BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 30 June 2010

Nikmat syurga tiada bandingan

Setelah Allah SWT menerangkan perbuatan para pendusta, berikutnya Dia menerangkan pula dengan lebih lanjut kemenangan yang diperolehi oleh orang yang bertaqwa, iaitu syurga yang digambarkan kewujudan dan isinya. Dia menerangkan bahawa syurga tidak lain adalah kurnia Allah SWT.

Perkara ini merupakan pendorong hasrat yang tinggi dan mengajak mereka agar lebih bersungguh dalam melakukan amal kebajikan dan menambahkan kedudukan yang dekat kepada Allah SWT dan ketaatan kepada-Nya.
Ayat ini juga merupakan gambaran penderitaan bagi orang yang tersesat lagi pendusta.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.
Ibn Abbas dan al-Dahhak berkata: Iaitu, dalam keadaan suci sedangkan Mujahid dan Qatadah berkata: Mereka selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT: (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur. Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya.
Inilah sebahagian kenikmatan syurga dengan makanan dan bidadari. Al-Maraghi berkata: Bernikmatan dengan bidadari menggambarkan kesenangan seseorang di dunia yang memperoleh kelazatan walaupun kita tidak mengetahui hakikatnya di akhirat kelak dan kita wajib beriman dengannya.
Jelas kenikmatan di sana melebihi kelazatan yang terdapat di dunia. Ini merupakan bentuk kesenangan di hari akhirat.

Firman Allah SWT: Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman. Ibn Abbas berkata: Ia terisi penuh dan berturut-turut dan Ikrimah berkata: Ia menjadi jernih.
Firman Allah SWT: Mereka tidak mendengar di dalam syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta.
Ibn Kathir berkata: Dalam syurga tiada perkataan yang tidak bermanfaat, malahan pula dusta dan dosa. Syurga merupakan tempat yang terjamin keselamatannya penuh dengan nikmat yang tidak terkira.
Firman Allah SWT: Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya).

Syed Qutb berkata: Kita dapat melihat keindahan pengungkapan dan irama dalam pembahagian di antara jaza' (balasan) dan ata' (kurnia).
Keindahan itu dapat dilihat lebih kurang pada semua bunyi di akhir ayat. Inilah ciri yang nyata dalam keindahan seluruh juzuk ini.
Firman Allah SWT: Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).

Ibn Kathir berkata: Allah SWT menjelaskan berkenaan dengan Keagungan dan Kemuliaan-Nya. Dialah Rabb yang hakiki sama ada di bumi atau di langit dan semua makhluk tidak mampu berbicara kecuali dengan izin-Nya.
Firman Allah SWT: (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

Ulama tafsir khilaf berkenaan dengan maksud roh di sini antaranya:
lRoh-roh manusia seperti riwayat al-Aufi dari Ibn Abbas.
l Anak cucu Adam AS seperti pendapat al-Hasan dan Qatadah.
lSalah satu daripada makhluk Allah dalam bentuk seperti manusia tetapi bukan malaikat dan manusia. Keadaan mereka juga makan dan minum. Inilah pendapat Ibn Abbas, Mujahid, Abu Salih dan al-A'mash.
lIaitu Jibril a.s seperti pendapat Sya'bi, Said bin Jubair dan al-Dahak.
lPara malaikat yang mulia dan hampir dengan Allah SWT seperti kata Muqatil.
lIaitu al-Quran. Inilah pendapat Ibn Zaid.

lSalah satu malaikat dengan ukuran sebesar seluruh makhluk.
Ibn Kathir mentarjihkan pendapat kedua iaitu: Anak cucu Adam AS.
Firman Allah SWT: Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
Hari Kiamat pasti berlaku dan hendaklah seseorang itu beramal soleh dan dapat mendekatkan kepada Allah SWT dengan memperolehi kemuliaan dan pahala, di samping itu dapat menjauhkan dari seksaan azab neraka.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), Iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): "Alangkah baiknya kalau Aku menjadi tanah (supaya Aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)".
Ibn Kathir berkata: Pada hari itu orang kafir berangan-angan dengan menyatakan jika mereka dijadikan sebagai tanah dan bukannya makhluk yang wujud di muka bumi.
Ini kerana setelah diperlihatkan kepada mereka azab dari Allah SWT dan perbuatan buruk mereka yang telah dicatatkan oleh malaikat yang mulia.

Penutup
Alhamdulillah, selesailah sudah surah al-Naba' yang mengandungi kandungan rukun iman berkaitan hari akhirat.
Di samping itu, dijelaskan perihal natijah golongan yang derhaka dengan sepedih-pedih balasan. Semoga Allah SWT memelihara kita semua daripada seksaan-Nya.
Begitu juga digambarkan dengan terang sifat yang diperolehi dan diraih oleh penghuni syurga dengan pelbagai kenikmatan. Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita keredaan-Nya dan syurga-Nya.

OLeh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Ada Apa Selepas Mati?

"ADA APA SELEPAS MATI?Tazkirah Nabi s.a.w. di hari pengkebumianSeorang sahabat bernama al-Barra’ bin ‘Azib –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Suatu hari kamu keluar bersama Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau.

Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris tanah dengan kayu itu, kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata; “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali. Seterusnya baginda berucap;
“Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan (حنوط) dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata kepadanya; ‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu di mana ia mengalir (keluar) umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (yang dinamai as-Saqa’ dalam bahasa Arab).

Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan bersama-sama bau-bauan (yang di bawa oleh malaikat-malaikat tadi) dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum di atas muka bumi ini’. Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh yang harum itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Bau apakah yang amat harum ini?”. Malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab; “Ruh si fulan bin fulan”. Mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, para malaikat yang membawanya itu meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.

Di setiap langit, ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah ia sampai langit ke tujuh. Maka datanglah firman Tuhan kepadanya; “Tulislah hambaku di dalam ‘illiyyin (tempat orang-orang mulia di dalam syurga) dan bawalah ia kembali ke bumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya darinya (yakni dari bumi/tanah) aku menjadikan mereka (yakni manusia), kepadanyalah aku akan kembalikan mereka dan darinya juga aku akan mengeluarkan mereka sekali lagi (yakni apabila berlakunya kiamat)”. Maka dikembalikanlah ruh itu kepada tubuhnya
Kemudian datang dua orang malaikat kepadanya dan mendudukkannya (yakni menjadikannya duduk). Kemudian mereka bertanya kepadanya; ‘Siapa Tuhan kamu?’. Ia akan menjawab; ‘Tuhanku adalah Allah’. Mereka bertanya lagi kepadanya; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Agamaku adalah Islam”. Mereka bertanya lagi; “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab; “Dia adalah Rasul Allah”. Mereka bertanya lagi; “Apakah ilmu kamu?”. Ia menjawab; “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”.

Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Benarlah apa yang dikatakannya itu. Hamparilah ia dengan hamparan dari syurga, pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu ke syurga”.

Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kuburnya seluas mata memandang. Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu”. Ia bertanya; “Siapakah kamu?. Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan”. Lelaki itu menjawab; “Akulah amal soleh kamu”. Ia (yakni si mati yang beriman itu) lalu berkata; “Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat, supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku”.

Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat pula, pada ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika hampir mati), turun kepadanya malaikat-malaikat berwajah hitam membawa bersama mereka kain kapan yang buruk. Mereka duduk mengelilinginya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata: ‘Wahai ruh yang kotor, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya. Maka bertempiaranlah ruh pada jasadnya (seolah-olah hendak melarikan diri).

Lalu malaikat maut mencabut ruh itu (tanpa belas kasihan) seperti mencabut besi pemanggang daging dari kain bulu yang basah. Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk tadi dan terbit dari ruh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa ruh yang berbau busuk itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya; “Ruh siapakah yang busuk ini?”. Jawab para malaikat yang membawa ruh itu; “Ruh si fulan bin si fulan”, di mana mereka menyebutnya dengan nama yang paling buruk orang menamakannya di atas muka dunia dulu.

Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa ruh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka. Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah (bermaksud):
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh dari mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keengkarannya)”. (Surah al-A’raf, ayat 40)

Rasulullah bercerita lagi; “Kemudian Allah berkata (menyampaikan perintahNya berkenaan ruh itu); “Tulislah ia di dalam Sijjin (yakni penjara) di dalam bumi yang paling bawah”. Maka dilemparkanlah ruhnya itu dengan satu lemparan. Rasulullah lalu membaca firman Allah (bermaksud):
“Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)”. (Surah al-Hajj, ayat 31)

Kemudian ruh itu dikembalikan kepada jasadnya di bumi. Setelah itu datang kepadanya dua malaikat. Mereka bertanya kepadanya; “Siapa Tuhan kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Apa agama kamu?”. Ia menjawab; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi; “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab sama seperti tadi; “Hah! Hah! Aku tidak tahu”.

