BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 27 September 2010

Rancangan Jahat Yahudi Untuk Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W

Perang diantara orang Islam dengan org kafir Kristian di kenali sebagai Perang Salib. Ianya berlangsung begitu lama, kemenangan dan kekalahan berlaku silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang berhabis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik utk memperolehi syahid di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kafir kristian yg datang dari Eropah.
Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang Salib ini adalah sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masehi dan meninggal dunia pada tahun 1174 masehi. Seorang raja yang terkenal dengan takwa,warak dan adil. Disebabkan keadilannya itu dia digelar Malikul Adil (Raja yang adil).

Pada waktu malam, beliau bangun untuk solat Tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredaan Allah dan terselamat di akhirat nanti.Pada siang hari beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yg di milikinya adalah utk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara islam. Beliaulah yg membentangkan jalan kepada Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yg telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Beliau sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri -menterinya, sekali pun negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. pada suatu malam.Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang di pimpinnya dalam berjihad berhasil.

Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena dirinya. Menteri-menteri menyedari hal itu, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan.

Dalam mimpinya itu, baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah.Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukan dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda;"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!" Nurrudin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan.

Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah sendiri telah bersabda; "Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku." Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu berhubung dengan peperangan.

Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tetapi mengapa kali ini beliau kelihatan sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu? Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir; "Ah..ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat islam."

Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi:"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu."Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhuk terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu.

Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi.Dalam masa yang tidak seberapa lama sudah tiga kali beliau berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan yang muram. "Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh aku simpan seorang sahaja." Kata Nurruddin di dalam hatinya.

Apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat akan sabda Rasulullah."Apabila seseorang bermimpi buruk, janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa." Nuruddin berfikir sekejap, sanggupkah beliau menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia yang termulia.

Selepas solat subuh, Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah seperti rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin berhubung dengan mimpinya. Raja Nuruddin yakin, menterinya itu tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja.

Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, disana kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjungi titah. "Engkau adalanh orang yang paling kupercayai untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku ini kepadamu.Jamaluddin mendengar dengan serius. Dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita rajanya.

Kemudian Jamaluddin berkata." Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah." "Betul tu, aku pun merasa demikian." kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin."

Raja Nuruddin bertanya,"Jadi, agaknya apakah pendapat mu tentang mimpiku itu?" Jamaluddin menjawab."Menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk mengagalkan rancangan jahat itu."

Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar.

Raja Nuruddin berkata:"Pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukan oleh Rasulullah itu?" Jamaluddin mengajukan usul: "Bagaimana kalau tuanku pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana tuanku dapat berdoa dimakam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah di sisi kubur kekasihnya. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku."

Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja mereka yang dihormati. Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang di laluinya, beliau disambut mesra oleh rakyatnya.

Beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyat, begitu juga rakyat merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyat. Namun disebalik senyumannya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau, Tidak sesaat pun wajah kedua lelaki di dalam mimpinya itu hilang dari pandangan beliau.

Beliau juga dapat mengambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut, janggut bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka. Kalau kedua lelaki itu melintas dihadapan baginda sudah pasti akan di tangkapnya. Disebabkan beliau asyik memikirkan tentang kedua lelaki tersebut, kadang-kadang beliau terpisah dari rombongannya.

Beliau tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian, beliau mengembara di antara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa sebaliknya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan.

Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan beliau sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu beliau: "Tuanku, sekejap lagi kita kan memasuki kota Rasulullah S.A.W., oleh itu bersiap sedialah Tuanku." Raja berkata:"Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?" Jamaluddin berkata: "Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba' dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah unutk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri."

Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba' rombongan raja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia itu lah jenazah Rasulullah S.A.W. bersemadi. Perasaan mereka yang berada dihadapan tempat jenazah baginda Rasulullah S.A.W. disemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain. Lalu raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah S.W.T. supaya rahsia disebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Detikkan hati Raja Nuruddin yang begitu kyusyuk dalam doanya menyebabkan air matanya mengalir tanpa disedarinya. Memang disinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah S.A.W. semakin jelas di mata raja Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan raja Nuruddin.

Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi:" Kenalilah aku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini." Setelah baginda berdoa dengan penuh kyusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulai tempat bersemadinya Rasulullah S.A.W.

Oleh kerana raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memenggil gabenor Madinah dan berkata: "Beta mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka." Gabenor Madinah itu berkata:"Baik tuanku, segala titah tauanku akan patik laksanakan."

Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran kota Madinah. Setelah berita itu disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal.Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu.

Setelah Raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memendang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang menjadi buruannya tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah.

Raja Nuruddin berkata:"Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan beta? Cuba siasat sekali lagi." Kemudian para pengawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat:"Betul tuanku, saya ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar tentang ketibaan baginda tuanku ke sini."

Raja Nuruddin berkata:"Di manakah mereka berada dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Raja Nayuddin semakin cepat tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata:"Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah.

Kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu orang miskin dan fakir." Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawai tersebut, dan beliau berkata:"Beta ingin sangat bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga."

Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhuk, sementara mulut mereka tidak terhenti-henti berzikir kepada Allah S.W.T.

Apabila kedua mereka berdiri di hadapan raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul di dalam mimpinya. Ternyata sekali beliau tidak bermimpi, beliau kini berada betul-betul dihadapan orang yang menjadi buruannya. Raja Nuruddin yakin bahawa itu lelaki yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikut kan hati, hendak sahaja dia bertanya:"Siapakah kamu berdua ini."

Raja Nuruddin bertambah hairan, ini adalah kerana mereka berdua itu begitu kyusyuk dan tawadhuk, gerak geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Dari segi rambut, serban mengikut sunnah Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur kata nya penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan hadis,tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari kedua orang itu? Apakah dosa yang dilakukan mereka? Raja Nuruddin serba salah kerana mereka berdua dikenali sebagai orang alim dikalangan penduduk dan sentiasa menunjukkan sifat yang penuh tasauf, beliau juga menghormati kealiman dan ketasaufan mereka.

Selepas majlis selesai, orang ramai pun bersurai. Raja Nuruddin masih tidak puas hati kerna teka-teki yang menghantui nya belum terjawab.

Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfardan berzikir, kemudian beliau berdoa panjang, dalam doanya beliau meminta yang lebih jelas dari Allah S.A.W.

Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dan berkata:"Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?" "Ya..sudah." "yang mana satu tuanku?" "Jemputan yang terakhir sekali, beta pasti itu lah orang yang ditunjukan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi ku."

Raja Nuruddin berkata:"Tetapi yang peliknya beta tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, akhlaknya gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya mengambarkan keperibadian Rasulullah S.A.W.

Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata rajanya, maka dia pun berkata:" Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Boleh jadi mereka hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya. Padahal dia adalah musuh yang jahat.

Raja Nurudin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Raja Nuruddin berkata lagi:"Apakah yang harus kita lakukan?" Jamaluddin berkata:"Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit."

Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai di jemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin. Kedua orang yang disyaki juga di jemput sebagai tetamu kehormat.

Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja Nuruddun dan menterinya Jamaluddin. Gabenor Madinah di beri tugas menjayakan majlis tersebut. Kesemua bahagian di dalam rumah itu diperiksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak ada satu pun benda yang mencurigakan.Sebaliknya dalam rumah tersebut dipenuhi ayat-ayat Al-Quran yang digantung juga hadis nabi. Didalam almarinya dipenuhi dengan kitab-kitab agama, fekah dan tasauf.

Keadaan rumah itu mengambarkan seolah-olah pewaris nabi S.A.W. Hati kecil Raja Nuruddin bertanya dalam hati, apakah lagi yang harus aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah S.A.W. meminta pertolongan dariku supaya di bebaskan dari kedua lelaki itu? Setelah merasa puas menyelidik rumah tersebut, Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut.

Apabila beliau hendak melangkahkan kaki, datang ilham yang membuat beliau teringin hendak melihat permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang dianggap cukup mahal itu. Raja Nuruddin tidak puas hati dengan melihat sahaja permaidani itu tetapi baginda ingin membelek-belek permaidani itu.

Sewaktu Raja Nuruddin membelek permaidani itu, beliau ternampak di bawah permaidani itu ada papan, Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu beliau mengangkat papan tersebut perlahan-lahan, ternyata dibawah papan itu terdapat sebuah terowong yang bertangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong itu, akhirnya beliau terkejut dan berkata:" MasyaAllah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah S.A.W.

Kemudian Raja Nuruddin mengarahkan supaya kedua lelaki itu di tangkap.Dengan terbongkarnya rahsia tersebut, yakinlah Raja Nuruddin terhadap makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah S.A.W Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah orang alim itu.

Beberapa orang telah turun kedalam terowong yang sangat ajuh itu dan akhirnya mereka mendapati terowong itu sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah S.A.W. Setelah mendapat kepastian tentang terowong tersebut, orang ramai memukul kedua lelaki tersebut dan terus di bawa ke muka pengadilan.

Di mahkamah, keduanya menggaku sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak kepada mereka untuk mencuri jasad Rasulullah S.A.W. dari makamnya. Apabila jasad Rasulullah berada di tangan pihak Yahudi, maka mudahlah mereka merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam.

Umat Islam di Madinah merasa tertipu dan akhirnya kedua mereka dijatuhi hukuman mati. Raja Nuruddin telah memerintahkan supaya keempat penjuru (sekeliling) makam Rasulullah di pagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi.

Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W., kali ini Rasulullah S.A.W. merangkul dan memeluk beliau.

Sebelum Raja Nuruddin berangkat meninggalkan Madinah beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam mereka terhadap Islam akan berterusan.

Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan airmata oleh sekelian rakyat uang menyintainya.

Ketahuilah bahawa hari ini orang Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka telah berjaya melagakan umat Islam sesama sendiri.

Semoga kita segera bersatu untuk menegakkan kembali Islam yang Agung.

** SEKIAN WASSALAM..

Kegembiraan orang beriman di hari akhirat

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menambahkan keterangan secara terperinci mengenai keadaan hari kiamat berserta malapetakanya yang mengerikan. Semua itu diterangkan kepada manusia sebagai dorongan agar merenung dalil yang menunjukkan ke-Esaan dan kekuasaan Allah SWT.

Kebenaran hari kebangkitan berserta segala kejadian hari kiamat yang disampaikan melalui lidah rasul-rasul-Nya supaya mereka membekalkan diri dengan amalan soleh sebagai pelita untuk menerangi kegelapan hari kiamat itu.
Allah SWT menerangkan bahawa manusia ketika itu terbahagi kepada dua golongan:
l Golongan yang sentiasa tersenyum, riang gembira seperti orang yang bertemu kekasihnya. Mereka itu adalah orang yang benar-benar percaya kepada kebenaran dan mengamalkannya.

lGolongan yang mukanya berdebu, ditutupi asap hitam. Mereka adalah penentang Allah SWT dan rasul-Nya, menolak kebenaran yang dibawa dan enggan berbuat baik sesuai dengan perintah Islam.
Firman Allah SWT: Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat.

Ibn Abbas berkata: al-Shakhah merupakan salah satu daripada nama hari kiamat yang diagungkan Allah SWT dan selalu diperingatkan pada hamba-Nya.
Ibn Jarir berkata: Boleh jadi ia merupakan nama bagi tiupan sangkakala.
Sedangkan Syed Qutb berkata: Perkataan shakhah ialah bunyi yang gegak gempita hampir menembusi telinga ketika ia membelah udara sampai ke dalamnya dengan bunyi yang kuat dan mendesak.

Dengan nada yang keras ini, al-Quran mengadakan persediaan untuk menayangkan pemandangan selanjutnya iaitu pemadanan setiap individu lari dari orang yang paling dekat dengannya.

Firman Allah SWT: Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibunya serta bapanya, dan isterinya serta anak-anaknya.
Ibn Kathir berkata: Maksudnya dia mengetahui justeru, dia lari dan menjauh dari mereka kerana keadaan yang sangat menakutkan dan suasana yang tidak tenteram. Dalam hadis sahih disebutkan berkenaan dengan masalah syafaat.
Jika setiap Rasul di kalangan Ulul Azmi diminta memberikan syafaat di sisi Allah, maka dia akan mengatakan: "Saya pun bimbang nasib diriku ini".

