BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 August 2009

Ramadhan : Apa Perlu Buat?

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Bonus & Belanjawan
Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita
Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif?
Sudah tentu jawabnya kerana ; "dapat duit " .
Mengapa kita seronok mendapat duit ?
Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain.
Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?
Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat.
Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan?
Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja.
Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok?
Jika tidak, maka apakah yang boleh menyeronokkan kita selepas mati ?
Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseornokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang.
Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus duit? Sedangkan ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan dipermudahkan peluang untuk ke syurga Allah s.w.t.

Tapi bezanya, ramai yang kelihatan lebih seronok kerana di permudahkan untuk meraih rumah kediaman di dunia dan mungkin akan dapat 'save' lebih banyak duit. Ini kerana belanjawan baru-baru ini (untuk tahun 2008) akan mewujudkan lebih banyak rumah kos rendah, kos 'stamp duty' bagi rumah RM 250,000 ke bawah dikurangkan 50 %, boleh menggunakan wang akaun kedua dari KWSP untuk pembayaran rumah, yuran sekolah dan peperiksaan anak ditiadakan, buku teks percuma dan lain-lain. Semua ini disambut dengan gembira kerana memberi ruang untuk mengumpul duit dan digunakan untuk perkara lain.
Manakala pada belanjawan 2009 pula pastinya memberikan sedikit kelegaan buat individu berpendapatan rendah dan sederhana. Antara yang dikira menggembirakan adalah seperti :-
Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

SERONOK HAKIKI DAN SEMENTARA
Keseronokan jiwa yang hadir kerana dipermudahkan cara untuk memiliki rumah dalam belanjawan baru-baru ini lebih didapat dilihat dan dihayati oleh ramai daripada keseronokan untuk memasuki bulan yang dipermudahkan jalan pemilikan rumah syurga di akhirat yang kekal abadi.
Mengapa ini boleh berlaku kepada hati kita?. Apakah silapnya? Mengapa dan mengapa?. Pernahkah kita memikirkan mengapa gembira berpeluang dapat harta akhirat sebagaimana kita gembira mendapat harta dunia.
"Ya Allah, bantulah kami yang telah menzalimi diri kami, tiada tuhan melainkanMu dan engkaulah yang maha pengampun"

TAWARAN BONUS LUAR BIASA
Justeru, niat yang ikhlas dan benar ketika melaksanakan kewajiban Ramadhan adalah kunci kepada ‘bonus' yang ditawarkan oleh Allah. Bermakna, barangsiapa yang berpuasa Ramadhan bukan kerana Allah tetapi disebabkan oleh rasa malu kepada rakan-rakan, atau ter'paksa' menuruti suasana atau hanya ingin menunjuk-menunjuk dan lain-lain sebab keduniaan, tiadalah orang seperti ini layak mendapatkan ‘bonus' dan tawaran istimewa ‘pahala luar biasa' yang ditawarkan oleh Allah.
Selain itu, pahala ‘bonus' ini juga boleh tergugat dengan amalan-amalan keji bercakap buruk seperti maki, mencarut, mengeji orang, mengumpat, memfitnah dan apa-apa yang berkaitan dengan dosa lidah dan anggota juga akan menipiskan lagi ganjaran pahala seseorang walaupun ia berniat benar ketika berpuasa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith ertinya
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari).
Beberapa ulama seperti Abu Gharib Al-Asfahani, Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya berpandangan bahawa di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan beberapa dalil, bagaimanapun sukar untuk saya muatkan di ruangan terhad ini. Sebagai jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana masih terdapat kemungkinan dosa dipergandakan.

SYAITAN KENA GARI?
Umat Islam perlu lebih fokus untuk mencapai kebaikan di bulan ini. Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41) ; terdapat juga ulama yang mengatakan bahawa bulan ini dinamakan ‘Ramadhan' (yang bermaksud panas) oleh Allah SWT kerana bulan ini adalah bulan menghanguskan dosa. (Mughni, Ibn Quddamah, 4/116).
Ada pula yang bertanya berkenaan erti Syaitan di belenggu dalam hadith di atas. Sebahagian ulama berpandangan bahawa ia membawa maksud ketidakmampuan Syaitan menguasai orang yang berpuasa sebagaimana penguasaannya di luar bulan ramadhan. ( Al-Muntaqa Min At-Targhib Wa at-Tarhib, Al-Munziri dan Al-Qaradawi, 1/313 )
Ada juga yang menyebut sebahagian jenis Syaitan yang utama sahaja di belenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini. Walaubagaimanapun, sebenarnya ia adalah akibat dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan utama di belenggu. (Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Syeikh Atiyyah Saqar, 2/13).

MARI MAKSIMUMKAN BONUS RAMADHAN
Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :
" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).
Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).
Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).
Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).
Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.
Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)
(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :
‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :
Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).
Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Sekian dan Ramadhan Kareem..

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
28 Syaaban 1428 H
10 September 2007

Adab-Adab Menyambut Kelahiran Mengikut Sunnah

Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : سَمُّوا بِاسْمِى وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِى
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Namakan (anak kalian) dengan nama ku tetapi jangan mengambil gelaran seperti gelaran ku (Abu Qasim).

Anak yang keguguran juga sunat diletakkan nama. Juga disunatkan menukar nama yang tidak elok. Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud:

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ


Maksudnya: Daripada Abu Darda’ berkata: Bersabda Rasul s: Sesungguhnya kalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama-nama ibu bapa kalian, maka indahkan nama-nama kalian.


4) Akikah.

Untuk anak lelaki dua ekor kambing, manakala anak perempuan seekor kambing. Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan di dalam as-Sunan al-Kubra:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« يُعَقُّ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ ». قَالَتْ : وَعَقَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ شَاتَيْنِ يَوْمَ السَّابِعِ وَأَمَرَ أَنْ يُمَاطَ عَنْ رَأْسِهِ الأَذَى. وَقَالَ : اذْبَحُوا عَلَى اسْمِهِ وَقُولُوا بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُمَّ لَكَ وَإِلَيْكَ هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَنٍ


Maksudnya: Daripada Aisyah RA daripada Nabi SAW bersabda: Dibuat akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang (sama besar/sama umur) dan untuk anak perempuan seekor kambing. Berkata Aisyah: Rasulullah SAW membuat akikah untuk Hasan dan Husain dengan dua ekor kambing dan memerintahkan untuk mencukur rambut. Sabda Nabi SAW: Sembelihlah dengan nama Allah dan ucapkanlah “dengan nama Allah dan Allah maha besar. Ya Allah, untuk Mu dan kepada Mu akikah fulan ini”.


Juga termasuk di dalam perkara sunah bersedekah senilai timbangan rambut yang dicukur dengan nilaian emas atau perak. Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Tirmidzi daripada Ali bin Abi Talib:

يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ


Maksudnya: Wahai Fatimah, cukurlah kepalanya (Hasan) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya dengan perak. Berkata Ali: Fatimah menimbang dan beratnya satu dirham atau sebahagian dirham.


Berkata Saidatina Aisyah: “Jangan dipatahkan tulang korban akikah”. Optimis tulang anak yang dilahirkan sempurna dan sihat.


5) Tahnik dengan kurma atau manisan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim;

عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّهَا حَمَلَتْ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ بِمَكَّةَ قَالَتْ فَخَرَجْتُ وَأَنَا مُتِمٌّ فَأَتَيْتُ الْمَدِينَةَ فَنَزَلْتُ بِقُبَاءٍ فَوَلَدْتُهُ بِقُبَاءٍ ثُمَّ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ فِي حَجْرِهِ ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَنَّكَهُ بِالتَّمْرَةِ ثُمَّ دَعَا لَهُ وَبَرَّكَ عَلَيْهِ وَكَانَ أَوَّلَ مَوْلُودٍ وُلِدَ فِي الْإِسْلَامِ


Maksudnya: Daripada Asma’ sesungguhnya dia mengandungkan Abdullah bin az-Zubair di Mekah. Dia berkata: Aku keluar (dari Mekah) ketika hampir melahirkan dan memasuki Madinah. Aku singgah di Quba dan melahirkannya di situ. Kemudian aku menemui Rasulullah SAW lalu baginda meletakkan Abdullah di riba baginda. Kemudian baginda meminta kurma dan mengunyahnya kemudian meludah ke dalam mulut Abdullah. Benda pertama yang memasuki rongga Abdullah ialah air liur Rasulullah SAW kemudian mentahniknya dengan tamar. Kemudian baginda mendoakannya dan memberkatinya. Abdullah kanak-kanak pertama yang dilahirkan di dalam Islam.

| 2008-09-20 12:17:11
Adab-adab menyambut kelahiran
(Adaptasi daripada Ihya’ Ulumiddin Imam Ghazali S)
Dipetik dari: Laman Web E-Fiqh

Golongan Wanita

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Wanita mengikut definisi ulamak : Seorang manusia yang sudah baligh secara mutlak iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun belum.

