BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 14 December 2010

Sifat pemaaf Rasulullah

NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.
Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.
Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang.
Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.

Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.
Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali.
Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati.
Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.
Ternyata suara hati baginda itu benar. Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.

Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkata: "Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."

Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda.
Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.

Hati gelap punca maksiat

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: "Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT."
Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.
Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: "Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan".

Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.
Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.

Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.
Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.
Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-'Ijlan dari al-Qa'qa' Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.
"Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar".
Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ibn Kathir berkata: "Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.
Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: "Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut".
Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

Al-Maraghi berkata: "Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.
Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.
Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.
Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.

Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.
Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

BEBASKAN CINTA MU!

Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!
Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.
Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!

Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kesihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!

“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?

Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.

Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.

Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?

Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermi siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!

Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.

Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.
Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya.

Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!

Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.
Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.

Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!

Mengambil Berat atau Menyibuk?

"Ya Allah, aku bukan mahu menyibuk hal orang, tapi aku mengambil berat. Tapi, aku yang sakit hati kerana aku ini dikatakannya 'menjaga tepi kain orang'." Kalau dirasakan patut saya diperkatakan begitu, terpulang.

Suatu hari, apabila kita mahu mengambil berat, orang itu menyakiti hati kita. Kita mengambil berat tentang hidupnya, bukan rahsia hidupnya (walaupun sesekali kita ambil tahu, dengan maaf). Ikutlah kebaikan mata hati. Mungkin ada sesuatu yang kita tidak harus tahu, tidak perlu. Mungkin ada sesuatu yang harus kita tahu, teruskan menyelami lantas bertindak mengikut kemampuan. Akan tetapi, kita yang mengambil berat hal-hal yang biasa (seperti persekolahan, keadaan kesihatan, pekerjaan) yang dipedulikan oleh masyarakat dikira sebagai penyibuk. Ini tidak masuk akal.

Orang selalu bertanya kepada saya, jarang pula saya katakan mereka penyibuk, melainkan hal-hal yang tidak sepatutnya (seperti keaiban dan maruah).

Suatu perkara perlu kita ambil perhatian dengan semurni pertimbangan. Kita digolongkan sebagai manusia yang tidak beriman jika kita bersikap tidak mempedulikan dan prihatin terhadap keluarga, sahabat, rukun tetangga dan masyarakat. Amalan keprihatinan dan mengambil berat adalah sebahagian aktiviti amar makruf dan nahi munkar serta berupaya menyelamatkan nyawa, akhlak dan emosi manusia.

"Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya."
(Hadis Riwayat Muslim)

"Sesungguhnya Mukminin itu bersaudara. Maka, damaikanlah antara dua saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kalian dirahmati."
(Surah Al-Hujurat, ayat 10)

Amalan 'menjaga tepi kain orang' mampu meningkatkan persaudaraan. Amalan ini memberi peluang kepada manusia untuk mengenali siapa saudara Islam itu dan masalah hidup mereka. Usaha kita membina semangat kemasyarakatan tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri tidak prihatin dengan insan lain. Oleh yang demikian, umat Islam diseru untuk untuk sama-sama memikul rasa keprihatinan. Barulah wujud semangat persaudaraan.

Bagi umat Islam yang diambil peduli, berterima kasihlah mengikut kemampuan, zahir mahupun batin. Orang yang ikhlas dalam keprihatinan tidak akan meminta terima kasih dan mengharapkan balasan kerana keikhlasannya. Mereka tahu bahawa segala jasa dan budi dibalas sebagai pahala oleh Allah SWT. Akan tetapi, rasa terima kasih adalah sebahagian daripada budi bahasa rakyat Malaysia yang telah lama diterapkan.

"Sesungguhnya segala pemberian ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan usaha amalan kamu diterima dan dihargai oleh Allah."
(Surah Al-Insaan, ayat 22)

Bukankah balasan untuk kebaikan itu tidak lain tidak bukan hanyalah kebaikan?
Jadi, kalau perkara biasa di ambil prihatin terhadap orang itu sebenarnya sungguh baik daripada kita membiarkan orang itu susah atau sedih kerana sesuatu kesukaran. Bukanlah kita menyibuk dasar-dasar kehidupan yang amat mendalam (walaupun ada untuk sesekali). Setakat pertanyaan apa khabar, sakit apa, bagaimana dengan pelajaran dan tindakan kita (yang sekurang-kurangnya berdoa, mengucapkan kata-kata semangat, harapan; kalau kita membantu, itu lebih baik) itu apakah ia suatu kesalahan hanya kerana prihatin atau dalam erti kata lain 'menjaga tepi kain orang'?


www.iluvislam.com

Tolak nikmat sementara, terselamat api neraka

TANDA peralihan usia daripada alam kanak-kanak ke alam remaja bermula apabila mulai jelas tanda kematangan biologi seperti haid bagi perempuan, mimpi serta keluar air mani bagi lelaki.