Bahkan Nabi Isa a.s sendiri mengatakan: "Aku tidak meminta kepada-Nya kecuali untuk diriku sendiri bahkan aku tidak mampu meminta untuk Maryam walaupun dia ibu kandungku sendiri". Oleh yang demikian, Allah SWT berfirman seperti ayat di atas.
Firman Allah SWT: Kerana tiap-tiap seorang daripada mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Debu kehinaan
Al-Maraghi berkata: Itulah kejadian yang sebenarnya dan masing-masing diserang rasa ketakutan.
Ketakutan terhadap bencana dan perhitungan amalan merupakan urusan yang menyibukkan dan memalingkan dirinya daripada kaum kerabatnya disebabkan dia tidak mempunyai fikiran dan kekuatan lain lagi untuk menolong orang lain.
Perkara ini juga boleh diertikan bahawa kesedihan yang dideritainya itu disebabkan oleh dirinya sendiri dan kesibukan ini menyebabkan dia sesak dada.
Oleh itu dia tidak mempunyai sebarang kesempatan untuk memerhatikan kesedihan orang lain.

Firman Allah SWT: Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria. Inilah gambaran mereka yang mendapat keredaan Allah SWT. Kedudukan mereka yang selamat daripada huru-hara pada akhirat kelak.
Firman Allah SWT: Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

Al-Maraghi berkata: Pada hari itu terdapat orang yang wajahnya ditutupi debu kehinaan dan gelap kerana kesedihan. Itulah wajah orang kafir, orang yang tidak beriman kepada Allah SWT dan ajaran-ajaran yang dibawa rasul-Nya.

Mereka melanggar ketentuan syariat, melakukan dosa dan kejahatan. Dari keterangan di atas, dapat dinyatakan pada hari itu manusia terbahagi kepada dua golongan:
lGolongan yang ketika di dunia mencari kebenaran, berpegang kepada dalil yang tepat dan mengamalkan kebenaran tersebut. Dia tidak lemah, kerana sedikitnya pengikut dan ramainya pembangkang. Mereka bersikap tenang sehingga bertemu Allah SWT dan bergembira disebabkan memperoleh hasil daripada amalan yang dilakukan. Tanda-tanda kegembiraan itu terlihat pada wajah-wajah mereka.

lGolongan yang rendah akalnya, mengabaikan nikmat-nikmat Allah SWT kepadanya, senang mengambil tindakan yang bodoh dan tidak mahu berfikir kerana mengikut warisan daripada nenek moyangnya. Dia selalu mengikut hawa nafsunya yang jahat dan akidah yang rosak. Mereka akan mengamalkan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu, kerana itu nampak pada dirinya rasa kecewa dan gagal. Wajah-wajah mereka pula dipenuhi debu dan asap hitam disebabkan mereka ketika di dunia kafir lagi derhaka.
Syed Qutb berkata: Dengan susunan itu, selaraslah gambaran bahagian pertama dengan yang akhir.

Bahagian pertama menjelaskan hakikat nilai atau neraca dan bahagian akhir menerangkan hasil penilaian neraca itu.
Surah yang pendek ini menjadi satu surah yang tersendiri atau unik dengan pengemblengannya yang mengandungi berbagai-bagai hakikat yang besar, pemandangan-pemandangan, nada-nada dan saranan yang beraneka ragam yang memberi penjelasan yang cantik dan halus.


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Wanita Syurga

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu." Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah. Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Buat renungan semua: Orang yang berfikiran besar banyak memperkatakan ilmu Orang yang berfikiran sederhana banyak memperkatakan peristiwa Orang yang berfikiran rendah banyak memperkatakan manusia Orang yang berfikiran cetek banyak memperkatakan diri mereka .
Nabi SAW bersabda, ada 4 perkara yang dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik :

1. Sifat malu dari lelaki adalah baik, tetapi dari perempuan adalah lebih baik,
2. Adil dari setiap orang adalah baik, tetapi dari pemimpin adalah lebih baik,
3. Bertaubat dari orang tua adalah baik, tetapi dari orang muda adalah lebih baik,
4. Derma dan sedekah dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang fakir adalah lebih baik.

Dunia Yang Menipu

Allah swt menjadikan dunia ini begitu indah pada pandangan mata serta menggerakkan keinginan hawa nafsu terhadapnya.

Diingini, dirindui dah diidamkan.
Dunia boleh melalaikan, mempesona dan menggoda.

Rasulullah saw telah bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis menghijau; Senang hati melihatnya;.Bahawasanya Allah memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memilih kamu untuk menguasainya, maka Dia sentiasa memerhatikan apa yang kamu lakukan.” (Riwayat Muslim).

Dengan keadaan demikian Allah swt mahu manusia mengurus dan mentadbir dunia dengan adil dan jujur. Tanpa khianat dan kepentingan apa-apa selain kerana Allah semata-mata.Ini kerana Allah mahu menguji manusia. Siapa yang dapat mengalahkan nafsunya daripada terpesona dengan dunia, untuk mengikut kehendak-kehendak Allah swt. Inilah ujian iman dan taqwa. Siapa yang kuat iman dan taqwanya dapatlah ia mengutamakan Allah daripada nafsunya.

Sebaliknya siapa yang lemah iman dan tiada taqwa nescaya dia tidak dapat lepas daripada kongkongan nafsunya. Nescaya ia akan khianat dan merangkul dunia hanya untuk dirinya. Demikianlah halnya kita dengan dunia ini.

Allah swt telah mengamanahkan kepada kita sesuatu yang sangat kita cintai. Harta, pangkat, wang, rumah besar, isteri, kecantikan, anak-anak, kesihatan, kepandaian, ilmu, pembangunan, kebun-kebun yang indah, alat-alat kemudahan hidup dan serba-serbi lagi. Ini kerana Allah mahu kita mentadbir dunia ini mengikut hukumNya dan menggunakan dunia untuk kepentingan agama Allah dan untuk keselamatan di akhirat, tanpa mengabaikan duniawi itu sendiri.

Namun nafsu kita pula mahukan agar segala anugerah dan amanah itu menjadi milik peribadi dan untuk keseronokan duniawi semata. Maka bertarunglah dua kemahuan dalam diri setiap individu dan hasilnya, hampir semua orang akan tewas kepada hawa nafsu. Kehendak nafsu menjadi ikutan sehingga kehendak dan amanah Allah dikhianati. Masing-masing membolot dunia untuk perut dan poket sendiri. Semakin tinggi ilmunya, semakin rakus juga nafsunya.

Mereka yang berpangkat menggunakan pangkatnya untuk mencari keuntungan peribadi, seperti kemahsyuran, kekayaan harta dan wang ringgit. Bila rasa tidak puas dan tidak cukup dengan apa yang ada wujud maka masing-masing akan berlumba untuk mendapat yang lebih lagi dari apa yang dikurniakan. Maka terjadilah tindas-menindas, menipu, rasuah, merompak dan lain-lain.

Bagaimana untuk kita kembali kepada jalan yang benar?

Kita telah mengatakan bahawa punca bagi segala masalah ini ialah kerana manusia menuruti nafsu cinta dunianya. Masing-masing menjadikan dunia sebagai matlamat hidup, bukan alat hidup untuk menuju ke akhirat. Sekiranya punca ini dibetulkan barulah penyakit tadi dapat dielakkan. Maknanya, kalau manusia tidak lagi cinta kepada dunia dalam dia menguruskan dunia, masalah-masalah yang timbul yang merosakkan kehidupan akan berhenti dengan sendirinya.

Ketahuilah matlamat hidup yang sebenarnya hanyalah untuk Allah swt dan bukan untuk dunia. Dunia hanyalah laluan untuk kembali ke akhirat. Kehidupan yang sebenar bukanlah di dunia tetapi di akhirat. Dunia merupakan tempat berbakti untuk mencari keredhaan Allah swt. Bukan untuk mengumpul dunia dan berbangga-bangga dengannya.

Orang yang dapat menjadikan hidupnya untuk Allah dan akhirat tanpa mengabaikan keperluan dunia, akan menjadi orang yang mengutamakan kepentingan orang lain. Masyarakat yang benar-benar hidup untuk Allah dan untuk akhirat, ialah masyarakat yang benar-benar berpadu dengan kasih sayang dan tolong-menolong seperti kata pepatah, 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Masing-masing akan berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, mencari keredhaan Allah dan kebahagian di akhirat melalui kehidupan di dunia.


www.iluvislam.com

Milikilah Sifat Malu

Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,
Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.



www.iluvislam.com

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat

Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada saf-saf terdepan”
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf–saf”
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang–orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’”
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur”
(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


*Sumber Tulisan Oleh : Syaikh Dr. Fadhl Ilahi (Orang – orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005

Hati Nabi SAW dibersihkan

ISRAK dan Mikraj mencatatkan banyak peristiwa penting yang ditempuhi dan dilihat oleh Rasulullah SAW. Semuanya diperlihatkan kepada baginda dengan jelas, bukannya untuk tatapan mata semata-mata.

Sesetengah riwayat mengatakan pada malam tersebut, nabi SAW berada di samping Kaabah sebelum dikejutkan oleh malaikat Jibrail untuk mengajak baginda menempuh peristiwa ini.
Ada yang mengatakan baginda sebenarnya berada di rumah isterinya, Ummu Hani sebelum dibawa ke Kaabah.

Di situ baginda dikatakan menjalani proses pembersihan hati seperti yang pernah dilalui sewaktu kanak-kanak, iaitu sewaktu dalam jagaan ibu susuannya, Halimatussaadiah. Mungkin juga proses ini adalah pertama dilalui baginda.
Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail (dikatakan malaikat Mikail juga turut serta dalam proses itu) lalu dikeluarkan hati yang kemudiannya dicuci dengan air zamzam dan dibuang ketul hitam daripada hati tersebut.

Ia disebut juga sebagai 'alaqah, ketulan yang menjadi tempat syaitan membisikkan godaan dan menimbulkan perasaan was-was terhadap manusia.
Setelah selesai dada baginda dicantumkan semula dan diletakkan khatimun nubuwwah sebagai cap kenabian baginda.

Baginda kemudiannya menaiki kenderaan khas dari syurga, iaitu Buraq untuk melalui perjalanan jauh tetapi perlu dihabiskan dalam satu malam.
Dengan ditemani malaikat Jibrail yang menjelma sebagai manusia, baginda memulakan perjalanan ke Baitulmaqdis, di Palestin untuk ke Masjid al Aqsa.
Namun di beberapa tempat dikatakan baginda diarah berhenti dan sembahyang sunat dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan adalah:

l Negeri Thaibah (Madinah atau Yathrib), iaitu negara yang bakal baginda melakukan hijrah dan mendirikan negara Islam pertama di sana.

l Bukit Tursina, Mesir iaitu lokasi Nabi Musa a.s menerima dan bertemu dengan Allah.

l Baitul Laham, tempat Nabi Isa a.s dilahirkan oleh ibunya Siti Maryam.
Sepanjang perjalanan ke Masjidil Aqsa ini iaitu dalam kederasan Buraq, baginda diperlihatkan dengan pelbagai gambaran antara langit dan bumi, antaranya:

l Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah diberitahu Jibrail: "Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

l Baginda juga terbau yang sangat harum. Jibrail memberitahu: "Itulah bau dari kubur Mashitah (tukang sikat rambut anak-anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anak mereka (termasuk bayi yang dapat bercakap meminta dirinya dicampakkan ke dalam kawah minyak yang menggelegak panas untuk menguatkan iman si ibu) yang kesemuanya dibunuh oleh Firaun kerana tidak mengakui Firaun itu tuhan kerana keimanan yang teguh terhadap Allah".

l Sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka akan bercantum, lalu dipecahkan lagi. Jibrail memberitahu nabi: "Itulah mereka yang berat kepala untuk bersujud (solat)".
l Sekumpulan manusia lagi, yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Lalu diberi makan api dan batu dari neraka jahanam. Rasulullah diberitahu, itu adalah balasan kepada mereka yang tidak mengeluarkan zakat harta.

l Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: "Wanita yang sangat tua itu merupakan gambaran umur dunia ini yang sangat tua dan hanya menantikan saat-saat untuk berlaku kiamat sahaja".
Terdapat pelbagai peristiwa lain yang disaksikan oleh baginda yang kebanyakannya adalah gambaran sebenar terhadap balasan-balasan Allah terhadap amalan-amalan hambanya di muka bumi ini.

Semua gambaran itu wajar menjadi iktibar kepada kita kerana segala yang dijanjikan oleh Allah adalah benar dan tidak ada sesiapa yang akan terlepas.
Baginda akhirnya tiba di Masjid Al Aqsa lalu ditambatnya Buraq pada dinding masjid tersebut yang kini dikenali sebagai The Wailing Wall (Tembok Menangis) sebagai tanda kesedihan kaum Yahudi apabila Baitul Maqdis pernah jatuh ke tangan orang Islam. Sehinggalah mereka berjaya merampas semula pada tahun 1967 lalu dijadikan tempat ibadat yang penting bagi kaum itu.

Mereka juga mendakwa bahawa di sebalik tembok ini merupakan sebahagian tapak kuil Nabi Sulaiman dan kerja-kerja menggali terowong sedang digiatkan dijalankan bagi membuktikan dakwaan mereka itu.

Lalu apa yang berlaku pada malam itu di dalam masjid Al Aqsa yang sangat suci dan mulia itu, adalah satu perhimpunan yang sangat luar biasa sifatnya.
Dengan segala kekuasaan yang Allah miliki lalu dihidupkan semua para rasul dan nabi untuk bertemu Nabi Muhammad SAW. Para ulama menganggarkan perhimpunan itu melibatkan seramai 313 para rasul dan 24,000 nabi.

Baginda kemudiannya mengimamkan sembahyang sunat dua rakaat bersama-sama para rasul dan nabi. Ia satu jemaah sembahyang dan perhimpunan yang tidak berulang di bumi ini sebagai tanda kemuliaan yang sangat tinggi kepada Nabi SAW sebagai penghulu kepada semua rasul dan nabi.

Selepas selesai perhimpunan itu, lalu Jibrail datang membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Nabi SAW. Lalu baginda pilih susu untuk diminum.
Jibrail pun berkata: "Kamu membuat pilihan yang betul. Jika arak yang kamu pilih nescaya ramai umat kamu yang akan sesat".

Seusai itu maka bermulalah satu lagi detik yang amat bersejarah apabila tiba masanya nabi SAW diangkat ke langit untuk peristiwa mikraj pula.
Peristiwa itu membolehkan baginda menemui Allah di Sidratul Muntaha yang tiada siapa dapat mempertikaikan kebenaran pertemuan itu.

Sehingga di saat itu tugas Buraq tidak diperlukan lagi kecuali dikatakan baginda diangkat dan kemudiannya menaiki tangga yang indah dari syurga.
Nabi Muhammad dan Jibrail pun menaiki tangga ke pintu langit dunia (Pintu Hafzhah) dan sejurus melangkah masuk ke pintu langit pertama itu, baginda menemui seorang lelaki yang sosok tubuhnya sangat tinggi iaitu 20 meter.

Rasulullah melihatnya, lelaki itu akan tersenyum apabila menoleh ke kanan dan akan menangis sebaik sahaja dia menolehkan kepala ke kiri.
Siapakah lelaki itu dan mengapa dia senyum dan menangis tiap kali menolehkan kepalanya itu?


Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Tenanglah Hati

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

www.iluvislam.com

Sepi Seorang Ibu

Sepi adalah suatu waktu yg tentu tidak memberi rasa selesa. Apalagi kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Dan seorang ibu adalah seorang yg mungkin sangat sering mengalami itu dalam hidupnya, meskipun mungkin kita sebagai anaknya tidak menyedari.
Harus kita akui, bahawa kita memang seringkali lupa akan keberadaan ibu dan ayah yg ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan, perhatian kita kpdnya lebih banyak dan lebih intensif. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, khuatir adakah dia sudah makan atau belum, takut adakah dia akan bahagia disisi kita?
Tapi, adakah kita juga pernah merisaukan khabar dari ibu dan ayah kita? Risau, adakah mereka sudah makan atau belum? Khuatir, adakah ibu dan ayah kita sudah bahagia atau belum? Rasanya jarang kita praktikkan. Padahal mungkin sahaja dia dalam dakapan rasa sepi.

Di sini, mari sejenak kita cuba renungkan lagi. Bicara soal keadaan ibu dan ayah. Soal rasa sepi yg seringkali menerpa hidupnya. Saat kita masih ada kesempatan untuk membalas budi mereka, lakukan yg terbaik untuknya. Untuk ibu yg pengorbanannya tak terhingga. Agar jgn sampai ada kata “menyesal” di kemudian hari.
Rasa Sepi Ketika Bersendiri Membesarkan Anak-anaknya
Ibu kita mungkin menjadi salah satu perempuan yg merasakan kesepian itu dalam mendidik anak-anaknya. Kita, dan beberapa beradik kita mungkin saja hari ini semua telah menjadi org-org berjaya; berpendidikan tinggi, berpangkat tinggi, atau mengurus sebuah bisnes besar.

Mari kita kenang sejenak rasa sepi ibu waktu itu, di mana terkadang dia harus menutupinya dengan sebuah ‘kebohongan’ untuk mengalihkan perhatian kita, agar ia tidak nampak lelah dan penat mengurus dan membesarkan kita.

Seorang anak yg telah dewasa menuliskan masa kecilnya tatkala bersama ibunya, yg tidak pernah kenal erti lelah bekerja untuk dirinya dan adik-adiknya. Saat itu mereka hidup dalam keadaan amat sederhana, bahkan utk makan saja, selalu kekurangan. Ketika sedang makan, ibunya seringkali memberikan bahagian nasinya utknya. Sambil memindahkan nasi ke pinggan anaknya, si ibu berkata, “Makanlah nak, aku tidak lapar.” Setelah dewasa, dia baru tersedar bahawa saat itu ibunya telah ‘berbohong’.
Hari-hari terus berjalan, hingga pada waktu yg telah digariskan, ayah meninggalkan kami utk selama-lamanya. Setelah kepergian ayah, ibu yg malang harus merangkap menjadi ayah, membiayai keperluan hidup kami sendiri dan tiada hari tanpa penderitaan. Hingga byk keluarga ibu yg menasihati ibu utk kembali menikah, tapi ibu yg menolaknya dengan mengatakan bahawa ia tidak perlu cinta, dan aku tahu saat itu ibu ‘berbohong’,” tulisnya, meneruskan ceritanya.