AYAT AL-QURAN BERKENAAN GOLONGAN WANITA

1) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


2) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 124

Maksudnya : Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
3) Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 189

Maksudnya : Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik, tentulah Kami menjadi orang-orang Yang bersyukur".

HADIS NABI SAW BERHUBUNG GOLONGAN WANITA

1) Daripada ‘Aisyah RA, sabda nabi SAW

إنما النساء شقائق الرجال
Maksudnya : Sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki. (Riwayat daripada Imam Ahmad, Abu Daud dan Imam Tirmizi)

PERBAHASAN ULAMAK BERKENAAN GOLONGAN WANITA

Terdapar segolongan masyarakat yang mendakwa bahawa golongan perempuan adalah sama dengan golongan lelaki. Apa yang boleh dilakukan oleh lelaki, wanita juga boleh melakukannya. Mereka mnggunakan hadis yang disebutkan di atas tadi sebagai hujah untuk menyokong apa yang meraka dakwakan. Sesungguhnya hadis tersebut bukanlah menunjukkan bahawa wanita itu adalah sama seperti lelaki pada setiap sesuatu.Bahkan terdapat riwayat lain yang menjelaskan berkenaan dengan maksud hadis tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Imam Tirmizi. (Nabi SAW ditanya berkenaan dengan mimpi bagi seorang lelaki (iaitu tanda baligh). Lalu Ummu Salamah berkata : Begitu juga bagi perempuan. Adakah wajib keatasnya mandi? Nabi SAW menjawab “Ya, sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki”).

Kalaulah hendak disokong, banyak lagi dalil lain yang boleh digunakan untuk menguatkan hadis tersebut. Terdapat beberapa ayat al-Quran sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 195

Maksudnya : Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Ahzab ayat 35

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman . Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam).

Kita tidak sepatutnya hanya berpegang dengan dalil-dalil yang disebutkan tadi sahaja sementara meninggalkan sabahagian dalil lain yang menjelaskan berkenaan persamaan lelaki dan wanita. Firman Allah SWT lagi dalam surah an-Nisa’ ayat 11, 32 dan 34

Maksudnya : Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

Masudnya : Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.

Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228

Maksudnya : Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sabda Nabi SAW

ليس منا من تشبه بالرجال من النساء , ولا من تشبه بالنساء من الرجال

Maksudnya : Bukanlah dikalangan kami bagi golongan wanita yang menyerupai lelaki, begitu juga bagi golongan lelaki yang menyerupai wanita.


بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Wanita mengikut definisi ulamak : Seorang manusia yang sudah baligh secara mutlak iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun belum.

AYAT AL-QURAN BERKENAAN GOLONGAN WANITA

1) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


2) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 124

Maksudnya : Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
3) Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 189

Maksudnya : Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik, tentulah Kami menjadi orang-orang Yang bersyukur".

HADIS NABI SAW BERHUBUNG GOLONGAN WANITA

1) Daripada ‘Aisyah RA, sabda nabi SAW

إنما النساء شقائق الرجال
Maksudnya : Sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki. (Riwayat daripada Imam Ahmad, Abu Daud dan Imam Tirmizi)

PERBAHASAN ULAMAK BERKENAAN GOLONGAN WANITA

Terdapar segolongan masyarakat yang mendakwa bahawa golongan perempuan adalah sama dengan golongan lelaki. Apa yang boleh dilakukan oleh lelaki, wanita juga boleh melakukannya. Mereka mnggunakan hadis yang disebutkan di atas tadi sebagai hujah untuk menyokong apa yang meraka dakwakan. Sesungguhnya hadis tersebut bukanlah menunjukkan bahawa wanita itu adalah sama seperti lelaki pada setiap sesuatu.Bahkan terdapat riwayat lain yang menjelaskan berkenaan dengan maksud hadis tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Imam Tirmizi. (Nabi SAW ditanya berkenaan dengan mimpi bagi seorang lelaki (iaitu tanda baligh). Lalu Ummu Salamah berkata : Begitu juga bagi perempuan. Adakah wajib keatasnya mandi? Nabi SAW menjawab “Ya, sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki”).

Kalaulah hendak disokong, banyak lagi dalil lain yang boleh digunakan untuk menguatkan hadis tersebut. Terdapat beberapa ayat al-Quran sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 195

Maksudnya : Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Ahzab ayat 35

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman ……………. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam).

Kita tidak sepatutnya hanya berpegang dengan dalil-dalil yang disebutkan tadi sahaja sementara meninggalkan sabahagian dalil lain yang menjelaskan berkenaan persamaan lelaki dan wanita. Firman Allah SWT lagi dalam surah an-Nisa’ ayat 11, 32 dan 34

Maksudnya : Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.

Masudnya : Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.

Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228

Maksudnya : Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sabda Nabi SAW

ليس منا من تشبه بالرجال من النساء , ولا من تشبه بالنساء من الرجال

Maksudnya : Bukanlah dikalangan kami bagi golongan wanita yang menyerupai lelaki, begitu juga bagi golongan lelaki yang menyerupai wanita.

Kesemua dalil al-quran serta hadis nabi SAW di atas menunjukkan terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu terdapat juga beberapa kesamaan antara 2 golongan tersebut. Sepertimana yang dibahaskan oleh Sheikh ‘Athiah Saqr, terdapat 3 perkara yanag sama antara lelaki dan wanita
1) Kedua-duanya diciptakan oleh pencipta yang satu iaitu Allah SWT.
2) Kedua-duanya berasal daripada tubuh yang satu iaitu nabi Adam AS
3) Kedua-duanya diberikan oleh Allah SWT peluang yang sama banyak untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan.

Sepertimana golongan lelaki dilebihkan oleh Allah SWT berbanding wanita, mereka juga dilebihkan oleh Allah SWT berbanding lelaki daripada beberapa sudut. Allah SWT memuliakan golongan wanita yang digelar ibu dengan memerintahkan hambanya untuk berbuat kebajikan kepada mereka. Bahkan agama Islam menyuruh supaya dilebihkan kebajikan tersebut berbanding seorang ayah. Hal ini kerana agama Islam melihat kepada pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya ketikamana mengandung, melahirkan, menyusu, memelihara serta mendidiknya sehinggalah besar.

Sebab itulah ulamak ada menyebut : sekiranya kita mempunyai harta yang hendak diserahkan kepada salah seorang daripada keduanya, maka dahulukan ibu berbanding ayah. Jikalau bertembung kehendak antara keduanya, maka dahulukan kehendak ibu berbanding ayah. Sesungguhnya berbuat kebajikan kepada seorang ibu itu lebih diutamakan daripada keluar berjihad di jalan Allah SWT.

Sekiranya seseorang yang sedang solat, tiba-tiba ibunya menyeru, maka hendaklah dia menjawab seruan ibunya dan meninggalkan solatnya. Perkara tersebut hanya dibenarkan pada solat sunat sahaja. Kata Imam Haramain, bahkan perkara tersebut wajib dilakukan walaupun pada solat fardhu.

Walaupun ibunya adalah seorang yang kafir atau golongan yang sering melakukan maksiat, syariat tetap mewajibkan untuk melakukan kebajikan kepadanya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 15

Maksudnya : Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.

