Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi." (Riwayat At Thabrani)
Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan padamu dua perkara. Tidak akan sesat selamanya selagi kamu menuruti keduanya. laitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Riwayat Imam Malik dan Anas)
Dalam kedua-dua pusaka warisan itulah kita bertemu dengan Jadual-Jadual ALLAH yang telah di’set’ untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Kerana kasih sayang ALLAH dan Rasul-Nya pada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi Nabi dan Rasul, maka diceritakanlah apa-apa yang akan terjadi sama ada yang positif atau negatif. Supaya dengan jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima taqdir yang bakal berlaku.
Rasulullah SAW bersabda: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka ber- lakulah Zaman Kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulata’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu, sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian baginda diam.(Riwayat Ahmad)
Sekarang ini sesudah 1400 tahun kewafatan Nabi perkara itu sama ada positif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yang belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya. Di sini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di sepanjang sejarah. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.
1. Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian kurun berikutnya dan kemudian kurun sesudahnya.” (Riwayat Al Bukhari)
Baginda menyebut tiga kurun sebagai kurun di mana manusia yang menganut Islam secara majoriti masih baik-baik. Yakni masih soleh dan solehah. Inilah generasi salafussoleh. Memang kita lihat hal ini benar berlaku, yang mana sesudah 300 tahun dari Rasulullah, manusia sudah mula renggang dari iman dan syariat Islam. Kalau ada pun tidak lagi secara majoriti. Bahkan makin jauh dari Zaman Kenabian. Umat Islam makin meninggalkan Islam hinggalah akhirnya terjadi Zaman Fitnah yang membawa kepada berulangnya zaman jahiliah buat kali keduanya.
2. Rasulullah SAW bersabda: Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu. (Riwayat Ahmad) Hal ini pun sudah berlaku di tangan Sahabat-Sahabat dan salafussoleh itu. Hasil perjuangan mereka akhirnya 3/4 dunia ini tunduk kepada pemerintahan Islam atau menganut ajaran Islam. Bangsa Arab itu pernah jadi empayar melalui Islam dengan dunia merujuk padanya. Di mana saja di dunia ini ada saja penganut-penganut Islam.
3. Rasulullah SAW bersabda lagi yang maksudnya: “llmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.”
Jadual itu pun sudah benar terjadi, yakni sejak 1000 tahun dulu dengan terbangunnya Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat ilmu Islam dan orang-orang Mesir cukup fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain.
4. ALLAH SWT berfirman: Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya da lam urusan (jadual) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Rum: 2-4)
Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi ALLAH mengkhabarkan kepada orang MUKMIN tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan ALLAH jua. Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin ber- gembira kerana tepat Jadual ALLAH itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah ALLAH mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-bangsa.
5. Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al Muntazar.
Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu. Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Yang ekoran dari itulah Turki Usmaniah akhirnya muncul menjadi empayar kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.
6. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutuskan pada umat ini disetiap awal 100 tahun, orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mujaddid).Hal ini pun kelihatan telah menepati jadual-Nya. Sudah tercatat kemas dalam sejarah nama para mujaddid yang lahir setiap awal kurun. Bermula dengan Sayidina Umar Abdul Aziz, Imam Syafi’i, Imam Abu Hassan Al Ashaari, Imam Al Ghazali, Imam Sayuti dan lain-lain lagi. Semuanya sudah 14 orang. Dan kini, dunia sedang menanti mujaddid ke-15. Dan kita bertuah sedang berada di awal kurun itu.
7. Rasulullah SAW juga bersabda: Akan sentiasa ada satu thoifah daripada umatku yang dapat menzahirkan kebenaran dan mereka tidak dapat dirosakkan oleh orang yang menentangnya.
Perihal janji ini, sejarah telah pun menceritakan pada kita bahawa bermula dari awal kurun hinggalah pertengahan dan ke hujungnya, setiap generasi mempunyai thoifah-thoifah Islam dengan ciri-ciri khususnya seperti tersebut dalam Hadis di atas mengamalkan Islam dalam hidup mereka dan bila musuhnya cuba merosakkan, ternyata thoifah itu (syariatnya) tidak rosak bahkan terus berkembang.
Hal begini nampaknya hanya terjadi kepada thoifah para mujaddid serta thoifah syeikh-syeikh tareqat di zaman gemilangnya. Selain mereka, organisasi-organisasi Islam yang berbau politik atau harakah-harakah Islam ala sekular dan persatuan-persatuan ulama rasmi kerajaan nampaknya tidak mampu memiliki ciri-ciri istimewa itu. Mereka gagal membawa pengikut-pengikutnya menegakkan syariat Islam secara syumul dalam jemaahnya. Dan mereka mudah saja tertipu oleh musuh-musuh perjuangannya. Niat baik mereka tidak tercapai kerana laluan yang ditempuh tidak menuju ke matlamatnya.
Para pembaca yang dihormati sekalian,
Cukuplah rasanya dengan menurunkan tujuh perkara dari janji-janji ALLAH dan Rasul yang telah pun berlaku itu bahawa Jadual ALLAH pasti akan berlaku menurut janji-janji-Nya. Ada yang sudah terjadi, ada yang sedang terjadi dan ada yang belum berlaku, tetapi ia pasti akan terjadi. Yang mana untuk kita umat Islam di kurun ini pun ada jadual-jadual khusus pula.
Kita dilahirkan di satu zaman yang aqidah, ibadah, akhlak, ilmu, didikan, sosial, ekonomi, politik dan seluruh aspek hidup umat Islam sudah dirosakkan oleh Yahudi, nasrani, komunis, kapitalis, nasionalis, sosialis dan lain-lain isme lagi. Juga dirosakkan oleh nafsu dan syaitan serta tipuan dunia. Inilah sifat zaman jahiliah. Sebab itu kita amat perlukan seorang rasul sepertimana umat di zaman jahiliah dulu itu mendapatkannya. Tetapi nabi dan rasul sudah tidak ada lagi. Maka ALLAH yang amat sangat penyayang dan lemah lembut itu menyimpan untuk kita, sesuatu yang mirip dengan apa yang berlaku di Zaman Kenabian itu. Yakni satu jadual yang lengkap perihal akan berlakunya kebangkitan Islam kali kedua untuk zaman jahiliah kedua ini.
Jadual itu sebenarnya sudah lama ditunggu oleh dunia Islam. Yang mana setiap zaman umat Islam mengharapkan agar ianya berlaku di tangan mereka. Tetapi ternyata bahawa jadual itu ALLAH simpan untuk kita. la tidak berlaku sebelum ini tapi ternyata sedang berlaku sekarang ini. Atau kalaupun belum pasti ia berlaku di kurun ini, apa salahnya kita berlumba-lumba dan berdoa agar ia terjadi di zaman kita dan melalui tangan kita. Sebab kita pun rindu sekali untuk melihat bagaimana rupanya Jadual-Jadual ALLAH yang memaparkan kegemilangan Islam yang sangat indah itu.
Kita sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekularis ini. Kalau para Sahabat pun iri hati dan ingin menikmati jadual agung yang dijanjikan untuk umat akhir zaman ini, mengapa tidak kita? Dan kalau Sahabat Abu Ayub Al Ansari yang sudah tua itu pun ber- semangat muda di 1400 tahun dahulu, untuk merebut Kota Konstantinopel dari tangan kristian sebagaimana yang dijanjikan oleh Rasulullah, merebut untuk menjadi ketua yang baik kepada tentera yang baik seperti yang disabdakan, mengapa ada lagi di kalangan umat Islam mereka yang asyik berprasangka terhadap janji-janji ALLAH untuk akhir zaman ini?
Sepatutnya kita berjuang dan berlumba-lumba untuk menjayakan Jadual-Jadual ALLAH yang sangat istimewa ini, demi mendapatkan pahala-pahala besar di dalamnya. Antara janji-janji dalam Jadual ALLAH untuk zaman ini seperti berikut:
1. Rasulullah SAW bersabda: ALLAH mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun orang yang akan memperbaharui urusan agama-Nya (mu- jaddid).
2. Rasulullah bersabda: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata; Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak- anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang airmata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak sukai?” Baginda menjawab, “Kami ahlul bait telah ALLAH SWT pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.(Riwayat Ibnu Majah)
3. Rasulullah bersabda: Daripada Al Hassan, bahawasanya Nabi menyebut akan bala yang akan menimpa keluarganya hinggalah ALLAH mengutus Panji-Panji Hitam dari Timur, siapa yang menolongnya ALLAH akan menolongnya dan siapa menghinanya ALLAH akan menghinanya, hinggalah mereka itu men- datangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka ALLAH pun membantu dan menolongnya.(Riwayat Nuaim bin Hammad)
4. Rasulullah SAW bersabda: Dari Tsauban r.a. dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barang siapa mendĕngar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.(Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
5. Hadis lain: Dari Ali r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan (tidak diketahui nama sebenar) Al Harith bin Harrath, yang di hadapannya seorang lelaki yang dikatakan Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan urusan atau membela keluarga SAW sepertimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang Mukmin menolongnya atau baginda bersabda, “wajib orang Mukmin menerima- nya.” (Riwayat Imam Abu Daud dan Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasa’i, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan As Syeikh Abu Muhamad Al Hussain) [Di petik dari kitab Uqduddurar fi Akhbaril Muntazar]
Dalam kitab Al Ihtijaj bil-Asar ala man ankara Al Mahdi Al Muntazar karangan Hamud bin Abdulullah At Tuwaijiiri, ada menyebut Al Harith Harrath itu bukan Al Mahdi tetapi ia adalah pembantunya. Al Harith adalah namanya dan Harrath adalah gelarannya yang bererti petani yang berjaya. la bukanlah nama bagi bapanya. Keterangan ini sebagai membetulkan Hadis yang dipegang oleh As Syeikh Abdullah bin Zaid bin Mahmud, yang ia mengatakan Al Harith bin Harran. Manakala ada ulama lain mengatakan Al Harrith itu namanya sedangkan Harrath adalah bapanya. Di antara ketiga-tiga itu, yang pertamalah yang muktamad.
Begitu adanya, tentang masyhurnya Hadis tersebut yang selama ini sengaja ALLAH sembunyikan dari kita. Barangkali juga untuk menipu musuh-musuh-Nya.
6. Dalam Hadis lain: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah kamu bersama pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-Panji Al Mahdi.” (Riwayat At Thabrani)
7. Hadis yang keluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim: Daripada Tsauban r.a., dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Apabila kamu lihat Panji-Panji Hitam telah diterima di sebelah Wilayah Khurasan, maka datangilah ia sekalipun merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada Khalifah ALLAH iaitu Al Mahdi.
8. Rasulullah SAW bersabda: Terdapat dalam riwayat lain: “Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi sebagai khalifah ALLAH maka kamu ikutilah dia”. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang membuat bai’ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sebanyak bilangan ahli Badar. Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, diikuti oleh Nujaba’ dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu ALLAH mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan bendera-bendera hitam dan mereka menghala ke Syam. Dan ALLAH menghantar kepadanya dengan 3000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya.”
Hadis dari Zarr:Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari ke- turunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”.
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)
10. Janji Allah untuk bangsa Arab: Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW: “Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat Abu Daud)
11. Janji untuk kemakmuran dunia: Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)
Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba-Nya yang telah terbiar dalam dosa dan kejahilan sekian lamanya. Secara ringkas saya akan cuba mentafsirkan Hadis-Hadis itu setakat ilmu yang ALLAH rezekikan.
Kita sedang berada di awal kurun yakni awal kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini lahirnya seorang mujaddid. Maka pasti lahir pula mujaddid untuk kurun ini di sekitar beberapa tahun lagi. Dan saya berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa. la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan kebangkitan Islam sedunia.Kita sedang berada di awal kurun yakni awal kurun ke-15. Yang di waktu inilah di kurun-kurun yang sebelum ini lahirnya seorang mujaddid. Maka pasti lahir pula mujaddid untuk kurun ini disekitar beberapa tahun lagi. Dan saya berpendapat bahawa mujaddid kurun ini adalah mujaddid yang istimewa. la adalah saiyidul mujaddidin, penutup mujaddid yang akan menyempurnakan kebangkitan Islam sedunia.
Ada beberapa sebab:
1. Mujaddid kurun pertama adalah bertaraf khalifah. Tentu mujaddid penutup juga sepatutnya begitu. Bahkan lebih agung lagi sepertilah di kalangan rasul itu. Rasul penutuplah yang paling istimewa.
2. Mujaddid kurun ke-5 ialah Imam Al Ghazali. Angka lima menjanjikan seorang mujaddid yang kehebatan dan kemasyhurannya mengatasi mujaddid-mujaddid di kurun lain. Maka mujaddid kurun ke-15 ini tentunya lebih istimewa.
3. Imam Sayuti, mujaddid kurun ke-9, meramalkan dalam kitabnya bahawa Imam Mahdi itu akan zahir atau keluar pada tahun 1407. Yakni di sekitar awal kurun ke-15.
4. Keadaan dunia sekarang ini yang wataknya mirip sekali dengan watak dunia sebelum lahirnya Rasulullah. Ini menandakan bahawa mujaddid terakhir ini adalah pemimpin besar yang akan mengulangi kerja-kerja kerasulan. Maksud saya, di waktu seluruh dunia sedang terjadi kekosongan dan krisis kepimpinan. Hingga kerana itu tugas-tugas kepimpinan terabai sama sekali, menjadikan umat manusia terbiar dan rosak binasa. Waktu itulah ALLAH lantik Rasulullah memimpin umat. Dan saya yakin waktu inilah masa yang tepat untuk lahirnya mujaddid akhir, yang akan memimpin umat sedunia kepada Islam.
5. Kebangkitan Islam yang sedang melanda dunia kini, keruntuh- an komunis dan goncangnya kapitalis Amerika adalah hujah kuat untuk mengatakan pemimpin yang bakal lahir ini adalah pemimpin Islam bertaraf ummah.
6. Kejadian-kejadian ajaib di langit dan di bumi cukup banyak memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang besar akan berlaku. Ingat kembali di zaman akan ditabalnya Nabi, macam-macam perkara luar biasa berlaku. Tiang-tiang istana Rom berjatuhan, api majusi padam setelah 1000 tahun tidak pernah padam. Bulan ter- belah dua di tangan pemimpin agung Islam Muhammad bin Abdullah SAW.
7. Dihebohkan orang tentang Imam Mahdi juga pertanda bahawa dia bakal tiba. Sepertilah sebelum ketibaan Nabi Muhammad sudah dihebohkan tentang peribadinya sama ada secara positif atau negatif. Bahkan yang mengisytiharkan Nabi Muhammad akan lahir itu ialah orang-orang Yahudi sendiri.
8. Terjadinya bangsa Timur membangunkan Islam dan membawanya ke seluruh dunia adalah tanda-tanda kebenaran Hadis itu sedang berlaku. Sedangkan di waktu ini ulama-ulama Arab sudah tidak pandai melilit serban tapi umat Islam di Timur (Malaysia, Indonesia, Singapura) sedang gigih memperjuangkannya.
9. Seorang pendeta Yahudi dari Israel baru-baru ini berkata kepada sekumpulan pendakwah Tabligh dalam dialog berikut:
“Siapa dari kamu datang dari Timur?”
Mereka menjawab, “Kami dari Singapura.”
Kata pendita, “Saya maksudkan Malaysia.”
Tanya pendakwah Tabligh: “Mengapa Malaysia dikatakan Timur?”
Jawab pendeta, “Kerana di sanalah bakal munculnya orang yang akan menyerahkan Panji-Panji Hitam kepada Imam Mahdi.”
10. Di zaman ini tabir besi di Khurasan terbuka tanpa diduga-duga. Dan seelok dibuka, berbondong-bondong pendakwah dari masuk ke sana. Kejadian ini benar-benar mentafsirkan Hadis. Kerana Panji-Panji Hitam yang datang dari Timur itulah yang akan datang pula ke Khurasan. Hal ini adalah misteri yang menjadi tanda tanya umat Islam sekian lama. Tetapi kini kian menjadi kenyataan.
Orang-orang Yahudi sangat alim tentang Hadis akhir zaman. Mereka tahu bahawa kata-kata Rasul itu pasti terjadi. Tapi kerana mereka sangat benci dengan agama Islam, maka mereka sangat berusaha untuk menggagalkannya. Namun kini mereka sudah dapat mengesan bahawa janji-janji ALLAH itu sedang berlaku. Dan mereka sendiri seperti tertipu dan terlewat dalam mengejar kebangkitan ini.
Kalau begitu kita orang Islam kenalah meneliti hal ini baik-baik. Supaya peluang ini jangan terlepas lagi. Kita kena perhatikan di sebelah Timur ini, kalau-kalau sudah lahir mujaddid itu. Supaya kita dapat bersamanya. Tetapi kalau kita mampu, eloklah kita berjuang untuk menjadi mujaddid tersebut. Kerana memang peluang ini terbuka kepada siapa saja umat Islam. Hanya bila kita tidak mampu, kenalah kita mencari-cari siapa dia itu, untuk kita bernaung dibawahnya. Bahkan sepatutnya setiap umat Islam di awal kurun ini walau di Barat atau di Timur, kena mengarahkan matanya ke Timur. Kerana janji itu berlaku di Timur.
Berdasarkan Hadis-Hadis tadi, kita juga diberitahu bahawa kebangkitan di Timur itu berlaku di tangan seorang Pemuda dari Bani Tamim (qabilah Quraisy). Pemuda yang dikatakan akan menyerahkan Panji-Panji Hitam kepada Imam Mahdi. Ertinya perjuangan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi berkait rapat, berhubungan dan bersambungan. Mungkin boleh diibaratkan seperti Nabi Harun kepada Nabi Musa. Dan saya melihat bahawa taraf kedua-duanya Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi ini adalah mujaddid (mujaddid bersama untuk dua kurun).
Umat Islam sepatutnya berusaha untuk menjadikan dialah Pemuda Bani Tamim yang disabdakan itu. Supaya di tangannyalah jadual itu berlaku. Tidak ada salahnya dan tidak keterlaluan bila seseorang itu berebut-rebut untuk menjadi Pemuda yang disabdakan. Bahkan sepatutnya begitu, supaya kebangkitan itu benar-benar berlaku. Tetapi jika sekiranya kita tidak mampu untuk mencapai cita-cita yang amat tinggi itu, kita mesti melihat-lihat dan mencari-cari kalau-kalau ada orang lain yang mampu melakukannya. Bila ternyata adanya, maka kita mesti mengikutnya dan membantu perjuangannya. Tidak usahlah kita buat metod yang lain, kerana ALLAH tidak akan duakan wakil-wakil-Nya untuk satu masa. Kalau ada pun mereka mesti membawa materi dan metod yang sama.
Seorang mujaddid itu dapat dikesan melalui beberapa tanda:
1. Peribadinya yang lebih menonjol daripada ulama-ulama lain yang sezaman dengannya.
2. Hasil perjuangannya lebih dapat menegakkan syariat ALLAH dalam kehidupan jemaahnya daripada jemaah-jemaah lain. Juga ia tidak dapat dirosakkan oleh orang-orang yang menentangnya.
Sebab itu siapa yang ingin merebut peluang ini, silakanlah. Nama mujaddid atau nama Pemuda Bani Tamim itu tidak ditetapkan. Ertinya, siapa saja berpeluang untuk menjadi Pemuda Bani Tamim tersebut. Di sini diturunkan sebahagian daripada sifat-sifat pemimpin yang akan datang yang bakal menyerahkan Panji-Panji Hitam kepada Imam Mahdi, yang kebanyakannya dipetik dari kitab Aj Jami us Soghir oleh Imam As Sayuti.
Di antara sifat-sifatnya:
1. Dia ialah keturunan Arab, qabilah Quraisy dari Bani Tamim tetapi Arabnya sudah nipis kerana sudah bercampur dengan orang Ajam.
2. Badannya tidak tinggi tidak rendah, tidak besar dan tidak kecil.
3. Ciri-ciri pengikut-pengikutnya dikatakan wanitanya macam gagak-gagak hitam, lelaki berserban, jubah hijau. Kalau berjalan, bergerombolan yang menutup bumi menggerunkan hati yang memandang.
4. Di kalangan orang-orang cerdik, dia paling cerdik. Di kalangan orang kaya, dia ternyata lebih kaya. Walaupun pada hakikatnya dia tidak kaya.
5. Panji-Panji Hitam yang dibawanya di Timur berkibar juga di Khurasan, yakni di “negara belakang sungai” (Maa Waraa un Na- har). Ertinya, dia juga adalah pemimpin di Timur dan di Khurasan, di dalam sebuah jamaah.
6. Orang yang membawa Panji-Panji Hitam itu dikatakan “Mansur” yakni seorang yang dibantu oleh ALLAH, yang siapa me- nolongnya ALLAH akan menolongnya, siapa menghinanya ALLAH akan menghinanya.
7. Dikatakan juga dalam beberapa Hadis yang berkaitan, bahawa pembawa Panji-Panji Hitam itu hatinya bagaikan kepingan besi (jiwa kental dan berani). Dan mereka menjadi bagaikan rahib di malam hari dan singa di siangnya.
8. Pemimpin yang dilahirkan di Timur ini akan mendatangi seorang lelaki yang menunggunya di “negara belakang sungai”, yang dikatakan “Al Harith Harrath”.
9. Hasil perjuangannya, Pemuda Bani Tamim ini akan mendapat kuasa negara, di salah sebuah negara di sebelah Timur. Yang kuasa itulah yang dikatakan akan diserahkannya kepada Imamul Mahdi.
Demikianlah ciri-ciri pemimpin yang pasti datang dari Timur yang kemudiannya akan meluaskan gelanggangnya ke Khurasan. Siapa pun boleh mengusahakan terjadinya jadual ini di tangannya. Atau kalau tidak, dia mesti mencari-cari agar ketemu dengannya. Supaya dapat berbai’ah, menerima dan menolong perjuangannya.
Segala yang saya ceritakan di atas adalah sesuatu yang benar. Barangkali kita tidak pernah mendengar sebelumnya. Tetapi itu bukanlah alasan untuk saudara-saudari menolaknya. Kita hidup di zaman yang ilmu Islam sudah dikuburkan. Umat Islam pula sudah dikeronyok oleh musuh bagaikan makanan yang dikeronyok di dulang. Kita sekalipun ramai dengan ulama-ulama lulusan tinggi-tinggi, tetapi hanya umpama gunung buih yang bisa hancur oleh tusukan lidi. Sekularisme mencengkam jiwa kita hingga kita begitu gilakan dunia ini dan membelakangkan Akhirat sama sekali. Sedangkan Akhirat itu dibandingkan dengan dunia bagaikan air satu lautan terhadap setitik air. Harga dunia ini di sisi ALLAH tidak sampai sebelah sayap nyamuk.
Kita amat perlukan seseorang yang boleh memulihkan jiwa kita kepada watak yang sebenarnya. Sebab itu hari ini ALLAH telah perlakukan dunia ini dengan satu gerakan Islam yang tidak lagi terbendungkan oleh orang-orang yang tidak menyenanginya.
Sungguh dikatakan bahawa ianya sedang berubah dari kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan Islam. Ulama-ulama di Maghribi, Mesir dan Palestin memberitahu bahawa Islam akan datang kembali dari Timur. Sekarang ini paling menonjol kebangkitan Islam itu ialah di Malaysia. Kemudian diiringi kebangkitan itu oleh Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Orang Timur sedang sibuk mengamalkan syariat Islam di waktu bangsa-bangsa lain sekalipun orang Arab sedang lemah sekali.
Janganlah kita terkejut kalau dikatakan barangkali Pemuda Bani Tamim itu sudah lahir. Sebab kebangkitan yang begini menonjol tentunya ditangani oleh seorang yang bukan sebarang orang. Orang yang ALLAH dan Rasul sendiri menunjukinya. Tentu pula kita tertanya-tanya apa logiknya Pemuda bangsa Arab itu ada di Timur?
Kaum keluarga Rasulullah SAW memang asalnya berada di Tanah Arab sana. Tegasnya, mereka ramai berada di Makkah. Tetapi bukankah lebih kurang 100 tahun yang lalu, Makkah telah diserang oleh puak wahabi dari kalangan puak badawi? Puak itu kerana mahu melenyapkan mazhab-mazhab dalam Islam telah membinasakan pengamal-pengamal mazhab yang menguasai Makkah waktu itu. Maka yang sempat lari, larilah orang-orang Arab ini terutama mereka dari keturunan Bani Hasyim ke merata-rata tempat khususnya di Timur terutamanya di Tanah Jawa, Indonesia. Dan mereka terpaksa menyembunyikan keturunan mereka, kerana takut diburu oleh puak-puak wahabi, musuh Islam yang merosakkan Islam atas nama Islam itu. (Inilah yang Rasulullah maksudkan dalam Hadisnya, keluarganya ditimpa kebinasaan). Itupun jejak mereka masih diburu.
Apakah saudara-saudari tidak terfikir bahawa usaha-usaha untuk mengkristiankan dan mengwahabikan Indonesia secara serius itu adalah usaha yang halus tajaan Yahudi dan nasrani untuk membunuh kebangkitan Islam yang mungkin terjadi di sana? Malaysia
seperti tidak dipedulikan sangat oleh puak wahabi dan kristian itu kerana bangsa Malaysia bukan bangsa pejuang. Lagipun negara Malaysia dilihat tidak begitu berpotensi untuk kebangkitan itu. Kerana negara ini adalah anak emas penjajah.Maka dalam keadaan itulah putera-putera Arab dan Jawa itu berhijrah ke Tanah Melayu. Membawa bersamanya perjuangan Islam yang disembunyikan. Yang diperturunkan pula pada generasi anak cucunya.
Maka ALLAH SWT telah mentaqdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur seperti yang disabdakan. Mana tahu kalau salah seorang dari Bani Tamim itu, pindah ke Malaysia, berkahwin campur dengan orang-orang tempatan, kemudian melahirkan anak lelaki yang masih berdarah Quraisy itu. Sekalipun rupa lahirnya tidak lagi Arab yang tulen. Ini sama sekali tidak mustahil. Yang penting ialah watak dan hasil perjuangannya.
Memang umat Islam terutama ulama-ulama Arab mengira bahawa kebangkitan Islam di Khurasan itu dipelopori oleh bangsa Iran atau lraq atau lain-lain bangsa Arab di negara Arab. Tetapi ternyata bahawa revolusi Islam Iran sudah tamat riwayatnya. Khomeini pergi sebelum Imam Mahdinya keluar dari sembunyian. Iran kembali menjadi negara yang tidak Islamik masyarakatnya. Iraq juga kelihatan tampil sekejap untuk memukau dunia. Tetapi cuma seketika, lraq hancur lebur kemudiannya oleh bom-bom Amerika dan sekutu-sekutunya. Mana ada lagi negara Arab itu yang nampak berpotensi waktu ini? Yang pasti Malaysia sedang mengepalai semua dalam usaha menglslamkan masyarakatnya. Sebab itulah kita cukup yakin bahawa negara Timur yang dikatakan oleh baginda Rasul itu ialah Malaysia. Panji-Panji Hitam itu pun jangan-jangan dari Malaysia. Dan mana tahu Pemuda Bani Tamim itu juga orang Arab yang dilahirkan di Malaysia? Pun tidak mustahil bahawa pemimpin itu juga akan membawa panji-panjinya ke Khurasan? Dan moga-moga Negara Islam mirip salafussoleh yang akan mula-mula tampil di dunia di akhir zaman ini ialah Malaysia. Ya, dengan kuasa ALLAH yang terlalu Maha Kuasa-Nya, moga-moga juga Malaysialah yang diserahkan kuasanya oleh Pemuda Bani Tamim kepada Imam Mahdi (seperti yang digambarkan di dalam Hadis).
Sebagai penutupnya, marilah kita berdoa agar impian ini benar- benar menjadi kenyataan. ALLAH boleh berbuat apa saja — “Kun faya kun“. Bukankah ALLAH sendiri yang telah melepaskan Uzbekistan dan lain-lain negara dari jajahan komunis tanpa campurtangan sesiapa? Sedangkan negara-negara itu sudah tujuh puluh empat tahun digenggam erat oleh komunis. Moga-moga dengan janji-janji itu pun, akan menjadi nyata di bumi yang bertuah ini!
Sunday, 19 June 2011
JANJI ALLAH UNTUK ZAMAN INI
Posted by amn077 at 23:18 0 comments
Engkaulah Suami yang Aku Impikan
dakwatuna.com – Ketika engkau mencintaiku, engkau menghormatiku. Dan ketika engkau membenciku, engkau tidak mendzalimiku. (Dr. Ramdhan Hafidz)
Aku masih ingat saat malam pertama kita, saat itu engkau mengajakku shalat Isya’ berjamaah. Setelah berdoa engkau kecup keningku lalu berkata: “Dinda, aku ingin engkau menjadi pendampingku Dunia-Akhirat”. Mendengar ucapan itu, akupun menangis terharu. Malam itu engkau menjadi sosok seperti sayyidina Ali yang bersujud semalam suntuk karena bersyukur mendapatkan sosok istri seperti Siti Fatimah. Apakah begitu berharganya aku bagimu sehingga engkau mensyukuri kebersamaan kita? Malam itu, aku tidak bisa mengungkapkan rasa syukurku ini dengan ucapan. Aku hanya bisa mengikutimu, bersujud di atas hamparan sajadah. Tanpa bisa aku bendung, air mata ini tiada hentinya mengalir karena mensyukuri anugerah Allah yang diberikan padaku dalam bentuk dirimu. Akupun berikrar, aku ingin menjadi sosok seperti Siti Fatimah, dan aku akan berusaha menjadi istri sebagaimana yang engkau impikan.
Dan ternyata sujud itu bukan hanya di saat malam pertama, setiap kali aku terbangun pada akhir sepertiga malam, ku lihat engkau sedang bersujud dengan penuh kekhusu’an. Aku kadang iri dengan keshalihanmu, engkau terlena dalam sujudmu sedang aku berbaring di atas kasur yang empuk dengan sejuta mimpi. Kenapa engkau tidak membangunkan aku? Padahal aku ingin bermakmum padamu agar kelak aku tetap menjadi istrimu di surga. Aku hanya merasakan kecupan hangat melengkapi tidur malamku saat engkau terbangun untuk melakukan shalat malam. Apakah kecupan itu sebagai isyarat agar aku terbangun dari tidurku dan melaksanakan shalat berjamaah bersamamu? Atau karena engkau tidak tega membangunkan aku saat engkau melihat begitu pulasnya aku dalam tidurku? Aku yakin, dengan ketaatanmu pada agama, engkau akan membahagiakanku dunia-akhirat. Tidakkah agama kita mengajarkan bagaimana suami harus menyayangi istri, membuatnya bahagia, melindungi dan membuatnya tersenyum. Dan sebaliknya, istri harus berbakti, melayani dan membuat suaminya terpesona padanya.
Aku tidak peduli siapakah engkau, miskin dan kaya tidak ada bedanya bagiku. Aku hanya tertarik pada sosokmu yang bersahaja dan sederhana. Raut wajahmu yang penuh dengan keikhlasan membuatku ingin selalu menatapnya. Lembutnya sifatmu membuatku yakin bahwa engkau adalah suami yang bisa menerima segala pemberian Tuhan dan akan menyayangiku apa adanya. Aku tidak peduli dengan rumah mungil dan sederhana yang engkau persembahkan untuk kita tempati bersama. Rumah yang hanya terdiri dari ruang tamu, kamar kita, dan satu ruangan yang berisi buku-buku terutama buku agama. Namun dari rumah yang mungil ini, aku melihat taman surgawi menjelma di sini. Aku yakin engkau adalah sosok suami yang tekun belajar dan memahami agama, dan dengan bekal ini aku yakin engkau bisa membimbingku untuk meraih surga ilahi. Sebagaimana agama kita telah mengisyaratkan bahwa, barang siapa berjalan dijalan ilmu, maka Allah akan mempermudah jalan menuju ke surga.
Saat kulihat engkau begitu berbakti kepada kedua orang tuamu dan senang menjalin silaturahim, aku yakin engkau akan berlaku baik pada anak-istrimu. Aku lihat engkau jarang sekali berbicara, tapi masya Allah kalau sedang bekerja, engkau menjadi sosok yang tekun dan ulet. Dan dari cara tutur katamu, aku mendengar kata-kata mutiara yang penuh hikmah, sehingga yang tergambar dalam pikiranku adalah sosok Lukmanul Hakim, sosok suami dan ayah yang selalu mendidik keluarganya, mengajarkan anaknya untuk tidak menyekutukan Allah.
Sungguh aku bangga mempunyai suami sepertimu melebihi kebanggaanmu padaku. Aku lebih membutuhkanmu jauh melebihi kebutuhanmu padaku. Terima kasih suamiku, karena engkau telah membimbingku…
Posted by amn077 at 23:18 0 comments
Nota Cinta Buatmu Bakal Suamiku
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...
Posted by amn077 at 23:17 0 comments
BAGAIMANA MENGHADAPI “TENSION”
Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.
Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.
Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib ‘malang’ yang pasti menimpa kita?
Antaranya ialah:
1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat olehTuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu clan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.
2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.
Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.
b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak membantu kita.
c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.
Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.
3. Hendaklah pandai menerima ketentuan clan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan clan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.
Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, “Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas.”Ataupun kita boleh berkata begini, “Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisiTuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan.”
Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan, memukul dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak
yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: “Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku.”
Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata,”KenapalahTuhan berikan aku anak yang senakal ini,” atau kita akan berkata, “Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja. “Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita clan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.
Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifatsifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.
Posted by amn077 at 23:16 0 comments
Isteriku, apakah itu masih cinta?
Kata orang yang arif, “jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.” Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.
Lihat sahaja peniaga yang ramah mesra dan sentiasa tersenyum melayan pelanggan, kedainya akan sering dikunjungi, produknya akan laku, jualannya sentiasa laris.
Kita tidak perlu tahu mekanisme saintifik tentang aura atau gelombang elektromagnetik untuk memahami semua ini. Atau arif dengan tafsir seribu firman atau al hadis untuk mengamalkannya. Hanya jadilah orang yang baik dan berilah kebaikan. Insya-Allah, kita akan mendapat kebaikan. Allah itu Maha Baik, DIA tidak akan mengecewakan hamba-Nya yang baik. Setiap saat dan ketika tanya diri kita, apakah hari ini, ketika ini aku sedang menjadi atau sedang berusaha menjadi orang baik yang sentiasa ingin memberi kebaikan…
Tidak kira sejahat mana orang yang kita hadapi atau seburuk mana keadaan yang sedang kita alami, tetapi jangan sekali-kali korbankan ‘kebaikan’ diri kita. Biar kalah, tetapi jangan mengalah dengan kejahatan. Jangan ambil kejahatan menjadi ‘guru’ kita. Maksudnya, cubalah beri kebaikan walaupun sering dibalas dengan kejahatan. Tetapi sekiranya kita kecewa, dan mula membalas kejahatan itu dengan kejahatan yang sama atau yang melebihinya … takziah, kerana pada waktu itu kejahatan telah menjadi guru dalam kehidupan kita.
Dalam rumah tangga pun begitu juga. Jadilah pasangan yang baik. Insya-Allah kita akan menarik segala kebaikan untuk diri kita dan seluruh ahli keluarga. Baik tutur kata, manis senyuman dan mudah memberi kebaikan, itulah nanti akan menawan hati pasangan kita. Itulah hukum daya tarikan – law of attraction – yang kebelakangan ini kerap diperbincangkan dalam program latihan dan motivasi. Apakah yang dimaksudkan dengan law of attraction itu?
Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.
Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.
Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.
Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.
Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!
Bila suami hendak pulang ke rumah, sediakanlah set minda (mind set) yang betul sebelum masuk ke rumah lagi. Niatkan dalam hati ingin menceriakan hati isteri yang di rumah. Betapa besar sekalipun masalah kita di permusafiran atau di tempat kerja, leraikanlah dahulu. Jangan hanya memikirkan masalahnya sahaja yang besar, masalah isteri di rumah pun adakalanya lebih besar dan mencabar daripada masalah suami di luar rumah.
Begitu juga isteri di rumah, menjelang kepulangan suami, tenangkan hati, katakana kepada diri sendiri, “suami ku akan pulang. Aku akan menceriakan kepulangannya dengan memahami, simpati dan empati terhadap segala masalahnya.” Orang yang hanya merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar, peranannya sahaja yang penting dan bebannya sahaja yang berat… sebenarnya adalah orang yang ego.
Aneh sekali pengaturan Allah – kadangkala, cara menyelesaikan masalah kita ialah dengan menyelesaikan masalah orang lain. Kaedah meringankan beban sendiri ialah dengan berkongsi menanggung beban orang lain. Dan kerap kali doa kita akan dimakbulkan bila kita mendoakan orang lain. Jangan nafikan hakikat ini. Sebaliknya, praktikanlah. Lakukan kepada orang yang terhampir dengan kita, siapa lagi kalau bukan isteri atau suami kita?
Sayangnya, set minda yang betul kekadang tercalar oleh sikap curiga. Rasa hati yang simpati dan keinginan memahami dimusnahkan oleh prasangka. Bimbang kalau kebaikan kita dieksploitasi, ketulusan kita dimanupulasi, maka kita enggan menghantar gelombang yang positif. Syaitan mencelah dengan tiupan kata-kata, “ engkau ditipu. Kejujuranmu tidak akan dihargai. Apa gunanya menabur budi kalau nanti engkau akan dipersia?”
Ada juga yang tidak sabar untuk mendapat hasil atau balasan yang cepat. Mereka yang hanya menyiram tidak sampai semusim tetapi mengharap dapat memetik buah dengan segera. Lupakah kita bahawa membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata? Kalau hari ini kita menanam benih, kita sirami dan bajainya… apa yang kita akan dapat pada hari esok? Ya, hanya benih yang basah. Bukan bunga, apatah lagi buah. Maka begitulah menanam pohon cinta, salah sekali kalau kita mengharap bunga atau buahnya akan terhasil dengan segera. Berilah masa, berilah peluang dan bukalah ruang untuk pasanganmu berubah.
Petanda minda yang positif dan betul banyak sekali. Cukup kalau di sini kalau dinyatakan hanya dua. Dua yang sangat penting. Sematkan dalam hati dan praktikkanlah dengan hati, lisan dan perbuatan. Pertama, orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri pasangannya. Who you are determine how you see – siapa diri kamu menentukan bagaimana kamu melihat. Ya, isteri yang positif akan dapat melihat ciri, sifat dan aksi positif pada diri suaminya dan begitulah juga sebaliknya.
Masakan tidak ada langsung sisi positif pada pasangan kita? Jika demikian, mengapa kita memilihnya sebagai pasangan hidup ketika bernikah dahulu? Jadi, cuba positifkan minda kita dahulu nescaya kita akan nampak kebaikan pada pasangan kita. Ya, keburukannya ada, tetapi kebaikannya juga ada. Jadi apa salahnya kalau kita tumpu, hargai, pupuk dan bajai kebaikan itu agar dapat bertahan dan meningkat?
Manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Lalu jadikanlah suami kita sebagai wira. Sokong impiannya, bantu cita-citanya dan pulihkan kekecewaannya. Jadikanlah isteri kita sabagai wirawati yang didorong cita-cita, impian dan harapannya. Ketika suami pulang dengan wajah lesu, bimbang dan gentar dengan tribulasi di tempat kerjanya, isteri di rumah tetap menjadi penyokong yang setia. Tidak mengapa jika tidak punya buah fikiran, cukup hanya dengan kata-kata belaian dan sokongan. Buktikan dengan bahawa tubuh mu, bahawa kau adalah benteng dalam hidupnya!
Isteri di rumah kekadang bukan mengharapkan layanan bagaikan ratu atau permaisuri tetapi cukup sekadar suaminya mendengar dengan penuh penghayatan dan memberi penghargaan yang sarat dengan kejujuran. Mata itu jendela hati, maka pandanglah wajah isteri dengan rasa sayang yang tidak berbelah bagi, insya-Allah, pandangan itu akan meresap ke dalam hati menjadi penawar yang sangat mujarab pada keletihan, kelesuan dan kejemuan memikul tugas yang sama sepanjang hari.
Kita hanya boleh memberi kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Jika kita tidak mampu lagi menghulurkan kebaikan, insaflah bahawa kualiti diri kita sebagai insan yang baik sudah boleh dipertikaikan. Walau apapun kesusahan atau beratnya penanggungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik. Aku tertekan, aku mesti marah. Aku kecewa, aku mesti mengeluh. Aku letih, aku mesti merintih… Itulah suara-suara hati yang sudah terkena tipuan syaitan dan bujukan nafsu.
Yang kedua, orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan pemasalahan. Siapapun akan myudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyuelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah isteri yang positif akan memberi penyelesaian kepada masalah-masalah rumah tangga atau masalah yang di hadapi oleh suaminya.
Ummu Salamah pernah memberi buah fikirannya kepada Rasulullah saw dalam menghadapi ‘rasa terkejut’ para sahabat baginda sehingga tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah apabila mereka terhalang untuk mengerjakan haji ke Makkah hingga termetrainya perjanjian Hudaibiyah.
Begitu juga Ummu Sulaim yang menyembunyikan berita kematian anaknya demi memberikan kerehatan kepada suaminya yang baru pulang dari musafir sehingga dipuji serta didoakan oleh Rasulullah SAW? Mereka berdua itulah antara ribuan isteri solehah menjadi pemberi tenaga (energy giver) kepada suami dalam menghadapi ujian dalam kehidupan di dalam dan di luar rumah tangga.
Mereka sentiasa fokus kepada penyelesaian dengan mencari apakah jenisnya masalah itu, apa puncanya, apakah alternatif penyelesaiannya? Mereka berani menukar gaya berfikir dan mengubah gelombang perasaan untuk mendapat hasil yang berbeza. Justeru mereka faham jika kita tidak mengubah gaya berfikir dan berani menukar perasaan, masalah yang sama akan menjadi keluhan dan rintihan berulang-ulang tanpa kesudahan!
Bagaimana caranya untuk tetap positif walaupun mungkin reaksi pasangannya anda belum seperti yang diharapkan? Jawabnya, ada dua. Pertama, berilah alasan untuknya. Tidak kira samada alasan itu benar atau tidak tetapi andaikanlah alasan-alasan mengapa mereka berbuat demikian. Jika kita menghulur senyuman, tetapi disambut dengan masam muka… katakan mungkin mereka letih, sakit, tertekan atau sebagainya.
Sekalipun mungkin alasan itu tidak benar, tetapi sekurang-kurangnya kita tidak tersiksa memikirkan perkara-perkara yang negatif. Memikirkan yang negatif itu sahaja sudah satu penderitaan. Jadi ciptalah alasan-alasan untuk mereka dan semaikan sikap sangka baik sentiasa. Jangan kecewa dalam membuat kebaikan. Insya-Allah, Allah akan mengikut sangkaan para hamba-Nya.
Jika benar pasangan kita sudah curang, menipu dan jahat, maka kejahatan serta keburukan itu tidak akan menimpa kita. Sangka baik itu adalah peluang yang kita berikan untuk orang lain berubah dan jika mereka tetap tidak berubah seperti yang kita harapkan, itu tidak akan mengubah kita. Sangka baik itu adalah benteng yang akan menyelamatkan kita daripada penzaliman dan tipudaya orang lain.
Kedua, konsistenlah dalam berdoa. Doakan diri kita sendiri dan pasangan kita. Doa itu akan ‘menutralkan’ semula aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Bukankah dengan berdoa kita mengucapkan dan mengharapkan perkara yang baik-baik? Doa bukan sahaja memberi kesan positif dalam perhubungan kita dengan Allah tetapi jua perhubungan diri kita dengan diri kita sendiri. Kita akan selalu memberi ransangan yang positif kepada diri sendiri apabila kita berdoa.
Hukama ada berkata, terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih merbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu. Mengapa? Bila kita tidak berdoa, kita umpama insan negatif yang penuh racun atau ‘toxic’. Kata-kata kita racun, pemikiran kita racun dan perbuatan kita penuh racun. Racun itu bukan sahaja boleh memusnahkan orang lain tetapi ia juga akan memusnahkan diri kita sendiri.
Oleh itu, ayuh… berilah ransangan yang positif. Kuatkan kembali daya tarikan dalam cinta kita. Dan dalam menabur bibit kebaikan, jangan mengharapkan hasil yang segera, jangan dicemari racun prasangka dan paling penting jangan lupa untuk berdoa. Kembalikanlah daya tarikan dalam hubungan cinta. Bukankah simponi cinta itu indah? Tetapi jika tidak ada lagi keindahannya… tanyakanlah kepada diri kita, suami atau isteri kita… apakah itu masih cinta?
Posted by amn077 at 23:15 0 comments
Kamu Engineer, Belajar Enjin Sudahla..
Terimakasih kepada sahabat yang hanya mahu dikenali sebagai "Pembaca SyurgaDiDunia" kerana telah menghantar mp3 rakaman ceramah Ustaz Zaharuddin (Uzar) dalam usaha beliau untuk mempertahankan perbankan islamik dan juga untuk menyangkal tuduhan Sheikh Imran berdasarkan video 9 minit "Muslihat Bank Islam". Bagi rakan-rakan yang ingin mendengar ceramah Uzar, pautan untuk muat turun mp3 rakaman ada saya sediakan dibawah perenggan ini. Saya minta rakan dengar dahulu ulasan Uzar agar lebih memahami ulasan saya ini. Agak mengecewakan kerana hampir keseluruhan ilmu Sheikh Imran hanya dirujuk pada video yang pendek itu sahaja sedangkan pada pendapat saya ceramah penuh beliau (Islam dan Sistem Kewangan Antarabangsa) yang sepatutnya diselidik dikaji dan difahami. Saya pada mulanya tidak mahu menulis artikel untuk mengulas mengenai ceramah beliau ini, akan tetapi apabila terdengar ungkapan beliau diatas, engineer patut belajar pasal enjin sahaja, maka terpanggillah saya untuk memberi sedikit ulasan.
Saya tidak tahu kalau ada engineer lain yang dimaksudkan oleh Uzar, akan tetapi dari ungkapan "triple riba" Uzar, besar kemungkinan beliau merujuk kepada artikel saya sebelum ini. Saya pun tidak tahu kalau ada engineer lain yang lantang menyatakan ketidak setujuan dengan praktis yang diamalkan oleh perbankan islam dan jika ada rakan-rakan yang mengetahuinya, harap dapat dimaklumkan kepada saya. Tidak dinafikan bahawa Uzar memanglah seorang ahli kewangan syariah islam yang tersohor dinegara kita dan saya amat menghormati beliau, akan tetapi ini bukan bermakna apa sahaja pendapat beliau itu seratus peratus betul, dan betul atau tidak itu juga bergantung kepada dari perspektif apa, sama jugalah yang Uzar ungkapkan bahawa wang emas itu sunah, ya dan tidak. Berbanding dengan saya yang baru bertatih mempelajari ilmu agama secara "part time" kerana kerja "full time" saya adalah berkenaan enjin, sudah tentulah tidak setanding dengan beliau yang "full time"nya adalah perbankan syariah itu sendiri. Akan tetapi sedangkan adakalanya tukang paip yang pakar dalam kerjanya juga kadangkala kita tidak berpuas hati apabila melakukan kerja pembaikan dirumah, tak semestinya juga kita patut terima bulat-bulat apa sahaja yang disogokkan oleh pakar perbankan kerana apa juga yang diperbaikinya (sistem kewangan) melibatkan diri kita sendiri, keluarga dan juga masyarakat, jadi bukankah kita sepatutnya lebih berhati-hati?
Sejarah telah pun membuktikan bahawa terdapat beberapa tokoh ulung islam yang telah tersilap perhitungan berkenaan perkara riba' ini, didalam bukunya The Prohibition Of Riba In The Quran And Sunnah, Sheikh Imran memetik komen Abdullah Yusuf Ali didalam terjemahan Al Quran beliau kebahasa inggeris, beliau (Abdullah) menyatakan bahawa keuntungan hasil dari ekonomi kredit yang didapati dari sektor perbankan dan kewangan moden bukan riba' (ms 33) sedangkan kita semua maklum dan bersependapat bahawa ianya adalah riba' (dan ini kemudiannya menjana penubuhan perbankan islam). Contoh kedua yang diberikan oleh Sheikh Imran adalah Sheikh Muhammad Abduh yang merupakan mufti Mesir (1899-1905) dan rektor Universiti Al-Azhar yang mana telah mengeluarkan fatwa bahawa faedah atau bunga dari akaun simpanan di Pejabat Pos Mesir tidak haram. Dan apabila sistem kewangan yang diasaskan oleh barat ini di"fatwa"kan halal oleh seorang mufti maka yang tersohor maka tidak hairanlah apabila saya ke Mesir kerana tugas, saya lihat begitu sedihnya keadaan ekonomi rakyatnya. Bagi rakan-rakan yang pernah dan sedang belajar disana, pasti tahu situasi ekonomi yang menyedihkan dikalangan warga Mesir, sebab itu lah saya tidak hairan apabila melihat kartun ini didalam akhbar harian mereka. Jika negara yang mempunyai universiti yang boleh dianggap sebagai "kaabah" bagi kebanyakan umat islam dalam bab pencarian ilmu agama ini punyai sistem ekonomi yang tenat, bukankah ada sesuatu yang teramat tidak kena disini?
Saya mencari rezeki dunia dengan belajar bab enjin, dan mencari rezeki akhirat dengan belajar ilmu lain seperti fizik, psikologi, neurosains, hipnosis, ekonomi, konspirasi dunia dan termasuklah perihal wang dan perbankan yang mana saya cuba kaitkannya dengan Islam dan berusaha menyebarkannya kepada rakan-rakan menerusi artikel-artikel saya ini dengan harapan agar rakan-rakan lebih hampir kepada islam, bertambah keyakinan dan keimanan terhadap Allah SW. Bukankah ilmu yang memberi manafaat itu salah satu saham selepas mati?. Saya tidak meminta apa-apa jua balasan dari rakan-rakan pembaca kerana saya yakin Allah SW yang akan membalasnya samada didunia (alhamdulillah saya mula merasainya) mahupun diakhirat kelak. Berbalik kepada percanggahan pendapat ini, jika anda telah membaca banyak artikel dan jawapan kepada komen-komen yang telah banyak saya berikan sebelum ini, saya selalu meminta rakan-rakan selidik atas sebab apakah seseorang itu menyokong atau menentang sesuatu pendapat itu. Mana ada manusia hatta haiwan sekalipun yang akan menggigit tangan orang yang memberi mereka makan. Adakah saya akan menulis untuk bacaan khalayak ramai akan keburukan syarikat saya bekerja sekarang ini? Akan kehilanganlah sumber pendapatan saya nanti jika saya berbuat demikian dan jika kemahiran saya hanya membaiki enjin, susahlah saya mencari kerja disyarikat kerana saya sudah tidak punyai reputasi yang baik dikalangan syarikat enjin. Jadi dari senario ini harap rakan-rakan dapat buat perbandingan yang terbaik.
Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Yassin 36:21)
Memang saya dan Uzar membicarakan perkara yang sama iaitu perbankan islam, akan tetapi niat dan motif saya dan beliau amatlah berbeza sekali. Beliau dan saya melihat perbankan islam ini dari sudut yang berbeza. Saya memperjuangkan keadilan ekonomi untuk semua manusia, dan ini tidak akan dapat dikecapi jika pengagihan kekayaan itu tidak mengikut cara islam sebenarnya iaitu dari yang kaya kepada yang miskin menerusi zakat dan sedekah. Ini belum termasuk perhambaan mental yang tidak kelihatan dimata kebanyakan manusia. Perhambaan mental yang saya maksudkan ini contohnya adalah seperti kemampuan manusia itu sendiri untuk berani menentang kemungkaran, contohnya jika terikat dengan perbankan islamik beli kereta, beli rumah dan tahu jika tidak bayar kereta akan ditarik dan rumah akan dilelong, beranikah seseorang itu bersuara apabila dia mengetahui yang pemimpin atau bosnya korup? Kemungkinan besarnya tidak, sebab itulah mereka yang berkuasa semakin angkuh kerana mereka tahu rakyat yang sudah diperhambakan ini akan tunduk kepada mereka dan tidak berani bersuara.
Uzar telah jelaskan panjang lebar akan helah yang dibolehkan seperti kisah Nabi Ayub, akan tetapi helah tersebut memberikan kebaikan, meningkatkan kasih sayang sesama insan dan ianya tidak mengkaitkan insan lain. Berbanding dengan helah perbankan islam yang mana jika dilihat dari perspektif kesan sosiologi dan psikologi masyarakat itu sendiri, ianya memberikan kesan yang buruk. Helah yang dilakukan oleh perbankan islam adalah untuk membolehkan darah masyarakat disedut dengan memutarbelitkan akad jual beli (peminjam beli rumah, jual kat bank, lepas tu bank jual balik pada pembeli) agar risiko hanya tertanggung oleh peminjam sahaja. Apabila risiko tertanggung oleh peminjam sahaja dan begitu juga wang tambahan yang terpaksa dibayar kerana tolong membelikan rumah untuk peminjam, maka ianya tiada bezalah dengan riba' ikut pintu depan oleh perbankan konvensional.
Jika saya labelkan perbankan konvensional haram, pasti ramai yang akan bersetuju, kerana apa? Kerana ianya adalah riba' yang nyata, apakah riba' yang nyata ini telah dan akan lakukan? Penindasan, kerana peminjam diwajibkan membayar lebih dari jumlah yang dipinjam, menghambakan peminjam dan yang memberi pinjam akan menjadi semakin kaya hasil dari titik peluh insan lain, dalam skala lebih besar lagi ianya menyumbang kepada inflasi iaitu turunnya nilai wang itu sendiri. Islam adalah agama yang mengharamkan penindasan, menggalakkan keprihatinan dan kasih sayang sesama umat, haramnya riba' ikut pintu depan ini kerana ianya memberikan kesan yang buruk. Akan tetapi jika perbankan islamik juga nampaknya telah memberikan kesan yang sama iaitu peminjam terpaksa membayar lebih, peminjam diperhambakan walaupun mereka merelakannya (dan ini pada pendapat saya adalah kerana tidak menyedarinya) dan penat-lelah mereka akan beralih kepada yang kaya tanpa belas kasihan (risiko hanya pada peminjam), maka melihat pada kesan yang sama ini, apa jua helah yang digunakan oleh perbankan islamik untuk menghalalkan urusniaga mereka itu tidak boleh diterima, helah mereka adalah untuk menjaga kepentingan mereka semata-mata.
Katakanlah saya seorang pelabur islam yang kaya, saya mendapati arak menjadi minuman kegemaran ramai hari ini. Jika saya boleh melibatkan diri didalam sektor perniagaan arak ini maka saya tahu saya akan cepat dan mudah menjadi lebih kaya, tetapi saya tahu arak adalah haram dari sudut islam kerana kesannya membuatkan manusia menjadi ketagih, mabuk dan akhirnya merosakkan diri. Fikir punya fikir maka saya mendapat satu idea, saya gajikan penyelidik yang sanggup "memecahkan kepalanya" memikirkan bagaimana untuk menghasilkan botol arak istimewa yang boleh menukarkan jus anggur kepada arak hanya apabila pelanggan menekan butang pada tutup botol. Jadi pada masa saya keluarkan minuman saya ini dari kilang dan juga dari kedai, ianya masih jus anggur lagi, tetapi pelangganlah yang membuatkan ianya menjadi arak. Dalam kes ini perniagaan saya halal atau tidak? Ini kira helah ni, adakah helah ini dibolehkan? Bagi yang waras pasti boleh berfikir sudah tentulah tidak boleh kerana arak juga yang sampai kepada pelanggan, kesan akhir yang merosakkan itulah yang menyebabkan arak itu dilarang, begitu jugalah dengan riba', jadi apabila merujuk kepada perbankan islam yang mencipta helah, kesan kepada pelanggan itu yang patut dilihat dan bukan bagaimana urusniaga mereka dilakukan.
Saya bersetuju dengan Uzar tidak semua helah itu tidak boleh, pada pendapat saya helah yang boleh digunakan apabila ianya memberikan kebaikan kepada orang yang dihelah, ini yang apa dikatakan "tipu sunat" dalam masyarakat kita. Akan tetapi jika helah tersebut hanya memberikan kelebihan kepada sipenghelah dan tiada atau hanya sedikit sahaja kepada yang dihelah, maka itu bukan "tipu sunat" tetapi tipu betul dan itu adalah penindasan. Adakah menghalalkan cara atau menukar nama (pinjaman dengan pembiayaan) boleh menghalalkan juga kesan "output" atau keputusannya apatah lagi jika ianya sama sahaja dengan cara yang haram? Allah SW menghalalkan perniagaan kerana didalam perniagaan pintu risiko terbuka luas pada semua pihak yang mana ada pihak yang akan untung dan ada pihak yang akan rugi (dan ini yang tidak difahami oleh ahli perbankan syariah), jadi kekayaan akan berkitar didalam masyarakat secara adil dan inilah perbezaannya dengan sistem perbankan. Riba' tidak sama dengan perniagaan kerana didalam riba' pihak yang memberi pinjam tidak didedahkan dengan risiko, melihat pada praktis perbankan baik islamik yang tiada risiko ataupun risikonya diminimumkan, maka bukankah ianya juga riba'. Melalui perniagaan Allah SW akan membuatkan sesetengah pihak untung dan sesetengah yang lain pula rugi, jadi kekayaan berkitar didalam masyarakat, dalam riba' pula yang untung hanya pemberi pinjam dan yang rugi hanyalah yang meminjam, bukankah itu menghalang Allah SW dari mengagihkan kekayaan dengan adil?
Masaalahnya zaman sekarang ini ramai umat manusia yang mahu jalan senang untuk mencari kemewahan, caranya adalah dengan pelaburan. Menerusi syarikat yang "berhad" yang tersenarai di bursa saham ini, manusia yang punyai wang lebih (golongan senang dan kaya) boleh melaburkan wang mereka, dan untuk memastikan pelabur mendapat pulangan positif maka sudah tentulah tenaga kerja syarikat ini adalah terdiri dri mereka yang boleh "memecahkan kepala" mereka untuk memikirkan strategi dan termasuklah helah yang mana boleh memberikan keuntungan yang maksima. Sebab itulah CEO syarikat berhad ini dibayar gaji beratus ribu sebulan, baik dari syarikat api, air, telefon hinggalah ke perbankan baik islam atau konvensional, kerana dia hanya akan menggaji pekerja bawahan dan penasihat yang sudah tentunya punyai "mind-set" yang sama iaitu berusaha membawa keuntungan kepada syarikat dan berupaya merendah atau meminimumkan risiko sehabis mungkin. Perbankan islam tidak akan mengambil penasihat yang menentang praktis mereka, adakah hanya kerana ada panel syariah yang sebulu dengan bank ini maka sudah boleh dilabel 100% islamik?. Perlu diingatkan bahawa pengkorporatan sebenarnya adalah peng"keparat"an kepada rakyat lebih-lebih lagi jika ianya syarikat yang membekalkan keperluan asas seperti api, air dan termasuk jugalah sistem kewangan, mengkayakan segelintir mereka yang punyai keistimewaan dan menindas sejumlah besar rakyat yang lain.
Uzar dalam lebih kurang 20 minit yang pertama ceramah beliau menjelaskan perihal riba' dengan merujuk dan menjelaskan panjang lebar setiap ayat dalam surah Al Baqarah dari ayat 275 hingga ayat 281, tetapi yang amat menghairankan saya ayat 280 beliau ungkit sikit sahaja iaitu "bab hutang bayar lambat" padahal itu bukanlah intipati sebenar ayat tersebut. Didalam ayat 280 Allah SW meminta peminjam diberikan tempoh hingga lapang hidupnya dan jika dianggap sedekah sahaja ianya lebih baik kepada pemberi pinjam. Pemikir perbankan islam menggunakan pelbagai ayat-ayat Quran, hadis-hadis dan termasuklah sejarah kewangan islam untuk membolehkan "jual beli" digunakan dalam pembiayaan islamik, apa yang dianggap helah yang dibolehkan, akan tetapi persoalan utamanya adalah mengapa perbankan islamik tidak memberikan tempoh kepada peminjam jika mereka sedang kesempitan apatah lagi memansuhkan hutang, contohnya dalam kes rumah terbengkalai? Mengapa ayat ini tidak diambil kira dalam dalam perkiraan dan juga didalam perjanjian pembiayaan mereka jika organisasi perbankan islamik ini benar-benar islamik dan pemikir-pemikirnya benar-benar golongan yang beriman dan percaya kepada apa yang Allah SW nyatakan bahawa ianya "adalah lebih baik untuk kamu". Jika ayat Allah SW ini diketepikan maka islamik mereka itu hanya pada nama sahaja dan bukan pada semangatnya itu, samalah dengan kebanyakan umat manusia hari ini, Islam pada nama sahaja ataupun apa yang selalu Sheikh Imran gunakan iaitu "part time muslim".
Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak) Surah Al-Baqarah 2:280
Ini jelas menunjukkan apabila ahli perbankan syariah mengemukakan hujah-hujah mengenai perbankan islamik, apa sahaja ayat yang tidak memberi manafaat kepada mereka tidak diambil kira.
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api Neraka dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat dan Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Surah Al-Baqarah 2:174
Saya pasti jika soalan ini ditanyakan kepada Uzar jawapannya sudah tentulah siapa yang mahu rugi didalam perniagaan, jadi kalau sesuatu perniagaan itu di"imunisasi", dikebalkan, dielakkan dari kerugian oleh undang-undang atau prinsip perniagaan yang diolah dan diputar belitkan oleh mereka sendiri apatah lagi seolah-olah membutakan diri dari ayat Allah SW ini yang mengutamakan keprihatian maka ia tiada bezanya dengan riba', iaitu bertambahnya harta tanpa mengambil kira kesengsaraan atau kesempitan insan lain baik individu (iaitu individu diperhambakan), ini belum termasuk masyarakat yang ditindas dengan inflasi (turunnya nilai wang) dan juga persaingan dalam usaha merebut dan mengaut wang yang senantiasa tidak cukup didalam masyarakat (wang yang mesti dipulangkan kepada bank sentiasa melebihi yang yang dikeluarkan). Akan tetapi pasti ini akan ditangkis oleh ahli perbankan Islam bahawa kami bukan bagi pinjam, kami memberi pembiayaan jadi ayat Allah ini tidak merujuk kepada kami, hujah saya pula, pertama berbalik kepada apa yang telah saya kemukakan iaitu adakah mengubah cara boleh menghalalkan juga kesannya? Keduanya jika ditanya pada masyarakat kebanyakan, mereka tetap melihat pembiayaan itu sama seperti pinjaman kerana tetap juga bayar setiap bulan dan tetap juga bayar lebih kepada bank.
Akan tetapi didalam dunia akhir zaman ini siapa yang mahu percayakan sesuatu yang tidak kelihatan seperti janji Allah SW ini? (menganggap sedekah itu lebih baik pada kamu), tiada bukti, tiada dokumen, tiada kontrak, tiada sistem jelas yang ganjaran akan diterima, maka sebab itulah sistem perbankan islam itu penuh dengan helah agar keuntungan tetap mengalir kesatu arah sahaja, pintu risiko bagi mereka (bank) ditutup atau diminimakan dan risiko diletakkan sepenuhnya kepada peminjam, akibat dari konsep ini maka kekayaan jelas beralih hanya dari rakyat kebanyakan yang rata-rata miskin kepada yang kaya terutamanya pemegang saham. Untung rugi didalam sistem perbankan lebih kepada berapa ramai peminjam berkualiti (boleh bayar dengan taat) tolak kos pengurusan dan juga pengiklanan dan bukan majoritinya dari pinjaman yang tidak dapat diterima kembali. Dan siapakah pemegang saham ini, tidak lain golongan senang atau kaya yang makin lama makin senang dan makin kaya. Pada pendapat saya perbankan baik konvensional mahupun islamik tidak lain hanyalah muslihat sistem kapitalis untuk
memastikan mereka yang berada diatas piramid kekal diatas dan golongan kebanyakan dibawah hanyalah hamba-hamba yang menjaga kebajikan mereka sendiri. Perhambaan fizikal memerlukan tuan menyediakan rumah, makan dan sebagainya kepada hambanya, perhambaan baru melalui ekonomi ini lebih mudah, hamba-hambalah yang akan mencari rumah sendiri, cari pakaian sendiri, cari makan sendiri, cari hiburan sendiri dan sebagainya akan tetapi setiap bulan memberikan sebahagian dari penat lelah mereka itu kepada "tuan" mereka itu, siapa lagi jika bukan syarikat perbankan. Dan jika dilihat pada pinjaman konvensional, hampir separuh dari pembayaran untuk tempoh pinjaman adalah hanya membayar bunga, faedah atau riba' kepada pihak bank. Rujuk artikel Rumah Beli Atau Sewa.
Dan apabila menjadi hamba kepada bank, semakin kuranglah tugas utama yang sepatutnya dijalankan didunia ini iaitu hamba kepada Allah SW, sembahyang nak cepat je apatah lagi nak khusyuk, kemasjid apatah lagi. Hanya menjadi pak turut kepada pemerintah yang korup, manusia akan semakin sibuk bekerja keras membayar balik pembiayaan, ibu terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai, masyarakat menjadi semakin tertekan (stress), moral semakin rosak, buang bayi macam buang sampah sahaja, manusia semakin mementingkan diri sendiri dan sebagainya, inilah yang saya maksudkan kesan sosiologi dan psikologi kepada masyarakat keseluruhan. Perbankan islamik tiada bezanya dengan perbankan konvensional yang mana disebabkan manusia terikat dengan perjanjian pinjaman atau pembiayaan, dengan sukarelanya menjadi hamba kepada mereka. Kesan terhadap masyarakat itu yang sepatutnya diambil kira dan bukannya samada helah boleh digunakan atau tidak. Pemimpin apatah lagi ulamak harus melihat dari sudut ini dan bukannya dari sudut menjaga periuk nasi mereka ataupun untuk menyedapkan hati muslim yang mahu senang dan kaya dengan mudah (pelabur) ataupun muslim yang mahukan nikmat dunia tetapi tidak mahu bersabar dan berusaha membeli dengan tunai (peminjam).
Berkenaan wang kertas pula, haramnya wang kertas tersebut bukanlah terletak pada bagaimana ianya digunakan akan tetapi keupayaannya untuk menyimpan nilai dan juga mudahnya ia boleh dimanipulasikan. Jika wang simpanan didalam bank sekalipun dimamah oleh inflasi, apatah lagi wang yang disimpan dibawah bantal, selepas beberapa tahun ia tidak mampu lagi membeli barang yang sebelum itu boleh dibayar dengan jumlah wang yang sama, adakah ini dibenarkan didalam Islam? Jika anda menonton keseluruhan ceramah Sheikh Imran, ini yang dimaksudkan oleh beliau wang yang sebelum ini boleh beli unta tetapi selepas 5 tahun boleh beli keldai sahaja. Wang kertas dan sistem kewangan yang digunapakai sekarang ini termasuklah apa yang diamalkan oleh perbankan Islam iaitu mencipta dengan mudahnya menerusi sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) adalah haram kerana ia tidak boleh memegang atau menyimpan sesuatu nilai tersebut sedangkan wang emas atau apa sahaja yang punyai nilai tersimpan didalamnya (intrinsic value) tidak bersifat demikian. Tambahan pula dengan mudahnya wang baru dicipta menerusi kira-kira akaun, ditambah pula dengan wang yang mesti dipulangkan kembali kepada bank yang senantiasa tidak mencukupi disebabkan oleh riba' baik ikut pintu depan atau pintu belakang, maka kesan buruk inilah yang mesti diberikan perhatian.
Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood
Sebab itulah dosa riba' amat besar dan Allah SW serta Rasul mengishtiharkan perang, kerana apa? Kerana kesannya adalah kepada semua golongan masyarakat. Sebab itu bab perbankan islam ini kita tidak boleh melihat hanya dari sudut individu sahaja. Dari hadis Nabi yang mengatakan debu atau wap riba' itu pasti akan menyelimuti semua manusia, apakah ianya jika bukan wang kertas yang digunakan oleh semua manusia hari ini, turunnya nilai wang itu disebabkan inflasi itulah riba' yang sebenarnya, penindasan, penipuan dan juga perhambaan kepada seluruh umat manusia. Dapat kah rakan-rakan pembaca memikirkan apakah debu atau wap riba' yang Nabi SAW maksudkan itu jika ianya bukan wang kertas yang digunakan oleh semua umat manusia hari ini? Mungkin ada pembaca yang boleh berikan jawapannya dan berkongsi bersama didalam ruangan komen nanti. Dan jika debu atau wap riba' itu adalah wang kertas maka adakah kita selesa menggunakannya tanpa berusaha untuk mengubahnya? Dan kita juga perlu ingat Allah SW tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah? Dan bukankah mengutuk penggunaan wang kertas itu adalah langkah pertama yang patut diambil dan bukannya menggalakkan dan mengharuskan lagi penggunaannya.
Wang haram yang kita terima dari pencuri, jika menggunakannya memang tidak haram, tetapi itu hanya jika kita tidak mengetahuinya, tetapi jika kita tahu seorang itu adalah pencuri, adakah kita mahu menerima atau pun berurus niaga dengannya apatah lagi jika kita tahu wang akan diberikan kepada kita adalah wang curi? Kecualilah jika diri kita ini juga adalah seorang pencuri baik secara sedar atau tidak. Samalah juga dengan kes pemimpin Islam sediri yang melatah, melompat dan dengan lantang menentang hukum hudud contohnya potong tangan bagi pencuri kerana mereka juga adalah pencuri, tetapi pencuri terhormat yang mencuri wang rakyat jelata melalui kepimpinan mereka yang korup. Minda separuh sedar mereka akan memberontak kerana tahu badan mereka telah dipenuhi dengan makanan yang haram.
Amerika adalah pencuri, perompak, penyamun dan pengganas terbesar didunia kerana dengan hanya mencetak wang tanpa sandaran, mereka membeli semua kekayaan dunia secara percuma, apakah sebenarnya yang memberikan nilai kepada matawang dollar mereka? Yang memberi nilai kepada USD adalah kebodohan pemimpin dunia terutamanya pemimpin-pemimpin Islam yang rata-ratanya pengeluar minyak yang memperdagangkan minyak dengan dollar, jika mereka meminta emas untuk minyak mereka maka Amerika tidak akan menjadi kuasa besar didunia, akan tetapi disebabkan sudah tenggelam dengan nikmat dunia dan hidup umpama sudah disyurga, mereka tidak nampak lagi keburukan akibat tindakan mereka itu. Begitu juga takut akan hilang takhta dan juga perlindungan dari Amerika itu sendiri. Apa akan jadi jika Arab Saudi menjual minyak mereka dengan emas atau pun dengan matawang lain, pasti mereka akan dilabel punyai "weapon of mass destruction", tentera marin akan mendarat maka selamat tinggallah "American Kingdom of Saudi Arabia" bak kata Sheikh Imran dalam ceramah Respon Islam Terhadap Revolusi Feminis beliau. Islam hanya mampu manjadi kuasa terbesar dunia jika mereka mengambil kembali kuasa tersebut dari kafirun, akan tetapi melihat pada pemimpin yang kita miliki sekarang ini (yang mana kita sendiri memilihnya melalui pilihanraya) maka itu hanyalah umpama mimpi disiang hari sahaja.
Berbalik kepada cerita wang kertas, jika nilainya semakin menurun saban tahun (inflasi), adakah itu dibenarkan didalam islam? Inflasi itu sendiri adalah cukai terlindung kepada masyarakat yang mana tanpa sedar kekayaan secara senyap mengalir kepada mereka yang kaya. Buktinya sudah saya kemukakan didalam artikel yang lepas iaitu Negara Semakin Bankrap Tetapi Yang Kaya Semakin Kaya. Sedang negara dah nazak nak bankrap tetapi yang kaya semakin kaya, mengapakah ini terjadi? Korup, menipu, rasuah, berniaga yang haram dan sebagainya bukanlah penyebab utama, pada pendapat saya sistem kewangan itu sendiri itu sendirilah penyebabnya yang mana riba' adalah enjinnya dan wang kertas itu pula adalah pelincirnya. Jika wang orang ramai nilainya semakin berkurangan saban hari, adakah Allah SW membenarkannya, dan jika Allah SW tidak membenarkan harta manusia dikurangkan, bukankah wang kertas itu haram?
... Oleh itu sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya... Surah Al Araf 7:85
Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil dan janganlah kamu kurangkan manusia akan benda-benda yang menjadi haknya dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan dimuka bumi. Surah Hud 11:85
Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183
Sebagaimana iman tidak boleh diwarisi secara keturunan, begitulah juga sifat buruk manusia (walaupun kemungkinannya ada). Manusia tidak dilahirkan sebagai pencuri, pemakan rasuah, penipu, meniaga yang haram dan sebagainya, keadaan persekitaran yang mencorakkan jaringan neuron diotak manusia tersebut lantas dari itulah asas pilihan apakah yang akan diambil oleh seseorang manusia itu nanti, dan oleh kerana tidak dialas dengan keimanan dan kepercayaan kepada tuhan maka jalan syaitanlah yang dituruti. Dalam dunia yang jumlah yang wang yang ada didalam kitaran senantiasa kurang dari jumlah yang harus kembali kepada pengeluarnya iaitu bank, contohnya belikan rumah 100k tetapi wang yang harus dipulangkan 200k, ditambah pula wang hanya boleh datang dari bank, maka berubahlah corak pemikiran manusia dari prihatin kepada pentingkan diri sendiri, dari yang tahu halal haram kepada yang tidak lagi memperdulikannya, termasuklah juga yang dari ingatkan tuhan kepada yang hanya ingatkan dunia ini sahaja. Kemudian dengan daifnya marahkan insan lain yang membesar menjadi pencuri, penyangak, perompak dan sebagainya sedangkan mereka turut sama menyumbang membentuk masyarakat sedemikian rupa. Ini yang dimaksudkan oleh ahli falsafah fizik kuantum yang mana menyatakan manusia itu sendiri mencipta realiti kehidupan, dunia yang kita alami ini terhasil dari tindak tanduk kita sendiri baik secara sedar atau tidak, jika kita mencuri tanpa sedar, contohnya mengambil hak orang lain secara bathil dengan bersubahat dengan riba' maka kita juga menyumbang dalam melahirkan pencuri. Malangnya kita tidak pernah diajar untuk bertanggung-jawab terhadap apa jua yang melanda dan hanya menyalahkan takdir sahaja contohnya jika kita dicuri atau dirompak. Menghapuskan pencuri bukanlah dengan membina pagar rumah setinggi tembok penjara pudu ataupun memasang penggera paling canggih, cara menghapuskan pencuri adalah dengan menghapuskan kemiskinan dan perhambaan secara halus ini, itu yang paling utama.
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun sebesar zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar. Surah An-Nisa 4:40
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah Yunus 10:44
Dan tidaklah Kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Surah Az-Zukhruf 43:76
Memanglah perubahan untuk memberhentikan penggunaan wang kertas itu tidak boleh dilakukan dengan mengejut, dan saya yang lantang membicarakan haramnya wang kertas ini masih tetap menggunakannya untuk urusan sehari-hari. Akan tetapi ada bezanya dengan guna dan sedar akan keburukannya dan diikuti dengan semangat mahukan perubahan berbanding dengan guna dalam keadaan tidak sedar (itu boleh dimaafkan lagi), inikan pula sudah sedar tetapi tidak mahu berusaha menolak apatah lagi mengharamkannya. Memang bagi saya penggunaannya sekarang ini dalam keadaan darurat tetapi daruratnya itu bukan kepada saya sahaja tetapi kepada semua. Apabila dalam keadaan darurat, bukankah kita patut berusaha meninggalkannya dan bukan mencanangkan penggunaannya dibolehkan atau diharuskan dan tidak sedikit pun punyai niat untuk lari daripadanya. Kecualilah oleh mereka yang menganggap ianya tidak haram dan bukan debu atau wap riba' yang dimaksudkan oleh Nabi SAW. Barangkali para ulamak yang membenarkan penggunakan wang kertas 16 tahun dulu itu tidak mengambil kira akan susutnya nilai wang kertas itu sepanjang hari. Sedangkan buku teks sekolah pun setiap tahun ada "revision"nya, takkan lah bab wang yang menjana kehidupan masyarakat ini menggunakan fatwa 16 tahun lepas?
Saya amat setuju dengan Uzar yang menyebut hadis Nabi SAW bahawa dunia ini adalah syurga kepada kafirun dan neraka kepada mukminin, akan tetapi adakah neraka mukminin itu dengan terpaksa membayar mahal untuk perbankan Islam? Atau neraka bagi mukminin kerana terpaksa hidup sederhana dengan berjimat cermat, menyewa rumah sahaja dan guna kenderaan awam? Dan jika para sahabat meninggalkan 9 dari 10 pendapatan kerana takutkan riba', adakah pendapatan dari perbankan islamik itu adalah tergolong dalam kelompok 1 per 10 yang diterima sahabat? Bukankah meninggalkan yang tidak jelas itu adalah lebih baik daripada cuba menggunakan sebanyak dalil mungkin untuk membolehkannya sedangkan ada dalil besar ditinggalkan (contohnya beri kelonggaran kepada peminjam). Sheikh Imran dan saya sebagai anak murid tidak rasmi beliau berjuang diatas landasan yang berbeza dengan Uzar, salah satu ungkapan Sheikh Imran mengapa beliau mengajar perihal riba' adalah kerana beliau melihat dunia yang semakin rosak, contohnya wanita yang terpaksa menjual diri dengan hanya 1 dollar. Alhamdulillah saya dikurniakan Allah SW dengan kerjaya yang membolehkan saya merantau keseluruh benua didunia ini dan melihat jurang perbezaan dari sekaya-kaya manusia hinggalah semiskin-miskinnya, saya tidak dapat berhenti dari memikirkannya mengapakah dunia menjadi sebegini rupa.