Perjuangan membesarkan anak adalah hari-hari yg penuh rasa sepi, dengan kesulitan yg terkadang belum boleh kita cerna saat itu, atau mungkin hari ini. Namun kita tidak pernah mencuba untuk mengingatnya, utk sekadar mengenang jasa manusia yg agung itu, yg telah memberikan segalanya utk kita.

Rasa sepi ketika ditinggalkan anak-anaknya merantau
setiap anak pada akhirnya akan menentukan pilihan hidupnya masing-masing. Dan kerana itu kita terpaksa meninggalkan kedua orang tua utk mencuba melepaskan diri dari ketergantungan kepada mereka. Ketika beranjak remaja atau dewasa, kita pergi merantau ke mana saja, utk tujuan apapun; menuntut ilmu, mencari rezeki, dan sebagainya.

Berawal dari sini, rasa sepi pun muncul dari relung hati seorang ibu. Anak yg sejak dari kecil diasuh penuh cinta, ditimang-timang dan dibesarkan, pergi jauh dari sisinya. Tak sanggup ia melarang, kerana hidup memang harus berubah dan berkembang. Ia lalu merelakan anaknya pergi merantau.

Ibu memang selalu merindukan kita. Sangat merindukan kita. Sampai bila-bila. Gambar wajah kita selalu hadir di benaknya, bermain-main di pelupuk matanya. Dia selalu melemparkan ingatannya ke masa-masa lalu yg indah ketika kita masih bersamanya, mengenang segala tingkah lucu kita yg menggores kesan indah di hatinya.

Rasa Sepi Ketika Anak-anaknya Telah Sukses dan Berdikari
Merantau mungkin awalnya hanya utk menimba ilmu dan pengalaman. Tapi seringkali di negeri orang, kita akhirnya menemukan kehidupan baru yg membuat kita harus bertahan. Di sana kita menemukan pekerjaan, profesi atau jabatan yg menjadikan kita tidak lagi bergantung kepada orang tua secara ekonomi. Atau mungkin kita telah menemukan pasangan hidup dan lalu membina keluarga sendiri, sehingga tidak lagi merasa perlu utk kembali dan hidup bersama orang tua di kampung halaman.

Keberhasilan dan kejayaan tentu selalu memberi perubahan, seperti perubahan pada keadaan kita yg sudah mampu hidup sendiri. Namun ibu yg mengantarkan kita kpd keberhasilan itu tetap dalam keadaannya yg dulu. Tak ada perubahan, kecuali fizikalnya yg kian lemah dan kulitnya yg semakin keriput. Sepi yg dulu dia rasakan, kini pun tidak jauh bezanya. Bahkan mungkin rasa sepi itu semakin bertambah, kerana kita semakin jarang mengunjunginya.

Rasa Sepi Ketika Anak Mengalami Kekeringan Spiritual
Kejayaan..tetapi tentu bukan hal itu yg paling membahagiakan seorang ibu. Selain kejayaan dan keberhasilan, seorang ibu sangatlah ingin melihat anak-anaknya tumbuh menjadi orang-orang soleh, berbakti dan berakhlak mulia, hidup dgn rukun satu sama lain. Itulah yg paling membahagiakan orang tua. Tak ada yg paling menyenangkan hatinya dan mententeramkan jiwanya selain melihat mereka tumbuh dalam ketaatan kepada Allah swt. Terlebih lagi ketika mereka telah berada di usia yg semakin senja; selalu ada harapan agar anaknya kelak tetap menyenangkan setelah kepergiannya, dalam doa dan munajatnya, memohonkan ampun untuknya.

Rasa sepi yg paling dahsyat akan dirasakan seorang ibu ketika ia tak menemukan kesolehan pada diri anak-anaknya. Saat beribadah tak ada yg menemani. Ketika berdoa tidak ada yang mengaminkan. Di waktu sakit tak ada yg mendoakan. Akhir hidupnya dihantui rasa takut akan kegagalan menuai pahala dari anak-anaknya.

Mari sejenak kita merenung di sini, adakah perempuan yg telah melahirkan kita itu, juga hidup dalam rasa sepi kerana orientasi hidup yg berbeza. Jangan merasa puas dengan hanya melihat senyumnya ketika kita menghadiahkan sebuah barang mahal, sebab boleh jadi dia merindukan sesuatu yg lebih sederhana tapi lebih berharga dari hadiah mahal yg kita berikan.

Rasa Sepi Ketika Anak tak Memahami Bahasa Hati Seorang Ibu
Kerana kita dan orang tua ditakdirkan lahir di generasi yg berbeza, menghuni zaman yg tak serupa, mengalami perubahan-perubahan budaya yg tak sama, terkadang memunculkan perbezaan-perbezaan yg membuat komunikasi orang tua dengan anak tak sefaham, kehendak yg tak seiring, dan fikiran yg tak sejalan.

Sejenak , mari kita bicara tentang keadaan ibu. Merenungkan rasa sepi yg ia derita kerana kita seringkali tidak memahami keinginannya. Jangan biarkan hari-harinya yg tersisa hanya diisi dengan lamunan. Jangan persingkat usianya dengan membiarkan rasa rindu yg tak kunjung terubati. Sekali lagi, mari kita bicara tentang keadaan ini, agar suatu saat nanti kita tak menyesali sikap acuh kita; ketika rasa sepi telah merenggut segalanya.

“ Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa ayah ibuku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil ”.. Amiin T_T
Courtesy from Tarbawi..

3 Yang Menghancurkan Manusia

"Salam Kamunting,

Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata; Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.( KitabAllimu auladakum hubba aalibaiti al nabi. ms 30 )

Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin AliradhiaLlahu anhumadan menempatkan kita bersamanya dan para sahabatradhiaLlahu anhumdi syurgaNya.
Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.

Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran,lalu iblis dilaknat Allah.
Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati pokok sambung nyawa di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.

Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.

Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.

Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu. Ia bermaksud membesar diri dan membangga banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata mata.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.

Selain itu, antara tanda tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain lain lagi.

Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan.

Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;

Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh sungguh menperolehinyamelalui jalannya yang harus dan dibenarkan.Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.
Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui hadyang dibenarkan syara . Ia memasuki jalan jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit asy syuhh( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.

Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam:Berhati hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhhitu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan. ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)
Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;

Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta.Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.

Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.

Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al alaq; 5)

Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.

Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin AliradhiaLlahuanhu.
Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.

Kisah Kerajaan Semut

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut…

Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut?