Lalu seorang penyeru berseru dari langit; “Hambaku telah berdusta. Hamparilah ia dengan hamparan dari neraka dan bukakan untuknya satu pintu ke neraka. Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan baginya kuburnya hingga bersilang-silanglah tulang-tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh mukanya, buruk pakaiannya dan busuk baunya. Lelaki itu berkata kepadanya; “Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini. Hari ini adalah hari yang dijanjikan buatmu”. Ia bertanya; “Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kejahatan”. Lelaki itu menjawab; “Aku adalah amalan kamu yang keji”. Akhirnya ia pun berkata; “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.
(Riwayat Imam Ahmad. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh (Majma’ az-Zawaid, 3/49). Menurut menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh (Misykat al-Masabih, hadis no. 1630))"

Sunday 27 June 2010

Surat Adam untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............
“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”


www.iLuvislam.com

Sebab-sebab wujudnya kebahagaian

Kebahagian yang kekal adalah di syurga.
Sedangkan kebahagian dunia adalah kebahagian yang sementara.
Perbagai kebahagian yang dicari :
*Kebahagian fizikal sehingga melupakan keperluan roh.
*Kebahagian roh hingga melupakan keperluan fizikal.
*Mengejar kebahagian hingga lupakan keperluan roh dan juga fizikal.

Kebahagian yang membentuk hati yang tenang adalah Islam.
Dalam Islam, agama itulah salah satu kebahagian.
Allah menyeru kita kepada syurga. Begitulah Allah mengalakkan kita mengejar syurga kerana syurgalah kebahagian yang kekal abadi.

Bila Allah sayang kepada hambanya Allah akan mengujinya.
Hidup seorang mukmin yang bertakwa penuh dengan ketenangan kerana
setiap nikmat disyukurinya dan setiap dugaan direhdainya.
Mereka hanya mencari kebahagian, ketenangan dan kerehdaan hanya pada Allah.

Syeikh Qutub berkata " Hidup bersama Al-Quran adalah satu nikmat yang mereka tidak mengetahuinya, melainkan bagi mereka yang pernah melaluinya".
Dalam ibadah juga kita mampu mendapat satu kebahagian. Menghayati maksud bacaan dalam solat juga adalah satu kebahagian.

Sebab-sebab wujudnya kebahagian:

1) Terima hidup seadanya (rehda)
Dunia ini diciptakan Allah dalam jernih ada keruhnya,
tapi kamu pula nak bersih dalam semuanya.

2) Senantiasa bersyukur
Mampu melihat akhirat itu lebih dari dunia.

3) Tidak fikir yang negatif
Jangan terlampau bersedih dengan masa lalu dan jangan terlampau risaukan masa yang akan datang.

4) Tidak terlalu berkesan dengan pandangan negetif.
Kalau kebaikan yang kita lakukan, tidak semuanya orang akan senang dengan kita, maka carilah bagaimana harus kita menerimanya?

5) Selalu berdoa
Untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat, selalu hadirkan diri dengan Allah.

6) Berkawan dengan sahabat yang mampu menyokong dan memberi semangat dalam kehidupan.

7) Ilmu
Bila hidup dengan berilmu, ia adalah salah satu kebahagian dalam kehidupan.


www.Halaqahnet

Bunga Idaman Islam

Petang tadi terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni kucuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala melihat duri-duri tajam di batangnya pasti duri-duri itu akan melukai jemariku.

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa kusentuh lalu kuterlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.

Aku menghampiri bunga itu nampak cantik dari jauh kulihat batangnya, tiada berduri lalu kusentuh dan kucuba menciumnya tapi tak lama kemudian aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku mengumpat di dalam hati rasa marah bila hukum Tuhan tak diendahkan.

Tak lama kemudian si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan sederhana gayanya dia berjalan tidak jauh dariku.

Pakaiannya labuh tidak meransang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya dia menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur bukan kerana benci tetapi tanda hormat.

Aku tersenyum sendiri tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru tadi kulihat.

Aku mula bermonolog.. bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.

Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun.

Siapakah aku?

Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana?

Tiba-tiba aku menangis merenung sifat sendiri...

Ya Allah! jadikan aku bunga idaman para mujahid...Bunga idaman agama! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikitpun kotoran..Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!

Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthiah dan Ainul Mardiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam.

Rasulullah dipulau

DAPATKAH kita merasai penderitaan rakyat Palestin yang 'dipenjara' di tanah air mereka sendiri? Dinafikan segala aspek kemanusiaan mereka lalu yang kita dengar tangisan, raungan dan kesakitan wanita dan orang tua yang lemah tidak berdaya.
Lebih menyayat hati, anak-anak kecil yang tidak berdosa turut menderita akibat diboikot.
Sengaja dibawakan senario yang berlaku kini kerana begitulah juga yang dideritai oleh Nabi Muhammad, kaum keluarga dan seluruh umat Islam apabila selama tiga tahun dipulau oleh puak Quraisy.
Sebelum itu, pemulauan adalah kaedah yang paling mudah untuk kononnya memberi 'pengajaran' kepada pihak lawan.

Tidak siapa ketahui siapa di kalangan puak kafir Quraisy yang begitu pintar sehingga berjaya mencetuskan idea melancarkan boikot terhadap Rasulullah sebagai usaha menghalang baginda menyebarkan Islam.
Tetapi kata sepakat telah diambil dan deklarasi dibuat puak Quraisy untuk menyekat kemaraan Islam dengan menghalang hubungan dari mana-mana pihak daripada menghampiri Nabi Muhammad dan para pengikutnya.

Deklarasi memboikot itu ditulis secara rasmi yang kemudiannya digantung di Kaabah.
Perjanjian boikot itu dikatakan ditulis oleh Manshur bin Akramah yang disahkan oleh seluruh perhimpunan para pembesar Quraisy.
Namun menurut al Mubarakfuri dalam buku Sirah Nabawiyyahnya yang menulis perjanjian itu ialah Nadr bin Al Harith.
Yang sebenarnya ia ditulis oleh Baghid bin Amir bin Hashim di mana Rasulullah SAW dikatakan telah mendoakan kecelakaannya, lalu tangannya menjadi lumpuh!
Pada mulanya dikatakan mereka bercadang memboikot Rasulullah sahaja, tidak melibatkan seluruh Puak Bani Hashim dan Bani Al Mutalib.

Tetapi apabila bapa saudara Nabi, Abu Talib melihat anak saudaranya itu diboikot lalu dia mengumpulkan semua suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hashim dan bertanya sama ada mereka bersetuju dan sanggup melihat Nabi Muhammad dipulau.
Tentu sekali mereka tidak bersetuju dan bersepakat untuk melanggar sekatan itu.
Abu Talib pun berkata kepada Nabi Muhammad: "Janganlah kamu risau wahai Muhammad, kalau mereka semua memulau kamu, menyisihkan kamu, kami akan tetap bersama-sama dengan kamu dan membantu kamu!"

Apabila mendapat tahu Nabi Muhammad mendapat pembelaan dan bantuan terutamanya dari si bapa saudara yang selama ini begitu membela baginda, menyebabkan Abu Jahal mengumpulkan semua pembesar Quraisy supaya gerakan memboikot Nabi Muhammad perlu diperhebatkan.
Caranya, dengan turut memboikot seluruh kaum keluarga, suku Bani Hashim, Manaf dan sesiapa sahaja yang cuba membantu baginda.

Abu Jahal berjaya mempengaruhi semua pihak itu dan untuk menguatkan lagi kempen memboikot itulah mereka menulis satu surat perjanjian bagi menunjukkan bahawa tindakan itu dibuat secara rasmi dan tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikannya.
Mereka bersumpah bahawa kaum Quraisy sepanjang hidup mereka akan melaksanakan boikot ini iaitu dengan menetapkan perkara-perkara yang berikut:

1) Tidak dibenarkan sesiapa jua pun boleh melakukan sebarang urusan, berjual beli dan berdagang dengan suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hashim serta sesiapa yang beriman dengan Muhammad dan agama Islam yang dibawa oleh baginda.
2) Tidak dibenarkan sesiapa pun untuk bergaul terutamanya menjamu atau memberi makanan kepada mereka.
3) Tidak dibenarkan sesiapa melakukan ikatan perkahwinan dengan mereka.
4) Tidak dibenarkan Nabi Muhammad dan seluruh kaum keluarga dan pengikutnya membeli makanan dan mendapatkan apa juga bentuk bantuan dari luar Mekah.