Agama Islam juga melebihkan hak seorang ibu itu melebihi hak seorang isteri. Terdapat satu riwayat daripada Hakam dan disahihkan oleh Imam az-Zahabi, sabda nabi SAW

أعظم الناس حقا على المرأة زوجها , و أعظم الناس حقا على الرجل أمه

Maksudnya : Orang yang paling berhak keatas seorang wanita adalah suaminya dan orang yang paling berhak keatas seorang lelaki adalah ibunya.

Kata Imam al-Bughawi dalam kitab Masabih as-Sunnah, sabda nabi SAW

إن إكرام الزوجة على الأم و الصديق على الأب من علامات الساعة

Maksundnya : Sesungguhnya kemulian seorang isteri yang melebihi seorang ibu dan kemulian seorang kawan yang melebihi seorang ayah adalah antara tanda-tanda kiamat.

Akan tetapi ketaatan yang diberikan bukanlah pada perkara yang maksiat atau perkara yang tidak mampu dilakukan tetapi adalah sebaliknya. Ketahuilah bahawa redha Allah SWT itu terletak pada redha kedua ibu dan ayah.

Terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad, an-Nasaie, Ibnu Majah, Hakam, daripada Mu’awiyah bin Jahimah dalam hadis yang panjang, sabda nabi SAW

الجنة تحت أقدام الأمهات

Maksudnya : Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu.

Kata Imam al-‘Ajluni, hadis ini bermaksud sikap tawaduk serta merendahkan diri terhadap ibu, berkhidmat kepadanya, mentaati perintahnya kecuali kepada apa yang dilarang oleh syarak merupakan penyebab untuk masuk kedalam syurga Allah SWT.

Wallahu A’lam
-shahbanjari-

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

1. SOYA
Kacang
soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya
mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium &
Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak
jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 2. KUACI
Kuaci
mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol
HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau
bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar
pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak
LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan
sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak
yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya,
sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm
badan.

5. IKAN TUNA
termasuk
sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi
sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn
400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih
daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia
mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan
khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah
400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka
yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu
batu adalah pilihan yg sesuai

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

1. SOYA
Kacang
soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya
mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium &
Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak
jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL) 2. KUACI
Kuaci
mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol
HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau
bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar
pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak
LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan
sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak
yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya,
sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm
badan.

5. IKAN TUNA
termasuk
sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi
sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn
400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih
daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia
mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan
khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah
400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka
yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu
batu adalah pilihan yg sesuai

Orang berpuasa dijanjikan kemenangan dunia, akhirat

"DAN berpuasa itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui" (al-Baqarah:184). Ayat ini begitu ringkas, namun tidak sama ringkasnya pernyataan Allah ini dengan kata makhluk-Nya. Sesungguhnya puasa bukan membebankan, tetapi peluang untuk mengumpul pahala.
• Puasa sebagai perisai.

Dalam hadis, Nabi SAW menganjurkan kepada mereka yang berkeinginan berkahwin tetapi tidak mampu, supaya berpuasa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai pemuda! Sesiapa antara kamu yang berkemampuan kahwin, maka berkahwinlah. Ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat menjadi perisai baginya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis lain pula dinyatakan puasa menjadi perisai dan penghalang kepada api neraka. Daripada Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah bersabda maksudnya: "Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkannya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim).
• Puasa dapat masukkan seseorang ke syurga.

Daripada Abu Umamah ra berkata: "Aku pernah bertanya, wahai Rasulullah, tunjukkan amalan yang aku dapat masuk syurga dengannya. Nabi SAW menjawab, hendaklah engkau berpuasa, tiada lagi yang seumpamanya". (Riwayat al-Nasai, Ibn Hibban dan al-Hakim)
• Pahala tiada had.
• Dua kegembiraan.
• Bau mulut lebih harum daripada kasturi di sisi Allah .

Ketiga-tiga kelebihan ini dinyatakan Rasulullah dalam hadis bermaksud Daripada Abu Hurairah berkata: "Bersabda Rasulullah, Allah berfirman maksudnya: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (pahala yang ada had), kecuali puasa kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya dan puasa itu perisai dan apabila seseorang berpuasa, janganlah ia mengeluarkan kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Jika ada orang lain mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, katakanlah, sesungguhnya aku berpuasa. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi. Untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Orang berpuasa menikmati dua kegembiraan iaitu dunia (menikmati juadah) dan akhirat (bertemu Allah di akhirat).

Disediakan al-Rayyan iaitu pintu syurga yang dikhaskan untuk orang berpuasa.

Manfaat Ramadan tingkat ketakwaan

Alangkah indahnya jika ummah berebut-rebut untuk meraih janji Allah

PUASA Ramadan sepatutnya dapat melahirkan insan bertakwa sejajar kefarduannya yang datang daripada Allah kepada umat-Nya terdahulu hingga sekarang bukan untuk membebankan tetapi sebagai proses pentarbiahan.

Namun, kata pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd Farid Ravi Abdullah, adalah malang bagi masyarakat Islam jika tidak memanfaatkan kedatangan Ramadan untuk meningkatkan ketakwaan mereka.

Justeru katanya, umat Islam di negara ini wajar mencontohi sikap saudara mereka di negara Arab yang meraikan kehadiran Ramadan dengan meneruskan budaya yang diamalkan sahabat daripada sunnah Rasulullah SAW.

"Selama lima tahu saya di Jordan, setiap kali tiba pengumuman tarikh mula Ramadan, masyarakat di sana akan berkumpul di masjid dan sebaik pengumuman dibuat, semua akan bersorak sambil berpelukan gembira menyambut tibanya bulan mulia itu.

"Peliknya orang kita apabila tiba Ramadan tidak pula begitu suasananya. Menyambut awal Ramadan tidak ada beza dengan hari lain. Akhirnya Ramadan berlalu begitu saja," katanya pada seminar penghayatan Ramadan bertema 'Puasa Membentuk Ketakwaan dan Kesejahteraan'.

Seminar sehari diadakan di Auditorium As-Syafie Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Bangi, Selangor anjuran ILIM dengan kerjasama Hospital Pakar An Nur dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.
Seminar dihadiri kira-kira 150 peserta di kalangan pengamal perubatan, kakitangan hospital kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan itu dirasmikan Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya. Hadir sama, Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman.

Mohd Farid yang menyampaikan ceramah bertajuk Puasa Membentuk Insan Beriman dan Bertakwa berkata, Saidina Ali menjelaskan takwa itu mengandungi empat perkara iaitu takut kepada Allah, rasa cukup dengan yang sedikit, beramal dengan al-Quran dan bersiap sedia berjumpa Allah.

Beliau berkata, rasa takut kepada Allah akan mendorong seseorang itu melaksanakan ibadat puasa dengan ikhlas serta mengharap balasan setimpal daripada Allah sementara sifat cukup dengan yang sedikit melahirkan insan bersyukur.

Ramadan juga dinamakan bulan al-Quran kerana kitab suci Allah itu diturunkan pada 17 Ramadan dan seharusnya kitab itu ditadaruskan sepanjang bulan puasa. Persiapan bertemu Allah yang turut meningkatkan ketakwaan ada kaitan dengan pencarian malam lailatul qadar.
"Banyak yang boleh kita pelajari pada Ramadan untuk menjadikan diri insan lebih bertakwa. Bulan puasa patutnya kita lebih berjimat kerana lapar dan dahaga yang dirasai mendidik menjadi insan sentiasa bersyukur.

"Sudah berapa lama kita berpuasa dan takkan selama itu tidak pernah bertemu dengan lailatul qadar. Rasa tidak rugi ke? Oleh itu, perbanyakkan ibadat malam terutama pada 10 terakhir Ramadan supaya kita dapat bertemu malam yang lebih baik daripada seribu bulan," katanya.

Katanya lagi, umat Islam negara ini perlu mengimarahkan sambutan Ramadan dengan menunjukkan semangat yang tinggi untuk meningkatkan amalan serta mengubah budaya menyambut kedatangan bulan puasa hanya sebagai saat melaksanakan ibadat puasa yang datang setahun sekali.

Begitu juga keghairahan membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan yang menjadi sebahagian budaya pada Ramadan hingga menyebabkan berlaku pembaziran apabila terlalu mengikut nafsu.

Menurutnya, hanya Malaysia mempunyai Bazar Ramadan yang menjadi medan kepada peniaga serta pembeli untuk menjual dan membeli makanan berbuka puasa.

Budaya itu tidak menjadi kesalahan tetapi hendaklah dimanfaatkan sewajarnya supaya tidak berlaku perkara melanggar batasan agama di mana peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga mahal dan pembeli membeli mengikut nafsu bukan keperluan.

Mohd Farid berkata, umat Islam juga perlu menghargai nikmat pemberian Allah kepada hambanya dengan memberi pelbagai nikmat pada bulan istimewa ini antaranya pahala amalan digandakan serta didatangkan satu malam menjanjikan seribu kebaikan.

Beliau berkata, alangkah indahnya jika sepanjang Ramadan ini semua masjid dan surau dipenuhi umat Islam yang berebut-rebut untuk meraih janji Allah kerana bulan puasa adalah antara ruang disediakan untuk menghapus dosa lalu.

"Jika selalunya sepuluh malam pertama masjid dan surau penuh, sepuluh malam pertengahan susut dan sepuluh malam terakhir lebih banyak tiang dari jemaah, saya harap tahun ini biarlah jemaah penuh sentiasa sepanjang Ramadan.

"Rebutlah pahala amalan fardu sebanyak 70 kali ganda dan amalan sunat mendapat pahala fardu. Ini tawaran Allah supaya umat Islam apabila berakhir Ramadan nanti seperti kain putih yang bersih. Kita tidak mahu puasa kita nanti hanya dapat lapar dan dahaga saja," katanya.

Madu Khasiat dan Perubatan

"Pendahuluan

Al-Quran merupakan kitab petunjuk kepada manusia yang penuh dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan. Rahsia khazanahnya tidak akan habis sampai bila-bila sekalipun ia terus dikaji dan digali. Allah memberikan sedikit pengetahuan kepada ilmuan untuk mengetahui rahsia al-Quran berdasarkan ketajaman intelek dan rohani, pemahaman, hidayah dan ilham yang dikurniakan Allah kepada mereka. Al-Quran terlalu luas isinya. Jika dibuka satu pintu daripadanya, didapati dibelakangnya terdapat pintu-pintu lain yang kuncinya disisi Allah Taala. Firman Allah: ”Tiadalah kami meluputkan sesuatupun didalam al-Kitab” (al-Quran)

Sememangnya al-Quran bukan kitab sains, matematik dan sebagainya. Namun, kitab al-Quran telah menyingkap segala konsep ilmu yang merentasi semua ilmu pengetahuan. Jika kita ingin menyelidiki ilmu yang berkaitan dengan sains, al-Quran memberikan jawapannya. Demikian juga ilmu-ilmu yang lain, al-Quran menyingkap jawapan dengan penuh yakin. Kenyataanya, apabila didapati seolah-olah wujud pertembungan di antara ilmu kajian manusia dengan al-Quran, ternyata ia adalah kelemahan manusia memahami limu kajian mereka, bukan kebenaran al-Quran. Terdapat ulama yang melarang kajian-kajian khususnya membabitkan sains dikaitkan dengan al-Quran jika matlamat kajian itu semata-mata menyesuaikan di antara kedua-duanya.

Mereka berpendapat al-Quran tidak menyentuh soal-soal ilmiah, sama ada yang berkaitan dengan kaedah atau fenomenanya. Pada mereka, penemuan sains sering mengalami perubahan. Jika terdapat ilmuan yang cuba menjadikan tafsiran al-Quran mengikut maklumat sains, di bimbangi akan terjadi usaha berlebih-lebihan untuk menjadikan penemuan tersebut suatu kebenaran seperti maksud al-Quran. Namun, Syeikh Tantawi ulama al-Azhar sebaliknya meyakini bahawa terdapat hubungan yang erat di antara al-Quran dan sains. Pada Tantawi, al-Quran adalah kitab yang hidayah kepada manusia. Bahasa al-Quran adalah tinggi, malah susunan bahasanya sampai ke peringkat susunan bahasa sains paling tinggi. Apabila peraturan sains berubah, maka yang salah ialah pemahaman manusia terhadap maksud Allah tentang ayat-ayatNya. Semuga usaha memahami rahsia alam melalui sains dengan bantuan ayat Allah akan menjadikan kita lebih teguh iman dan ketakwaan kepada Maha Pencipta.

Madu Lebah dalam al-Quran

Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Ayat di atas adalah perkhabaran Allah kepada manusia mengenai tugas yang dibebankan kepada lebah. Lafaz yang ditujukan kepada lebah ialah bentuk ”mu`annath” yakni betina. Ini sesuai dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan lebah dan sesuai pula dengan kehidupannya. Ini kerana kerajaan lebah adalah dipimpin betina dan bilangan lebah jantannya jauh lebih kecil daripada bilangan lebah betina. Dari segi yang lain, peranan lebah jantan dalam kerajaan lebah lebih terhad, hanya untuk memberikan keturunan kepada betina. Apabila selesai lalu semuanya mati, tidak ada yang tinggal kecuali betina sahaja iaitu ratu dan pekerja betina yang bertugas mencari madu dan membuat sarang.

Al-Quran juga menjelaskan mengenai fungsi lebah iaitu memakan berbagai buah-buahan (madu bunga). Jika diperhalusi kenyataan al-Quran tentang buah-buahan ini di dapati pada ayat sebelumnya Allah telah menerangkan mengenai fungsi air yang sangat besar dan manfaatnya kepada alam. Antaranya ialah air menghidupkan bumi yang tandus, menyebabkan adanya susu di dalam tubuh binatang ternak dan menghasilkan pelbagai buah-buahan yang kemudiannya menghasilkan manisan dan zat gula. Malah, terdapat pelbagai keistimewaan yang lain di dalam buah-buahan seperti vitamin, protein, garam dan lain-lain lagi.

Apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”.

Dr Abdul Karim Najib (1994) ketika memberikan komentarnya mengenai hal di atas menjelaskan bahawa warna pada madu lebah itu sangat penting kepada penyembuhan penyakit. Setiap jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang berbeza-beza. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum. Setiap warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza. Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih, kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.

Adalah hal yang tidak janggal jika diperhatikan persoalan warna yang dibincangkan di atas turut dibincangkan oleh pelbagai pihak. Sudah ada beberapa pihak yang mengkaji mengenai hubungan di antara kesihatan tubuh manusia dengan warna-warna yang ada di dalam bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini ditokok tambah pula dengan amalan perawatan tradisional kita juga mengesyorkan mandian bunga-bungaan yang berwarna terang bagi usaha memulihkan kesehatan badan. Tentunya, ia bertujuan bagi menghasilkan getaran dari warna-warna bunga itu untuk kesegaran tubuh badan seseorang.

Madu merupakan ubat bagi semua penyakit.

Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan bagi semua orang, bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu ” padanya terdapat ubat bagi manusia”, dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit. Pendapat kedua ini memberikan pandangan berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Bahasa ArabMereka menyatakan lafaz syifa` merupakan isim nakirah yang tidak semestinya bermakna umum. Ia lebih bermaksud ubat sebahagian penyakit untuk sebahagian orang.

2. Hadis nabi yang mengisyaratkan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sedangkan ubat tersbut hanya diketahui oleh sebahagian orang sahaja.

3. Perbuatan Rasulullah yang berbekam dan tidak menggunakan madu sebagai ubat dalam semua keadaan.

4. Ramuan ubat yang diberikan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

5. Amalan para sahabat nabi dan tabiin.

6.Kenyataan ilmu pengetahuan .

7. Gambaran secara akal.

Hadis Nabi s.a.w mngenai Madu

Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan hal-hal berikut.

1. Madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.

2. Supaya madu itu berfaedah dan berkesan, maka penggunanya perlu menggunakannya beberapa kali.

3. Semua jenis madu, bagaimanapun rupanya tetap mengandungi ubat bagi segala penyakit.

Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu

Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998).

Dr.W.G.Sacket, Microbiologist dari Colorado Agriculture College Fort Collins.

“Kuman demam kepialu mati dalam masa 48 jam. Kuman A dan B Typhosus mati dalam masa hanya 24 jam. Organisma yang menyerupai Typhoid Bacillus mati dalam masa 5 jam. Kuman-kuman yang menyebabkan pneumonia kronik mati pada hari keempat. Begitu juga bacteria-bakteria yang menyebabkan penyakit seperti peritonitis, pleuritis dan bisul bernanah. Sementara cirit-cirit mati dalam masa 10 jam selepas dimasukkan ke dalam madu.”

Madu adalah cairan manis yang berasal dari nektar tanaman yang diproses oleh lebah pekerja menjadi madu dan tersimpan dalam sel-sel sarang lebah. Di Malaysia lebah yang paling banyak diternak untuk menghasilkan madu adalah lebah tempatan (Apis cerana), lebah hutan (Apis dorsata), dan lebah Eropa (Apis Mellifera).

Berbagai kelebihan madu sebagai makanan berzat tinggi sudah diketahui sejak zaman Mesir maupun Yunani kuno. Dalam zaman Mesir kuno, larutan madu bukan sahaja dijadikan sebagai sumber makanan, tetapi juga dijadikan sebagai pengawet yang luar biasa: samada sebagai pengawet daging binatang buruan, sehingga kepada fungsi dalam mumifikasi jenazah yang bertahan ribuan tahun.

Madu dihasilkan oleh lebah madu. Dalam satu koloni lebah madu, terdapat seekor lebah ratu, beberapa ratus lebah jantan, dan lebah pekerja yang bisa mencapai 100.000 ekor. Ukuran lebah ratu dua kali lebih panjang dan 2,8 kali lebih berat dari lebah pekerja. Tugasnya hanya menghasilkan telur dengan jumlah 1.000-2.000 butir. Telur yang dikeluarkan setelah lebah ratu kawin dengan lebah jantan menghasilkan lebah pekerja dan kadang lebah ratu baru. Bila dalam satu koloni ada dua lebah ratu, maka yang satu akan meninggalkan koloni dengan pengikutnya. Sementara telur yang tidak dibuahi menghasilkan lebah jantan. Tugas lebah jantan hanya mengawini lebah ratu. Karena itu, umurnya pun pendek, hanya tiga bulan.

Tugas utama lebah pekerja adalah mengumpulkan nektar atau tepung sari untuk membuat madu. Tugas ini amat menakjubkan, karena mereka mampu mencari bahan madu dari bunga mekar yang jaraknya mencapai beberapa kilometer dari sarang.

Dalam keadaan tanpa muatan, seekor lebah bisa terbang dengan kecepatan 65 kilometer sejam. Sementara ketika membawa nektar, kelajuannya hanya sekitar gal 30 kilometer sejam.

Untuk membuat 100 gram madu, lebah harus mendatangi tidak kurang dari satu juta tangkai bunga. Nektar diangkut dalam kantung tepung di kakinya. Di dalam sarang, nektar diolah menjadi madu, lilin, dan royal jelly yang menjadi makanan utama lebah ratu. Umumnya satu sarang menghasilkan sekitar 150 kilogram madu setiap musim.

Peternakan lebah madu seperti di Australia yang sudah maju, juga menanam bunga-bunga sumber nektar sebagaimana halnya peternak menyediakan hijauan sumber makanannya. Tidak menghairankan pula bila madu yang dihasilkan juga berbeda-beda, bergantung kepada sumber nektarnya. Ada madu apel, madu pir, madu anggur, dan sebagainya. Selain jenis bunga, faktor kualitas dan kuantitas madu juga sangat dipengaruhi oleh jenis lebahnya. Rasa dan jenis madu ditentukan oleh jenis bunga sebagai makanan lebah tersebut misalnya pelbagai jenis bunga daripada pokok yang berhampiran sarang lebah. Hasil madu juga amat dipengaruhi oleh cuaca dan iklim di mana bunga yang dihisap oleh lebah tersebut berada.

Khasiat madu berasal dari kandungannya yang beragam. Ada berbagai jenis enzim seperti diastase, invertase, katalase, peroksidase, dan lipase yang membantu proses pencernaan sehingga memperlancar metabolisme. Sejumlah asid amino seperti asid malat, tartarat, sitrat, laktat, juga berperanan dalam metabolisma.

Juga terdapat mineral seperti magnesium, belerang, fosfor, besi, kalsium, khlor, natrium, sodium, serta kalium dalam bentuk garam-garamnya, yang diperlukankan tubuh agar tetap segar. Kandungan garam mineral ini serupa dengan kandungan garam mineral darah manusia sehingga mengambil madu tidak akan mendatangkan kesan negatif pada darah.

Menurut Dr Filatof, ophthalmologis dari Rusia, madu pun mengandung perangsang biogenik yang berperanan meningkatkan kesegaran.

Di dalam madu juga terdapat biose atau zat pengatur tumbuh yang mampu mempercepat pertumbuhan akar, tunas, serta pembungaan pada tanaman, selain zat antibakteria sehingga mampu membantu mencegah infeksi pada luka.

Vitamin pada madu antara lain B2 (riboflavin) dan B6 (pirodoksin) yang berperanan dalam metabolisma protein dan mencegah penyakit kulit. Ada pula B3 (asid pantotenat) dan H (biotin) yang berperanan dalam metabolisma lemak dan protein serta menghambat penyakit kulit seperti eksim dan herpes.

Oleh karena itu, madu banyak dimanfaatkan untuk kosmetik. Sejak Zaman Mesir dan Yunani kuno, madu digunakan di wajah agar tetap cantik, dan bersih. Sifat antibiotiknya boleh digunakan dalam syampu untuk mencegah kelemumur.

Selain itu madu juga baik untuk menyeimbangkan fungsi hati, menetralisir sakit racun dan melenyapkan rasa sakit, untuk menangani masalah radang lambung, tekanan darah tinggi dan sembelit. Sebab didalam kandungan madu terdapat unsur hidrogen peroksida dan fitonutrisi yang berguna sebagai bahan antibakteri. Unsur-unsur ini berguna untuk mencegah pertumbuhan bakteri Helicobacter pylori yang merupakan penyebab sakit perut dan gangguan pencernaan.

Jika diberikan pada anak-anak yang menderita diarrhoea akibat serangan bakteri Escherichia coli, karena kandungan glukosa yang tinggi pada madu menolong mengembalikan cairan tubuh penderita dengan cepat. Selain itu kandungan fruktosanya mempercepat proses oksidasi alkohol pada hati, sehingga dapat membantu menanggulangi kerusakan hati pada peminum minuman beralkohol.

Selain madu, Koloni lebah juga menghasilkan royal jelly, bee pollen, propolis, apitoxin/bee venom dan malam. Bee venom atau sengat lebah ini telah digunakan untuk mengobati beberapa penyakit, sedangkan malam banyak dipakai pada industri kosmetika dan preparat farmasi. Adapun propolis banyak dipakai untuk produk jadi farmasi seperti dalam tapal gigi, obat luka usus dan lain-lain. Adapun royal jelly dan bee polle banyak dipakai karena kandungan proteinnya yang tinggi dan biasa digunakan untuk membantu meningkatkan fertilitas/vitalitas sexual, meningkatkan daya tahan tubuh dan menurunkan panas dalam.

Sumber Madu

Madu dihasilkan hanya oleh lebah, tapi hanya oleh lebah dari jenis yang termasuk famili Apidae, genus apis. Biasanya lebah yang banyak dipelihara dan diambil madunya adalah dari jenis Apis mellifera. Prosesnya dimulai saat lebah mengumpulkan madu sebagai cadangan makanannya dari bunga-bungaan yang ada sekitar 1-2 km dari sarangnya. Yang diambil oleh lebah-lebah pekerja dari tanaman adalah nektar (cairan manis yang terdapat dalam bunga) dan pollen (sari tepung bunga). Dalam sehari seekor lebah mampu mengumpulkan 40 mg nektar dan 20 mg pollen. Setiap nektar yang diperoleh dari tanaman akan menentukan komposisi dan kualitas madu, serta rasa dari madu tersebut.

Komposisi

Kandungan madu terdiri dari air, gula (fruktosa, glukosa, sukrosa, maltosa), vitamin (B1, B2, B5, B6, C), mineral (Ca, Na, P, Fe, Mg, Mn), serbuk dan enzim berupa diastase.

