkan keselamatan dan kemenangan. Ia dimulakan dengan perintah untuk rukuk dan sujud yang merupakan gambaran gerakan solat yang tampak dan jelas, dilanjutkan dengan perintah untuk beribadah secara umum yang meliputi segala gerakan, amal dan pikiran yang di tujukan hanya kepada Allah SWT sehingga segala aktiviti manusia boleh beralih menjadi ibadah bila hati ditujukan hanya kepada Allah SWT bahkan kenikmatan-kenikmatan dari kelazatan hidup dunia yang dirasakannya dapat bernilai ibadah yang ditulis sebagai pahala amal baik .

Ayat ini ditutup dengan perintah berbuat baik secara umum dalam hubungan horizontal dengan manusia setelah perintah untuk membangun hubungan vertikal dengan Allah SWT, dalam solat dan ibadah lainnya. Oleh sebab itu, perintah ibadah dimaksudkan agar umat Islam selalu terhubung dengan Allah SWT sehingga kehidupan berdiri di atas landasan yang kukuh dan jalur yang dapat membawa kepada-Nya. Sedangkan perintah untuk melakukan kebaikan, dapat membangkitkan kehidupan yang istiqamah dan kehidupan masyarakat yang penuh dengan suasana kasih sayang.

Perintah ini dipertegas kembali di akhir surah al-Hajj, bahawa umat Islam akan mampu mempertahankan kewujudannya sebagai umat pilihan dan sebagai saksi atas umat yang lain manakala mampu membina hubungan baik dengan Allah SWT dan membina hubungan baik sesama manusia:

”Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (AL-Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindungmu, Dialah sebaik-baik pelindung dan Sebaik-baik penolong.” (QS. al-Hajj:78)
Pada ayat di atas, Allah SWT memberi perintah kepada orang beriman agar mampu membangun kesolehan personal dan sosial secara bersamaan agar senantiasa dalam kemenangan, rukuk dan sujud merupakan cermin tertinggi dari pengabdian seseorang kepada Allah SWT, sedang ”berbuatlah kebaikan” merupakan indikasi kesolehan sosial.

Secara redaksional dalam urutan perintah ayat di atas, ternyata Allah SWT mendahulukan kesolehan personal dari kesolehan sosial. Ini bererti bahawa untuk membangun kesolehan sosial, harus dimulai dengan kesolehan personal. Atau kesolehan personal akan memberikan kekuatan untuk soleh juga secara sosial. Bahkan seluruh perintah beribadah kepada Allah SWT dimaksudkan agar lahir darinya kesolehan sosial, seperti solat misalnya, bagaimana ia boleh mencegah dari perbuatan keji dan munkar:
“Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar.” (QS. Al Ankabut : 45)

Kisah yang diabadikan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya bagaimana seorang wanita yang soleh secara personal yang diwujudkan dengan ibadah solat, puasa dan ibadah mahdhah lainnya namun ternyata Rasulullah SAW menyatakan bahawa ia dalam neraka. Kerana ternyata kesolehan itu tidak membawanya menuju kesolehan sosial, bahkan ia cenderung tidak mampu menjaga lisannya dari tidak melukai hati orang lain.
Dalam tataran tafsir Al-Qur’an dengan Al-Qur’an, terdapat beberapa hubungan dan korelasi (munasabah) yang sangat rapat antara kesolehan personal dan sosial dengan nilai-nilai mulia dari ajaran Islam. Untuk menggapai predikat ehsan misalnya, seseorang dituntut untuk mampu soleh secara individu dan sosial yang diwakili dengan solat malam dan berinfak,

“Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Di dunia mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.” (QS. Adz-Dzariyat : 16-19)

Ibnu Asyur mengomentar ayat ini dengan menjelaskan bahawa dua bentuk amal inilah yang sangat berat untuk dilakukan kerana: Pertama, bangun malam merupakan sesuatu yang sangat berat kerana mengganggu rehat seseorang. Padahal amal itu merupakan amal yang paling utama untuk membangun kesolehan personal seseorang. Kedua, amal yang melibatkan harta terkadang sangat sukar untuk dipenuhi kerana manusia pada dasarnya memiliki sifat kikir dengan sangat mencintai hartanya. Di sinilah Allah SWT menguji kesolehan sosial seseorang dengan memintanya untuk mengeluarkan sebahagian harta untuk mereka yang memerlukan.

Nilai lain yang terkait dengan dua kesolehan ini, adalah sebab utama yang paling banyak menjerumuskan seseorang ke dalam neraka kerana tidak mampu membenteng diri dengan dua kesolehan tersebut, seperti pernyataan jujur penghuni neraka yang diabadikan Allah SWT dalam firman-Nya,

“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab, ’Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat dan kami tidak pula memberi makan orang miskin dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya.” (QS. Al-Mudatsir : 42-45)
Cara agar tidak bersifat keluh kesah lagi kikir juga sangat terkait dengan kemampuan seseorang membangun dalam dirinya dua kesolehan tersebut secara serentak. Allah SWT memberi jaminan,

“Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya, dan orang-orang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu, bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak memiliki apa-apa (yang tidak mau meminta).” (QS. Al-Ma’arij : 22-25)

Berapa banyak dari umat ini yang hanya mementingkan soleh secara sosial tapi lupa akan hubungan baik dengan Allah SWT. Sebaliknya, banyak juga yang soleh secara personal namun ketika berhadapan dengan sosial, ia larut dan tidak mampu membangun kesolehan di tengah-tengah mereka. Sungguh umat ini sangat memerlukan kehadiran komunitas yang soleh secara personal, dalam erti mampu menjaga hubungan baik dengan Allah SWT. Soleh secara sosial dalam erti mampu memelihara hubungan baik dan memberi kebaikan dan manfaat yang besar bagi kemanusiaan. (Allahu a’lam)

0 comments: