Berkahwin dan memiliki sebuah keluarga sentiasa menjadi keinginan seorang wanita.
Jika ditanya pula pada seorang wanita yang baru mendirikan rumahtangga, kebanyakannya ingin menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.
Antara lain harapan yang diletakkan ialah ingin mengekalkan kebahagiaan hingga ke anak cucu, malah ada yang ingin kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sekalipun matlamat dan harapan cukup jelas, ramai yang gagal meramal atau menjangka laluannya tidak semudah yang disangka.
Alasannya cukup mudah, jika yang diinginkan ialah kebahagiaan, sudah tentu yang diuji adalah ketahanan dan pengorbanan setiap individu yang inginkan kebahagiaan tersebut.
Bahagia tidak datang secara percuma, juga bahagia bukan sesuatu yang boleh diperturunkan oleh sesiapa kepada sesiapa.
Kebahagiaan perlu diusahakan.
Laluannya perlu difahami, teknik dan strategi perlu dipelajari, rintangan dan halangan perlu dijangka lebih awal, persediaan mental, fizikal dan kejiwaan perlu sentiasa dibina dan ditingkat, kemahiran asas dan tambahan perlu dipelajari, petua dari yang orang yang berjaya dan berpengalaman perlu sentiasa dituntut dan yang penting sekali perhubungan dengan Yang Maha Berkuasa perlu sentiasa dihidupkan.
Bagi seorang wanita yang ingin menjadi isteri yang solehah, mereka perlu jelas dengan apa yang dinyatakan tadi.
Isteri solehah di sisi Allah selayaknya diberi ganjaran syurga. Sementara syurga itu adalah tempat orang yang juga mendapat tempat disisi Allah.
Orang yang mendapat tempat disisi Allah pula bukanlah orang yang sembarangan, bukan orang yang kalah bila diuji, yang melatah bila ditimpa kesusahan dan putus asa bila diuji dengan kesabaran.
Isteri yang solehah boleh dikatakan sebagai isteri yang luar biasa pada masakini.
Pada masa ini terdapat lebih ramai isteri yang biasa-biasa saja dari segi ketaatan dan kepatuhan kepada suami juga biasa-biasa sahaja dari segi ketahanan jiwa dan mentalnya dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Sesuai dengan apa yang diceritakan oleh Nabi dalam Isra' baginda dimana kebanyakan dari penghuni neraka adalah wanita, termasuklah wanita yang derhaka kepada Allah dan suaminya.
Jika sudah itu kenyataannya sudah tentu di dunia kini kita dapat melihat banyak wanita yang bergelar isteri mempunyai ciri-ciri ahli neraka. Juga pada masa yang sama jika terdapat golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri ahli syurga sudah tentu sedikit bilangannya.
Maka dari kiraan statistiknya kumpulan yang terkeluar dari populasi yang ramai atau yang biasa dinamakan sebagai kumpulan yang luar biasa.
Dalam konteks sebuah perkahwinan, kedudukan wanita atau isteri di sisi suaminya adalah sebagai pembantu atau suri dalam kehidupan. Jika suami ibarat raja yang boleh bertitah dan mengeluarkan perintah, isteri pula umpama menteri yang menerima segala arahan dan wajib mentaati serta merealisasikan perintah tersebut.
Dalam ertikata yang lain, isteri bertanggungjawab mentaati perintah suami.
Dalam Al-Quran jelas menyatakan perkara tersebut dimana isteri wajib mentaati suami selagimana perintah suami tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala.
Isteri yang luarbiasa perlu lulus segala ujian. Ujian seorang isteri terletak dibawah kemampuannya mentaati perintah Allah dan juga perintah suaminya. Isteri yang ingin lulus dengan jayanya perlu mengetahui beberapa perkara yang menjadi kunci atau asas kejayaan.
01.Pertama, isteri perlu meletakkan Allah sebagai pusat ketaatan yang tertinggi dan utama atas segala-galanya.
Sementara suami wajib ditaati selagi apa yang diperintah tidak menyalahi atau membelakangi ketaatan isteri kepada Allah.
Dalam ertikata lain, isteri perlu tahu dan faham bahawa ketaatan beliau kepada suami adalah kerana Allah memerintahkan beliau untuk berbuat demikian, bukan kerana suami yang mengkehendaki sedemikian.
Adalah penting untuk isteri memahami perkara ini kerana kebanyakan isteri yang 'biasa-biasa' mudah merasa putus asa untuk terus mentaati apa yang dikehendaki oleh suami terutama apabila keinginan suami bercanggah dengan keinginan sendiri atau suami tidak membalas ketaatan dan kebaikan yang isteri lakukan.
Isteri yang luarbiasa mempunyai matlamat yang juga luarbiasa atau yang tidak dapat dilihat oleh isteri yang 'biasa-biasa'.
Jika isteri yang 'biasa-biasa' melihat hubungan antara suami dan isteri sebagai interaksi antara pasangan bercinta, isteri yang luarbiasa melihat hubungan tersebut dan interaksi antaranya sebagai ibadah kepada Allah Taala.
Maka tidak kiralah samada suami membalas atau tidak kebaikan yang dilakukan, isteri sebegini tidak akan berhenti dari terus melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah Taala.
02.Kedua, isteri perlu sentiasa menjana kekuatan mental dan spiritualnya.
Tanggungjawab seharian seorang isteri sangat mencabar kekuatan jiwa. Apatah lagi jika isteri tersebut bekerjaya. Tuntutan tanggungjawab yang berterusan mudah menekan perasaan naluri isteri yang secara fitrahnya sememangnya lembut dan halus.
Lebih mencabar lagi jika isteri tersebut mempunyai suami yang kurang sensitif atau kurang bertimbangrasa dalam hal-hal berhubung tanggungjawab di rumah.
Walau apapun keadaannya, apa yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seorang isteri akan kekal sebagai tanggungjawab yang bakal disoal di akhirat kelak.
Dalam ertikata yang lain, sekalipun isteri tersebut bekerja, tidak sekali-kali dia terkecuali atau dikurangkan dari tanggungjawab asasnya terhadap rumahtangganya.
Dalam keadaan ini jika tekanan tidak dapat dikurangkan seorang isteri yang luarbiasa akan sentiasa meningkatkan kekuatan mental dan spiritualnya melalui hubungannya dengan Allah Taala.
Semakin kuat tekanan, semakin rapat hubungannya dengan Allah. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasullullah s.a.w;
"Barangsiapa menjadikan semua kebimbangannya kepada satu kebimbangan (akhirat) Allah akan melenyapkan semua kebimbangan keduniaannya, dan barangsiapa yang membimbangkan tentang hal-hal keduniaan, Allah akan membiarkannya tenggelam dalam kebimbangannya"
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman yang kira-kira bermaksud:
"Wahai anak Adam! Luangkanlah masa kamu untuk beribadah kepadaKu dan Aku pastinya akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan kesenangan (iaitu merasa puashati dan bebas dari kesusahan) dan membebaskan kamu daripada bergantung (pada orang lain untuk keperluanmu) tetapi sekiranya kamu tidak melakukannya maka Aku akan memenuhi dadamu dengan perasaan gelisah dan rasa bersalah dan tidak akan membebaskanmu daripada bantuanmu (dan keperluan)."
Dengan kata lain, semakin bertambahnya kekayaan, kamu akan bertambah bakhil dan kamu akan sentiasa dalam kebuntuan.
Isteri yang luar biasa menjadikan Allah sebagai tempat mengadu, tempat bergantung dan memohon kekuatan.
Dalam keadaan bebanan tanggungjawab yang semakin bertambah; melayan dan memenuhi keperluan suami, mendidik dan mengasuh anak-anak, mengurus kerja-kerja rumahtangga yang tidak pernah berkesudahan, kemudian di tambah lagi dengan tuntutan tanggungjawab kerjaya sudah tentu kudrat manusia biasa tidak termampu untuk menanggungnya sendirian, apatah lagi oleh wanita yang berjiwa halus dan berfizikal lembut.
Dalam keadaan ini hanya Allah sahaja yang mampu memberi kekuatan, tempat mengadu yang menyediakan pemahaman yang amat mendalam dan tempat menggantung doa serta harapan yang tidak pernah mengecewakan.
Isteri luarbiasa mempunyai pertalian yang luarbiasa dengan Penciptanya.
03.Ketiga, isteri luarbiasa jiwanya penuh dengan kasih sayang.
Kasih sayang tersebut sentiasa mendorongnya untuk memberi berbanding menerima, memahami berbanding menuntut orang lain memahaminya, mengutamakan berbanding diutamakan, berkorban berbanding mengharap orang lain berkorban untuknya.
Isteri sebegini sedar dimana beliau dapat menyalurkan kedukaan dan keluhan agar tidak sampai nampak pada pandangan suami apatah lagi menyusahkan suami.
Bagi seorang isteri yang luarbiasa akhlaknya, tanggungjawabnya lebih utama dari hak yang perlu dituntut. Tanggungjawab akan dikira di depan Allah berbanding dengan hak.
Isteri solehah lebih gusar jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak dipenuhi olehnya berbanding dengan hak yang perlu diterima.
Isteri solehah lebih gusar jika kemuraman dan kemasaman wajahnya menyusahkan suami berbanding menuntut suami melayani perasaan dan kekecewaannya. Dalam ertikata yang lain, isteri yang luarbiasa juga mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup tinggi.
Bagi setiap wanita yang bergelar isteri, yang bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah, sebaiknya mengukur kemampuan dan kesanggupan diri sendiri untuk memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Jika belum mampu, pertingkatkan usaha. Menjadi seorang isteri merupakan anugerah yang cukup tinggi bagi seorang wanita. Memiliki suami umpama memiliki jambatan bonus untuk meniti ke syurga. Namun tanpa ketaatan terhadap suami umpama tidak menghargai peluang yang ada.
Mengenepikan suami atau menderhakai suami pula, umpama merobohkan jambatan tersebut dan memilih untuk berenang ke syurga. Arahnya sama, namun sayang kemudahan tiada. Isteri yang luarbiasa sahaja yang berjaya tiba ke syurga yang dijanjikan Allah padanya.
Syurga pula ganjaran tertinggi bagi hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Apa yang perlu diingat selalu, sesuatu yang bernilai tinggi tidak diberi secara percuma juga tidak murah harga dan nilainya.
Info Penulis
Penulis merupakan kaunselor berdaftar di sebuah agensi kerajaan di Negeri Sarawak. Terlibat secara aktif dalam bidang kaunseling, terutamanya kaunseling perkahwinan.
- Artikel iluvislam.com
Wednesday, 18 May 2011
Isteri Luar Biasa
Posted by amn077 at 08:27 0 comments
Abdul Rahman Auf Jutawan Yang Menangisi Kemewahan
Abdul Rahman Bin Auf bin Abdul Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayyi Al Quraisyi Az Zuhri lahir 10 tahun selepas tahun gajah dan membesar sebagai seorang pemuda yang teguh peribadi dan memiliki karismatik yang berkualiti.
Beliau mendapat pendidikan awal dengan sifat berani, tegas, toleransi, zuhud dan dermawan. Selain menjadi ahli ekonomi yang berwibawa dan amanah, beliau merupakan antara sepuluh orang sahabat yang dijamin syurga dan salah seorang dari 6 anggota mesyuarat untuk memilih khalifah selepas wafatnya Al Farouk rha.
Beliau wafat pada tahun 31 hijriyyah dalam usia 73 tahun dan di maqamkan di Baqi'
Sebelum Islam
Menjauhi penyembahan berhala, maksiat dan mungkar.
Persekitaran hidup dalam keluarga mulia dan bermaruah.
Selepas Islam
Orang yang kelapan memeluk agama Islam.
Menyertai program perkaderan di Darul Arqam.
Melakukan hijrah ke Habsyah sebanyak dua kali dan akhirnya ke Madinah Al Munawwarah.
Menyertai semua peperangan yang disertai oleh Rasulullah
Jati Diri Yang Kental
Abdul Rahman bin Auf telah dipersaudarakan oleh Rasulullah saw dengan Saad Ibnu Rabi'e seorang bangsawan dan jutawan Madinah (Al Ansar). Namun beliau tidak mengambil kesempatan dan peluang untuk memboloti harta kekayaan saudaranya sekalipun beliau mendapat tawaran yang lumayan termasuklah memilih salah seorang daripada isteri saudaranya.
Sebaliknya beliau meminta Saad menunjukkan kepadanya dimanakah pasar dan beliau memulakan perniagaan dipasar tersebut dengan keringat dan semangat berdikari yang gigih.
Berdikari
Prinsip berdikari yang dimiliki oleh Abdur Rahman bin Auf menjadi formula asas kejayaan dan kecemerlangan beliau. Berdikari adalah tanda harga diri individu yang bermaruah dan bebas dari hidup bergantung dengan orang lain. Prinsip inilah juga yang diajar oleh Rasulullah saw. buat semua ummat bagi membina tamadun yang cemerlang.
Sabda Rasulullah saw.:
"Tiada sesuatu makanan yang baik melebihi apa yang dihasilkan dari usahanya sendiri. Nabi Allah Daud makan dari hasil usahanya sendiri." - Riwayat Bukhari
Amanah
Kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaannya juga banyak bergantung kepada sifatnya yang amanah, sifat inilah meletakkan beliau sebagai usahawan yang berjaya dan beliau juga antara sahabat yang paling kaya di Madinah.
Rasulullah saw. pernah menyebut:
"Engkau adalah yang dipercaya(amanah) dikalangan penghuni langit dan engkau jugalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni bumi."
Taat
Peribadinya yang soleh dan taat kepada Allah swt pula menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjayanya sebagai seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh baginda Rasul saw dengan sabdanya:
"Tidak dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang di belakang seorang lelaki yang soleh dari ummatnya."
Pengurusan Ekonomi Berorientasikan Kebajikan
Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman bin Auf Rha. tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng dari manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur bakti kepada agama, perjuangan dan ummah.
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al Hilyah daripada Az Zuhri katanya:
"Abdul Rahman bin Auf telah bersedeqah di zaman Rasulullah saw. setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah swt. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah swt. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya."
Dermawan
Sikap inilah (dermawan) yang dicerminkan oleh Al-Quranul Karim sebagai sikap orang–orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali Imraan, 92)
Kikir dan bakhil adalah merupakan sifat tercela yang merosakkan hubungan damai dan harmoni sesama muslim.
"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian-kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Surah Muhammad 38)
Sementara tamak haloba pula memusnahkan asas kebajikan malah mendorong permusuhan dan hasad dengki yang membantutkan perkembangan ekonomi ummah.
Membelanjakan Harta Demi Keredhoan Allah
Dikeluarkan oleh Ahmad daripada Anas rha. katanya: "Tatkala Aisyah rha. berada di dalam rumahnya, beliau telah mendengar satu suara di Madinah. Beliau bertanya "Apakah yang telah terjadi? Kaum muslimin menjawab: "Kafilah Abdul Rahman bin Auf terdiri dari 7 ratus unta."
Maka bergemalah Madinah dengan teriakan suara tersebut. Aisyah rha. berkata aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Aku melihat Abdul Rahman masuk kedalam syurga dengan merangkak. Apabila kata–kata nabi tersebut sampai ke pengetahuan Abdul Rahman bin Auf lalu beliau berkata: Jika aku mampu, aku akan masuk syurga itu dalam keadaan berdiri.
Lalu beliau menyerahkan kesemua unta tersebut di jalan Allah swt.
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitabnya Al Hilyah.
Peristiwa ini jelas mengisyaratkan bahawa Abdul Rahman bin Auf sekalipun dilimpahi harta kekayaan dalam hidupnya tetapi tidak sampai ia menjadi hamba kepada harta, malah juga tidak mampu untuk melalaikan beliau daripada mengingati Allah swt.
Situasi ini menunjukkan beliau menguasai harta bukan harta menguasai beliau. Kedudukkan seperti inilah yang menjadikan seorang usahawan benar – benar merdeka dan bebas dari belenggu fikrah maadiyyah.
Bahaya Fikrah Maadiyaah (Kebendaan)
Pengidap faham maadiyyah ini sangat merbahaya dan membawa virus yang sangat sukar untuk dirawat. Mereka yang terpengaruh dengan faham maadiyyah hanya memikirkan soal dunia, duit dan hidup semata – mata.
Mereka tidak memikirkan bagaimana dosa, pahala, syurga, neraka dan akhirat. Ini menjadikan mereka petualang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan dan kemewahan dengan tidak memperduli bagaimana cara memperolehinya, samaada cara yang halal atau haram, baik atau buruk, hak atau bathil, adil atau zalim, benar atau bohong, amanah atau khianat.
Apa yang lebih parah, golongan ini akan menjadi cinta dunia dan benci kepada mati. Jika seorang usahawan bersikap seperti ini bukan sahaja tidak mendapat berkat dan rahmat dalam projek atau perniagaan mereka, malah mereka dimurkai oleh Allah swt.
"Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan." (Surah Yunus 7–8)
Renungi ungkapan ulama' sufi terkenal Abu Sulaiman Ad Darani:
Jika akhirat memenuhi ruang hati, maka dunia tetap datang mendampinginya, namun tatkala dunia yang memenuhi ruang hati, maka akhirat akan menyisih, kerana sesungguhnya akhirat adalah suatu yang mulia sedang dunia adalah suatu yang keji.
Material (Kebendaan) Menurut Perspektif Islam
Islam tidak melarang ummatnya mencari harta dan memiliki kekayaan, malah mengajar ummatnya mencari harta dengan kaedah yang betul. Lihat lah bagaimana sahabat karib Baginda Rasul saw. seperti Abdul Rahman bin Auf mencari harta dan memiliki kekayaan.
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya / untung (di dunia dan di akhirat)." (Surah Al Jumua'h: 10)
Kebendaan merupakan sebahagian daripada alat kelengkapan dan berfungsi sebagai alat bantu kekuatan. Justeru itu Islam memberi ruang selesa kepada ummatnya berdikari dan mengusahakan hasil bumi.
Namun begitu, kebendaan yang diusahakan dan kekayaan yang dicita, bukan menjadi prinsip hidup yang mencetus faham kebendaan, segalanya sebagai sarana untuk menjulang syiar Agama Allah swt. bukan sebaliknya, iaitu menjadi hamba kepada benda dan kekayaan.
Kebendaan dan kekayaan diperlukan agar ummat Islam tidak bangsat dan hina di mata dunia, pula dalam masa yang sama, ia tidak sampai membawa ummat Islam keperingkat ego dan bongkak.
Usahawan Yang Takut Kepada Allah Dan Manangisi Kemewahan Dunia
Dikeluarkan oleh Abu Nuaim didalam kitab Al-Hilyah daripada Naufal bin Ilyas Al–Hazili katanya: Abdul Rahman bin Auf rha. sering duduk bersama–sama dengan kami. Beliau adalah sebaik–baik orang apabila duduk bersama–sama dengan kami, suatu hari beliau telah meninggalkan kami dan tidak bersua dengan kami lalu kami pun masuk menemuinya di rumahnya.
Beliau telah kembali ke rumahnya dan mandi, lalu kami menghidangkannya satu dulang roti dan daging. Apabila makanan tersebut dihidangkan dihadapannya, beliau pun menangis.
Kami bertanya kepadanya, "Wahai bapa Muhammad, apakah yang menyebabkan kamu menangis?"
Beliau menjawab: "Rasulullah saw. telah meninggal dunia dalam keadaan beliau dan ahli keluarga beliau tidak pernah kenyang dengan makanan yang terdiri dari roti gandum."
Aku berpendapat, kita ketinggalan kebelakang dari apa yang lebih baik bagi kita.
(Dikeluarkan oleh Tarmizi dan As Siraj daripada Naufal dan seumpama dengannya sebagaimana dalam Isobah.)
Kezuhudan Abdul Rahman bin Auf rha. ini sangat menyerlah, bukan sahaja melalui peribadi dan aksinya bahkan sikap dan prinsip beliau. Inilah yang menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang amat disenangi oleh penghuni dibumi dan juga penghuni dilangit. Beliau dijamin syurga oleh Baginda Rasul saw.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Ustaz Nasrudin Hassan merupakan graduan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Selain aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, beliau kini merupakan Pengarah Akademi Ar-Rasyidin yang berpusat di Kuantan, Pahang. Blog episodeperjuangan.blogspot.com menjadi medium untuk beliau menulis di alam maya.
Posted by amn077 at 08:25 0 comments
Wanita Jangan Jadi Bimbo
Apa itu bimbo? Mungkin ada yang biasa mendengarnya dan saya percaya jarang yang mendengar istilah ini.
Kenapa saya menasihati kaum wanita supaya tidak menjadi bimbo?
Ini kerana saya melihat semakin ramai di antara mereka menjadi bimbo tanpa mereka sedari.
Ini bahaya kerana jika tidak diperingati pasti mereka akan terus hanyut dan lupa diri.
Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.
Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.
Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.
Wanita mudah lemah dengan pujian.
Apabila dipuji, pasti jantung mereka berdebar kencang, lebih-lebih lagi apabila pujian tersebut daripada insan berlainan jantina.
Kerana itulah jangan terkejut jika mendengar cerita wanita mudah menyerahkan diri kepada lelaki yang baru mereka kenali. Ini adalah kerana mereka bimbo.
"Ala, bukan semua wanita macam tu".
Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.
Bimbo biasanya terjadi kepada remaja di bangku sekolah.
Lihatlah kes pelajar sekolah yang lari mengikut lelaki. Entah berapa banyak kes seperti ini berlaku di negara kita.
Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.
Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.
Kerana apa?
Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.
Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.
Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.
Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.
Berhati-hatilah kerana jika benar lelaki itu menghormati kamu, pasti tidak akan sanggup dia menyentuh kamu sebelum kamu menjadi halal untuknya.
Lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.
Lelaki hanya memerlukan kata-kata manis untuk mendapatkannya. Maka tidak hairanlah jika anda melihat seorang perempuan cantik tetapi berpasangan dengan lelaki yang kurang menarik.
Kenapa? Kerana mereka bimbo.
Tengok saja wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki luar.
Mereka bagaikan disihir dengan kata-kata pujian tanpa menyedari ia hanyalah jerat semata.
Kita selalu pelik. Jangan pelik kerana mereka pandai bermain kata-kata dan mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.
Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.
Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.
Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).
Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.
Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.
Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.
Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.
Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.
Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.
Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.
Maaf jika saya dilihat seperti menghina wanita. Tidak terlintas di hati saya untuk menghina bahkan hanya untuk memberi ingatan dan pesanan.
Juga untuk menyedarkan wanita lebih-lebih lagi muslimah supaya jangan merendahkan martabat anda.
Saya tahu ia agak sukar kerana sememangnya fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.
Terutamanya bagi remaja kerana mereka amat dahagakan pujian.
Terutamanya jika mereka mempunyai pasangan, pasti selalu inginkan pujian darinya.
Sebagai contoh. cuba bayangkan seorang lelaki memuji anda "awak cantiklah". Pasti hati berbunga-bunga riang, lebih-lebih lagi jika diselangi dengan madah bermadu kasih, lemah seluruh sendi.
Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.
Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.
Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.
Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu.
Oleh itu, wanita perlu lebih berhati-hati dengan pujian daripada lelaki. Jangan mudah menyerah dengan hanya sedikit pujian.
Nilailah pujian berdasarkan mata hati, bukan mempercayai membuta tuli.
Akibatnya lebih kepada merendahkan maruah diri. Usah menjadi bimbo, sebaliknya nilailah sesuatu pujian secara matang.
- Artikel iluvislam.com
Posted by amn077 at 08:25 0 comments
Enam Golongan Yang Sukar Menerima Dakwah
“Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah: Ayat 255
Banyak buku-buku yang menerangkan tentang metod berdakwah, ciri-ciri pendakwah, mendekati orang yang ingin didakwahkan dan sebagainya. Akan tetapi, penulisan mengenai siapakah orang paling sukar menerima dakwah adalah sangat kurang.
Contohnya, apabila ditanya kepada beberapa orang Islam, apakah isi khutbah jumaat (selepas solat jumaat), mereka tidak ingat malah ada yang tertidur. Ditanya pula apakah isi ceramah, tazkirah dan seumpamanya pada beberapa orang selepas tamat sesi tersebut, jawapan mereka lebih kurang sama. Perkara ini berlaku pada kebanyakan orang, anda boleh bertanya kepada diri sendiri dan boleh juga bertanya pada orang lain untuk melakukan uji kaji kendiri jika mampu bagi memastikan kebenarannya.
Mengenai orang bukan Islam pula, apabila ditanya mengenai agama Islam, mereka lebih mempercayai media cetak, media elektronik, "media angin" (khabar angin), memerhatikan tingkah laku orang Islam yang buruk dan menganggap semua agama adalah sama. Malah tidak kurang juga yang mengatakan Islam menggalakkan keganasan dan mencabuli hak kemanusiaan serta melanggar Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. Contohnya seperti poligami, menutup aurat dan sebagainya.
"Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang lalai." - Surah An-Nahl: Ayat 108
(Ayat ini ditujukan kepada orang kafir.Sila lihat empat ayat sebelumnya).
Sebenarnya mengetahui sukarnya segelintir golongan menerima dakwah adalah sangat penting kerana segala isi pengajaran yang didapati dalam sesi pembelajaran atau dakwah itu perlu diaplikasikan dalam diri. Dakwah perlu difahami, dipastikan kebenarannya, menerima kebenaran itu dengan jujur, dan kemudian barulah diyakini serta beramal dengannya.
Satu contoh yang mudah, jika seseorang itu berdakwah dengan mengatakan sembahlah Allah yang Maha Besar, maka perlu kita fahami makna "Maha Besar" itu; iaitu tidak ada yang lebih besar melainkan Allah. Kebenarannya, lihatlah isi di langit dan di bumi. Mampukah manusia sekecil kita mencipta bulan, matahari, tanah, lautan dan lain-lain? Kemudian terimalah kebenaran itu dengan jujur dan seikhlas hati dan mengucapkan tiada Tuhan selain Allah yang Maha Besar.
Katakanlah: "Taat kepada Allah dan taatlah kepada Rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban Rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." - Surah An-Nuur: Ayat 54
Mereka yang Sukar Menerima Dakwah
Persoalannya, sejauh manakah dakwah para pendakwah benar-benar berkesan terhadap penerima dakwah? Sedikit kajian, pemerhatian dan penelitian dalam al-Quran, hadis dan sirah Nabi Muhammad SAW, didapati ada beberapa golongan yang sangat sukar menerima dakwah dan berdakwah kepadanya. Moga-moga kita terhindar daripada menjadi golongan seperti ini.
01.Mereka yang Menolak Kebenaran
"Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun." - Surah Al-Anfaal: Ayat 22
Maksudnya, manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini, setelah mendengar seruan Nabi Muhammad SAW, mereka mengingkarinya dan mengatakan itu adalah amalan orang-orang lama (konservatif) dan pemikiran yang beku (jumud). Mereka menolak hadis-hadis daripada Rasulullah SAW dengan pelbagai alasan, malah mengatakan hadis-hadis inilah punca perselisihan dan perpecahan umat Islam sekarang.
Orang-orang seperti ini sangat sukar menerima dakwah kerana mereka sendiri enggan mengakui akan kebenaran Al-Quran dan Nabi Muhammad SAW. Perkara ini bukan hanya terjadi pada orang kafir dan munafik sahaja, malah tergolong juga pada orang-orang yang mengaku Islam pada mulutnya, tetapi tidak beriktikad dalam hatinya.
Mereka tetap bersolat dan melaksanakan ibadah sebagai seorang Muslim, tetapi mereka menolak apa yang diperintahkan Allah yang Maha Agung melalui Rasul-Nya dan sebenarnya mereka tidak mengetahui mereka telah cenderung kepada kemunafikan dan kekufuran. Contohnya; Mereka mengatakan ada perkataan dan hukum yang lebih baik daripada Al-Quran, malah mencaci pula Rasulullah SAW dan para sahabatnya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada Allah SWT; dan barangsiapa menderhakaiku, bererti dia derhaka kepada Allah SWT." - Sahih Ibnu Majah: 0003
02.Mereka yang Taksub Mengikuti Tradisi
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati daripada (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?" - Surah Al-Baqarah: Ayat 170
Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung, tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan, iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung. (Rujukan: Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini, manusia tidak terlepas daripada mengikut tradisi nenek moyang mereka walaupun hal itu bertentangan dengan syariat. Amalan-amalan khurafat zaman dahulu seperti keris sakti pusaka, cincin geliga yang mampu menyembuhkan penyakit, gelang dan rantai yang dapat memberi kesihatan dan pelbagai lagi sekutu-sekutu yang diciptakan bagi menidakkan kekuasaan Allah yang Maha Agung.
Selain itu ada pula yang mengikuti tradisi kitab. Apabila berdakwah kepadanya mengenai sesuatu amalan atau ibadah yang bercanggah dengan syariat dan dikemukakan kebenaran dan faktanya, mereka mengatakan kitab itu hasil nenek moyang mereka dan mereka tetap mengikut kitab itu. Walhal kitab itu penuh penyelewengan seperti penuh hadis palsu, salah faham dalam penafsiran dan sebagainya. Orang-orang seperti ini sangat sukar berdakwah kepadanya kerana mereka begitu taksub dengan tradisi mereka.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada pahala-pahala amal mereka sama sekali. Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikit pun daripada dosa-dosa mereka sama sekali." - Sahih Ibnu Majah: 0172
03.Menyangka Majoriti adalah Kebenaran
Apa yang dimaksudkan adalah melihat ramai orang yang melakukan sesuatu kemungkaran dan kita menyangka bahawa perkara itu dibolehkan dalam syariat. Contohnya wanita yang memakai tudung yang jarang, wanita yang berbaju lengan pendek dan mempamerkan bentuk badan, wanita yang menyanyi di pentas (anugerah itu dan ini) dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan syariat.
Walaupun contoh diatas pelakunya adalah wanita, tetapi di belakangnya terdapat kaum lelaki yang membiarkan malah menganjurkannya pula kerana mereka (lelaki) juga menyangka perkara itu dibolehkan. Ini termasuk para suami dan para bapa, sedangkan lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita dan mereka akan ditanya tentang kepimpinan mereka.
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)." - Surah An-Nisaa': Ayat 34
Apabila tiba hari pembalasan, orang yang dipimpin akan mula menyalahi para pemimpinnya kerana terlalu takut.
Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." - Surah Al-Ahzab: Ayat 67
Apa yang penting adalah, kebenaran itu didasari dengan ilmu. Di manakah pula cara, atau sumber kepada ilmu bagi mendapatkan kebenaran? Jawapannya adalah al-Quran dan hadis termasuk juga ijtihad dan kesepakatan seluruh ulama. Selain itu, terdapat juga ijtihad perseorangan ulama yang muktabar (kepelbagaian pendapat). Kebenaran itu tidak semestinya mengikut majoriti, jika terdapat kesalahan dan kesilapan orang terdahulu kemudian setelah diketahui kebenarannya, hendaklah kita menerima dengan hati yang terbuka dan perbetuli kembali kesalahan dan kesilapan itu agar tidak membiarkan generasi akan datang terus menerus dalam kesilapan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Ia (Abu Hurairah) bertanya, Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?" Beliau (Nabi SAW) menjawab, "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran." - Sahih Bukhari: 1746
04.Mereka yang Berilmu Pengetahuan
"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu." - Surah Al-Mukmin: Ayat 83
Di antara orang yang paling sukar didakwahkan juga adalah orang yang menyangka dia sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Sebarang pendapat yang berlainan dengannya akan ditentang habis-habisan walaupun bertentangan dengan hadis Nabi SAW. Mereka akan berhujah dengan kitab itu dan ini, kata-kata guru itu dan guru ini malah mereka lebih mengikut pendapat guru dan kitab mereka melebihi perkataan Rasulullah SAW sendiri.
Apa yang lebih melucukan adalah, mereka menggunakan dalil yang langsung tidak layak seperti surat khabar, radio dan sebagainya bagi menentang atau beralasan menolak hadis Rasulullah SAW.
05.Orang yang Mempunyai Pangkat, Harta dan Kuasa
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat daripada Kami, ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui." - Surah Az-Zumar: Ayat 49
Umum kita mengetahui sepanjang sejarah dakwah para Rasul dan Nabi mempunyai banyak tentangan daripada orang yang mempunyai pangkat, harta dan kuasa (sila rujuk sirah para Nabi dan Rasul). Keadaan ini berterusan pula sehingga ke hari ini, tetapi perlu diingat bahawa pengulangan sejarah ini adalah sebagai satu pengajaran buat umat zaman akhir ini. Apakah yang telah terjadi kepada orang-orang yang menentang risalah Rasul mereka? Mereka menerima kebinasaan di dunia dan di akhirat.
Mereka menganggap segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Agung adalah kerana hasil usaha mereka sendiri. Mereka lupa bahawa nikmat itu pasti akan ditanya kembali pada hari pembalasan mengenai apakah yang telah mereka perbuat terhadap nikmat itu. Mari kita perhatikan kata-kata Qarun:
Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. - Surah Al-Qashash: Ayat 78
Kedua-dua ayat diatas menyatakan akan kesombongan golongan yang kelima ini. Apabila didakwahkan kepada mereka agar mentaati perintah Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya, mereka sangat sombong; mereka berkata ada perkataan yang lebih baik dari itu pada zaman moden ini. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menambah kekayaan mereka sahaja dan takut rugi dari segi kehilangan pengaruh dan kuasa.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Setiap umatku masuk ke dalam syurga, selain orang yang enggan." Mereka bertanya, "Ya, Rasulullah, Siapakah yang enggan (masuk syurga) itu?" Jawab Nabi saw, "Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintah ku, maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga)." - Sahih Bukhari: 1952
06.Sangka Buruk
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjing (memfitnah, mengumpat atau mengata) satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." - Surah Al-Hujuraat: Ayat 12
Mereka ini sentiasa bersangka buruk pada orang lain, terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan daripada mereka. Mereka mencari-cari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Mereka juga menganggap mudah mengenai hal-hal ilmu agama dan melihat orang lain lebih rendah dari mereka.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. - Surah Al-Hujuraat: Ayat 11
Mencela diri sendiri juga bermaksud mencela para mukmin yang lain. Orang seperti ini sukar didakwahkan kerana mereka menganggap orang lain semua sama seperti mereka termasuk juga para ilmuwan dan pendakwah. Padahal dalam al-Quran jelas mengatakan orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil.
"... Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - Surah Az-Zumar: Ayat 9
Daripada Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." - Sahih Bukhari: 1915
Kesimpulan
Setelah kita mengenali enam golongan di atas, dapatlah kita memperbaiki diri agar lebih mudah menerima pendapat orang lain dan bertolak ansur sesama saudara se-Islam. Mungkin juga kita tergolong dalam salah satu golongan di atas, tetapi kita tidak menyedarinya selama ini.
Kepada para pendakwah, strategi yang betul diperlukan bagi menarik minat orang ingin didakwahkan agar dakwah itu benar-benar memberi pemahaman kepada penerimanya. Selain itu, isu-isu yang diutarakan juga perlulah lebih segar, iaitu isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan semasa supaya contoh-contoh yang diberikan nampak lebih jelas dan mudah untuk mereka memahaminya.
Hanya kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayanglah kita memohon perlindungan agar terhindar daripada menjadi enam golongan di atas. Kesabaran dalam berdakwah amat diperlukan, janganlah sesekali berputus asa kerana putus asa hanyalah sikap orang kafir.
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." - Surah Al-Baqarah: Ayat 153
Daripada Mu'awiyah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia." - Sahih Muslim: 1873
- Artikel iluvislam.com
Posted by amn077 at 08:24 0 comments
Jangan Salahkan Cinta
Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.
Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.
Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.
Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.
Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.
"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.
Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.
Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.
Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.
Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.
SEBELUM KAHWIN
Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.
Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)
Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.
Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.
Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;
Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." (Surah An-Nisaa', 4:34)
Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.
Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.
Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.
Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.
Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.
Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.
Sanggupkah kalian bercinta?
- Artikel iluvislam.com
Posted by amn077 at 08:23 0 comments
Setulus Cinta Nabi Muhammad
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.
Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan risau, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)"
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii.. (Umatku, umatku, umatku).."
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai seperti Baginda mencintai kita? Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.
Pernahkah kita menangis untuk Rasulullah s.a.w? Sedangkan di akhir hayat baginda menangis kerana kita. Renungkanlah...
Posted by amn077 at 08:22 0 comments
Manisnya Tahajud
"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."
- Artikel iluvislam.com
Posted by amn077 at 08:22 0 comments
Nilai Permata Keluarga
Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan putih bersih, bergantung kepada ibu bapa yang hendak mencorakkan. Bila ibu bapa sudah dibesarkan dalam keganasan, biasa dengan marah, pukul, maki hamun, sudah pasti anak yang lahir dari kedua-dua mereka akan merasai perkara yang sama kecuali berlaku perubahan ilmu dan mujahadah(pengorbanan) yang bersungguh-sungguh terhadap sikap ibu bapa tersebut.
Namun begitu, dalam keadaan emosi yang amat, selalunya ibu bapa akan gagal mengawal diri, lalu melahirkan warna diri yang sebenar yang dicorakkan oleh orang tua kepada ibu bapa tersebut.
Children learn what they see.
Ingatlah, cara orang tua kita mendidik anak-anak dari hati yang sarat dengan Iman dan takwa kepada Allah Taala. Walaupun tiada tarbiah secara langsung, tetapi sapaan lembut mereka dalam jagaan seolah-olah Allah Taala telah mentarbiah jiwa, jalan dan cara mereka lantaran sanggup menempuh segala susah dan payah, dan paling penting ikhlas kerana Allah Taala.
Dalam pada itu, ayah yang hebat ialah ayah yang boleh bersabar dengan keadaan anak-anak yang terdedah dengan segala gejala yang merosakkan yang ada dalam rumah sendiri. Masa kecil memang boleh disanggah, tetapi bila anak dah membesar dan menjadi remaja, banyak pula mata-mata yang menunggu untuk merosakkannya.
Tidak semua orang sama rasa kegembiraan, dan tidak semua orang sama rasa penderitaan. Banyak orang dapat pengetahuan dari apa yang dibaca dari dada-dada akhbar, internet, media massa dan sebagainya. Kelebihan yang ada diperhalusi, kekurangan yang ada dipertingkatkan. Had mutu, dan kualiti hidup perlu diperkemaskan dari masa ke semasa, apatah lagi bila sudah bergelar ibu dan bapa, maka bertambahlah kos penambahbaikan hidup, bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi seluruh isi rumah yang tertumpah ruah di atas bahu kita.
Memang orang Melayu menjadi trauma bila ingin berjumpa doktor apatah lagi psikiatri ditambah lagi untuk membincangkan masalah keluarga dan anak-anak. nampak macam parents yang gagal dalam mendidik. Menjadi mangsa adalah anak-anak. Penulis juga ada perhatikan bila parents sibuk, anak-anak akan lebih 'berperangai' untuk menarik perhatian.
Pertanyaan ayah pergi mana, bila ayah nak balik, kerja tak habis-habis, asyik mesyuarat aje, dan sebagainya, kadang-kadang mengundang marah si ibu kerana tidak faham masalah dan renggekan anak-anak.
Kesempatan yang ada, belajar dari mereka yang pakar dalam membuka ruang komunikasi antara suami, isteri, ayah, ibu, dan anak-anak menjadi lebih baik dari sebelumnya. Apa yang diharapkan dari kesungguhan ini, ialah terbitnya keinginan untuk belajar oleh ibu bapa terutama ibu dan bapa dari kalangan muda-mudi dengan tidak menganggap pendidikan anak-anak dan kekeluargaan sebagai sesuatu yang remeh atau mudah secara 'plug and play'.
Pengalaman itu sendiri bukanlah guru. Pengalaman akan hanya menjadi guru, apabila kita memproses pengalaman itu. Dapat dikenal pasti hujung pangkalnya, kelebihannya, kelemahannya dan dirumuskan sebagai panduan. Adapun panduan itu tidak optimum kecuali apabila ia didokumentasikan. Dokumentasi pengalaman, yang penulis harapkan ialah tepat dan jelas. Tepat sahaja, tapi kalau tidak jelas, abstrak, tidak praktikal akan menghilangkan nilai tepat itu tadi.
Bagi ibu bapa, tidak kira anda tua atau muda usianya, sama-sama menggunakan pendekatan Luqman el Hakim, itulah yang paling tepat dan jelas. Apa-apa pun each case has its own circumstances dan apa-apa pengalaman sendiri semasa jadi anak, atau sudah jadi bapa, atau melihat ibu bapa lain, atau anak-anak orang lain, pengalaman itu tetap ada pengajarannya.
Cuma cara olahan itu ikutlah kepandaian masing-masing. Setiap pengalaman yang silam ada pertimbangannya untuk peristiwa akan datang. Jika bukan sebagai guru yang mengajar, setidaknya membolehkan kita menentukan cara terbaik menghadapi anak-anak yang merupakan generasi MMS, E-mail, blog dan macam-macam lagi teknologi moden. Itu semua perkara subjektif dan setiap ibu bapa ada acuan masing-masing. Perbezaan cara, pengetahuan dan pengalaman itu perlu dirumuskan dalam satu adunan berkala. Tahu bila dibuat ini, dan itu, mana didahulukan dan dikemudiankan.
Hanya setelah mereka melalui fasa-fasa penting perkembangan diri mereka, then ia membina karektar kekal dan mencari ruang selesa bersama kawan-kawan. Masa itu, sudah agak terlambat. Masa mereka mula berasa selesa dengan sikap mereka sekarang.
Namun semuanya anjakan dari perasaan halus seorang anak yang inginkan perhatian. Jesteru itu, anak adalah amanah bukan sekadar sebuah harapan konklusi meramaikan anak sahaja, tapi lebih dari itu. Kena pandai bezakan di antara nakal dan jahat. Kenakalan masuk dalam kategori benda-benda yang kita 'abaikan'.
Manakala kejahatan, ialah perlakuan kanak-kanak seperti menipu dan mencarut. Those need correction almost instantly. Even to correct them later would confuse the kids. Jika dibentuk awal, biasanya kebanyakan tindakan kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian parents hanya berlegar pada soal kenakalan. Kalau kita biar-biarkan tanpa guidance, maka masa itulah berkemungkinan besarnya nanti dia akan berjinak-jinak dengan kejahatan.
Kanak-kanak yang diberi penekanan bukan sekadar pertumbuhan jasmani, tetapi keutamaan pada kemantangan rohani mereka, akan membentuk tindak balas spontan yang baik. Ini diakui pakar kaji otak, kenyataan-kenyataan sebegini rupa akan tertanam di dalam sub-concious mind kanak-kanak itu dan mereka akan anggap apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah tidak betul dan mereka secara tidak sedar, atau sedar akan avoid perkara itu.
Apabila ibu bapa mengagumi artis-artis dalam reality show dan sorakan pujian dibuat di depan anak-anak yang kecil, situasi ini juga akan tertanam dan mereka pun akan cuba jadi artis kerana reaksi positif yang diberikan oleh ibu bapa. Kesian juga, ibu bapa berjiwa pendakwah. Kadang-kadang sampai terlupa insan yang paling dekat yang harus 'didakwah'. Bak peribahasa Melayu;
"Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan."
Cuma dalam konteks ini, mungkin kita boleh mencuba pendekatan dakwah atau kerja yang lebih bersifat 'mesra keluarga'. Sebagai contoh, nursery kat tempat bekerja. Ibu bapa mungkin mempunyai lebih masa untuk anak-anak dan lebih dekat. Dari segi kaca mata dakwah, seisi keluarga mungkin boleh turut sama diajak turun ke medan. Baru boleh sama-sama merasa asam garam dan rencah kehidupan seorang bapa atau ibu berjiwa da'ie.
"Permata yang berharga lahir dari sebuah kaca yang digilap 'dalaman' bukan hanya 'luaran' sahaja."
- Artikel iluvislam.com
Posted by amn077 at 08:21 0 comments
Productivity Lessons from the Hijrah (Part 2)
In our previous post Productivity Lessons from the Hijrah (Part 1), we explained how the Hijrah of the Prophet Muhammad (Peace be upon him) from Makkah to Medina was a productive act by the Prophet since he didn’t just sit in Makkah and give up after all the hardship he faced in spreading the message to the people, rather he was proactive to find avenues where his message could flourish and transform the world.
In this post, I want to pick up from where we left off and take snippets from the Hijrah – stories which we’ve probably heard many times before but explore them from a productivity point of view inshaAllah.
The Pre-Planned Journey
Prophet Muhammad (Peace be upon him) and his companion Abu Bakr Al-Siddeeq (May Allah be pleased with him) went through a lot of preparation for this epic journey. They prepared their transportation, planned how to hide their tracks, hired a guide, and even appointed the people who’d bring them the news from Makkah and who would bring them the food each night.
One might ask: Why did the Prophet and His companion have to go plan so meticulously to go on this Hijrah? Wasn’t this Journey blessed by Allah (Subhanahu Wa Ta’ala)’s permission for the Prophet to migrate to Medina? Aren’t these the best of people in those times? Surely, Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) could have prepared for them a miracle of instant transportation to Medina like He did in the journey of Israa wal Mi’raaj?
Placing Your Trust In Allah
When we think of these questions, we realise, that this journey was not about the Prophet and his companion only, this journey was for us – the Muslims – to learn deep lessons from, to study from it and extract unforgettable lessons that apply to all times.
The Prophet and his companion prepared and took all the means to teach us the lesson that even being the best of mankind, even if you worship Allah, you need to use the means Allah has provided to achieve your goals in life. This indicates the need for action to fully trusting in Allah’s decree, in fact it’s part and parcel of believing in Allah’s decree. The above point is highlighted further in those precious moments where Abu Bakr Al-Siddeeq (May Allah be pleased with him) spent with the Prophet in that cave between Makkah and Medina. They were hiding there, but the Makkans were able to trace their tracks to the cave. When the Makkans approached the cave, Abu Bakr Al-Siddeeq started panicking saying: “O Prophet, if they look to their feet they’ll see us!” But the Prophet’s confident response was: “Don’t be Afraid, Allah is with us”.
These powerful words should be on the tongue of every Muslim and Muslimah in any situation of difficulty he/she faces after you’ve exhausted all possible means.
Practical Lessons From The Hijrah
I want us to think about this practically, how we can apply this concept of balancing between taking the means and trusting in Allah in our lives? This requires a special mindset that comes with training and constantly self-evaluating your actions. When you have goals, you need to force yourself to prepare the utmost whilst at the same time praying and pleading to Allah as if you’ve no means at all.
I remember once I was given an extremely challenging task at work, I did my utmost and worked hard to surmount the task but at the same time I started praying to Allah to make it easy and finish it on time, and subhanAllah it all went smoothly. You honestly taste the sweetness of true tawakkul when you strike this balance between taking the means and trusting in Allah (Subhanahu Wa Ta’ala).
The Measuring Stick of Justice
One final beautiful lesson from the Hijrah is the instruction that the Prophet (Peace be upon him) gave to his cousin, Ali ibn Abi Talib (May Allah be pleased with him) asking him to return the ‘Trusts’ that were with the Prophet to the rightful people in Makkah. I had to stop at this and really imagine the situation to understand the magnitude of this act of honesty.
Imagine you’re in a town where most people don’t like you, they make lies about you and they want to kill you. But they also trust you with all their precious goods. On the night you are about to leave, you could potentially take ‘revenge’ for all the pain and suffering they caused you, instead you actually return these goods to them! What does that teach us? What does that tell us about our attitude to the Non-Muslims even when they harm us?
It teaches us that our measuring stick in Islam is Justice, not our whims and desires or revenge or hatred. We do justice even to our worst enemies and this is how we become servants of Allah instead of servants of our desires. We become truly the Best of All Nations when we apply such principles in our lives.
These were some of the productivity lessons from the beautiful Hijrah, I hope we can learn from them and apply them to our lives so we can have a true turning point within ourselves just like the Prophet and His Companions did after the Hijrah. Thinking back to the Hijrah, what other lessons of productivity have you come across? Share your thoughts with us below!
Posted by amn077 at 08:20 0 comments
Productivity Lessons from the Hijrah (Part 1)
With the beginning of each Islamic year, our scholars and Imams remind us of the story of the momentous Hijrah (migration) of our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) and his companion Abu Bakr (may Allah be pleased with him) from Makkah to Medina which they undertook over 1400 Years ago. This Migration was a very special journey and a turning point for Islam and Muslims in that it was chosen to mark the beginning of the Islamic calendar.
Although there are many lessons that one can extract from the Hijrah, I just wanted us to focus on some of the productivity-related lessons one can learn from the Hijrah.
Perhaps the first lesson that strikes me, and is often not talked about, is the difficulty and magnitude of the decision to migrate itself. We tend to think that this migration was a simple 3-day journey by camel between 2 cities, and don’t give much thought to its implications in those days. Living amidst the globalised tourist industry, we tend to forget the difficulty of taking a journey to a completely new territory which you’re not accustomed to the terrain, culture, or people. By all scales, the migration itself as an act was not that easy. How many of us are truly ready to leave our homes, our families, our businesses and just go to a new town and start from scratch?
So, the question is why? Why did the Prophet (peace and blessings be upon him) migrate? The standard answer is that the migration occurred to escape persecution from Makkah and save the Prophet’s life (peace be upon him) from an evil assassination plot. But I believe there’s another reason, one that derives an important lesson about the Hijrah: staying in Makkah with the persecution from the Makkan people was unproductive for the Prophet (peace be upon him) because the environment was not conducive for the message which he (peace be upon him) carried, Islam. The Prophet (peace be upon him) had to find a way out, he (peace be upon him) had to find a venue for his message to flourish. In essence, the migration was not about saving his life, but it was about saving the message and fulfilling his mission! The evidence of this is that immediately after reaching Madinah, the Prophet (peace and blessings be upon him) didn’t relax but immediately went through an all-embracing process to establish a faithful and strong society by building a mosque, establishing a market, managing the politics of the new town, and so on.
So there’s a deep lesson here about the Hijrah that is subtle but important – it is that the Hijrah is a process of transfer to a better situation to enable you to be productive and active vicegerent on Earth. It is not meant to be a means to find a comfortable place where one would relax and stop being productive. Rather, it is a search for an environment more favorable to continuous and constructive productivity for Allah’s sake.
Think how you can apply the above to your life? What do you need to ‘migrate’ from in order to live a productive lifestyle in conformity with your purpose of worshipping Allah (Subhanhu wa Ta’ala)? It doesn’t have to be migration from place to place, but it could be migration from a non-halal job to a halal one, or migration from sins to repentance, or from evil deeds to good deeds.
There are other lessons of productivity from the Hijrah including the relationship between trust in Allah (Subhanhu wa Ta’ala) and taking the required action and using the means Allah has provided, but we’ll tackle this in our next post about the Hijrah insha’Allah!
Posted by amn077 at 08:20 0 comments
Indahnya Berjalan Di Jalan Dakwah
Saat ini keadaan kehidupan masyarakat muslim tidak begitu kondusif bagi ke-Islam-an mereka, corak kehidupan yang sekular sudah merambah hampir ke seluruh sendi kehidupan, baik sektor ekonomi, kebudayaan, pergaulan masyarakat, sehingga tataran sistem politik dan pemerintahan. Jika di ibaratkan, kaum muslim ketika ini seperti kawanan ikan yang sedang menjalani hidup di tempat yang bukan pada habitatnya.
Habitat umat Islam adalah berada ditempat yang diatur dengan wahyu Ilahi (kehidupan Islam), bukan aturan yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Allah SWT telah berfirman:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ
”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan Aku sempurnakan nikmat-Ku atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian.” (QS. Al-Maidah: 3).
Dalam ayat yang mulia di atas, Allah SWT mengkhabarkan bahawa agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada seluruh manusia adalah agama yang sempurna, mencakup seluruh perkara yang sesuai diterapkan di setiap zaman, setiap tempat dan setiap umat. Islam adalah agama yang sarat dengan ilmu, kemudahan, keadilan dan kebaikan. Islam adalah pedoman hidup yang jelas, sempurna dan lurus untuk seluruh bidang kehidupan.
Islam adalah agama dan negara (daulah), di dalamnya terdapat manhaj yang haq dalam bidang hukum, pengadilan, politik, kemasyarakatan dan perekonomian serta segala perkara yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan dunia mereka, dan dengan Islam nantinya mereka akan bahagia di kehidupan akhirat. (Dinul Haq, Abdurrahman bin Hammad Alu Muhammad).
Didalam kitab An-Nidhamu Al-Islam, Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani juga menjelaskan, sekurang-kurangnya ada tiga konsep yang diatur oleh Islam:
Pertama: Mengatur segenap perbuatan manusia dalam hubunganya dengan Khaliq-nya, hal ini tercermin dalam aqidah dan ibadah ritual dan spiritual. Contoh: Tauhid, sholat, zakat, puasa dan lain-lain. Kedua: Mengatur hubungan manusia dengan dirinya sendiri. Yang diwujudkan berupa akhlak, pakaian, dan makanan. Ketiga: Mengatur manusia dengan lingkungan sosial. Hal ini diwujudkan dalam bentuk mu’amalah dan uqubat. (sistem ekonomi Islam, sistem pemerintahan Islam, sistem politik Islam, sistem pidana Islam, strategi pendidikan, strategi pertanian, dan sebagainya).
Namun saat ini Islam tidak diterapkan secara menyeluruh (kaffah), Islam tidak lagi menjadi ”way of life’ yang sempurna, masyarakat dipaksa untuk hidup didalam sebuah sistem sampah jahiliyyah. Dengan keadaan seperti ini, banyak diantara kaum muslim yang tergerus oleh keadaan, diantara mereka ada yang keadaan keislamannya cuma sebatas pada kad pengenalan sahaja, ada juga yang berslogan “ibadah yes maksiat yes”, alias ibadahnya jalan, maksiat juga tetap melenggang.
Ditengah hiruk pikuk kesenangan dunia yang sungguh menggoda ini, masih ada beberapa pihak yang tidak terpengaruh untuk berbuat sehingga melanggar batas, mereka masih aktif beribadah, ditambah dengan sedekah, infak, juga haji mahupun umrah, bagi mereka yang mampu. Namun disisi lain, mereka tidak mahu ambil pusing dengan keadaan yang ada, kalaupun mahu, maka hal itu cuma ala kadar, bagi mereka urusan dakwah ini tidak terlalu penting.
Padahal kalau kita telusuri sirah nabi, disana ditemukan bahawa dahulu Rasulullah Saw dan para sahabat menjadikan aktiviti dakwah yang mulia ini sebagai poros dalam kehidupan mereka. Ada banyak sekali kisah dahsyat para sahabat yang tentunya dapat kita petik sebagai pelajaran.
Salah satu adalah Ibnu Mas’ud r.a, seorang sahabat yang pertama kali membacakan Al-Qur’an secara terbuka di tempat berkumpulnya kaum Quraisy di dekat ka’bah. Apa yang terjadi?, dia dipukul oleh orang-orang Quraisy sehingga nyawa-nyawa ikan, hebatnya Ibnu Mas’ud setelah kejadian itu tidak menjadi dia kecut perut, bahkan dia mengatakan ”mulai sekarang tidak ada lagi yang kutakutkan dari orang quraisy, berikanlah lagi ayat-ayat Al-Qur’an, pasti akan kubacakan dihadapan mereka”. Luar biasa!
Kisah menajubkan lain ialah, sahabat Rasul yang bernama Sa’ad bin abi waqas, keimananya teruji dengan ancaman dari Ibundanya yang akan melakukan mogok makan jika Sa’ad tidak mahu kembali pada agama nenek moyangnya. Kepada ibunya, sa’ad berkata: ”Wahai ibu, ketahuilah, demi Allah, kalau sekiranya bonda punya seratus nyawa dan keluar satu persatu, aku tidak akan meninggalkan agamaku ini”. Subhanallah.
Sampaikan walau satu ayat
Dakwah diwajibkan oleh Allah SWT, yang dijelaskan di banyak ayat-ayat Al-Qur’an mahupun hadits Rasul-Nya.
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran:104)
Dijelaskan oleh Imam Ibnu katsir dalam kitab tafsirnya, pada kata “al-khair” diatas adalah Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan tafsir Jalalain menjelaskan maksud dari kata “al-khair” adalah Islam.
Perintah Allah SWT tentang dakwah ini juga dijelaskan dalam firman-Nya:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (QS. an-Nahl: 125).
Seruan para pengemban dakwah kepada Islam juga dipuji oleh Allah SWT. Padahal tidak ada pujian yang lebih berharga selain pujian dari-Nya. Dia SWT berfirman:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri’.?” (QS. Fushshilat: 33).
Dalam kitabnya Sayyid Quthub menfsirkan ayat ini, beliau berkata: “Kalimah-kalimah dakwah yang diucapkan sang dai'i adalah paling baiknya kalimah, ia berada pada barisan pertama di antara kalimah-kalimah yang baik yang mendaki ke langit.” (fii dzilaalil qur’an, (5/ halaman. 3121).
Menempuh jalan dakwah ini tentunya diperlukan kesabaran, keikhasan dan pengorbanan, berkorban waktu, harta, bahkan jiwa. Berusaha untuk mencari keredhaan-Nya. Sebuah pilihan hidup yang tentunya insyaAllah tiada sia-sia. Allah menjanjikan balasan yang istimewa bagi mereka.
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَحْسَنَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan orang-orang yang beriman dan beramal saleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Al ‘Ankabut:7).
Begitulah kenikmatan hidup yang yang sebenarnya, hanya bisa diraih ketika kita mentaati perintah dan menjauhi larangan-Nya. Ikut bekerja dalam perjuangan, untuk melanjutkan kehidupan Islam. Tidak ada kemuliaan tanpa Islam, tidak ada Islam tanpa syariah, tidak sempurna syariah tanpa daulah khilafah ala minhajin nubuwwah. Semoga kita dimudahkan oleh-Nya agar selalu ikhlas dan istiqomah di jalan ini, jalan yang kita cintai, sampai akhir hayat nanti. Amin. Wallahu a’lam bi ash-shawab.
Posted by amn077 at 08:19 0 comments
Kali Pertama Bertemu
Disember 2008 - Penerbangan yang panjang itu berakhir di Jeddah. Aku melihat satu per satu wajah ahli keluargaku. Masing-masing dengan ekspresi wajah yang berbeza. Kelihatan Mak dan Abah dalam keadaan yang sangat tenang.
Aku lihat kakakku memeluk lengan suaminya. Masing-masing tersenyum-senyum. Entah apa yang difikirkan oleh dua pengantin baru itu. Lantas aku memandang kedua-dua adik lelakiku, " This is it! " Mereka berdua tersenyum memahami kata-kataku.
Sesudah keluar dari airport Jeddah kami dibawa menaiki bas menuju ke Mekah Al-Mukarammah. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa berdebarnya hati ini. Aku tidak pasti apa yang menyebabkan hatiku bergetar. Mungkin teruja? Atau mungkin takut?
Terimbas kembali pada bulan puasa yang lepas, perbualan antara Mak dan aku di telefon.
" Yan, tahun ini tradisi percutian hujung tahun keluarga kita akan ditukar kepada pergi Umrah ," suara Mak penuh bersemangat di corong telefon.
Ketika itu aku tergamam dan hanya mengiakan saja. Tamat perbualan antara aku dengan emak di telefon.
Namun waktu itu fikiranku tidak terhenti di situ sahaja. Suara mak masih terngiang-ngiang dalam kepalaku. Pergi Umrah? Pergi ke tanah suci. Aku tidak pernah terfikir langsung untuk menjejakkan kakiku ke tanah haram Allah SWT itu. Tiba-tiba aku jadi risau.
" Bolehkah aku? Tahukah aku ibadah-ibadah yang perlu ku laksanakan di sana nanti? Aku tak pandai mengaji.. macam mana ni? Ahh.. "
Itulah reaksiku ketika mula-mula diberitahu bahawa Abah ketika dia menunaikan haji bersama dengan Mak, telah bernazar untuk membawa anak-anaknya menunaikan Umrah.
Bas meluncur laju, dari tingkap bas dapat ku lihat pemandangan malam sekitar Jeddah yang sangat berlainan dari tanah airku. Bangunan-bangunannya lain sekali. Walaupun aku ialah seorang yang banyak mengembara namun Tanah Arab ini amat berbeza dari negara-negara yang pernah ku lawati.
" Banyakkan berzikir dan doa. " tegur Mak.
Aku akur lalu ku buka buku panduan Umrah yang sedari tadi telah ku gantung di leher. Ketika bas mula memasuki kota Mekah, aku mula berdoa ;
" Ya Allah, kota ini adalah Tanah Haram-Mu dan tempat yang aman-Mu, maka hindarkanlah daging, darah, rambut dan kulitku dari Neraka. Dan selamatkanlah diriku dari siksa-Mu pada hari Engkau membangkitkan kembali hamba-Mu, dan jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang-orang yang selalu dekat dan taat kepada-Mu. Amin. "
" Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, didepan kita sekarang adalah Masjidil Haram tempat di mana terletaknya Kaabah, Arasy sekalian umat Islam di dunia. " suara Mutawwif memecah lamunanku.
Aku melihat daripada tingkap bas. Subhanallah! Ku lihat dengan mataku sendiri. Masjidil Haram yang tersergam indah dan bersinar-sinar. Cahaya putih yang memancar darinya menyinari persekitaran di sekeliling Masjid.
" Ya Allah, indah sungguh rumah-Mu ini Ya Allah! "
Subhahallah. Subhanallah. Berkali-kali hatiku mengucapkan tasbih kepada Yang Maha Esa. Air mataku mula bergenang. Rasa seperti mimpi, aku benar-benar sudah berada di Tanah Suci Mekah.
Dalam melayari perasaan terharu itu, tiba-tiba bas berhenti. Rupa-rupanya kami telah sampai di depan hotel tempat penginapan kami. Mutawwif menyarankan kami supaya melakukan solat jamak takhir di bilik hotel masing-masing. Waktu ketika itu hampir jam 12 malam. Abah mengarahkan keluarganya untuk bertemu di lobi hotel pada jam 12.30 malam.
Tepat jam 12.30malam, masing-masing sudah berkumpul di lobi. Kami mula mengatur langkah mengikut Abah dari belakang.
" Sambil berjalan, kita bertalbiah. " Abah mengajar.
" Labbaikallah Humma Labbaik, Labbaikala syari kalaka labbaik, Innalhamda, wanniqmata, Lakawalmulk, La syari Kallak "
" Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah, Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu "
Kami berjalan sambil bertalbiah menyusuri jalan dan lorong-lorong, melalui kedai-kedai kecil. Kawasan di sekitar itu keadaannya sangat sederhana. Kami terus berjalan menuju ke Masjidil Haram. Dari jauh aku nampak Masjidil Haram itu bersinar-sinar. Sinarannya amat ketara sekali kerana kawasan selain Masjid agak suram dan malap.
Ketika hendak melangkah masuk ke dalam masjid, hati ku makin berdebar-debar. Suasana di dalam Masjid sangat tenang dan aman. Kakiku terus melangkah masuk sambil hati tidak putus-putus berdoa.
" Itu Kaabah. " bisik Mak sambil tersenyum kepada ku.
Mataku terus menangkap sebuah bangunan bersegi berwarna hitam. Betul-betul berada di depan ku.
" Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! "
Dan ketika itu juga airmataku deras mengalir. Selaju-lajunya. Ketika itu juga aku merasa diriku sangat kerdil di sisi Allah SWT. Tidak putus-putus aku berdoa kepada Yang Maha Esa.
Dalam tangisan, aku melakukan solat sunat Taubat. Dan ketika itu terasa banyaknya dosa yang telah ku lakukan sepanjang hidupku. Betapa jahilnya aku.
" Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu yang hina ini. Satu-satu dosa yang telah kulakukan selama ini terbayang-bayang di dalam kepala. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku. "
Ku lihat adik-adikku juga merah matanya. Kakakku dan suaminya juga begitu, sembab mata mereka. Pada ketika itu, kami tidak bercakap langsung. Masing-masing dalam perantaraan dengan Allah SWT yang Maha Besar. Ya, antara diri dan Rabb.
" Kita tawaf. " kata Abah perlahan.
Aku mengikut rombongan kecil kami menuju kearah Kaabah yang tersergam indah di tengah-tengah Masjidil Haram.
Mataku tidak teralih langsung. Aku asyik menatap bangunan hitam empat segi itu dan ketika itu rasa seperti mimpi. Selama ini, Kaabah hanya kulihat dari bingkai-bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah, atau di televisyen atau di lukisan di sejadah. Tapi kali ini aku melihat Kaabah dengan mataku sendiri. Betul-betul berada di depan ku. Pertama kali dalam hidupku.
Aku mula melakukan tawaf bersama-sama keluargaku. Di dalam tawaf aku asyik berdoa dan bertasbih kepada Allah SWT. Aku sangat kusyuk dengan doa-doaku tanpa kusedari aku terpisah daripada keluargaku semasa tawaf kelima. Selesai tujuh pusingan, aku terhenti betul-betul di hadapan Multazam iaitu Pintu Emas Kaabah. Ku lihat ramai lelaki-lelaki yang seperti melekat di situ. Ramai juga yang berdoa di situ. Pada ketika itu baru aku tersedar bahawa aku keseorangan.
Aku mulai mencari-cari wajah-wajah keluargaku namun tidak kutemui. Agak lama juga aku bersendirian. Sudahlah pertama kali berada disitu, tidak tahu kemana harus pergi. Risau mula menular dalam hati lalu aku berdiri betul-betul di depan pintu Kaabah dan menadah tangan berdoa.
" Ya Allah Ya Tuhanku, temukan lah aku dengan keluargaku. Amin. "
Selesai sahaja berdoa, seperti ada suara yang mengarahkan ku supaya menoleh ke kanan. Aku pun menoleh, Subhanallah! Benar-benar doaku termakbul, aku nampak Mak di sebelah Makam Ibrahim sedang melambai-lambai ke arah ku. Alhamdulillah. Dalam hati terdetik juga, bagaimana aku tidak nampak Mak disitu sedangkan jarak antara Makam Ibrahim dengan pintu Kaabah tidaklah jauh. Aku beristighfar.
Rupa-rupanya ahli keluargaku semuanya sudah berada di situ menunggu aku. Semua sudah bersedia untuk melakukan solat sunat tawaf. Aku pergi mendapatkan mereka. Usai solat, aku mula berdoa. Kala itu, sekali lagi terimbas kembali segala dosa-dosa sepanjang hidupku. Sungguh banyak kejahatan dan kemaksiatan yang telah aku lakukan selama ini..
" Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu yang hina ini. Peliharalah aku dari azab kubur dan azab api neraka-Mu Ya Allah. Kuatkanlah imanku dan tetapkanlah imanku. Sesungguhnya aku ini amat jahil Ya Allah, aku lupa dengan tanggungjawabku, aku hanyut dengan dunia. Terima kasih ya Allah kerana sudi menerimaku sebagai tetamu-Mu. Janganlah Engkau memesongkan hatiku setelah Engkau memberi hidayah ini kepadaku."
Aku berdoa betul-betul di hadapan Multazam. Ku pandang tepat ke arah Pintu Emas Kaabah. Sesekali mataku kabur dek kerana airmataku yang tidak henti-henti mengalir.
Usai solat, kami meneruskan rukun yang seterusnya, Sai'. Antara Safar dan Marwah aku berjalan ulang-alik. Berpeluh juga aku pada waktu itu. Namun semua itu tidak ku kisahkan, dalam hatiku bulat hanya kerana Allah yang Maha Besar. Cukup tujuh kali, kami tamatkan ibadah dengan bertahalul iaitu menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Maka terlepaslah aku daripada larangan ihram.
Abah tersenyum. " Alhamdulillah, tahniah anak-anak Abah. Kamu semua baru sahaja selesai Umrah wajib masing-masing. "
Aku saling berpandangan dengan adik-beradikku. Semua tersenyum. Alhamdulillah.
Hatiku berkata-kata sendiri.
Selama 28 tahun aku hidup, aku tidak pernah pedulikan agama suci Allah SWT ini. Aku hanya Islam pada nama namun corak hidupku tidak langsung mencerminkan Islam. Aku hanyut dengan dunia. Hanyut!
Ku pandang Abah dan Mak. Airmataku berlinang.
Terima kasih Abah kerana membawa anak Abah ke Tanah Suci Allah ini. Anak Abah ini sangat bersyukur kerana menerima jemputan dari Yang Maha Esa dan teramat bersyukur kerana Allah SWT memberi hidayah serta membuka mata hati ini untuk melihat kesucian Islam. Allah membuka hati anak Abah ini untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Alhamdulillah. Sesungguhnya, menjadi jemputan Allah SWT telah memberi aku satu titik peralihan dalam hidupku. Peralihan ke arah hidup yang berlandaskan syariat Islam. Semenjak pulang ke tanah air, aku telah mejadi insan yang baru. Menjalani hidup sebagai seorang Muslim yang sebenar, ku kekalkannya sehingga sekarang dan selamanya. Insyaallah.
- Artikel iluvislam.com
Posted by amn077 at 08:18 0 comments
Tiga Pendekatan Untuk Berubah
Alam semesta mula mengembang sejak langit dan bumi dipisahkan ALLAH s.w.t. (Al-Quran 21:30). Manusia menamakan pemisahan ini dengan The Big Bang Theory.
Kajian saintis baru-baru ini telah mendapati bahawa pengembangan ini bukan sahaja masih terjadi, malah kelajuannya semakin meningkat.
Ia menafikan tanggapan awal bahawa kelajuan pengembangan alam semesta ini akan menjadi semakin perlahan.
Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam ini, kita juga mengalami pengembangan.
Kejadian kita yang lahir sebagai bayi yang kecil dan kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa adalah satu bentuk pengembangan atau tumbesaran.
Pada saat kita duduk diam membaca tulisan ini pun, kita sebenarnya sedang bergerak dan berubah.
Sel-sel di dalam tubuh tetap membiak dan berkembang.
Jika setitik darah kita diperhati melalui mikroskop, kita akan dapati sel-selnya bersimpang-siur dan berkitar laju.
Sebab itulah, jika kita tidak mahu berubah kerana berada di zon selesa, kita sebenarnya telah melanggari tabiat alam yang sentiasa berubah, mengembang dan bergerak.
Rugilah sesiapa yang tidak mahu memperbaiki diri sendiri, sama ada daripada segi mental, fizikal dan spiritual.
Berubah daripada yang tidak bagus kepada yang lebih bagus sebenarnya adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan di dalam hidupnya.
Kita mahu hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Seandainya kita tidak mahu memperbaiki keadaan diri, kita akan menggelongsor, merudum dan terjelepuk di lopak kehidupan yang sama.
Bagaimana pun, berubah itu sendiri perlu caranya.
Kalau tidak kena gaya, maka perubahan yang dilakukan itu hanya sementara. Sama seperti resolusi tahun baru yang telah dilupakan belum pun sampai sebulan ia dinawaitukan.
Terdapat tiga pendekatan dalam melakukan perubahan. Perubahan jenis yang pertama adalah berbentuk evolusi dan yang kedua berbentuk reformasi, sementara yang ketiga dalam bentuk revolusi.
Evolusi
Memutar jam lebih awal 15 minit untuk bangun pagi agar tidak lewat sampai ke pejabat, makan sebelum jam 8.00 malam untuk menjaga kelangsingan tubuh atau menahan amarah ketika memegang stereng kereta umpamanya, adalah di antara perubahan-perubahan kecil yang merupakan evolusi diri.
Ia mudah dilaksanakan kerana kita boleh lakukannya hari ini, malah sekarang juga.
Bagaimana pun, kesannya hanya sedikit dan tidak ketara.
Malah, orang lain tidak akan nampak akan perubahan ini kerana ia juga tidak akan memberi kesan kepada orang di sekeliling. Ia seperti kaizen dalam istilah Jepun iaitu perubahan yang sedikit tetapi berterusan.
Reformasi
Perubahan dalam bentuk yang kedua pula lebih inovatif. Dan perubahan ini menemukan jawapan melalui pemikiran lateral.
Kita bukan sahaja mempercepatkan jam 15 minit lebih awal supaya bangun lebih cepat, tetapi turut tidur lebih awal.
Kita bukan sahaja makan sebelum jam 8.00 malam, tetapi mula bersenam.
Kita bukan sahaja menahan amarah ketika memandu, tetapi memasang lagu-lagu nasyid di dalam kereta untuk memperoleh lebih ketenangan.
Cara ini lebih reformatif kerana ia memerlukan pemikiran di luar kotak.
Kedua-dua perubahan secara evolusi dan reformatif ini boleh diaplikasikan jika kita mahukan perubahan kecil dan sederhana. Bagaimana pun, perubahan dalam bentuk yang ketiga ini adalah perubahan yang revolusioner.
Perubahan ini memerlukan satu pendekatan yang jauh berbeza.
Jika perubahan evolusi dan reformatif ini bersumberkan perubahan yang berdasarkan fakta, keadaan dan tabiat yang ada, perubahan jenis revolusi ini membuang terus apa yang ada dan membina yang baru sama sekali!
Dalam konsep pembelajaran, perubahan revolusioner ini menuntut seseorang itu untuk unlearn and relearn atau membuang apa yang selama ini dipelajari dan belajar semula ilmu yang telah dipelajari.
Hijrah
Inilah yang dinamakan hijrah! Pengajaran daripada hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah ialah, ia merupakan perpindahan fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Dari segi mental, ia meninggalkan satu kebiasaan untuk membina satu kebiasaan yang lain.
Dan daripada segi spiritual, ia memerlukan kekuatan rohani untuk menjayakan sesuatu perubahan itu.
Hijrah adalah perubahan total dengan meninggalkan suasana fizikal , pola pemikiran dan amalan spiritual yang menjadi anutan selama ini. Misalnya, daripada hidup bersama ibu bapa kepada berumahtangga sendiri, daripada makan gaji kepada bekerja sendiri dan daripada menjadi makmum kepada menjadi imam.
Hijrah, atau perubahan revolusioner itu memerdekakan fizikal, mental dan spiritual seseorang. Ia menyerlahkan kehebatan seseorang individu itu.
Malah, ia memberi erti kepada maksud kehidupan seseorang individu itu sendiri.
Seperti alam semesta yang tiada henti pengembangannya, perubahan diri seseorang itu tidak seharusnya ada noktah dalam garis kehidupannya.
- Artikel iluvislam.com
Biodata Kolumnis
Norden Mohamed merupakan Ketua Pengarang akhbar Sinar Harian terbitan Grup Media Karangkraf. Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd. dan Pengurus Sumber Manusia Grup Media Karangkraf. Graduan UiTM dalam bidang Senireka Perusahaan ini pernah menyumbang bakti sebagai Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Beliau menulis di maafcakap.blogspot.com.
Posted by amn077 at 08:18 0 comments
Tips Cinta Untuk Kebahagiaan
Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt.
"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)
Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)
1.Pembentukan peribadi muslim
2.Pembinaan rumahtangga muslim
3.Membimbing masyarakat menuju Ilahi
4.Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
5.Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
6.Penguasaan alam
(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex .)
Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah Ar-Rum ayat ke-21 :
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ."
Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .
Rumahtangga pejuang Islam
Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al-Quran dan jihad.
Kedua dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.
Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .
Tips cinta untuk suami
•Bersikap baik dan lembut dengan isteri
•Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
•Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
•Bersabar terhadap karenah isteri
•Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
•Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
•Membantu tugas - tugas isteri dirumah
•Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
•Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
•Tidak bermesra dengan wanita lain
•Menjaga rahsia isteri
•Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
•Tidak makan hasil kerja isteri
Tips cinta untuk isteri
•Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
•Segera memenuhi permintaan suami
•Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
•Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
•Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
•Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
•Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
•Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
•Membantu urusan perjuangannya
•Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
•Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
•Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
•Menghormati keluarga suami
•Menjaga rahsia suami
Tips cinta untuk kedua suami isteri
• Persefahaman
• Taawun ( bekerjasama )
• Wujudkan suasana romantis
• Atasi bebanan kerja
• Kepuasan seks
• Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
• Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
• Menghayati amal Islami
• Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga
Posted by amn077 at 08:04 0 comments