Demi keselamatan seluruh kaum keluarga dan umat Islam, Abu Talib akhirnya mengajak mereka (kecuali Abu Lahab yang enggan menyertai) meninggalkan Mekah dan pergi ke pinggiran kota Mekah di kawasan yang berbukit. Kemudian mendirikan sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Syiab atau Kampung Abdul Mutalib.
Tujuannya, untuk mengelakkan serangan-serangan secara mendadak oleh pihak Quraisy terhadap Nabi Muhammad dan para pengikut baginda. Lalu didirikan juga menara-menara kawalan untuk mengawasi setiap pergerakan.

Rasulullah dan pengikut-pengikutnya benar-benar menjadi mangsa pemulauan tersebut, iaitu selama tiga tahun.
Tekanan dan penderitaan yang dialami merupakan satu lagi episod kekejaman Quraisy malah mereka sebenarnya dapat mendengar akan jeritan, raungan dan jerit tangis mangsa-mangsa terutama kanak-kanak Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang benar-benar tertindas akibat pemulauan itu.

Manakan tidak mangsa-mangsa hanya mampu makan sebutir kurma sahaja sehari. Bahkan hanya setengah butir sahaja yang terpaksa dikongsi-kongsi dengan orang lain.
Namun tangisan dan keperitan pengikut Nabi tidak dipeculikan, matlamatnya ialah supaya baginda menyerah kalah dan berhenti menyebarkan Islam baru boikot itu akan dihentikan.

Pemulauan ekonomi dilakukan begitu hebat. Segala bahan keperluan terutama makanan disekat. Orang Musyrikin tidak membenarkan makanan yang dibawa masuk ke Mekah atau sebarang dagangan kecuali mereka sendiri akan segera membelinya semua sekali.
Ini tentu sahaja memberi kesan buruk kepada perkampungan Abu Talib kerana jika mempunyai wang sekalipun tetapi tidak dapat membeli barangan keperluan terbabit.
Watak utama yang begitu berjaya menjayakan tekanan tersebut adalah Abu Lahab.
Dia sentiasa berseru dan tidak berhenti berkempen kepada orang ramai terutama ketika berada di pasar supaya memonopoli pembelian bekalan supaya tidak ada yang akan mampu di beli oleh umat Islam.

"Naikkan harga, naikkan harga agar pengikut Muhammad tidak dapat membeli!" Abu Lahab sendiri sanggup membeli pada harga yang luar biasa mahalnya.
Bila ada saudagar-saudagar luar yang terus berurusan menjual bekalan dan keperluan kepada Bani Hashim, puak Quraisy sanggup membeli dengan harga berlipat kali ganda.
Ini menyebabkan ada umat Islam yang terpaksa makan rumput-rumput kering bagi menghilangkan lapar.

Tekanan kelaparan demikian dahsyatnya sehingga kata Saad bin Abi Waqqas: "Suatu malam saya keluar ke lembah dalam keadaan hampir kehabisan tenaga akibat kelaparan dan keletihan. Tiba-tiba saya melihat sekeping kulit unta kering.
"Kulit itu saya cuci sehingga bersih. Kemudian saya bakar kulit itu. Apabila kulit itu masak terbakar, saya racik-racikkan kulit menjadi potongan yang kecil yang kemudiannya saya rendam dalam air.
"Kulit itu menjadi makanan dan saya bertahan selama tiga hari dengan hanya memakan kulit unta itu sahaja."

Sebenarnya di kalangan kafir Quraisy ada yang menaruh simpati dan cuba membantu pengikut-pengikut Rasulullah.
Antaranya anak saudara Siti Khadijah Khuwailid, Hakim bin Hizam dan rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke perkampungan Abu Talib itu.
Tugas itu sebenarnya tidak mudah kerana sentiasa diawasi dan dikawal oleh kafir Quraisy.

Apabila malam semakin larut Hakim dan rakan-rakannya akan mengikat bekalan makanan terutamanya gandum dan buah kurma di atas beberapa ekor unta.
Unta-unta itu kemudiannya dilepaskan begitu sahaja ke arah perkampungan Abu Talib dengan harapan bekalan itu akhirnya akan jatuh juga ke tangan pengikut-pengikut Rasulullah yang diboikot itu.
Namun tidak kurang juga yang dirampas oleh kalangan musyrik Mekah tersebut.
Malah sering terjadi juga pergaduhan apabila pihak Quraisy terutama Abu Jahal s bertindak menghalang sebarang cubaan untuk menggagalkan boikot itu.
Sepanjang tiga tahun di boikot itu, seluruh umat Islam dan Bani Hashim hanya keluar dari perkampungan Abu Talib di bulan-bulan haram iaitu bagi membolehkan mereka mengerjakan haji dan tawaf di Kaabah.

Hanya pada bulan-bulan itu sahajalah juga Rasulullah dapat keluar dan menyeru kepada agama Islam. Tetapi itupun cuba diganggu oleh Abu Lahab yang sering mengekori baginda ke mana sahaja dan berteriak kepada orang ramai bagi menyekat dakwah Islam dari terus berkembang.

Kempen pemulauan ini perlu dilihat sebagai pengajaran yang sangat besar kepada umat Islam jika ditakdirkan berlaku begitu. Sedangkan Allah dan segala perencanaan-Nya mampu menggagalkan tindakan yang menindas umat Islam itu.
Sekalipun teruk diboikot, adakah Rasulullah dan para pengikut akhirnya mengaku kalah semata-mata supaya penderitaan itu dapat ditamatkan?
Apabila baginda mampu bertahan dan sekali-kali tidak menyerah kalah dengan menggadaikan maruah agama maka begitu jugalah pengajaran yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini.

Seperti penjajahan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin yang memaksa umat Islam Palestin mereka bertahan dalam keadaan serba kekurangan selama berpuluh tahun.


Oleh SITI AINIZA KAMSARI

PROTOKOL-PROTOKOL YAHUDI

Firman Allah Taala bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Surah al-Baqarah: ayat 120).


Protokol-protokol Zionis Yahudi seperti berikut:

Protokol Pertama
Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan dan bukan dengan perbincangan ilmiah. Siapa yang kuat dialah yang berhak kerana dalam hukum alam menyatakan kebenaran terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintahan yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya dan tanpa disedari mereka di dalam genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara terdiri dari orang-orang yang berjiwa budak yang mudah diarah oleh Yahudi. Melalui akhbarlah Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas meskipun dari lautan darah dan air mata. Pengorbanan adalah perlu kerana setiap nyawa di kalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol Ketiga
Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke dalam ‘pasukan kita' iaitu Sosialis atau Komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi adalah wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan iaitu bukan bangsa Yahudi tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol Keempat
Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi perinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu matametik serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal-soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kelima
Sekiranya ada di kalanagan orang-orang yang bukan Yahudi cuba mengatasi Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konfik dan permusuhan sesama mereka. Kesannya adalah mereka mengambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang memimpin rakyat sahaja.

Protokol Keenam
Untuk memusnahkan perusahaan bangsa Yahudi ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan para pekerja serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mesti dipastikan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Protokol Ketujuh
Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, petelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Kelapan
Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Kesembilan
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemudi bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh
Yahudi akan membawa masuk racun Liberalisme ke dalam negara-negara bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberikan kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai egen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.

Protokol Kesebelas
Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa-bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertaburan di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.

Protokol Kedua Belas
Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mestilah menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikrah rakyat.

Protokol Ketiga Belas
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bangsa bukan Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek-projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat Belas
Para ahli falsafah Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera-sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelima Belas
Apabila mendapat kesusahan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyak Freemansonic Lodge iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang-orang Yahudi.

Protokol Keenam Belas
Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang terpilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuh Belas
Yahudi meletakkan kehakiman ke dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan dilahirkan orang-orang yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya walaupun terpaksa menhancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapan Belas
The Kings of Jews akan dikawal oleh pegawai-pegawai rahsia kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya perancangan-perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi.