Disebabkan mimpi, badan cepat membesar, rambut atau bulu mula tumbuh di bahagian tertentu badan dan yang paling ketara perubahan adalah soal nafsu seks.

Ketika ini Islam amat mendidik untuk menguasai diri. Apabila diri terkawal maka semuanya pasti teratur. Apabila tewas maka berlakulah penyimpangan. Penyimpangan masalah seksual terutama di kalangan remaja kini semakin membimbangkan dan masing-masing memandang remeh masalah dosa akibat berzina.

Zina adalah perbuatan yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim. Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuhan. Memang patut jika manusia mempunyai ghairah seks atau keinginan untuk melampiaskan keinginan seksual itu.

Allah tidak melarang manusia melampiaskan nafsunya selama cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah. Malah, nabi seakan tidak mengaku umat kepada mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Barang siapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.” Ikatan perkahwinan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak bagi melepaskan kemahuan seksual. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Islam adalah agama yang amat hebat menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual. Jika menghampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri maknanya apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya adalah haram.

Apabila ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, apa lagi terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar remaja lahirkan anak luar nikah. Bayi yang tidak berdosa ditemui mati dalam timbunan sampah, perut terburai dimakan pula sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina amat jijik kemudian tergamak melakukan kezaliman terhadap bayi yang tidak berdosa.

Justeru, pergaulan bebas, duduk berdua-duaan serta berpimpin tangan adalah mukadimah (pendahuluan) yang kuat mendorong untuk berlakunya penyimpangan seksual. Zaman remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang ‘VVIP’ akhirat ialah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis, lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Remaja di barat sangat bebas serta tidak terkawal aktiviti seks mereka. Sebab itu mereka hanya belajar bagaimana untuk mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka. Bagi mereka, hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja hanya tahu seks selamat bukannya hendak fikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina, malah menjauhi sebab dan segala pendorong berlakunya perzinaan. Sebab itu amat penting sekali untuk mendidik remaja mengenai syurga dan neraka supaya umat Islam gerun dengan ancaman neraka. Akhirnya mereka menolak nikmat sementara supaya terselamat daripada api neraka yang membakar selamanya.

http://epondok.wordpress.com/

Hari kiamat rahsia Allah

BERIMAN kepada hari kiamat adalah satu daripada rukun Iman yang wajib diperakukan kebenarannya, manakala mengingkarinya bererti seseorang itu terkeluar daripada Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang berada dalam kubur.” (Surah al-Haj ayat 7).

Maha besar kebijaksanaan dan keesaan Allah yang merahsiakan tarikh sebenar berlakunya hari kiamat. Keadaan ini untuk memastikan manusia itu sentiasa bersedia untuk menghadapi saat getir itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (Surah al-An’am, ayat 59).
Bagaimanapun, jika dilihat dalam beberapa hadis Rasulullah berkenaan hari kiamat, terdapat beberapa tanda yang dijelaskan Baginda.

Antaranya menerusi sabda Rasulullah: Dari Huzaifah al-Ghifari r.a berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Rasulullah kepada kami lalu bertanya: “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan?”
Lalu kami menjawab: “Kami sedang berbincang mengenai hari kiamat.” Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda: Dukhan (kabut asap), Dajjal, Dhab al-Ardh (binatang melata yang boleh berbicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa, munculnya Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Semenanjung Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman yang akan menghantar manusia ke Mahsyar.” (Hadis Riwayat Muslim).
Hakikatnya hari kiamat itu pasti datang ‘menerjah’ manusia yang semakin asyik dengan keseronokan dunia yang penuh dengan helah dan tipu daya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Aku diutus, sedangkan antara aku dan hari kiamat adalah seperti ini”, sambil Baginda menyandingkan antara jari telunjuk dan jari tengah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebagai umat Islam yang beriman kepada hari Kiamat, seharusnya kita sedar bahawa semua yang berkaitan dengan perkara ghaib adalah di luar kemampuan akal manusia untuk mentafsirkannya.

Setiap sesuatu yang tidak pernah langsung dinyatakan dalam al-Quran dan hadis haruslah ditolak sekeras-kerasnya supaya keimanan kita kekal utuh.
Allah jelas menerangkan perkara berkaitan hari kiamat menerusi firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?”, katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.

“(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-A’raf, ayat 187).
Semestinya, sesuatu yang mustahil bagi manusia membuat kiraan untuk mengetahui tarikh sebenar bila berlakunya hari kiamat.

Untuk tazkirah

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Dimana Hatimu Insan?

Terima kasih ya Allah atas kesempatan yang Kau berikan...

Walau berjauhan, berada di bumi asing, namun saya tetap mengikuti perkembangan semasa di tanah air. Namun, hati sesak melihat dan mendengar berita-berita yang dipaparkan di media massa... Berita pembuangan bayi: a , b, c, sumbang mahram, rompak, ragut, rogol, bunuh dan deretan senarai yang tidak terungkapkan..

Wahai insan, di mana letak hatimu?

Kadangkala pelik memikirkan mengapa gejala sosial terus membelenggu masyarakat. Apakah yang kurang? Pembangunan fizikal yang semakin pesat rupanya tidak berkadar langsung dengan pembangunan insaniah, batiniah. Makin disogok kemajuan makin diragut kemanusiaan. Di mana, di mana letaknya hatimu insan?

Mungkinkah ini kesannya bila agama diamal separuh-saparuh? Diambil bila perlu, dipegang bila terasa ada kepentingan, lantas bila difikir "menyusahkan" ia disisih. Antara isi kandungan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:85):

"......sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."

Allah telah mengingatkan tentang balasanNya bagi orang yang mengambil agama sebahagiannya dan meninggalkan sebahagian yang lain iaitu kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ya Allah bagaimana untuk kita terus merasa tenang dengan murka Allah? Ingatlah sahabat-sahabat, andai azab Allah tiba, tiada satu pun yang akan terkecuali.

Mungkin ada yang terfikir...

1) Ini kerja orang lain, dosa orang lain, aku tak perlu fikir.
2) Tak apa lah asalkan yang buat tu bukan kaum kerabat kita.
3) Dah keadaan macam ni, aku bukan boleh buat apa-apa pun..

Ya, kadangkala saya juga terfikir begitu, masakan perbuatan orang lain perlu kita ambil "pot". Tetapi perlulah kita ingat bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengikut kemampuan kita, paling kurang berdoalah. Berdoalah agar ummah ini kembali ke jalan-Nya.

Hakikat yang perlu diingatkan di sini ialah, setiap perbuatan jahat membawa kepada dosa dan ia turut disumbang oleh bisikan jahat musuh manusia yang utama, iblis dan syaitan. Kerana makhluk ini telah berjanji seperti dalam firman-Nya (Surah Al-Hijr: 15: 39-40):

"Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Ingatlah bahawa hidup itu satu ujian. Hanya yang bersedia dengan persediaan yang cukup akan "lulus" dan akhirnya kepada Allah lah kita kembali dengan kematian yang pasti. Segala kebaikan dan keburukan adalah cubaan buat manusia seperti firman-Nya (Surah Al-Anbiya' : 21:35)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu Dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."

Jadi, apakah yang boleh kita lakukan sekarang?

1) Baiki diri anda. Ya, bermulalah dari diri anda sendiri. Latih diri untuk tidak mendekati maksiat, apatah lagi melakukannya. Rasakan beratnya seksa melakukan dosa ibarat dihimpap bukit besar di dada. Rasakan ketakutan terhadap azab Allah yang tidak mungkin mampu kita menanggungnya di akhirat kelak.

2) Dalam proses pembaikan diri yang berterusan, majukan terus kepada ahli keluarga anda. Didik adik-beradik, sepupu, dan keluarga terdekat tentang pentingnya menjauhi maksiat. Bawa hati mereka kepada Allah. Memang ia agak sukar, saya akui. Untuk menegur orang yang terdekat memang susah. Namun, carilah cara terbaik untuk melakukannya. Yakinlah akal kurniaan Allah mampu memikirkannya, dan berdoalah kepada pemegang hati manusia.

3) Kurangkan diri dari melakukan perkara lagha. Contoh yang boleh saya berikan ialah menonton filem atau video yang tidak membina minda yang mungkin hanya memaparkan adegan lucu, ngeri, seram, lucah dan sebagainya. Jangan biar hati anda terikat dengan perkara yang melalaikan.

4) Andai anda sukar berubah bersendirian, ajaklah teman anda. Sama-sama buat perubahan. Mulakan dengan persekitaran yang baik. Jadilah teman setia yang saling mengingatkan dan saling menguatkan.

5) Berdoalah: MasyaAllah La haulawala quwwatailla Billah (maksud: apa yang dikehendaki Allah itu pasti berlaku, tiada daya melainkan dengan (pertolongan) Allah) sebagai doa untuk menolak bala.

Akhir kata, setiap perkara buruk yang berlaku di sekitar kita memberi pengajaran bermakna untuk direnungkan. Pandanglah ia sebagai peringatan Allah kepada manusia. Allah masih memberi peluang kepada kita untuk berubah, maka bergeraklah segera. Didik hatimu supaya hatimu terisi dengan kebenaran bukan kebatilan yang menyesatkan. Turut mengingatkan diri yang lemah ini..

Wallahua'alam..


www.iluvislam.com

Nikmat dunia terbatas

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menerangkan keadaan golongan penderhaka, orang yang mengurangkan sukatan dan timbangan serta kedudukan masing-masing di sisi Allah SWT pada hari kiamat.

Berikutnya Dia menjelaskan pula keadaan orang yang berbakti kepada Tuhan iaitu mereka yang beriman kepada Tuhan mereka, membenarkan apa yang dibawa oleh rasul yang diwahyukan oleh penciptanya, dan mengamalkan kebajikan sewaktu di dunia dahulu.
Allah SWT juga menerangkan bahawa Dia pasti akan menghisab amalan-amalan mereka dan memasukkannya dalam kitab yang disebut Illiyin yang disaksikan oleh para malaikat Muqarrabun.

Pada akhirnya Tuhan menghitung jenis balasan kebaktian dan kebaikan yang diperolehi oleh kaum Abrar. Dalam ayat di atas terdapat nasihat agar kita selalu mengerjakan ketaatan, menanam keazaman, berbuat kebajikan untuk menambah kebaikan, meninggalkan perkara-perkara yang syubhat dan mengikut jalan yang lurus.

Firman Allah SWT: Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), adalah (didaftarkan) dalam Illiyiin. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia Illiyiin itu?
Kata kalla pada ayat tersebut difahami oleh al-Biqaie dalam maksud sekali-kali tidak lalu menghubungkannya dengan ayat sebelumnya.
Menurut penyampaian kepada para penderhaka bahawa inilah seksa yang dahulu kami ingkari menimbulkan kesan bahawa apa yang dialami itu merupakan seksa yang akan mereka tempuhi.
Syed Qutub berkata: Illiyin adalah satu perkara di luar ilmu pengetahuan dan kefahaman manusia. Kemudian al-Quran menjelaskan hakikat buku amalan golongan yang taat.

Firman Allah SWT: Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata. Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.
Syed Qutub berkata: Maksud ungkapan yang ditulis rapi telah dijelaskan tetapi di sini ditambah pula dengan satu keterangan yang lain iaitu buku amalan golongan yang taat disaksi dan dilihat oleh para malaikat yang hampir kepada Allah SWT.
Penjelasan hakikat ini memberikan satu suasana mulia, suci dan luhur kepada buku amalan golongan yang taat.

Buku itu disaksikan oleh para malaikat dengan penuh nikmat kerana di dalamnya terdapat amalan-amalan dan sifat yang mulia.
Ini satu lagi suasana mulia yang disebut dengan tujuan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam syurga yang penuh nikmat. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).

Ibn Kathir berkata: Pada hari kiamat kelak mereka berada dalam kenikmatan yang abadi dan syurga di dalamnya terdapat kurnia yang menyeluruh.
Al-Araiq berkata: Ia bererti tempat tidur. Di sebalik kelambu mereka memandang. Ada juga menyatakan: Mereka melihat kerajaan mereka dan segala sesuatu yang telah diberikan Allah kepada mereka iaitu kebaikan dan anugerah yang tidak pernah berkurang dan tidak akan habis.

Firman Allah SWT: Engkau dapat melihat pada muka mereka cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya.
Al-Maraghi berkata: Jika kamu melihat wajah mereka, kamu akan menemui mereka sebagai orang yang mendapat kenikmatan kerana di wajah mereka dapat dilihat tanda-tanda yang menggambarkan keadaan itu.

Contohnya: Ketawanya sehingga meresap ke jiwanya dan berwajah ceria.
Botolnya tertutup dengan kasturi, pengganti penutup yang diperbuat daripada tanah sebagai penghormatan dan penjagaan daripada berlakunya kerosakan yang biasa terjadi pada penutup buatan manusia terhadap sesuatu yang dihargai dan dijaga dengan baik.
Firman Allah SWT: Meterainya kasturi dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan.
Ibn Kathir berkata: Iaitu mereka diberi minum daripada khamr syurga. Al-Rahiq merupakan salah satu nama minuman khamr. Demikian yang dikemukakan oleh Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, Mujahid dan al-Hasan.