Sebab itulah saya wujudkan blog syurgadidunia ini dan menulis untuk memberi kesedaran agar syurga dapat diadakan untuk semua umat manusia dan bukan golongan tertentu sahaja. Apa yang saya inginkan untuk diri saya sendiri, saya juga mahukan ianya untuk insan lain dan ini tidak dapat dilakukan didalam dunia yang umatnya hanya mahu mengambil dan tidak mahu memberi. Dengan hanya mengambil sahaja dan tidak mahu memberi maka lama kelamaan akan ada golongan yang akan tertindas dan siapa lagi jika golongan miskin, lemah dan lebih-lebih lagi tidak punyai ilmu pengetahuan apatah lagi punya kroni atau pangkat dalam parti politik. Dan sistem perbankan baik islamik atau pun konvensional ini adalah salah satu sistem ciptaan barat yang membolehkan segolongan manusia hanya mengambil dan tidak pun memberi, jika diberipun, jumlahnya amatlah sedikit sekali dan tidak setimpal dengan jumlah yang diambil.
Nampak gayanya dunia Islam yang sudahpun berpecah belah, kini ditambah lagi dengan pecahan antara yang menyokong perbankan Islam dan juga yang menentang. Jika dipanggil bermuzakarah sekalipun persefahaman mungkin sukar dicapai, kerana apa? Kerana kedua-dua belah pihak memukul gendang yang berbeza, satu pihak memikirkan perbankan Islam dari segi membantu umat islam untuk mempunyai harta dengan dibiayai oleh sistem yang dihalalkan oleh helah yang dibolehkan dan juga bagaimana mendapat keuntungan dari konsep riba' yang dilabel sebagai perniagaan, dan satu lagi pihak pula adalah mereka yang tidak mahu umat Islam diperhambakan tanpa sedar oleh sistem perbankan yang mana kesan negatifnya bukan sahaja kepada segelintir individu tetapi kepada keseluruhan masyarakat itu sendiri baik yang berugama Islam atau tidak. Hanya apabila kedua-dua belah pihak mempunyai nawaitu atau niat yang beriringan, selari atau apa yang saya lebih suka gunakan iaitu sama frekuensi sahaja maka barulah persefahaman akan tercapai, dan nawaitu tersebut sepatutnya hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah SW dengan menjaga kebajikan setiap umat manusia dan bukan segelintir golongan semata-mata.
Contohnya mengapa perbankan islamik tidak boleh memberikan harga yang murah, menurut Uzar ini tidak dibenarkan oleh Bank Negara kerana menjaga kepentingan bank lain, bukankah perbankan Islamik tidak sama dengan perbankan konvensional?, bank konvensional bagi pinjam, bank Islam bagi pembiayaan maka sepatutnya tiada masaalah. Yang akan menjadi masaalah nanti adalah pertama kerana keuntungan perbankan islamik kurang dari bank konvensional maka siapa yang nak melabur nanti, kasihanlah pelabur-pelabur Islam (yang tentunya kaya dan senang) tidak punyai cara untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang "halal". Kedua jika ianya dibenarkan maka bisnes perbankan konvensional akan jatuh dan pelabur perbankan konvensional pula yang akan hilang tempat menghisap darah, jadi dalam kedua-dua kes, keuntungan pelabur yang diutamakan dan bukannya masyarakat kebanyakan yang majoritinya bukan pelabur dalam sistem perbankan, iaitu golongan miskin, tiada ilmu apatah lagi tiada kabel kroni untuk mendapat tempias nikmat hidup dari pemimpin yang korup.
Dan apabila menerangkan mengapa perbankan Islam tetap menuntut kembali wang yang dipinjamkan walaupun projek rumah terbengkalai, Uzar mengatakan itu untuk menjaga kepentingan ramai memastikan wang deposit penyimpan dikembalikan kepada yang berhak, kononnya menjaga kepentingan ramai, teramat hairan saya kerana menurut Professor Aziuddin dari KUIS yang pernah menjadi pengerusi Bank Muamalat selama empat tahun, begitu juga menurut Professor Ahamad Kameel Mydin Meera yang merupakan dekan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Universiti Isam Antarabangsa didalam bukunya Real Money, perbankan islam juga mencipta wang baru menerusi sistem pecahan simpanan melalui kemasukan akaun kira-kira sahaja (rujuk artikel Islamikkah Perbankan Islamik), barangkali Uzar tidak mengetahui amalan ini dilakukan oleh perbankan islamik dan bukan wang pendeposit yang digunakan. Jadi jika hanya wang yang dicipta "atas angin" ini sahaja diberikan kepada peminjam, mengapa perbankan Islam menuntut juga wang tersebut? Jadi siapakah agaknya yang tak belajar betul-betul nampaknya disini, Uzar atau professor yang telah saya sebutkan tadi? Dan jika wang pendeposit yang digunakan sekalipun, sudah tentulah kerugian itu sepatutnya ditanggung oleh pelabur-pelabur dan bukannya pendeposit dengan mengambil kira kesusahan dan kesempitan yang dialami oleh peminjam seperti yang Allah SW firman didalam ayat 280 didalam surah Al-Baqarah.
Kehidupan kita ini menurut fizik kuantum adalah bergantung kepada apa yang kita sendiri ingin lihat, baik tanpa sedar atau tidak, sebagai contohnya, jika kafirun membaca Al Quran dengan niat untuk mencari keburukan dan kepincangan maka itulah yang akan ditemui oleh mereka, sila lihat debat Dr Zakir Naik dengan Dr William Campbell yang mana Dr Campbell jelas cuba membuktikan kepincangan Al Quran akan tetapi berjaya dipatahkan oleh Dr Zakir Naik. Begitu juga dengan perbankan Islam, jika niat mahu membolehkannya, maka manusia akan temui banyak ayat-ayat Al Quran, hadis-hadis, cerita sejarah mahupun petikan kata-kata ulamak dulu-dulu yang seolah-olah membolehkannya (seolah-olah perbankan dengan wang kertas wujud dimasa itu), begitu jugalah seperti saya yang mempertikaikan perbankan islamik, pasti akan berjumpa dengan guru-guru yang sependapat dan juga menggunakan ayat-ayat Al Quran atau hadis-hadis yang lain untuk menidakkannya.
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. Surah Al Imran 3:7
Cinta itu buta dan sains telah pun membuktikannya, walaupun kajian sains tersebut berkenaan cinta sesama manusia, pada pendapat saya begitu juga jika kita cintakan sesuatu yang lain contohnya wang, harta, kuasa dan nama. Kita hidup didalam dunia yang mengejar nikmat, baik diluar ataupun didalam diri manusia itu sendiri. Jika cinta sesama manusia menyebabkan otak merembeskan banyak kimia (neurotransmitter) dopamine yang memberikan kesan lebih hebat dari dadah kokain (ganjaran dalaman), ganjaran luar yang kita perolehi seperti wang, pangkat dan nama juga pasti akan membutakan mata kita dari melihat kebenaran yang nyata. Jika kita cintakan perbankan Islam kerana ianya memberikan kita peluang untuk memiliki rumah atau kereta dengan cepat tanpa perlu bersusah payah (nikmat mudah) ataupun dibayar gaji oleh sistem perbankan itu sendiri, maka cinta itu juga akan membutakan pandangan kita dari kebolehan untuk melihat keburukannya. Kes Uzar lawan Sheikh Imran ini ibarat anak yang tidak mahu menerima nasihat ayahnya kerana sudah jatuh cinta dengan insan yang tidak dipersetujui oleh ayahnya itu, walau apa pun hujah ayahnya itu pasti akan ditangkis oleh anaknya yang sudah tenggelam dan buta kerana dilamun cinta.
Niat saya menulis ini bukanlah untuk menjatuhkan atau memburukkan sesiapa akan tetapi kebenaran tetap ditegakkan walaupun apa jua harga yang terpaksa dibayar. Apa yang saya nyatakan disini atas dasar kasihan terhadap mereka yang menyokong sistem perbankan, pada pandangan saya mereka juga telah tersilap "methodologi" (pinjam kata Uzar) dan disebabkan saya kasihan dan prihatin kepada mereka itulah lantas saya cuba memberikan kesedaran dan bersama dalam landasan kearah kemajuan ummah menerusi keadilan ekonomi. Lagipun ilmu yang saya miliki ini juga akan dipersoalkan oleh Allah SW nanti. Agak-agaknya adakah saya akan disoal oleh Allah SW diakhirat kelak "wahai engineer, mengapa kamu melarang sipolan buat pembiayaan perbankan islamik, tak kesian ke sipolan tu menyewa sahaja", atau disoal "wahai engineer, dengan ilmu yang aku berikan kepada kamu itu mengapa kamu tidak tidak melarang manusia dari mengambil pembiayaan islamik sampai berhutang berganda-ganda, kena kerja teruk laki bini, sembahyang pun takde masa, anak-anak terabai dan sebagainya sedangkan kamu tahu itu riba" ikut pintu belakang?", rasanya tentulah nak jawab soalan yang pertama lebih senang, sebab menyewa tak salah, tiada harta dunia tak salah, tetapi jika disebabkan kita insan lain dibeban hutang, solat tak jaga, anak terabai, menyumbang kepada inflasi dan menindas ramai manusia rasanya lama lah nanti tersangkut kat padang masyar.
Saya melihat sistem perbankan dari perspektif yang berbeza, dari sudut yang lebih menyeluruh terutamanya kesan kepada masyarakat. Dan untuk melihat kesan lebih menyeluruh ini, pasti tidak akan saya dapat lihat hanya dengan belajar bab enjin sahaja, sebab itulah saya juga membaca dan juga belajar dan berguru dalam pelbagai bidang termasuklah perbankan, dalam bab perbankan Islam ini pula adakah hanya kerana guru yang saya ikuti mengatakan perbankan Islam riba' ikut pintu belakang juga "triple" riba' maka saya dianggap tidak betul, tidak belajar betul-betul bak kata Uzar. Betul atau tidak itu pun relatif, sama seperti Teori Relativiti Einstein, semua bergantung kepada titik rujukan. Dengan ilmu yang pelbagai ini kita boleh gunakan ianya untuk menjelaskan suatu perkara atau masaalah lain dari sudut yang berbeza, sebagai contohnya bab dosa dan pahala saya cuba jelas dan kaitkan dengan fizik dan bagaimana wang haram yang kita miliki akan lari dari kita saya gunakan konsep "thermodynamic" dalam artikel Tiada Yang Percuma Didunia Ini apabila saya bicarakan mengenai air panas didalam gelas.
Anas RA berkata beliau mendengar Nabi SAW bersabda: "Antara tanda-tanda hari kiamat adalah hilangnya ilmu dan semakin banyaknya kejahilan... (Bukhari, Muslim)
Definasi hipnosis atau pukau bagi masyarakat kita mengikut American School of Hipnosis adalah "open to suggestion" iaitu menerima sepenuhnya apa sahaja cadangan atau suruhan yang diberikan. Manusia kebanyakan saban hari dihipnosis tanpa sedar oleh TV, media, filem, iklan dan termasuklah juga apa jua cadangan yang diberikan lebih-lebih lagi dari insan yang popular baik artis-artis mahupun ustaz-ustaz. Kebanyakan manusia menerima tanpa mereka sedar apa sahaja yang disuapkan, disarankan, dilakukan, diaksikan, dilakonkan dan dinyatakan oleh mereka. Untuk mengurangkan kesan hipnosis itu kita perlulah melihat dan mendengar apa yang dinyatakan itu dengan diikuti oleh pemikiran kritis, harus timbul pertanyaan didalam minda adakah apakah yang di kemukakan itu benar yang sebenar-benarnya dari pelbagai sudut baik rohani mahupun jasmani, dari sudut akhlak mahupun sudut agama. Dan ini tidak boleh dilakukan dengan berkesan jika seseorang manusia itu kekurangan jaringan neuron yang berbeza didalam otaknya akibat kurangnya pendekatan ilmu. Jadi budaya mengkayakan ilmu itu amat penting untuk pemikiran kritis.
Pada pendapat saya masaalah umat Islam akhir zaman ini adalah kerana kurangnya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang maka apabila pemikiran kritis tidak dilakukan, apa sahaja yang disogokkan, terutamanya apa yang sesuai dengan cara hidup (yang sudah tentulah ikut cara barat berkat hipnosis dari tv) maka ianya amatlah mudah diterima bulat-bulat. Bukankah menuntut ilmu itu wajib bagi semua umat Islam baik lelaki dan wanita, akan tetapi jika saya bekerja sebagai engineer, adakah saya hanya patut tumpukan pembelajaran saya pada bab enjin sahaja? Perlu diingatkan pengkhususan pekerjaan juga adalah salah satu strategi kapitalis untuk mengoptimum dan menambahkan kecekapan tenaga kerja golongan kebanyakan, untuk apa? Untuk memastikan apa jua pelaburan mereka akan lebih terjamin dan juga akan memberikan pulangan yang lumayan, dan tenaga kerja ini kemudiannya dilenakan dan didodoikan dengan mimpi yang indah, dibawa ke alam fantasi menerusi hiburan baik tv, musik, video, filem, sukan, facebook, porno, arak, rumah urut, karaoke dan sebagainya.
Apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak tahu? Tentulah samada belajar atau bertanya kepada yang tahu, akan tetapi pada pendapat saya perlulah juga kita bertanya kepada beberapa guru yang berbeza dan juga memikirkan apakah motif mereka? Jika kita ditimpa penyakit kronik bukankah selalu kita mendapatkan pandangan dari beberapa doktor pakar yang lain, kerana apa? Kerana badan kita yang sakit jadi jika salah diagnosis akibatnya kita sendiri yang menanggungnya nanti. Begitu jugalah sepatutnya dalam bab kewangan ini, bukankah wang itu "darah" yang menjana kehidupan didunia ini dan jika riba' adalah dosa yang diperangi oleh Allah SW maka bukankah lebih baik jika kita meminta pendapat beberapa "doktor" perbankan Islam ini. Masaalahnya ramai tokoh profesional pakar didalam perbankan Islam yang menentang praktis yang diamalkan oleh perbankan Islam semasa ini tidak dikenali ramai, kerana apa? Kerana media dikawal oleh pemerintah zalim memang tidak akan memperketengahkan golongan sebegini baik melalui media ataupun kebebasan untuk memberikan ceramah-ceramah terbuka seperti dimasjid kerana ianya tidak selari dengan agenda mereka iaitu untuk terus kekal berkuasa, dan bagaimana untuk terus kekal berkuasa? Caranya adalah dengan memastikan rakyat kekal lemah dengan tidak punyai kebebasan baik dari ekonomi (riba' baik pintu depan atau belakang) mahupun minda (tiada kebebasan media, tidak menggalakkan budaya ilmu dan sengaja melebih dan mengutamakan hiburan) apatah lagi melabelkan mereka yang memperjuangkan kepentingan rakyat sebagai pembangkang, merosakkan keharmonian masyarakat, guna ISA dan sebagainya.
Jika saya diperli oleh Uzar kerana kurangnya ilmu agama, mungkin saya akan mendiamkan diri sahaja, akan tetapi jika saya sebagai engineer hanya perlu belajar bab enjin sahaja, tidak perlu kaji bab wang yang saya gunakan hari-hari ini apatah lagi hanya patut menerima sahaja pendapat ustaz perbankan islamik tersohor maka amatlah saya tidak bersetuju dan tidak mampu hanya mendiamkan sahaja. Perintah Allah SW kepada manusia yang pertama adalah "Iqra" iaitu baca tetapi adakah untuk Nabi SAW sahaja? Dan adakah mendalami ilmu itu hanya pada ilmu yang berkenaan kerjaya kita sahaja? Ilmu didunia ini sebenarnya ibarat salah satu kepingan dari kepingan-kepingan "jigsaw puzzle" kehidupan, jika kita hanya temui sekeping sahaja (belajar satu ilmu sahaja) maka amat sukar untuk kita mengetahui realiti sebenar kehidupan, akan tetapi jika kita mempelbagaikan ilmu maka, lebih banyak kepingan "puzzle" yang akan kita temui maka apabila kita cantum-cantumkan dan cuba melihat kaitan antara mereka maka lama kelamaan makin jelaslah realiti kehidupan itu sebenarnya. Ini telah saya buktikan dengan mengkaitkan pelbagai ilmu dari artikel lepas sebelum ini dengan artikel semasa.
Dunia akhir zaman ini juga penuh dengan muslihat dajjal yang mana air yang sejuk rupanya api yang panas menyala, dan untuk melihat muslihat itu kita perlu bersusah payah sedikit dengan berusaha mendalami pelbagai ilmu (bukan susah payah bayar lebih kepada perbankan Islam), dan apabila kita mampu melihat mana satu api dan mana satu air maka tidaklah mudah kita akan terpedaya. Saya minta rakan-rakan semua menyahut cabaran saya ini untuk mendalami ilmu dan mulakannya dengan memahami terjemahan Al Quran, sebab itulah saya telah lancarkan kempen Satu Rumah Satu Terjemahan Al Quran agar pemahaman akan tercapai, faham akan suruhan dan larangan Allah SW yang mana akan membina jaringan-jaringan baru neuron didalam otak dan kemudiannya akan menjadi salah satu cabang penilaian yang akan digunakan oleh frontal lobe untuk membuat keputusan didalam kehidupan. Belajar atau mengetahui suatu yang baru itu adalah membuat jaringan neuron yang baru didalam otak, mengingatinya pula adalah untuk memastikan jaringan itu terus wujud. Walaupun apabila kita membaca sesuatu itu, besar kemungkinan kita tidak mampu mengingatkan kesemuanya (kecualilah jika punyai kemampuan seperti Lawrence Kim Peek) akan tetapi sekurang-kurangnya kita tahu dimana rujukan yang boleh kita buat ataupun apabila perkara itu dibicarakan, pasti akan terdetik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena apatah lagi jika ianya sengaja ditinggalkan, contohnya apabila ayat 280 surah Al Baqarah itu sengaja tidak mahu diulas oleh ahli perbankan islamik.
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. Surah Ar-Rum 30:39
Harta yang berkembang biak dari keringat insan lain apatah lagi dengan mendapatkannya dengan pelbagai helah itu tidak akan mendapat keredhaan Allah SW, hanya dengan sedekah dan tolong sesama insan dan bertakwa iaitu menyerahkan ganjarannya itu kepada Allah SW semata-mata, ini bukan bermaksud tidak boleh mencari nikmat dan harta dunia akan tetapi ianya mestilah dilakukan dengan tidak menganiaya insan lain yang lemah apatah lagi kurang berpengetahuan. Jiran saya semasa membuat tesis diuniversitinya dahulu pernah ditempelak oleh pensyarahnya kerana rakan saya itu tidak bersetuju dengan cara perbankan islamik, "Kalau macam tu buat bank kebajikan je lah..." kata pensyarah beliau, ya, pada pendapat saya memang bank sebegitulah yang patut diwujudkan, bank yang menjaga kepentingan semua rakyat dan bukan bank yang menjaga kepentingan segelintir golongan terpilih sahaja. Sebab itu didalam artikel saya sebelum ini saya mencadangkan bank diseliakan oleh kerajaan yang adil dengan tidak mengambil untung (ataupun bayaran minima seperti dihospital kerajaan sekarang ini) dan tidak memerah keringat rakyat, manakala hospital yang diswastakan sepenuhnya.
Apa sahaja ilmu dan permasaalahan didalam dunia ini tidaklah susah, apabila kita tahu asasnya maka amat mudah untuk memahami. Contohnya bab zakat, asas zakat itu adalah tolong-menolong sesama insan, membantu yang miskin dan juga menyucikan harta. Apabila ini disematkan didalam hati maka kita akan dengan rela hati, tenang dan gembira untuk melakukannya, minda yang tenang ini mudah menyelesaikan masaalah (rujuk artikel Mengapa Bila Marah Duduk), jadi nak buat perkiraan pun mudah. Yang menyebabkan susah nak kira adalah apabila kita punyai sifat bakhil, kedekut, tak ikhlas dan takut terbayar lebih, dalam keadaan begini memanglah otak payah nak kira. Berbalik kepada bab riba' ini asasnya adalah untuk mengelakkan penindasan dan perhambaan (kekayaan bertambah hasil usaha insan lain) , maka dari situ kita boleh lihat samada ianya riba' atau tidak. Yang susahnya adalah untuk memutar-belitkan riba' iaitu untuk membolehkannya, sebab itulah pelbagai helah terpaksa digunakan, begitu jugalah sistem ekonomi konvensional yang penuh dengan pelbagai kata-kata teknikal yang pelik agar tidak difahami oleh manusia kebanyakan, dan apabila ianya tidak difahami maka mudahlah manusia itu dikotak-katikkan.
Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa, apa yang saya nyatakan dari artikel-artikel saya ini juga bukanlah hanya pendapat saya sendiri semata-mata malah kebanyakannya juga saya rujuk hasil kerja profesional lain. Takkanlah dekan Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa professional yang tidak bertauliah. "Triple" riba' perbankan Islam itu pun saya ambil dari kenyataan salah seorang ahli panel didalam persidangan riba yang lepas, dan beliau adalah bekas pengerusi salah sebuah organisasi perbankan islamik dinegara kita. Jika anda tidak bersetuju dengan pendapat saya, itu sepatutnya tidak memberikan apa-apa impak kepada anda semua, kita semua punyai jaringan neuron yang berbeza diotak dari ilmu yang dipelajari, pengalaman, pembacaan dan sebagainya maka sudah pastilah pendapat berbeza-beza, anggapkanlah ianya umpama perbezaan antara penggemar durian dan yang tidak, yang suka bola dan tidak dan sebagainya. Jika anda selesa dengan perbankan islamik, maka teruskan sahajalah, tugas saya sebagai penyampai maklumat sudah selesai dan insyaallah moga saya tidak akan dipersoalkan diakhirat kelak nanti keatas ilmu yang saya miliki.
Azab yang demikian ini disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. Surah Al-Haj 22:10
Dan apa jua yang menimpa kamu dari suatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Surah Ash-Shura 42:30
Tetapi mesti ingat, tiada yang percuma didunia ini, ada harga yang terpaksa dibayar iaitu dibalas didunia ini mahupun disoal dan dibalas oleh Allah SW diakhirat kelak, jika ada musibah atau masaalah hidup yang anda hadapi contohnya telah ataupun takut akan dirompak atau dicuri maka janganlah pula nak menyalahkan takdir atau menganggap secara semulajadinya manusia mahu menjadi pencuri, kita tidak tahu adakah itu benar-benar takdir kita atau ianya balasan akibat perbuatan kita sendiri kerana ingatlah bahawa Allah SW tidak pernah menganiaya hamba-hambanya dan Allah SW telah pun memberi amaran bahawa apa sahaja keburukan yang melanda adalah akibat perbuatan sendiri. Selidikilah kehidupan anda selama ini adakah ianya tidak jemu-jemu dari kesukaran, kepayahan dan pelbagai masaalah. Inilah akibatnya jika kita diperangi Allah SW dan rasulNya saban hari. Saya cuma mahu rakan-rakan menjadi lebih bertanggungjawab didalam kehidupan dan berkuasa mengawal dan memilih suasana kehidupan yang aman dan harmoni sebagaimana yang kita semua inginkan dengan berlandaskan syariah, dan pada masa juga menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat sekeliling, itulah tugas kita sebagai khalifah dimuka bumi ini iaitu pemimpin yang dan bukannya untuk diri sendiri sahaja semata-mata, bak kata Uzar didalam ceramahnya akan lima perkara yang akan dipersoalkan oleh Allah SW diakhirat kelak.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala disisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlaku sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka-cita. Surah Al-Baqarah 2:277
Ahamdulillah hidup saya lebih tenang dan aman sejak saya menggunakan pendekatan lain didalam kehidupan. Sebagaimana saya mahukan "syurga" untuk diri saya sendiri, begitu jugalah saya mahukan untuk insan-insan lain. Berfikir dengan cara yang sama dengan melihat dari perspektif yang sama yang mana akan menyebabkan kita bertindak dan melakukan perkara yang sama hanya akan memberikan kualiti kehidupan yang sama. Jika kita mahu ubah kehidupan baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga alam sekitar, kita patut memulakannya dengan mengubah cara kita berfikir dan cuba melihat dunia dari perspektif yang berbeza, barulah perubahan akan terhasil. Akan tetapi jika kita hanya menjadi pengikut atau pak turut kepada apa sahaja yang disogokkan terutama oleh kerajaan yang korup menerusi media yang dikawal oleh mereka apatah lagi tenggelam dalam dunia hiburan maka kita akan berterusan menjadi hamba kepada mereka, menjadi rakyat dan pekerja yang taat dan setia dibawah perhambaan ekonomi halus dan tidak kelihatan ini (dibutakan oleh cintakan dunia dan lupakan akhirat).
Akan tetapi bagi rakan-rakan yang telah terguris hatinya apabila membaca penjelasan saya ini, sayu, sedih dan rasa telah berdosa (seperti saya semasa mula-mula menyedarinya dulu) maka ingatlah bahawa Allah SW itu maha pengampun lagi maha penyayang , saya telah pun memberikan pandangan dan cadangan akan langkah-langkah yang boleh diambil agar kita semua diampun oleh Allah SW. Telah tetap pendirian saya akan haramnya praktis perbankan islamik yang diamalkan sekarang ini malah lebih buruk dari perbankan konvensional. Bagi yang setia dengan perbankan islamik jangan berkecil hati, marah, melatah dan sebagainya, saya hanyalah engineer dan bukan ahli perbankan syariah, dan apa yang engineer ini suarakan tidak boleh atau janganlah dianggap sebagai fatwa, apa yang "professor engineer" ini cuba berikan hanyalah ketukan minda untuk mereka yang mahu berfikir. Berfikirlah ikut akal yang di sirami dengan pelbagai ilmu dan janganlah berfikir ikut rasa. Didalam dunia maya ini sesiapa pun bebas memberikan pendapat, terpulanglah pada diri anda untuk menilai dan menerimanya.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/01/kamu-engineer-belajar-enjin-sudahla.html#ixzz1BJ832ZfE
Posted by amn077 at 23:11 1 comments