Protokol Kesembilan Belas
Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua Puluh
Bank Antarabangsa Yahudi akan memberikan pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua Puluh Satu
Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Insitusi ini akan dapat menawarkan pasaran 500sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua Puluh Dua
Untuk sampai kepada tujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudiyang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua Puluh Tiga
Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Kedua Puluh Empat
Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).


* Penulis adalah moderator agama iLuvislam. Beliau juga berdakwah melalui blognya: http://buluh.iluvislam.com.

Rasulullah SAW di mata sahabat

PADA minggu sebelum ini, kami membicarakan serba ringkas mengenai tuntutan memuliakan Rasulullah SAW dan perbezaan di antara maksud menyembah dan membesarkan Rasulullah SAW.

Menyambung tajuk tersebut, pada kali ini kami tidak berhasrat untuk mengemukakan dalil-dalil selanjutnya. Melihat kepada ruangan yang agak terhad kami ingin mengajak pembaca melihat bagaimana kuat dan tingginya kecenderungan para sahabat memuliakan dan mengagungkan Rasulullah SAW.

Ini adalah jalan yang paling mudah untuk kita melihat dan mengetahui cara yang sepatutnya kita menyanjung Rasulullah SAW dan bagaimana seharusnya kita meletakkan pandangan dan ikatan hati kita terhadap Baginda SAW.
Kelebihan para sahabat

Al-Quran dan hadis telah mencatatkan para sahabat ialah insan-insan agung dan jaguh-jaguh yang menjuarai keseluruhan gelaran terhebat dalam segenap aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Mereka adalah para penghulu yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam ibadah dan pendekatan diri kepada Allah. Mereka juga adalah sahabat-sahabat yang menjuarai gelaran tertinggi dalam persahabatan dan menjaga etika persahabatan dengan Rasulullah SAW.

Sehingga mereka merangkul gelaran pejuang terhandal dan terkuat mempertahankan Rasulullah SAW dan agama yang dibawa oleh Baginda SAW.
Apa yang jelas, sehebat mana pun manusia yang datang selepas para sahabat, tiada seorang pun yang dapat menandingi ketinggian dan ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas setinggi gunung Uhud pun, nescaya tidak akan mencapai satu gantang seseorang daripada mereka, apatah lagi setengah daripadanya".
Keghairahan para sahabat memuji Nabi SAW
Mereka juga adalah insan yang paling kuat memuji dan mengagungkan Rasulullah SAW sehinggakan dilihat Nabi SAW sentiasa menjadi keutamaan mereka yang lebih utama daripada diri dan nyawa mereka sendiri.

Nama Rasulullah SAW sentiasa meniti di bibir mereka, wajah Nabi SAW sentiasa bertakhta di hati mereka dan keindahan Rasulullah SAW sentiasa menambat hati mereka.
Tidak ada dalam Islam tegahan daripada memuji baginda SAW. Yang ada hanya tegahan menyamatarafkan baginda SAW dengan manusia yang lain dan tegahan daripada menyamatarafkan baginda SAW dengan Allah atau menyatakan baginda SAW adalah anak tuhan seperti yang dipercayai oleh penganut ajaran Kristian.

Sirah para sahabat dipenuhi dengan kata-kata pujian dan sanjungan mereka terhadap Rasulullah SAW. Bagaimana mungkin seorang insan yang dimuliakan oleh Allah dengan sifat-sifat keistimewaan dan dinobatkan dengan ketinggian kesempurnaannya tidak menarik hati manusia untuk menyayangi dan melantunkan kata-kata pujian memujinya.
Jika Heraclius seorang raja dari bangsa Eropah yang duduk di singgahsana yang indah dan memiliki kedudukan di sisi rakyatnya terlontar di lidahnya kata pujian terhadap baginda SAW apabila mengetahui sifat-sifat Nabi SAW, bagaimana pula hati seorang Muslim yang disuluhi cahaya kebenaran dan keimanan?

Abu Sufyan pernah mengaku secara jujur rasa kagumnya melihat kecintaan para sahabat terhadap Nabi SAW dengan berkata: "Aku tidak pernah melihat dari kalangan manusia seseorang yang mencintai seseorang seperti kecintaan sahabat-sahabat Muhammad terhadap Muhammad".

Amru ibn al 'As r.a pernah berkata: Tidak ada seorang pun yang lebih aku cintai daripada Rasulullah SAW. Tidak ada seorang pun yang lebih agung pada pandanganku daripadanya. Aku tidak mampu memenuhi pandangan mataku dengan sifat-sifatnya, kerana terlalu mengagungkannya. Seandainya aku diminta untuk menggambarkan peribadi Baginda SAW, pasti aku tidak akan mampu kerana aku tidak mampu memenuhi pandangan mataku dengan kehebatannya. (riwayat Muslim)

Mereka terlalu mengagungkan Rasulullah SAW dan menjaga peradaban dan tingkah laku terhadap baginda SAW sama ada ketika Rasulullah berada di hadapan mereka atau tidak.
Imam Tirmizi r.a meriwayatkan hadis daripada Anas r.a: Bahawa Rasulullah SAW pernah menemui para sahabatnya daripada golongan Ansar dan Muhajirin ketika mereka sedang duduk. Di antara mereka terdapat Abu Bakar dan Umar ibn al Khattab. Tidak seorang pun di antara mereka yang mengangkat pandangan kepada Rasulullah SAW kecuali Abu Bakar dan Umar al Khattab. Kedua-duanya memandang baginda SAW dan Nabi SAW memandang mereka berdua. Mereka berdua tersenyum kepada baginda SAW, dan baginda juga tersenyum kepada mereka berdua".

Usamah ibn Syarik r.a berkata: "Aku mendatangi Rasulullah SAW ketika para sahabat berada di sekeliling baginda SAW. Aku lihat seakan-akan terdapat burung di atas kepala mereka".
Apabila Nabi Muhammad SAW berbicara, maka mereka yang duduk bersamanya akan menundukkan kepala mereka, seakan-akan terdapat burung di atas kepala mereka.
'Urwah ibn Mas'ud pernah menyaksikan betapa besar penghormatan dan pengagungan para sahabat r.a terhadap Rasulullah SAW ketika dia diutuskan oleh kaum Quraisy kepada Rasulullah SAW pada Tahun Perjanjian Hudaibiah.

Menurut Urwah, jika Nabi SAW berwuduk, air wuduknya menjadi rebutan para sahabat hingga mereka hampir berbunuh-bunuhan kerananya. Tidaklah baginda SAW berludah dan berkahak, melainkan mereka menadahnya dengan telapak tangan mereka, lalu menggosok-gosokkannya ke muka dan badan mereka.
Tiada sehelai rambut baginda SAW yang jatuh ke tanah, kecuali mereka berebut-rebut mengambilnya. Apabila baginda mengeluarkan suatu perintah, mereka segera melakukannya.

Apabila baginda berbicara, mereka merendahkan suara di hadapannya. Mereka tidak menajamkan pandangan mereka kepada baginda SAW kerana membesarkannya.
Ketika kembali kepada kaum Quraisy yang mengutusnya, 'Urwah ibn Mas'ud berkata: "Wahai bangsa Quraisy! Sesungguhnya aku pernah menemui Kisra (Raja Farsi) dalam kerajaannya dan aku juga pernah menemui Qaisar (Raja Rom) di dalam kerajaannya. Aku juga pernah melihat Najasyi (Raja Habsyah) di dalam kerajaannya. Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak pernah melihat seorang raja pada suatu kaum seperti Muhammad SAW dengan para sahabatnya".

Dalam riwayat yang lain, dia berkata: "Tidak pernah sekali pun aku melihat seorang raja yang diagungkan oleh rakyatnya, sebagaimana Nabi Muhammad SAW diagungkan oleh para sahabatnya. Sesungguhnya, aku telah melihat suatu kaum yang tidak akan menyerahkannya (Muhammad SAW) kepada musuh-musuhnya untuk selama-lamanya".
Lihatlah bagaimana para sahabat begitu mengagungkan Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai kebesaran. Mereka tidak pernah dikatakan musyrik atau kafir kerana menyanjung baginda SAW. Mereka telah menjaga hak ketuhanan dan kerasulan dengan sempurna.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah sirah para sahabat yang menjadi ikutan atau amalan jahiliah yang kita amalkan?
Menyempitkan perbicaraan mengenai perkara yang luas ini hanya akan menjauhkan umat manusia daripada Nabi SAW dan dari menghayati keindahan Islam itu sendiri.
Ini secara tidak langsung akan menjauhkan umat Islam dari roh Islam yang sebenar kerana Rasulullah SAW adalah lambang dan simbol kepada roh Islam yang sejati.
Ketandusan roh Islam dalam jiwa umat Islam akan melahirkan umat Islam yang lemah, lesu dan mudah diperkotak-katikkan oleh agenda musuh-musuh Islam.

PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

Maksiat lemahkan hati, hilang berkat

DOSA bukan perkara kecil. Hari ini ramai orang memandang remeh soal dosa. Sesetengah umat Islam kini bukan saja tidak takut berbuat dosa malah seronok pula melakukannya.
Menurut Ibnu Qayyim, akibat yang akan menimpa pelaku maksiat antaranya:

1. Maksiat akan menghalang diri daripada mendapatkan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Ketahuilah, kemaksiatan dalam hati dapat menghalang serta memadamkan cahaya itu.

2. Maksiat menghalang rezeki. Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkan ketakwaan bererti menimbulkan kefakiran. Rasulullah s.a.w bersabda, "Seseorang hamba dicegah daripada rezeki akibat dosa yang dibuatnya." (HR Ahmad).
Justeru, kita perlu meyakini takwa adalah penyebab datangnya rezeki serta memudahkan rezeki kita. Jika saat ini kita berasakan betapa sulitnya mendapatkan rezeki Allah, maka tinggalkan kemaksiatan! Jangan kita penuhi jiwa kita dengan debu maksiat.

3. Maksiat membuat kita jauh daripada Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki mengeluh kepada seorang arif berkenaan kesunyian jiwanya. Arif itu berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa, maka tinggalkanlah perbuatan dosa itu."

4. Maksiat membuat sulit semua urusan kita. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap gelita. Ibnu Abbas r.a. berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.

5. Maksiat melemahkan hati dan badan. Kekuatan seorang mukmin terpancar daripada kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat, maka kuatlah badannya.

6. Maksiat menghalang untuk kita taat. Orang melakukan dosa dan maksiat cenderung untuk tidak taat. Orang yang berbuat maksiat seperti orang yang satu kali makan, tetapi mengalami sakit berpanjangan.

7. Maksiat memendekkan umur dan menghapus keberkatan. Pada dasarnya, umur manusia dihitung daripada masa hidupnya. Imam Nawawi hanya diberi usia 30 tahun oleh Allah s.w.t. Meskipun hidupnya pendek, namun berkat. Kitab Riyadhush Shalihin dan Hadits Arbain yang ditulisnya memberinya keberkatan dan usia yang panjang, sebab dibaca oleh manusia dari generasi ke generasi hingga saat ini dan mungkin generasi yang akan datang.

8. Maksiat menumbuhkan maksiat lain. Seorang ulama salaf berkata, jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal itu akan mendorongnya melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan sesekali cuba melakukan maksiat kerana ia akan menyebabkan 'ketagihan' dan sukar untuk berhenti jika ia menjadi satu kebiasaan.

9. Maksiat mematikan bisikan hati nurani. Maksiat melemahkan hati daripada kebaikan dan menguatkan kehendak melakukan maksiat lain. Itulah akibat maksiat. Tidak ada lagi rasa malu ketika berbuat maksiat. Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, dia tidak lagi memandang perbuatan itu sebagai sesuatu yang buruk. Tidak ada lagi rasa malu melakukannya. Bahkan dengan bangga menceritakan perbuatan maksiat yang dilakukannya kepada orang lain.

2010/03/26

Mohd.Zawawi Yusoh

Rasulullah manusia istimewa

SELAKU umat Islam, kita meyakini dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang harus berlaku ke atas Nabi SAW apa yang harus ke atas manusia yang lain.
Ia seperti mengalami hal-hal yang mendatang dan ditimpa penyakit yang tidak mengurangi kewibawaan baginda SAW sebagai seorang nabi dan tidak menyebabkan orang menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Muhammad SAW juga adalah seorang hamba Allah SWT yang tidak memiliki kekuasaan pada dirinya untuk menolak sebarang kemudaratan atau mendatangkan manfaat, memati atau menghidupkan atau membangkitkan, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman: Katakanlah, "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui (perkara-perkara) yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman. (al-A'raf: 188)

Sesungguhnya Nabi SAW telah menyampaikan risalah dengan sempurna, menunaikan amanah, menasihati ummah, menghapuskan dukacita dan berjihad di jalan Allah sehingga kewafatan baginda SAW. Kemudian baginda kembali ke hadrat Tuhannya dalam keadaan reda dan diredai, sebagaimana firman Allah SWT: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad!) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati. (al Zumar: 30)
Sifat 'ubudiyyah (perhambaan) adalah semulia-mulia sifat baginda SAW. Oleh kerana itu, baginda amat berbangga dengannya sebagaimana sabdanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah".

Allah SWT telah menyifatkan nabi SAW sebagai hamba-Nya, pada setinggi-tinggi kedudukan ketika Allah menceritakan anugerah Isra' kepada baginda sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya…(al-Isra: 1)
Begitu juga firman Allah: Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah (Nabi Muhammad SAW) berdiri mengerjakan ibadat kepada-Nya, mereka (golongan jin yang mendengar bacaan ayat al-Quran baginda di dalam solatnya) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. (al Jin: 19)
Sifat manusiawi Nabi SAW inilah merupakan mukjizat baginya. Baginda SAW adalah manusia seperti manusia yang lain, tetapi baginda jelas jauh berbeza daripada manusia umum; tanpa ada seorang manusia pun yang dapat menandinginya atau menyamainya.

Baginda SAW sendiri pernah bersabda di dalam hadis sahih mengenai keistimewaan dirinya: "Sesungguhnya aku tidak seperti keadaan kamu. Aku tidur di sisi Tuhanku dalam keadaan diberi makan dan minum".
Dengan ini, jelaslah bahawa menyifatkan Rasulullah SAW sebagai manusia biasa wajib disertai dengan keistimewaannya yang membezakannya daripada manusia umum; dengan menyebut keistimewaannya yang tersendiri dan biografinya yang terpuji.
Tuntutan ini bukan sahaja khusus terhadap Rasulullah SAW, bahkan terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain supaya pandangan kita terhadap mereka bersesuaian dan layak dengan martabat dan kedudukan mereka.

Jika kita memandang mereka hanya sebagai manusia biasa semata-mata, tanpa mengaitkannya dengan ciri-ciri khusus atau istimewa mereka sebagai nabi dan rasul, maka kita telah terjerumus ke dalam tradisi dan sikap orang jahiliah.
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyentuh hal tersebut. Antaranya, perkataan kaum Nabi Nuh a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir daripada kaumnya, "Kami tidak memandangmu (wahai Nuh!) melainkan sebagai seorang manusia seperti kami". (Hud: 27)

Ayat yang lain adalah perkataan kaum Nabi Musa a.s dan Harun a.s mengenai nabi mereka sebagaimana yang dihikayatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya), "Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedangkan kaum mereka (Bani Israel) menjadi orang-orang suruhan kita?" (al-Mukminun: 47)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh kaum Thamud kepada nabi mereka, iaitu Nabi Saleh a.s, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam al-Quran: Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau daripada orang-orang yang benar. (al-Syu'ara': 154)
Hal yang sama pernah juga dilakukan oleh kaum Nabi Syuaib a.s yang memandang nabi mereka sebagai manusia biasa, bahkan sebagai seorang pendusta, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah melalui firman-Nya: Mereka berkata, "Sesungguhnya engkau adalah dari kalangan pelaku sihir. Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini daripada orang-orang yang dusta. (al- Syu'ara': 185)

Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh orang musyrikin terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka hanya memandang nabi SAW sebagai manusia biasa, sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran: Dan mereka pula berkata, "Mengapa Rasul ini makan, minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)?" (al-Furqan:7)
Rasulullah SAW sendiri telah menyatakan dalam sabdanya tentang kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya dengan semulia-mulia sifat dan pelbagai perkara yang mencarik adat (mukjizat) yang membezakannya daripada manusia yang lain.
Di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW mengenai peribadinya di dalam hadis sahih: "Kedua-dua mataku tidur, tetapi hatiku tidak tidur".

Di dalam hadis sahih yang lain, nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat kamu dari belakangku sebagaimana aku melihatmu dari depanku".
Baginda SAW juga bersabda: "Aku dianugerahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi."
Meskipun pada fizikalnya, baginda SAW telah wafat, tetapi baginda masih hidup dengan kehidupan Barzakhiyyah (di alam barzakh) secara sempurna. Baginda SAW dapat mendengar perkataan orang yang masih hidup di dunia dan mendengar salam mereka serta menjawabnya.

Bahkan, disampaikan kepada baginda SAW setiap selawat yang diucapkan kepada Baginda SAW dan juga diperlihatkan kepadanya segala amal perbuatan umatnya.
Keampunan
Baginda SAW berasa senang dan gembira dengan amal soleh orang-orang yang baik, dan sentiasa meminta keampunan bagi umatnya yang melakukan dosa. Sesungguhnya, Allah SWT telah mengharamkan bumi ini daripada memamah jasad nabi SAW yang sentiasa terpelihara daripada sebarang kerosakan dan pemusnah yang terdapat di dalam bumi.

Diriwayatkan daripada Aus ibn Aus r.a, beliau berkata: Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya, di antara hari kamu yang paling mulia ialah hari Jumaat. Pada hari itulah, Nabi Adam a.s diciptakan dan pada hari itu juga beliau diwafatkan. Pada hari Jumaat juga, terjadinya tiupan sangkakala, dan pada hari itu juga terjadinya so'iqah (petir dahsyat atau Kiamat). Maka perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku pada hari itu kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah selawat kami akan dipersembahkan kepadamu, padahal kamu telah binasa?" Baginda SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi ini daripada memamah jasad para Nabi". (riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban di dalam Sohihnya dan Imam Hakim mensahihkannya.)

Al Hafiz Imam Jalaluddin al Suyuti r.a menulis risalah khusus mengenai perkara ini yang bertajuk Anba' al Azkiya' bi Hayah al Anbiya' (Perkhabaran Orang Cerdik Pandai Mengenai Kehidupan Para Nabi).

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a, daripada Rasulullah SAW yang bersabda: "Kehidupanku adalah baik bagi kamu, kamu berbicara (bertanya masalah dan hukum kepada Baginda SAW) dan dibicarakan bagi kamu (dengan wahyu dan syariah daripada Allah melalui perantaraan Baginda SAW). Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu kerana dibentangkan amalan kamu ke atasku. Apa yang aku lihat dari amalan itu baik, maka aku memuji Allah dan apa yang aku lihat dari amalan itu jahat, aku memohon keampunan kepada Allah untuk kamu". (Al Haithami mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh al Bazzar, dan rijalnya adalah sahih)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang pun yang mengucapkan salam ke atasku kecuali Allah mengembalikan kepadaku rohku, sehingga aku (dapat) menjawab salamnya". (riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)
Menurut sebahagian ulama, maksud Allah mengembalikan rohku adalah: "Allah mengembalikan kepadaku kemampuan berbicara".

Diriwayatkan pula daripada 'Ammar ibn Yasir r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT mewakilkan pada kuburku malaikat yang diberikan nama-nama makhluk kepadanya. Maka tidak ada seorang pun yang membaca selawat ke atasku hingga hari kiamat, melainkan dia menyampaikan kepadaku nama orang tersebut beserta nama ayahnya, "Ini Fulan ibn Fulan telah berselawat ke atasmu". (riwayat al Bazzar dan Abu al Sheikh Ibnu Hibban).
Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa meskipun baginda telah wafat, tetapi kemuliaan, kedudukan dan pangkatnya yang tinggi di sisi Tuhannya tetap kekal dan tidak diragui lagi di sisi orang yang beriman.

Menganggap Nabi SAW sama sahaja dengan manusia yang lain pada semua keadaan dan sifat-sifat mereka adalah suatu tanggapan yang jelas salah dan kejahilan yang ditolak sama sekali oleh dalil-dalil yang sahih dari al-Quran dan sunnah.
Jika Nabi SAW tidak mempunyai ciri-ciri istimewa dan khusus, apakah hikmah dan faedah terpilihnya mereka menjadi nabi dari manusia yang lain? Tidak ada salahnya kita memuliakan dan memuji baginda SAW. Malah sememangnya kita digalakkan memuji dan memuliakan nabi SAW lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran baginda SAW ini selagi ia tidak sampai menyamatarafkan baginda SAW dengan sifat-sifat ketuhanan.


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Cinta Tanpa Syarat

" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata)

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor. Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 5 tahun meninggalkan kami?. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung?. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. 'Tazkirah Untuk Orang Mengaji' oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu." Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami semua.

Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh. Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah. Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi.. Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah.

Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa. Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung. Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya. Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil? Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.

"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu. "Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah", itulah suara dari hati bonda.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf bonda semasa saya kecil, saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan. "Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya. "Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya. Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk. Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah. Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.

Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku." Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah. Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang. Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia jarang sekali marah. Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT. Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada. Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah.... Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji. "Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya. "Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak derhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam tu...", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-19, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu. Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan. Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat... NAMUN... Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat! Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata. Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu? Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya. Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Tarmizi dan ia menambah hiba di hati saya. Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak derhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.

Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita. "Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil". Ameen.

~http://saifulislam.com/?p=474~

Elements of Success

Transcribed and Summarized version of Sh. Hamza Yusuf's talk on Elements of Success
In our current state of affairs, we have come to know that failure is the opposite of success. One of the reasons Muslims fail, well one of the major reasons cited in the Glorious Qur'an al Kareem is `disputation amongst one another', which leads to failure. Also, one of the signs of the latter days, isthe amazement in ones own opinion (self opinionated people).
The essence of failure is summed up in the Qur'an as:

Disobeying Allah subhaanahu wa ta'ala,
- Disobeying His Messenger sallallahu `alaihi wa sallam, and,
- Disputation amongst each other.


For our current situation to be reversed, there are many methods, and ways to go about things. Obviously holding firmly to the Qur'an and the Sunnah is the first. But, there are elements that we need to implement in our lives that will bring to life the Islam that was lived not so long ago by our predecessors, InshaAllah.

Ten Qualities That Lead to Success:

1. Every successful person has a strong sense of purpose. What greater sense of purpose than to know that your goal is Allah subhaanahu wa ta'ala.

2. Seek out role models or mentors. These mentors instill in them a sense of possibility. What better role model than Rasulullah sallallahu 'alaihi wa
sallam?

3. Strength of visualizing the goal. Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam had the strongest visualization of any human. We are people of `success' and this Deen is not a Religion of `failure', but a Religion of SUCCESS!

Michael Hart, the historian who wrote the 100 most influencial personalities in history, placed Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam as number 1. The greatest witness is what your own enemies show witness to. Our example is the best example, for verily Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam was
`Uswatun Hasanah', the Best example; he is the model and mentor of success for all of mankind.

4. Positive sensory orientation. That you dwell on your successes, not dwelling on your failures. Remember your past successes when you were weak, and Allah subhaanahu wa ta'ala will give you victory, look at Badr.

5. Self assurance. They know that they can succeed. `La tahinuu, wa laa tahzanuu wa antum la'nawla in kuntum mu'mineen' – `Do not be weak, and do not grieve, and you are the uppermost, if you are Believers'.
Our afflictions are expiations for us. Remember at `Uhud, Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam said: `Your dead are in the Hell fire, our dead are in
Jannah'.

6. They plan and organize. They know how to prioritize. Look at the most important things and take that. We have people now that argue over where you put your hands in the prayer, where your feet should be, etc.
These things are known in the books of Fiqh, we don't need to argue over them. You ask any scholar of any worth and they tell you very clearly. There's different ways to do it, because we're not supposed to get caught up in the trivial matters, because this is the Talmudic (Jewish) mind that asks `what kind of cow, what color cow' etc. All triviality.

Even in the West, they say that the `devil's in the details' (proverb). What's important is to ask `where's your heart?' Where is your heart in the Salaat?
People watching others pray during Salaat, finding mistakes with the Imaam etc. Where is our heart in the Salaat?
We plan to corrupt each other, organizations are successful, because they plan and organize each other. We are good planners when it comes to Walimah's. For instance, how many sheep will we have, how many belly dancers etc. Allahu Akbar, Takbeer, what type of takbeer? Takbeer of Salatul Janaazah, 4 of them!
7. The ability to acquire the necessary skills to succeed. We need to produce male and female scholars. Why don't we want to be from those people? The people of knowledge? Make your children people of Akhirah, not Dunya!