Ibn Mas'ud berkata: "Iaitu dicampuri dengan minyak kasturi". Sedangkan al-Aufi meriwayatkan daripada Ibn Abbas: Allah SWT telah membuat baik minuman khamr itu bagi mereka, ia merupakan sesuatu yang paling akhir dipersembahkan dan ditutup oleh minyak kasturi.

Hendaklah orang saling membanggakan diri, bermewah-mewahan dan memperbanyak serta berlumba-lumba meraih apa yang diperoleh yang terdahulu.
Firman Allah SWT: Dan campuran minuman itu adalah daripada tasnim iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang didampingkan (Tuhan di sisi-Nya).
Maksudnya campuran minuman al-Rahiq ini adalah yang disebut dengan tasnim iaitu salah satu minuman yang diberi nama tasnim. Ia merupakan minuman yang paling mulia lagi paling tinggi untuk penghuni syurga.

Minuman yang diminum oleh orang yang didekatkan kepada Allah SWT secara murni (tanpa campuran) dan diminum oleh ashabul yamin (orang-orang yang menerima catatan amal dengan tangan kanan) dengan dicampur minuman lain.
Demikianlah yang dikemukakan oleh Ibn Mas'ud, Ibn Abbas, Masruq, dan Qatadah dan lain-lain.

Syed Qutub berkata: Umur seseorang di dunia ini adalah terbatas, sedangkan umurnya di akhirat tidak diketahui batas kesudahannya melainkan Allah SWT.
Kenikmatan dunia juga terbatas sedangkan nikmat syurga tidak dapat dibataskan oleh kefahaman manusia. Taraf nikmat dunia telah diketahui semua orang, sedangkan taraf nikmat akhirat sahaja yang layak kekal abadi.

Alangkah jauhnya perbezaan di antara ruang hidup dunia dengan ruang hidup akhirat. Antara matlamat hidup dunia dengan akhirat perbezaannya tidak dapat dihitung dengan kira-kira untung rugi yang biasa dibuat oleh manusia.
Semoga kita beroleh kejayaan dalam meniti kehidupan seterusnya melayakkan kita menghuni syurga Allah SWT.

Era dakwah Rasulullah

BERKAT tidak putus asa dengan mengunjungi satu khemah ke satu khemah para jemaah haji di padang Mina, Nabi SAW akhirnya berjaya mengajak penduduk Yathrib menerima dakwah baginda.

Ini membawa kepada Perjanjian Aqabah Ula (Pertama) yang menyaksikan 12 daripada suku kaum Aus dan Khazraj datang daripada jauh menemui Nabi SAW untuk berbaiah.
Walaupun baginda telah beratus tahun meninggalkan kita namun kita juga boleh berbaiah atas perkara yang sama. Sebagai pengikut, adalah menjadi tanggungjawab kita mematuhi apa juga saranan baginda.
Baiah kita seperti berjanji untuk tidak mensyirikkan Allah dengan apa juga bentuk kuasa yang lain. Malah kalau kita benar-benar menghayati kepentingan berbaiah itu untuk tidak melakukan zina misalnya, tentulah pada hari ini, gejala itu tidak berleluasa.

Selepas setahun Perjanjian Aqabah yang pertama itu, datang pula 70 Muslim (ada sesetengah menyebutnya seramai 75 orang dan beberapa orang yang masih musyrik) dari Yathrib berbaiah dengan baginda.
Baiah kali ini lebih besar, sehingga ia dikenali sebagai Baiah Aqabah Al Kubra.
Disebabkan jumlah lebih besar, maka Rasulullah perlu lebih berhati-hati kerana bimbang perkara itu akan sampai ke pengetahuan kafir Quraisy Mekah.
Mereka tidak boleh mendengar mana-mana pihak yang cuba untuk berada di belakang baginda kerana semua itu menunjukkan Nabi SAW semakin berpengaruh yang boleh melemahkan kedudukan dan kekuasaan mereka.
Lalu perjanjian yang berlangsung pada musim haji tahun 622 M adalah dalam suasana yang sangat rahsia, iaitu lewat malam pada pertengahan hari-hari tasyrik (iaitu tiga hari berturut-turut setelah hari raya korban) di suatu lorong Aqabah, tempat terletaknya Jamrah al Ula di Mina.

(Namun, menurut Haekal, perjanjian itu sebagaimana yang pertama berlaku di atas bukit Aqabah yang menyebabkan mereka perlu bersusah payah untuk mendaki)
Salah seorang daripada pemimpin Ansar, Kaab bin Malik al Ansari menukilkan kata-kata mengenai suasana ketika itu: "Kami keluar dari Yathrib untuk menunaikan ibadat haji di Mekah dan kami berjanji bertemu Rasulullah SAW di Aqabah pada pertengahan hari-hari Tasyrik.

"Maka pada malam itu kami tidur bersama kaum kami di tempat persinggahan kami. Sehingga apabila berlalu sepertiga malam. Kami pun keluar untuk memenuhi janji dengan baginda Rasulullah. Kami keluar secara diam-diam sehingga kami semua dapat berkumpul di satu lorong di Aqabah.
"Jumlah kami adalah 70 lelaki dan dua wanita turut serta iaitu Nusaybah binti Kaab, iaitu lebih dikenali sebagai Ummu Ammarah dari Bani Mazin bin An Najjar dan Asma' binti Amru atau lebih dikenali sebagai Ummu Mani dari Bani Salamah."
Menurut Kaab lagi, mereka berkumpul di lorong menantikan kehadiran baginda yang kemudiannya hadir bersama-sama dengan bapa saudara baginda iaitu al Abbas bin Abdul Mutallib.

Namun dikatakan pada masa itu bapa saudara Nabi itu belum lagi memeluk Islam, tetapi sudah menjadi tanggungjawabnya bagi memastikan keselamatan anak saudaranya itu maka Abbas pun turut bersama Nabi SAW dalam menjayakan perjanjian yang sangat besar ertinya itu.
Malah beliau juga yang membuka kata alu-aluan sebelum masing-masing bersetuju untuk berbaiah.
Ini kerana Abbas perlu menerangkan kepada mereka betapa seriusnya tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka apabila bersetuju mengikat perjanjian ini.
"Wahai sekelian orang Ansar (iaitu panggilan untuk kedua-dua suku Arab Aus dan Khazraj dari Yathrib) anak saudaraku ini tetap hendak memilih untuk bersama kamu. Oleh itu kalau kamu memang benar hendaklah kamu menunaikan apa yang diajaknya kepada kamu dan kamu memang benar-benar dan sanggup mempertahankannya daripada mereka yang menentangnya," kata Abbas.

Mewakili kaum Ansar, Kaab pun bersetuju dengan kata-kata Abbas itu dan meminta Rasulullah menyampaikan butir-butir perjanjian untuk mereka berbaiah selepas itu.
Lalu apakah isi perjanjian itu kali ini?

Menurut riwayat Al Imam Ahmad;
"Dari Jabir R.A, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah, di atas dasar apakah kami berbaiah?" Sabda Nabi SAW: Di atas dasar mesti dengar dan taat sama ada di masa cergas mahupun malas, di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.

"Di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah, di dalam menegakkan agama Allah itu, tidak mengira celaan orang yang mencelanya dan di atas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu, kamu pertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu, jika kamu melakukan itu, nescaya diberikan untuk kamu syurga."

Peristiwa Bulan Rejab

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/rejab/

Friday, 26 November 2010

MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI…

Maaf kepada semua pengunjung yang tidak sempat saya layan respons mereka. Benar-benar saya cuba meluangkan masa, tetapi kekadang tidak upaya jua.
Dan bagi mereka yang mohon menjadi teman di FB saya, maaf jika saya tidak memberi respons. Saya jarang benar ke FB sejak akhir-akhir ini. Besar kemungkinan akan saya tamatkan sahaja kehadiran saya di FB.

Untuk mereka yang meminta saya menulis NOTA HATI SEORANG WANITA… saya dahulukan dengan tulisan dan sajak di bawah. Mudah-mudahan dapat dijadikan muhasabah dan panduan seseketika menghadapi ujian rumah tangga – medan jihad yang di sana bermulanya segala JIHAD yang lebih besar.

Terimalah MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi.

Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Blog Pahrol Muhammad Juoi

Apa Makna Wanita Diciptakan dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok?

Pertanyaan:
Disebutkan dalam sebuah hadits, “Berbuat baiklah kepada wanita, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, sedangkan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas,” dst. Mohon penjelasan makna hadits dan makna ‘tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas’?

Jawaban:
Ini adalah hadits shahih yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim di masing masing kitab Shahih mereka, dari Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam. Dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bersabda,

“Berbuat baiklah kepada wanita, karena sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.Maka sikapilah para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186)
Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara laki laki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka , tidak mendzalimi mereka dan senantiasa memberikan ha-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan. Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam, “Berbuat baiklah kepada wanita.”
Hal ini jangan sampai terhalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya, baik berupa perkataan maupun perbuatan karena para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam bahwa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.
Sebagaimana diketahui, bahwa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Karena itulah disebutkan dalam hadits lain dalam ash-Shahihain.