Pada umumnya 100 gram madu mengandung :

Zat %

Fruktosa 38.5

glukosa 31.0

air 17

maltosa 7.2

karbohidrat 4.2

sukrosa 1.5

kalori 29.4 Kkalenzim

vitamin & mineral 5

Selain itu kandungan penting enzim diastase dan invertase pada madu sangat berguna untuk mengurai pati, protein dan glikosida. Mineral-mineral penting seperti natrium, kalsium, magnesium, tembaga, besi, kalium dan fosfor yang tersusun dalam madu juga mendekati kadar yang ada dalam darah manusia.
BAHAN MINERAL DAN VITAMIN DALAM MADU LEBAH

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH:-

VITAMIN A

Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkem-bangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyem-buhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Madu bertindak 3 cara ;-

1. Sebagai bahan makanan yang bernilai tinggi

2. Sebagai makanan penjaga kesihatan

3. Sebagai ubat kepada pelbagai penyakit.


Keistimewaan madu dibandingkan dengan gula jenis lain.

1. Ia tidak mengganggu selaput dinding system penghadaman.

2. Ia mudah dan cepat diassimilasikan oleh badan.

3. Ia membekalkan tenaga yang diperlukan dengan cepat.

4. Ia dapat membantu memulihkan tenaga ahli sukan yang keletihan dengan cepat.

5. Ia dalam semua jenis gula adalah yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.

6. Ia mempunyai kesan ‘laxative’ yang tabie (melawaskan pembuangan air besar)

7. Ia juga menenangkan badan dan akal fikiran.



Madu boleh dimanfaatkan untuk:

• Makanan kesihatan semulajadi
• Meningkatkan stamina tubuh
• Anti bakteria
• Anti kulat
• Merawat kulit

* Merawat batuk
* Mengatasi tidak nyenyak tidur
* Mengatasi kejang otot
* Merawat melecur
* Memulihkan kelelahan
* Mencerdaskan minda
* Sumber vitamin yang baik.
* Berfungsi baik bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman gula.
* Mengatasi anak-anak kencing malam
* Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
* Mencerahkan mata, memutih dan menguatkan gigi.
* Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
* Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
* MADU dan SARANG LEBAH MADU merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
* Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
* Menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
* Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
* MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
* MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.


MADU LEBAH MENURUT KAJIAN SAINTIFIK

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.

Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, "manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH"

Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena.

Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.

Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.

Bertahun-tahun rahsia penyanyi Opera Itali menggunakan madu untuk rawatan sakit tekak dan melegakannya agar dapat menyanyi dengan merdu.

Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.

MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.

Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey - USA.

Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-

• Kencing manis

• Barah/Kanser

• Mata kelabu

• Letih/Lesu/Tenat

• Tenaga batin/Seks

• Lendir/Kahak

• Penyeri muka

• Awet muda

• Pendarahan otak

• Gastrik

• Gagap

• Bersalin - senang

• Batuk

• Penyakit Kulit

• Sakit Telinga

• Lemah jantung

• Jerawat

• Pening

• Pekak

• Lumpuh

• Uban (Berpenyakit)

• Susah tidur

• Sakit sendi

• Sembelit

• Selsema

• Sakit puan

• Resdung

• Darah tinggi

• Sakit kepala

• Angin

• Luka

• Keputihan

• Bintik-bintik hitam

• Rambut gugur

• Sakit pinggang

• Terbakar

• Haid

• Buasir

• Batuk kering

• Lupa

• Keracunan Makanan

• Asma/Lelah

• Kurang darah

• Alahan/Allergic

• Kanak-kanak (Sihat)

• Dan lain-lain...

Cara menggunakan madu.

Dr Abdul Karim Najib menyebutkan cara menggunakan madu untuk rawatan sebagai berikut:
1. Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat denganminuman madu.
2. Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringankan madu tersebut.
3. Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya.
4. Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut.
5. Menggunakan madu bukan bermakna menyia-nyiakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain.
6. Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit, supaya proses berubat berjalan baik.

Kesimpulan
Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu.

Yang baik daripada Allah, yang buruk atas kesalah saya sendiri. Wassalam.

www.myilmu.com


Rujukan

www.ratulebah.com
Abdul Karim Najib al-Khatib (1994). Madu lebah ubat yang turun bersama wahyu (terj: ) Selangor: Pustaka Ilmi.Abu Hamid al-Ghazali (2002). Rahsia kejadian makhluk. (ter: ). Kuala Lumpur: Crescent News. Ibn Qayyim al-Jauziyah (1998). al-Tibb al-Nabawi. (ter: ). Selangor: Pustaka Ilmi."

Teladan Kisah Pencurian Jenazah Nabi

Allah menyelamatkan Nabi Muhammad saw daripada rencana jahat untuk mencuri jenazah Baginda. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat Islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi Al-Madinah Al Munawarah.

Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa pastinya sebahagian besar orang yang berziarah ke Masjid Nabawi pasti tidak pernah lupa untuk menghampiri makam Rasulullah yang diapit oleh makam Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar. Peristiwa ini berlatarbelakangkan zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah di Baghdad di mana keadaan umat Islam yang semakin lemah dan berdirinya beberapa buah kerajaan Islam di beberapa daerah. Lantaran keadaan itu, dalam diam-diam pemerintah Eropah Kristian telah menyusun rencana untuk mencuri jasad Nabi Muhammad saw.

Setelah terjadinya kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka pun mengutus dua orang Nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Ia dilaksanakan bertepatan dengan musim haji di mana pada musim itu ramai jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji. Kedua orang Nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Maghribi. Keduanya ditugaskan melakukan pengintaian awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW. Setelah melakukan kajian lapangan, keduanya memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam kamar menuju ke makam Rasulullah saw. Belum sampai pada akhir penggalian, rencara tersebut telah digagalkan oleh Allah swt melalui seorang hamba-Nya yang akhirnya mengetahui rencana busuk itu.

Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, bapa saudara kepada Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang membuka kota Baitulmaqdis , adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam pada waktu itu yang mendapat petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah. Sultan tersebut telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berjambang:

“ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku daripada maksud jahat kedua orang ini. ”

Sultan Mahmud terbangun dalam keadaan gelisah lalu baginda melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah saw hingga tiga kali dalam satu malam. Lantas baginda memanggil Perdana Menteri, lalu Perdana Menteri menyuruh Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki supaya bersedia untuk bertolak pada malam itu juga dan merahsiakan perjalanan itu.

Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah yang memakan masa 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, Sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi saw. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi saw. Pada ketika itu tiada seorang pun tahu akan kedatangan Sultan ke Madinah.

Dalam masa tersebut , baginda tidak tahu untuk berbuat apa lalu Gabenor Madinah dipanggil menghadap oleh Perdana Menteri . Gabenor Madinah disuruh untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah bagi memudahkan baginda Sultan mengecam muka kedua-dua lelaki tersebut. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu:

“ Apakah baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? "

“ Iya ” , jawab Sultan Mahmud.

Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaluddin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil baginda Sultan mencermati wajah orang yang ada dalam mimpinya. Namun Sultan tidak mendapati orang yang ada di dalam mimpi itu di antara penduduk Madinah yang datang mengambil jatah(1) makanan. Lalu Menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi.

“ Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah daripada Sultan? ”

" Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah daripada Sultan, kecuali dua orang dari Maghribi tersebut yang belum mengambil jatah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjamaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.

Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya Sultan, melihat bahwa kedua orang itu adalah orang yang baginda lihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia, Sepanyol. Meskipun Sultan sudah mendesak bertanyakan tentang kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku sehingga Sultan meninggalkan kedua lelaki itu dalam penjagaan yang ketat.

Sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu Sultan berkeliling ke kamar sebelah. Saat itu Allah memberikan ilham, Sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut.

Masya Allah,,,

Subhanallah,,,

Ditemukan sebuah papan yang di dalamnya menganga sebuah lorong panjang dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad. Seketika itu juga, Sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW.

Pada pagi harinya, keduanya dijatuhi hukum penggal di dekat pintu timur makam Nabi saw dan mayat mereka berdua dibakar .