8. Patience. Be patient and enjoin others to patience. We have two lessons that Muslims have to learn, most of our tribulations are coming from: o Kibr, and, o Lack of patience.
Saying La ilaha Illallah does not make us special, because a Munafiq says La ilaha illallah, and yet they are lower than the Kaafir.
And remember that if you feel safe from Nifaaq, then according to Hasan al Basri rahimahullah, you are a Munafiq! The only one who feels safe from nifaaq is the munafiq.
`Umar ibn Khattaab radi'Allahu anhu went to Huthaifah ibn Yaman and asked him `Do you see in me what you see in them? Tell me by Allah, I want to know if `Umar is a Munafiq?' Huthaifah radi'Allahu anhu replied, `I don't see in you what I see in them'.

The qualities of a Munafiq (some of them include):
- They oscillate
- They remember Allah subhaanahu wa ta'ala little,
- They say on their tongues what's not in their hearts,
- They pray lazily, etc and so forth.

9. Perseverance. Be persevering. No one will have except that what he endeavors for'.

10. To love what one is doing. Radi'Allahu `anhum wa Radu `anh' – `They love Allah, and Allah is pleased with them'.

Loving Allah subhaanahu wa ta'ala and His Messenger! Spending what we love and giving from it freely. You don't reach righteousness (Birr) until you give out that which you love.
"When perfection is reached then it has to diminish, So once something is called perfect, expect it to perish."

Ayat-ayat kauniyyat bukti kehebatan Allah

Soalan
APAKAH yang dimaksudkan sebagai awal agama mengenal Allah? Bagaimana dapat saya mengenal Allah SWT dengan lebih dekat lagi?

Jawapan
Soalan yang jarang orang berterus terang mengenainya. Saya yakin krisis tidak mengenal Allah SWT adalah suatu yang telah melarat setengah kita. Ramai yang mendakwa hidup dia bertuhankan Allah SWT, tapi bila tanya kenalkah dia kepada Allah, pasti akan membisu bukti tiada apa untuk dijelaskan. Sekali gus memperlihatkan kebanyakan kita hanya pandai menyebut beriman kepada Allah, percaya dan yakin kepada Allah dan sebagainya tapi hasilnya tidak begitu.

Lalu, manusia masih tercari-cari kaedah untuk mengenal Allah SWT. Maka pelbagai buku berkaitan dengan akidah dibaca, kuliah-kuliah mengenai akidah juga dihadiri, namun iman dan kepercayaan serta keakraban dengan Allah masih di takuk lama. Puncanya, kita membaca buku tauhid atau akidah tapi kita tidak menggunakannya sebagai wasilah untuk mengenal Allah SWT. Contohnya, dalam buku-buku akidah disebut bahawa wujudnya alam ini adalah bukti wujudnya pencipta.

Apa yang pasti ialah selain Allah SWT adalah alam. Manusia adalah termasuk dalam alam, bukit gunung, hujan, sungai laut, bintang-bintang serta serangga serta yang selainnya yang bergelar makhluk adalah termasuk dalam alam. Alam ini sangat hampir dengan manusia, sering manusia menggunakannya bagi memenuhi keperluan hidup, tetapi malangnya jarang sekali manusia berfikir akan kurniaan tersebut.

Soalan, berapa ramai di antara kita yang apabila melihat titisan air hujan yang membasahi bumi dapat merasakan kehebatan Allah yang menurunkan hujan dari langit. Hasilnya, sebagai seorang yang waras bukan air hujan yang dilihat malahan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dirasainya. Firman Allah SWT yang bermaksud: (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-Rum: 30)

Dalam ayat ini Allah SWT mengulangi kalimah fitrah sebanyak dua kali dengan membawa maksud agama yang suci dan manusia dijadikan dengan satu naluri dan keinginan yang cenderung kepada agama yang benar. Ringkasnya, naluri manusia perlu dijodohkan dengan mengenal Allah SWT bagi memenuhi keinginan fitrah bagi mengelak berlakunya kesesatan.
Ketika belajar di Jordan saya pernah menghadapi persoalan mengenal Allah lalu saya ajukan kepada pensyarah yang mengajar subjek akidah, iaitu Profesor Dr. Abdul Rahman Qahtan al-Duriy, pengarang kitab Usuluddin Islamiy yang dijadikan silibus pada ketika itu. Saya tanya: "Sudah berapa kitab akidah saya baca dan pelajari tapi masih gagal mengenal Allah SWT, kenapa Dr.?"

Beliau menjawab: "Apa kamu belajar dan saya ajar adalah kaedah bagi membolehkan kamu sampai kepada pemahaman akidah yang betul. Jika kamu ingin mengenal Allah SWT bacalah al-Quran terutamanya ayat-ayat kauniyyat (kejadian alam) pasti kamu akan merasakan kehebatan Allah, sekali gus membawa kamu mengenal Allah SWT dengan lebih dekat lagi."

Mulai hari itu saya berusaha membaca dan memahami ayat-ayat kauniyyat, hasilnya rebah saya di hadapan kehebatan dan keakraban Allah dengan hamba-hamba-Nya. Di situ jugalah saya mula merasakan kemanisan iman. Pesan yang sama ingin saya sarankan kepada saudara, bacalah al-Quran perhatikan kehebatan Allah SWT, lihat bagaimana Allah SWT mengajak manusia berfikir, supaya akal yang waras digunakan bagi mengenal Allah SWT. Akhirnya barulah kita sedar bahawa Allah SWT tidak jauh daripada kita cuma kita yang menjauhkan diri daripada-Nya.
Contoh yang lain, firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi golongan yang berakal. (Ali Imran: 190)

Dalam ayat ini Allah SWT mahukan setiap orang yang berakal berfikir dengan menggunakan pancaindera yang paling berharga iaitu otaknya bagi mencapai natijah yang waras, bukan lagi jawapan yang tidak berasas. Bumi menjadi tempat kita berpijak, manakala langit dijunjung, siang dan malam silih berganti bagi perhitungan masa, hari, bulan dan tahun, bukan sekadar itu wahai manusia hendaknya harus berfikir dengan teliti. Bila manusia mendongak ke langit dilihat bulan dan bintang, bila melihat bumi melihat, gunung ganang dan pokok kayu, sungai dan lautan serta bermacam-macam lagi semua ini membahasakan kepada manusia akan ciptaan Allah SWT yang tiada perkongsian dengan-Nya.

Kesimpulannya, fitrah manusia pasti menyedari adanya tuhan yang satu yang mengatur dan mentadbir akan alam semesta ini, ditambah pula dengan adanya al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW dan penjelasan para ulama mengenai mengenal dan menghampirkan diri kepada Allah SWT.

PUTUS ASA - JADIKAN MUSUH UTAMA

Jalan itu begitu sempit dan penuh dengan rintangannya,
Peluh yang menitis terus membasahi seluruh tubuh,
Kaki masih lagi mahu melangkah Walau gerakannya tidak sepantas mana,
Jalan semakin berliku,
Hendak digagahkan,
Terasa kepayahan,
Hendak dipatahkan sahaja semangat yang ada,
Seakan tergambar kerugian..

Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan. Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada. Pasti akan disusuli dengan kekecewaan. Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan. Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati. Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.

Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri. Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan? Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan. Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan. Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.

Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa? Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran. Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian. Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?

Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang. Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan. Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa. Kesilapan sering terjadi di situ. Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar. Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.

Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu. Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan. Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita. Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.

Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus. Seharusnya kita mengetahui erti putus asa. Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain. Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa. Semuanya bermula daripada putus asa. Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain. Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

Siapa di Sebalik Al-Quran itu

“Quran ini, Quran itu, Quran bla bla bla…”, tidak habis-habis orang memperkatakan tentang al-Quran.

Terkini, seorang ahli politik berhaluan kanan Belanda, Geert Wilders pun bercakap tentang al-Quran. Percakapannya menjadi fitnah kepada dunia, sesuai dengan tajuk filemnya itu sendiri, Fitna.

Ramai pihak yang mahu mengkritik, menghentam, membela atau mempertahankan al-Quran, terlepas satu proses yang penting. Proses yang disepakati oleh sesiapa sahaja yang bercakap dengan rasional dan berakal waras, tanpa mengira agama. Proses yang saya maksudkan itu adalah proses menganalisa kesahihan al-Quran.

Di dalam disiplin sejarah sebagai cabang sains sosial, sebelum satu-satu bahan mahu dijadikan rujukan kajian, proses menganalisa ketulenan bahan tersebut harus dilakukan terlebih dahulu. Apakah benar duit syiling yang ditemui itu, merupakan syiling asli, atau syiling palsu. Apakah benar teks tulisan seorang tokoh itu, benar-benar ditulis oleh beliau, dan teks itu merupakan teks asal.