“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih bias menghilangkan akal laki laki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)
Hadits Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam yang disebutkan dalam ash shahihain dari hadits Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu. Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi shalallahu ‘alayhi wasallam adalah bahwa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang laki laki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda beliau adalah bahwa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak shalat, yaitu ketika sedang haidh dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.

Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk nabi shalallahu ‘alayhi wasallam walaupun ia berilmu dan bertaqwa, karena nabi shalallahu ‘alayhi wasallam tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu beliau sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)
Sumber:
Majmu Fatawa wa Maqadat Mutanawwi’ah juz 5 hall 300-301, Syaikh Ibn Baaz Fatwa fatwa Terkini Jilid 1 Bab Perlakuan Terhadap Istri penerbit Darul Haq

Kepentingan Solat

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana Rukun Islam. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam islam. Ibadah lain tidak dapat menyamai ibadah ini kerana Solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.

Pertama : Solat merupakan tiang agama. Islam akan runtuh apabila Solat ditinggalkan penganutnya. Menurut Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, ?Mahukah kamu aku khabarkan tentang kepala, tiang dan menara semua perkara ? Aku menjawab, ?Sudah pasti wahai Rasulullah. Baginda berkata: Kepala semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah Solat dan menaranya adalah Jihad?. ( H.R Tarmizi )

Kedua : Solat termasuk dalam perkara penting selepas melafazkan dua kallimah syahadah. Ia merupakan salah satau cara individu Muslim melahirkan rasa syukur serta membuktikan keimanannya. Sabda Rasulullah s.a.w, ?Islam dibina atas lima perkara; Mengucap dua kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan Solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan?. ( H.R Muslim )

Ketiga : Ibadah Solat tidak disyariatkan melalui perantaraan malaikat, tetapi Allah telah mengangkat Rasulullah s.a.w ke langit dengan Allah sendiri mewahyukan fardhu Solat lima waktu kepada baginda. Ini berlaku dalam peristiwa Isra & Mikraj.

Keempat : Solat dapat membersihkan segala kesalahan dan dosa. menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ?Apa pendapat kamu jika ada sungai di hadapan pintu rumah kamu yang boleh kamu mandi di dalamnya lima kali sehari, adakah masih tertinggal dakinya ? Mereka berkata; Sudah pasti tidak akan tinggal sedikit pun dakinya. Baginda bersabda: Itulah perumpamaan Solat lima waktu. Allah telah membersihkan segala kesalahan dengan mengerjakannnya? . ( H.R Bukhari & Muslim )

Kelima : Solat membezakan antara seorang Muslim dengan kafir. Ini bermakna, meninggalkan Solat dengan segaja menjadikan seseorang itu kafir. Dari Jabin bin Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda,? Pembeza antara seorang lelaki Muslim dan syirik atau kufur ialah meninggalkan Solat?. (H.R Muslim) Hazrat ?
Ubadah bin Somit r.a telah berkata,?Kekasihku Rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w,?Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun, walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan Solat dengan sengaja, kerana sesiapa meninggalkan Solat dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan itu akan menyebabkan kemurkaan Allah dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.?( H.R Imam Tabrani )

Keenam : Solat merupakan perkara pertama yang ditanya oleh Allah pada hari kiamat nanti. Abu Hurairah r.a. pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ? Perkara pertama yang ditanya kepada seorang hamba pada hari kiamat tentang amalannya ialah solatnya. Jika baik, dia telah berjaya dan maju. Jika rosak, dia telah celaka dan rugi. Jika amalan fardhunya kurang, Allah berkata : Perhatikan adakah hamba Ku melakukan amalan sunat yang boleh menampung kekurangan amalan fardhunya. Kemudian dilakukan perkara yang sama pada amalan- amalan lain?. ( H.R Al-Nasai & Tarmizi )

Promosi Maksiat & Buka Aib Sendiri

Imanseseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannyadengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solatmenjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan danteramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pulaakan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpasinar.
Dosa danpahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannyadi hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang di luar jangkaan atau timbunanpahala yang tidak disangka. Jika ia pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jikadosa yang memenuhi buku catatan amalan?.

Melaluiartikel ini, sekadar ingin mengingatkan kita semua agar lebih peka terhadapsalah satu punca percambahan dosa. Malah dosa yang kecil boleh berubah wajahkepada Kabair (dosa besar) akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agarkita semua dapat lebih berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedangdipromosi dan disebarkan.