Sesungguhnya hukum mati dengan membakar pesalah adalah haram di sisi syara’ ,tetapi disini Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki telah mengambil kaedah siasah syariah ke atas orang yang melakukan mungkar keterlaluan. Sebenarnya tindakan yang serupa yang diambil, telah berlaku pada zaman Saidina Ali k.w.j di mana terdapat golongan Saba’iyah yang mengikut ajaran Abdullah bin Saba’ yang menganggap Saidina Ali sebagai jelmaan Allah s.w.t. Lalu Saidina Ali memerintahkan ketua keselamatannya, Qambar supaya membakar golongan ini, bila dihukum bunuh mereka mengejek hukuman mati, lantas memerintah dengan syairnya yang terkenal:

" Sesungguhnya aku telah melihat satu perkara yang sangat mungkar, lalu aku memerintah Qambar menyalakan api dan membakar mereka yang berani mengatakan Allah swt menjelma dalam diri Saidina Ali. ”
________________________________________

* Petikan daripada Kuliah Jumaat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (16/01/2009)
(Artikel ini telah diubahsuai daripada segi bahasa dan perkataan namun tidak mengubah makna dan maksud asal artikel ini. Artikel asal boleh dilihat di sini.)
________________________________________
Glosari
(1) jatah : jumlah yang diperuntukkan bagi sesuatu maksud


sumber: iluvislam

Dua Tahun Susu Ibu

"Waktu menyusukan anaklah waktu paling bahagia", Kak Afzan luahkan. Wajah bahagia seorang ibu muda jelas terpapar.
"Itulah saat bersama anak tanpa gangguan siapa pun", Kak Afzan menambah lagi.
Saya turut tersenyum mendengarkannya. Aura bahagia seorang ibu turut dirasa. Pelbagai topik kami bualkan. Sedikit pon tiada gangguan. Suasana dalam kapal terbang sunyi. Kebanyakan penumpang masih tidur nyenyak kepenatan.


Tiba Empat Jam Lebih Awal
Puas saya mengheret keempat-empat beg mencari penimbang di Lapangan Terbang Stansted. Semuanya gara-gara troli di lapangan terbang yang satu ini perlu dimasukkan duit satu pound! Kesemua duit pound sudah saya habiskan. Sudahlah. Redah sahaja. Alhamdulillah tempat bas diberhentikan ke kawasan utama tidaklah sejauh mana. Alhamdulillah masih mampu dan berdaya.
Selepas hampir membuat satu pusingan lengkap tawaf lapangan terbang, saya gagal menemui penimbang beg. Lalu ke meja pertanyaan. Selepas mendapat panduan, segera menuju ke tempat yang dimaksudkan.
Cis, menimbang beg pon perlu bayar? Sungguh Lapangan Terbang Stansted ini tidak percuma. Dari troli hinggalah ke penimbang beg. Bayangkan, untuk menimbang empat beg, 5 pound perlu saya belanjakan. Sudahlah.
Resah tapi buat-buat tenang. Kepala ligat berfikir. Macam mana ini, harus ditimbang dahulu beg. Sekalipun sudah ditimbang dirumah. Mungkin ada ralat. Penerbangan tambang murah tidak sewenang-wenangnya membiarkan penumpang membawa lebihan muatan sesuka hati. Keempat-empat beg terus diheret. Akhirnya, saya duduk diam sahaja di kerusi menunggu berhadapan kaunter Air Asia. Dalam hati, tanpa henti. "Ya Allah, permudahkanlah".
Tanpa di sangka-sangka, mata tertumpu pada satu kaunter tanpa penjaga. Menarik! Kaunter terbuka, tapi tiada penjaga. Penimbang percuma! Setiap kaunter disediakan satu penimbang. Beg yang didaftarkan sebagaikan Check-In Luggage perlu ditimbang dahulu dikaunter sebelum dibawa pergi. Alhamdulillah. Rezeki. Dua beg pertama diheret lalu ditimbang. Tidak lebih dari muatan maksimum 25kg yang dibayar dibenarkan. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan.

Dua Belas Jam Perjalanan
Selepas seketika, muka Melayu kelihatan. Sebuah keluarga muda. Seorang isteri dan suami, serta dua orang anak lelaki.
"Balik Malaysia?" spontan saya bertanya. Mungkin akibat kebosanan menunggu.
"Aah, balik buat visa sebagai pelajar", si isteri menjawab mesra. Itulah saat pertemuan bersama Kak Afzan sekeluarga. Pertemuan yang mengisi 12 jam seterusnya di atas kapal terbang. Penerbangan pertama 12 jam tanpa movie percuma.
Jam-jam pertama diisi dengan tidur. Masakan tidak, flight yang berlepas pada jam 1.25 pagi sudah cukup memenatkan. Sejurus take-off, masing-masing nyenyak tidur. Setidak-tidaknya saya. Lena sekali. Tetapi saya sedar, Kak Afzan disebelah tidak selena saya. Seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya. Setiap 2 jam pasti terjaga. Selepas beberapa jam tidur tanpa sedar, akhirnya saya terjaga. Kak Afzan turut terjaga. Waktu biasa untuk solat subuh. Fitrah, badan terbangun dengan sendirinya. Jelas kelihatan, Kak Afzan kepenatan. Imran, anak kedua yang baru berusia 10 bulan sudah cergas selepas bangun tidur.
Melihatkan si ibu yang masih mengantuk kepenatan lantaran mengorbankan kualiti tidurnya menyusukan anak, tanpa berfikir panjang saya menawarkan untuk menjaga Imran. Andai duduk di kerusi melayan kerenahnya, pasti tidak menjadi. Saya meminta izin membawa Imran tawaf kapal terbang. Memberi peluang pada si ibu tidur selena-lenanya walaupun seketika. Kak Afzan turutkan sahaja.
Imran si kecil yang cukup comel lagi sihat badannya tidak banyak kerenah. Sepanjang mendukung Imran melihat pelbagai aksi para penumpang serta pramugari, sekali pun dia tidak menangis. Budak baik. Alhamdulillah. Jika tidak, panik juga. Sesekali saya lihat Kak Afzan dari jauh. Andai dia sudah terjaga dan mencari-cari anaknya.
Muka Imran makin monyok. Bosan barangkali. Suasana kapal terbang yang gelap lagi sunyi. Kebanyakkan penumpang masih tidur lena. Sesekali terdapat pergerakan manusia yang menarik perhatiannya. Selepas hampir satu jam setengah, Kak Afzan terjaga. Reaksi pertama seorang ibu, tercari-cari dimanakah anaknya. Saya tidak menipu. Reaksi ini jelas walaupun saya hanya melihat dari belakang. Cepat-cepat saya bawakan Imran kepada ibunya. Tambahan pula, muka Imran sudah monyok kebosanan. Andai ditangguh, takut mengundang bencana!
Imran seronok kembali ke pangkuan ibunya. Fuh, memang lenguh. Lenguh tangan mendukung. Jangan banyak merungut. Practice makes perfect.
"Walaupun tidur sekejap, tapi rasa sangat fresh", Kak Afzan berkongsi rasa.
Alhamdulillah.


Perbualan Bermula
"Akak menyusukan anak-anak sepenuhnya?" saya bertanya penuh minat. Tidak sekalipun saya lihat Kak Afzan mengeluarkan botol susu dari beg galasnya.
"Aah, kedua-dua anak akak susukan sepenuhnya. Bermula dengan Farish, kini Imran pula", Kak Afzan menjawab.
Wah menarik!
"Lebih mudah. Tak perlu membancuh susu", ujarnya lagi sambil tersenyum.
Topik susu ibu terus dibualkan. Inilah masanya untuk saya menguji ingatan. Bertanyakan kembali maklumat-maklumat yang sempat saya pahat dalam kotak memori semasa kelas breastfeeding yang dikendalikan oleh Kak Rin beberapa minggu yang lalu. Minggu-minggu semasa masih di bumi Nottingham.