Gadis Semut: Errr! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.

Malaikat Pendakwa : Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga ( bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain).

Malaikat Pendakwa : Wahai ibu bapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? (tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya)

Ibubapa: Kami lalai tuan, kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

Malaikat Pendakwa : Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga.( bentak Malaikat Pendakwa).

Malaikat Pendakwa : Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?( tanya Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut tersebut.)

Ustaz dan Ustazah: Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.

Malaikat Pendakwa : Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?

Ustaz dan Ustazah : Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri Pendidikan.

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Pendidikan. Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?

Menteri Pendidikan : Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, tuan. (terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut).

Malaikat Pendakwa : Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu? (tegas soalan dari Malaikat Pendakwa).

Menteri Pendidikan : Perdana Menteri kami, tuan. (lemah balasan Menteri Pendidikan yang kini tidak mampu mengangkat muka).

Malaikat Pendakwa : Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang juga!! Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.

Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini!??

Menteri Besar: Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.

Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?

Menteri Besar: Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya. Lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

Malaikat Pendakwa : Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.

Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara. Walaupun ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini dilakukan walaupun tanpa kita sedar. Jika ditafsir dengan lebih mendalam, kita bukan sahaja berdosa apabila mengangkat pen membuat pilihan yang salah, tapi turut dicampakkan ke dalam golongan yang sama apabila mempunyai kemampuan tetapi tidak mengangkat tangan untuk bertindak membantu golongan si Gadis Semut.


www.iluvislam.com

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya **


www.iluvislam.com

Jangan Dipandang Remeh Dosa Kecil

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia.

Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.

Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar." Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat. Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah dalam keadaan diredai. Demikian pula ada kalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)

Berasa aman daripada azab Allah.

Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan diletakkan kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun."
(Surah al-Kahfi, ayat 49)

Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta-merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Selepas puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah kepada makhluknya. Namun demikian, masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan seksa yang menimpa diriku." Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan libasan pedang maksiat.

Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman daripada perbuatan maksiat dalam firman Allah yang bermaksud:
"Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka Jahanam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadilah, ayat 8)

Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar." Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati.

Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah. Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadat zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti. Semua itu adalah akhir daripada rentetan panjang sejarah dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tidak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut. Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.

Productivity around the PC

These are some very small tips dedicated to those of us who spend long hours with computers as a part of our daily work. The intention is to incorporate amal while working with a PC.

•Begin with Bismillah – Say Bismillah before you press the power button on your machine. Insha Allah your work will turn out well.

•Capitalise on the start-up time – A very common procedure is to head into office, switch on the computer and then go to the coffee machine while the computer readies itself for you. Instead of heading for the coffee, why not flip through a booklet on Islam which you keep on your desk? I happen to have a booklet containing one hundred hadith on my desk. So sometimes while my computer starts up and loads the basic programs (about five minutes) I am able to learn one hadith by heart. It’s not possible everyday because there may be colleagues who drop by to say ‘Good morning’ and see how you’re doing, but when it is possible it certainly is worth trying. Do the same while closing for the day or revise what you learned in the morning.

Added bonus: keeping Islamic material on your desk is a subtle way of performing da’wah, as you never know who might be interested in reading what you’ve got!

•Use the desktop wallpaper or sticky note software to learn things by heart – Repetition is the key to remembering. So for instance, if there’s a dua that you want to memorize, use any of those free post-it software applications to help you. Simply copy and paste the dua into a post-it and let it float on your desktop. Every time you minimize your windows to see the desktop, you will see the post-it and read what’s written on it. So Insha Allah you will learn it quickly. You can do this with hadith, dua, or even ayahs of the Quran.

If you enjoy creating your own desktop wallpaper you could do the same thing there. That way you don’t need special post-it note software.
Why don’t I recommend using the tangible kind of post-its? Those will accumulate and you or whoever cleans your office might end up throwing them in the bin. This isn’t the best way to dispose of papers containing the words of Allah.

•Zikr during waiting time – Got thirty seconds to wait while a web page loads, some files copy to your hard drive, or while a system responds? Instead of twiddling your thumbs you could close your eyes and do some quick zikr or recite some salawath. That way you earn reward and at the same time give your eyes a short break. We’ve all read about giving our eyes frequent breaks while using a computer, right? It doesn’t have to be loud recitation – do it in your heart.

So Insha Allah the next time you’re waiting for something to happen on your computer, sit back, shut your eyes and whisper ‘Subhanallah!’. Call it a spiritually uplifting break.

Insha Allah do try these and let us know how they work for you. What other tips do you have to share regarding this topic?


This post was kindly prepared and submitted by Sr. Fathima Nafla. Jazakillah Khair!

Doa Yang Menolak Zina

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.
Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.


Solat.

Doa.
Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:

“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar;
dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar.
Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”
[Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?


ENGKAU DAN DOAMU
Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?

Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.

“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata:
Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta.
Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya”
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Doa menyaring hasrat hati.
Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.


HATI YANG IKHLAS
Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
[Yusuf 12: 34]

Allah Maha Mendengar permintaanmu.
Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.

Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.
“Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina”
[Ghafir 40: 60]

Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.

Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.

Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!
Doa membunuh hati yang sambil lewa!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Tuesday 21 September 2010

Hati Kita Keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.


www.iluvislam.com

Kalam Sepi : La Tahzan Duhai Ibu

Wahai ibu yang kucintai,
Terima-kasih kerana bersusah-payah cuba melahirkanku. Namun, Allah tidak memberikanmu peluang untuk mencurahkan kasih-sayangmu untukku. Kau tangisi pemergianku saat aku baru sahaja kau lahirkan. Ketahuilah ibuku, kasih-sayang-Nya jauh lebih luas. Anakmu ini sedang bahagia di sisi-Nya. Hapuskanlah air matamu dan ceriakanlah hidupmu.

Ketahuilah duhai ibuku,
Walaupun harapanmu musnah untuk memilikiku di dunia, namun kau akan beruntung di negeri akhirat sana. Tersenyumlah duhai ibuku. Anakmu ini sedang ternanti-nanti kehadiranmu dan juga ayah untuk bertemu di taman syurga. Pujuklah hatimu dengan motivasi Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis qudsi:
"Allah s.w.t. berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: "Masuklah kalian ke dalam syurga!" Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk." Lalu mereka mendekati pintu syurga tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. Allah berfirman lagi: "Mengapa Aku lihat kalian enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!" Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" Allah pun berfirman: "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian."
(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari sahabat Nabi s.a.w.)