FILEM, DRAMA DAN DOSA

Perlu kitasemua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat lari dari dosa.Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa kecil amat mudahdiperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada melalui tontonan auratlelaki wanita di dalam siri drama, filem iklan, hatta berita. Dosa kecil jugaboleh berlaku apabila kerananya sekiranya seseorang itu melalaikantanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi kekurangan kerananya.

Telah dibincangpanjang lebar oleh ulama Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakanuntuk tujuan kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.

Sudahmenjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau setinggimanapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga turut memasukikebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem dapat ditontoni melaluinya.

Diketika saya bersetuju dan tertarik dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agarkita memboikot Yahudi Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikandi televisyen atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalammerosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin terlupamenyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box office' karyaHollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi Zionis. Itu jugasepatutnya diboikot.

Namun,desakan nafsu dan Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihatkisah-kisah paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampurbaur adegan dosa ( berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat tentulah amat pasti.

DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA

Benar, secaraumumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil disebut oleh Nabis.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat Jumaat, zikir, istighfar danpelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa kecil seperti itu boleh berganda sehinggaadakalanya amalan seseorang tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakahitu?

Ia adalah apabila tontonan kita itu dikongsikankepada orang lain melalui pendedahan kita sendiri sama ada di ketika berceritaberkenaannya, mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOKsebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai, muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya,tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkanaurat dan bercampur baur pengajarannya adalahsama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaankita terhadapnya.

Mungkinterkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari dan keagamaan sepertiNational Geographic, Discovery Channel, Berita, Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah,Akademi al-Quran dan sebagainya.

Memaparkan minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam majoriti adegannya seperti ‘DesparateHousewives', ‘Friends', ‘Pretty Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaanlagi filem sepertinya.
Walaupunseseorang itu memang meminati dan menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkanbanyak dosa-dosa kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehinggaterjebak dalam dosa sebegitu.

Memaklumkannyakepada orang lain akan minat kitaterhadap filem itu adalah dosa gandaan yang lain. Ia adalah sebuah promosiiklan secara percuma. Malah mendedahkan sokongan kita terhadap movie dan dramabermaksiat. Bukan sekadar movies sahajamalah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan public figureatau artis (khususnya di facebook).

Sayabimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog dan forumakan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.

Kecuali jikadiyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem yang ingindikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI UNSUR DOSA DAN BURUK.Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh pengajaran tetapi masihdilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika diyakini unsur positifnya melebihidan negatif, tatkala itu mungkin wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar danditonjolkan dalam senarai drama diminati. Dengan niat agar orang lain turutmendapat pengajarannya.

Selainberkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanyamelalui gambar. Gambar seperti :

•ketika sedang minum arak,
•hadiri parti penuh maksiat,
•hadiri majlis dosa,
•sedang berpelukan lelaki wanita
•atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
•dan sebagainya,

Sekiranyasemua yang disebut tadi dikongsi di facebook dan blog, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebardosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه

Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahakn ini , melakukan suatu dosa di waktu malam,berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba diamendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini"maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SEMBUNYIKAN DAN TAUBAT

Justeru itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menontonfilem bercampur maksiat, atau menyukai musik hedonisme, ata melakukan maksiat secarafizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil ataubesar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu terbabit denganAllah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat Allah dan diberi hidayahuntuk bertaubat sebelum maut menjelma.

Mungkin disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telahbertaubat, sukar untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar ataumengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau palingkurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.

Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit !tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokritadalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelau dosahanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orangramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya : "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yangtelah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah diamenyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepadaAllah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepadakami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkanoleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,hadis no: 7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-duasyaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Inidipersetujui oleh al-Zahabi.]

Pengecualiannya hanyalah apabila kes melibatkan aibdan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani sesuatu kes, atau ketikamerujuk kepada kaunselor diyakini untuk membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahuihukum dan kaedah pemulihan.
Allah itumaha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan beristighfar, makaantara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-

أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم

Ertinya: Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanyayang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu dosa kamu ini?Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakuidosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telahmenutupinya di dunia dahulu ( dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akanmengampunkannya ( Riwayat Al-Bukhari)

Jelas darihadis di atas, dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapatbelas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telahlebih dahulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak didunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allahserta pengampunannya.

KESIMPULAN
Segeralah memadam paparan minat danketerlibatan terhadap apa jua aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah,Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam manapun minat, sejauhmanapun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan bertujuan untuk menipu manusialain, tetapi agar dia tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya,mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklahfacebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalahdan mempergandakan dosa.
Sekian

ZaharuddinAbd Rahman
www.zaharuddin.net