Atas dasar yang sama, proses mengedit dan menyaring manuskrip, memerlukan kepada sekurang-kurangnya tiga salinan berbeza untuk manuskrip yang sama, supaya perbandingan boleh dibuat bagi mengawal ketulenan bahan yang dikaji. Soalnya, sebelum debat atau kritikan mahu dikenakan ke atas al-Quran, seseorang itu harus memeriksa adakah al-Quran itu benar, tulen, atau palsu serta rekaan semata-mata.

Logiknya mudah.

BUKU PETA

“Hmm, nak kena beli A-Z London ni. Takut sesat”, kata Ahmad ketika di Lapangan Terbang Heathrow. Baru pertama kali beliau menjejakkan kaki ke kota London. Ahmad menuju ke kedai buku, untuk mencari peta yang boleh memandunya selama keberadaan beliau di kota London.

“Hmm… printed in Bangalore!“, Ahmad terkejut.

Peta yang cantik, komprehensif dan murah di tangannya itu dicetak di Bangalore. Peta London dicetak di India!

“Aduh, printed in 1985!”, kata Ahmad menambahkan terkejutnya dia.

Peta London dicetak di Bangalore, India, pada tahun 1985! Apakah Ahmad akan membelinya untuk dijadikan panduan agar tidak sesat semasa berada di kota London? Tentu sahaja Ahmad tidak akan membelinya. Ahmad meragui kesahihan peta tersebut, biar pun ia diberikan percuma.

Benar sekali. Kita tidak akan jadikan sesuatu yang kita ragui kesahihannya sebagai panduan.

QURAN PULA

Cuba lihat al-Quran. Di’turun’kan di Arab Saudi.

Masya Allah.

Fahamkah al-Quran ini dengan isu di Eropah atau di Malaysia? Di’turun’kan bukan pada tahun 1985, tetapi lebih 1430 tahun yang lalu! Allahu Akbar! Apakah al-Quran ini faham situasi manusia pada tahun 2008 sedangkan ia sudah wujud lebih seribu tahun yang lalu. Sejauh manakah keyakinan kita kepada kesahihan al-Quran?

“Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi

Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai petunjuk, bagi orang-orang yang bertaqwa. Tetapi syarat besarnya ialah, al-Quran itu tidak dihinggapi keraguan. Tiada keraguan di dalamnya. Maka menjadi ujian bukan sahaja ke atas manusia yang tidak atau belum mempercayai al-Quran, bahkan kepada Muslim yang mendakwa dirinya pengikut al-Quran, harus membuat ketentuan, di manakah letaknya keyakinan beliau tentang kesahihan al-Quran.

Jika seorang Muslim mempercayai bahawa al-Quran itu merupakan kalam Allah, Tuhan yang Satu, maka di manakah buktinya? Jika seorang non-Muslim mahu mempertikaikan al-Quran, bercakap tentang al-Quran, mengimani atau mengkufurinya, sudahkah diperiksa kedudukan al-Quran tersebut?

Jika anda menolak al-Quran, apakah alasannya?

Jika anda mahu mengimaninya, apakah asasnya?

Oleh yang demikian itu, setiap kita harus mengimani al-Quran yang dipilih, bukan menerima al-Quran sekadar suatu warisan. Soalnya, di manakah kesahihan al-Quran itu mahu ditentukan?

BAHASA

Ada pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk memeriksa al-Quran. Apakah ia benar kalam Tuhan, kalam insan, atau apa?

Permulaannya, mungkin pada aspek bahasa. Bagi yang pernah belajar bahasa Arab, cuba semak kembali karangan Bahasa Arab kita semasa SRP / PMR beberapa tahun yang lalu…

Hadhizi madrasati. Madrasati kabiratun, waasi’atun, mulawwanatun, jamilatun, mahbubatun…!"

Tahniah, anda telah mendapat ‘A’ untuk Bahasa Arab setaraf itu. Malu rasanya membaca tulisan sendiri.

Betapa rendahnya kualiti Bahasa Arab kita pada masa itu, berbanding dengan beberapa tahun selepasnya. Sama juga dengan bahasa-bahasa yang lain. Cuba lihat al-Quran. Mampukah dari aspek bahasa, kita bezakan ayat-ayat tahun 1, dan ayat-ayat tahun ke-23? Nampakkah bezanya dari segi bahasa di antara Iqra’, Bismi Rabbikalladhee khalaq dengan Idhaa jaa’a nasrullaahi wal fath?

Bahasa al-Quran sungguh konsisten. Tiada bahasa matang dan pra matang dalam tempoh 23 tahun ia terbentuk. Nyata sekali, konsistensi bahasa al-Quran adalah sesuatu yang mustahil untuk manusia. Tiada manusia yang mampu mengekalkan konsistensi bahasa seperti bahasa al-Quran.

Jika tiada manusia yang mampu berbahasa secara tinggi lagi konsisten sebagaimana bahasa al-Quran, maka tidak masuk akallah untuk al-Quran itu dinisbahkan kepada mana-mana manusia, biar sepakar mana sekali pun dia di dalam bahasanya, kerana konsistensi bahasanya di luar kemanusiaan. Sesungguhnya ia bahasa Tuhan.

Pihak yang bercakap di dalam al-Quran itu bukan manusia.

Bukan Muhammad.

Sesungguhnya Dia yang bercakap di dalam al-Quran itu adalah Tuhan. Allah Subhanahu wa Ta’aala Pengucap firman. Tapi sudah tentu, untuk memeriksa kesahihan al-Quran dari sudut ini, anda harus punya upaya Bahasa Arab.

ASBAB NUZUL (SEBAB TURUN AYAT)

Ketika Aishah radhiyallahu ‘anha difitnah oleh golongan Munafiq dengan tuduhan zina (Kisah al-Ifk), Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh umat Islam hidup dalam keresahan. Rancaknya golongan Munafiq mengadu domba memburuk-burukkan Ummu al-Mu’mineen ketika itu, ditambah lagi dengan tiadanya ‘hujah pembelaan’ dari al-Quran.

Jika al-Quran ini karangan Muhammad, maka pada saat-saat itulah Muhammad sangat perlu mengarang sesuatu untuk membela isterinya. Tetapi ia tidak berlaku sedemikian rupa. Tatkala isterinya terfitnah, ujian ditambah dengan ‘tiada’nya ayat al-Quran baru yang ‘turun’ membela. Hingga Muhammad sendiri terdongak-dongak ke langit menunggu sesuatu.

Kerana al-Quran itu adalah kalam Tuhan.

Firman Allah.

Semasa Aishah terfitnah, Allah menguji Muhammad S.A.W, Aishah dan seluruh umat Islam dengan ‘menahan’ wahyu. Hinggalah akhirnya Allah membebaskan Aishah dan membersihkan maruahnya dengan terwahyunya ayat-ayat di dalam surah al-Noor (24 : 1-26).

Ia suatu peristiwa yang dicatatkan sejarah, betapa Muhammad tiada upaya untuk mendatangkan al-Quran, biar pun pada saat yang paling kritikal, melainkan pada apa yang diterima oleh baginda dari Sumber al-Quran, iaitulah Tuhan, Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri.

Namun sudah tentu kisah ini tidak relevan bagi yang menolak literature Muslim, khususnya Hadith Nabi Muhammad S.A.W.

MATEMATIK YANG UNIVERSAL

Mencari kebenaran al-Quran, bahawa the absolute truth itu ada padanya, mungkin memerlukan kepada pendekatan yang lebih universal. Bahasa sejagat yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja, berbekalkan akal pembeda manusia dari binatang. Gunakan matematik dan teori kebarangkalian yang kita semua tahu.

Kita semua sedia maklum bahawa di antara keistimewaan al-Quran ialah pada kewujudan fakta-fakta Sains yang mengagumkan. Begitu banyak penemuan Sains yang hanya ditemui pada era moden ini, telah tercatat dengan jelas di dalam al-Quran, teks yang telah wujud sejak lebih 1000 tahun yang lalu, era yang masih jauh dari upaya manusia menganalisa alam dengan disiplin sains.

Dari manakah datangnya fakta-fakta yang betul itu?

“Aghhh… mungkin hanya lucky guess!”, jawab segelintir yang tidak atau belum mengimani al-Quran. Baiklah, kita terima alasannya bahawa fakta Sains di dalam al-Quran hanya lucky guess, oleh ‘penulis’nya bernama Muhammad. Dengan menggunakan teori kebarangkalian, mampukah Muhammad membuat ‘lucky guess‘ di dalam al-Quran?


www.iluvislam.com