Ibuku sayang,
Aku akan menjadi saksi pada segala pengorbananmu. Sabarnya kau menantikan kehadiranku. Saban waktu kau mendoakanku dan mengambil makanan terbaik untuk memastikan kesempurnaan pertumbuhanku. Aku berasa sungguh terbelai dengan doa-doamu duhai ibu.

Pagi itu,
kudapat rasakan kau menekan perutmu yang memulas-mulas. Kutahu, sakit yang kau tanggung amat perit. Wajahmu diselubungi kerisauan kerana diriku yang kau kandung sudah 2 hari kurang bergerak. Saat itu, aku berusia 7 bulan dalam kandungan. Ibuku, Tekun kau meyemak semula fetal kick chart yang selalu kau bawa sejak usiaku 6 bulan dalam kandungan lagi. Kau menatap sukar catatan semalam, hanya 3 gerakan dalam masa 12 jam. Lebih membimbangkan dirimu apabila hari ni, masih belum ada gerakan yang dicatat.

Kumengerti duhai ibu,
Diriku yang kau kandung ini amat bernilai bagimu dan ayahku kerana akulah kandunganmu yang pertama setelah 3 tahun usia perkahwinanmu. Pelbagai usaha kau lakukan untuk mendapatkan zuriat. Aku hargai niatmu tulus untuk meramaikan umat Islam di atas muka bumi ini kerana Rasulullah s.a.w berbangga dengan jumlah umatnya di hari akhirat.
Melihat kegigihanmu dalam mendapatkanku, aku berasa hairan dengan kebanyakan manusia pada hari ini yang menggunakan pelbagai alat pencegah kehamilan. Lebih malang lagi, ada yang sanggup melakukan dosa besar dengan menggugurkan kandungan mereka dengan pelbagai alasan seperti terlanjur, anak kecil masih menyusu, belum bersedia dan sebagainya.


Ibuku,
Tiba saat itu, kau melihat ada cecair yang deras mengalir dan membasahi kain batikmu. Cecair tersebut amat jernih dan tidak berbau, bercampur sedikit tompokan darah.

“Masya-Allah, air ketuban dah pecah,” ujarmu dengan wajah panik, lantas menelefon ayahku di pejabat.

Alhamdulillah, pejabat ayahku tidak jauh dan hanya mengambil masa 20 minit untuk tiba di rumah.

Ibuku,
Dalam derita menahan sakit, ada sedikit keceriaan dan harapan pada wajahmu pada saat kau dibawa ke dewan bersalin, Hospital Selayang. Sampai sahaja di bilik pemeriksaan, didapati seorang doktor lelaki cina dan seorang jururawat melayu akan membuat pemeriksaan ke atasmu.

Aku tahu, wanita yang baik sepertimu duhai ibu seboleh-bolehnya tidak mahu auratmu dilihat oleh lelaki ajnabi melainkan tiada pilihan dan dalam keadaan terdesak. Ibuku, Kau membuat permohonan agar diperiksa dan dirawat oleh seorang doktor muslimah. Aku kagum melihatmu tegas dan faham dengan prioriti, sekiranya tiada, kau inginkan seorang doktor lelaki yang muslim, kemudian doktor perempuan non-muslim.

Alhamdulillah, pihak hospital faham dengan pendirianmu. Seorang doktor muslimah datang membuat pemeriksaan terhadapmu. Pertuturannya sangat lembut dan menyenangkan hati. Setiap perlakuannya dimulakan dengan bismillah. Saat itu, aku berasa sudah tidak sabar lagi lahir menjadi permata hatimu, wahai ibu, disambut oleh seorang doktor muslimah yang solehah.

Kemudian ibuku,
kau didatangi oleh seorang doktor pediatrik, memberi penjelasan tentang aku yang bakal kau lahirkan nanti mungkin akan menghadapi pelbagai masalah yang serius kerana belum matang. Ibuku, lidahmu tidak putus-putus berdoa menagih secebis belas dan harapan dari Allah s.w.t. Aku tahu kau sanggup korbankan nyawamu asalkan diriku selamat.

Masa yang berlalu dirasakan amat perlahan. Sengsaramu ibu tidak terperi lagi. Kau bertarung nyawa untuk melahirkanku. Kau ubati penderitaanmu dengan khabar dari Rasulullah s.a.w. tentang pahala ibu bersalin umpama 70 orang mati syahid. Setelah 5 jam menahan derita di dalam bilik bersalin, akhirnya deritamu berakhir apabila berjaya melahirkanku.

Kau belum sempat melihat jantinanya. Tangisanku pun tidak kedengaran. Aku dengan segera dibawa ke Neonatal Intesive Care oleh seorang doktor pediatrik. Dalam keletihan, kau tidak putus-putus berdoa moga Allah memberi yang terbaik kepadaku.

Tidak lama selepas itu, doktor pediatrik tadi berjumpa denganmu memberitahu bahawa aku tidak dapat diselamatkan lagi kerana mengidapi penyakit syndromic yang amat serius dengan kegagalan organ-organ dalaman. Tambahan pula usiaku belum matang. Dalam pasrah, kau mengangis tak henti-henti.

Kalau aku berdaya, mahu sahaja aku sapu air matamu. Mujurlah ayahku memahami. Dialah yang banyak memberi semangat dan harapan kepadamu. Aku gembira mendengar kata-kata ayah, ujian itu tanda kasih-sayang Allah s.w.t. pada hambanya. Tersenyumlah duhai ibuku. Kan kupinta dari Yang Esa untuk memimpin tanganmu tercinta. Kuhitung hari saban waktu, tidak sabar lagi untuk berjumpa denganmu. Tersenyumlah duhai ibu.

Glosari:
1. Fetal kid chart : carta gerakan bayi
2. Dokor Pediatrik : doktor kanak-kanak
3. Neonatal Intensive Care : Unit rawatan rapi kanak-kanak

*Sumber:
Artikel Dr. Farhan Hadi Mohd Taib dan Fatimah Syrha Mohd Noordin dalam discussion Group Karya Fatimah Syarha di Friendster.

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


www.iluvislam.com