Kelas Breasfeeding
Muka masing-masing serius. Masing-masing terlopong walaupun tidak secara fizikal. Ilmu baru. Pengalaman baru. Walaupun belum mempunyai anak hatta belum berumahtangga, kami berlima tidak melepaskan peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar untuk masa depan. Setidak-tidaknya berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Khusyuk mendengarkan pembentangan Kak Rin. Diselangselikan dengan pertanyaan demi pertanyaan daripada kami berlima.
"Kita buat kelaslah minggu depan. Alang-alang Kak Rin dah nak balik Malaysia juga", Kak Rin memberikan cadangan semasa makan-makan di rumah Kak Fida sempena kepulangnya tidak lama lagi.
"Baguslah, you all muda-muda sudah dapat pendedahan. Dapat ilmu. InsyaAllah mudah di kemudian hari. Tidak macam Kak Rin dulu. That is why akak nak share dengan kamu sekarang", Kak Rin menambah lagi.


Kak Rin berdiri dua dari kiri. Sumber: TheStar

Terharu dengan semangat yang Kak Rin tunjukkan. Seorang ibu yang bekerja sepenuh masa bersama Petronas, dalam masa yang sama part-time breastfeeding motivator di Ampang Puteri, kini berkongsi ilmu serta pengalamannya secara percuma kepada adik-adik undergraduate di Nottingham. Alhamdulillah, Allah sempatkan serta aturkan walaupun disaat-saat minggu terakhir saya di sana.
"Untuk menyusukan anak sepenuhnya, tiga perkara yang paling penting. Pertama, support daripada keluarga. Terutama sekali suami. Diikuti ibu sendiri mahupun ibu mertua yang menjaga semasa berpantang misalnya. Kedua, penting untuk mempunyai ilmu. Ketiga, kamu perlu kuat semangat", serius Kak Rin ingatkan kami.
Memang bukan kerja mudah. Mudah sahaja putus asa. Cabaran lebih hebat buat wanita bekerja di luar rumah seperti dirinya.
"Sebelum bersalin lagi kamu perlu sudah mempersiapkan mental untuk menyusukan anak yang bakal lahir sepenuhnya", Kak Rin menceritakan satu persatu mengikut turutan sebelum bersalin, semasa bersalin, selepas bersalin dan semasa si ibu bekerja di luar rumah kelak.
"Mula membaca dan tambah ilmu tentang breatfeeding", Kak Rin menambah lagi.
"Sejurus selepas bersalin, anak-anak perlu terus disusukan. Semasa itulah colostrum atau dikenali sebagai Immune Milk dapat disalurkan kepada bayi baru lahir", penceritaan beralih pula kepada fasa semasa bersalin.
"Semasa anak yang pertama, pengalaman menyusukan anak cukup menyakitkan. Mungkin kerana teknik yang salah. Mungkin juga kerana itu adalah yang pertama kali. Breast membengkak lagi menyakitkan. Kadangkala sehingga berdarah", berkerut-kerut muka kami mendengarkannya. Biar benar?
"Saat itulah TLC amat diperlukan. Support daripada suami. Juga ada cara untuk mengubatinya dengan menggunakan krim sapu. Penting untuk kita tidak patah semangat. Andai kita berputus asa lalu menggantikan susu badan dengan susu botol lantaran kesakitan. Alamatnya, si bayi tidak lagi berminat pada susu badan. Beralih kepada susu botol yang lebih banyak mengandungi kandungan gula tiruan", panjang lebar ibu yang sudah mempunyai empat orang cahaya mata ini menerangkan.
"TLC tu apa?" sahabat disebelah mengangkat tangan bertanya. Saya juga tidak tahu apa kebendanya TLC itu. Syukur orang disebelah bertanya dahulu. Hehe.
"Tender, love and care. Memang amat diperlukan semasa kita down akibat perubahan hormon serta menanggung kesakitan pertama kali menyusukan anak. Apabila sudah beberapa bulan seterusnya, insyaAllah tidak lagi sakit", pernyataan Kak Rin melegakan kami.
"Apabila sudah bekerja kelak, ketika itulah kamu memerlukan breastpump", Kak Rin menunjukkan segala macam alatan kepada kami. Susu badan perlu di pump untuk diberikan kepada anak semasa ibu bekerja berjauhan dengan anak.


Breastpump secara manual tanpa bateri. Mudah.

Masa terbaik untuk pump susu adalah semasa menyusukan anak. Sebelah untuk menyusukan anak, sebelah lagi dipump. Maklumat ini turut disahkan oleh Kak Afzan semasa perbualan di atas kapal terbang.
MasyaAllah!


Kebijasaan Allah Yang Maha Mencipta
"Setiap berapa jam ibu akan menyusukan anaknya?" giliran saya bertanya kepada Kak Rin.
"Setiap anak berbeza-beza. Tetapi secara kebiasaanya, anak perlu disusukan setiap dua jam. Menariknya, si ibu akan dapat mengenal pasti apabila tiba saatnya untuk si anak menyusu. Walaupun ketika itu si ibu sedang bekerja di luar rumah", Kak Rin menjawab.
"Breast akan terasa kembung dan seolah berdenyut-denyut ketika masanya tiba. Ketika itulah cepat-cepat si ibu perlu mendapatkan anak lalu disusukan sekalipun si anak masih sedang tidur. Andai ibu sedang bekerja di luar rumah, jangan menangguh-nangguh. Cepat-cepat pump susu tersebut. Andai tidak pump, mendatangkan sakit pula", Kak Rin menambah lagi.
MasyaAllah, hebatnya ciptaan Allah! Sudahlah Allah menciptakan susu ibu itu terbaik kandungan khasiatnya buat anak. Masa menyusu turut Allah aturkan begitu cantik sekali.
"Setiap dua jam? Pasti penat kan kak?", saya bertanya mendapatkan kepastian.
"Ya, setiap dua jam. Bayi lelaki lebih hebat, kadangkala menyusu hampir selama satu jam! Bagi setiap dua jam. Tapi selalunya, bayi akan menyusu selama 15 minit ke 30 minit untuk setiap kali. Penat? Sebab itulah kamu perlu tahu teknik merehatkan diri semasa menyusukan bayi", ujar Kak Rin. Diikuti sesi menunjukkan teknik menyusukan bayi dalam 3 posisi, ketika duduk diatas kerusi, duduk di atas tilam serta semasa baring.
Teknik perlu betul untuk menyusukan bayi baru lahir. Silap cara, bayi boleh meninggal dunia akibat kelemasan tidak dapat bernafas kerana hidungnya tertutup. Pernah terjadi apabila si ibu terlena semasa menyusukan anaknya.


Nursing pillow. Bantuan semasa menyusukan anak di riba. Walaupun sama bentuknya dengan pillow yang diletakkan dileher, nursing pillow mempunyai saiz jauh lebih besar.

"Andai caranya betul, kamu akan dapat berehat sambil menyusukan anak. Mengelakkan sakit belakang. Bahkan itulah saat yang bahagia. Mengeratkan hubungan dengan anak-anak", Kak Rin pandai bermain psikologi.
Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tiada siapa dapat nafikan bahawa susu ibu adalah yang terbaik. Bahkan, selama enam bulan pertama, bayi hanya diberikan susu ibu tanpa makanan lain. Jimat belanja. Tidak perlu beli susu tepung pula. MasyaAllah.
Tidak perlu juga berjaga malam untuk membancuhkan susu. Andai berjalan kemana-mana, juga tidak perlu bersusah-susah membancuh susu. Jauh lebih melecehkan berbanding menyusukan badan yang hanya perlu mencari tempat yang sesuai semasa menyusukan.
"Jangan bimbang susu tidak cukup. There is no such thing!" Kak Rin menegaskan.
"Susu badan itu sentiasa cukup. Susu badan akan sentiasa ada berdasarkan keperluan. Berdasarkan demand. Selagi kita menyusukan anak, selagi itu susu akan terus-terusan dihasilkan", Kak Rin menjelaskan.
Hebat sungguh Allah.
"Cumanya, susu jadi kering, apabila si ibu berhenti daripada menyusukan bayi. Andai si ibu sendiri yang tidak susukan, maka susu tidak akan dihasilkanlah", ujarnya lagi.
"Sekalipun anda merupakan suri rumah, anda tetap memerlukan breastpump. Susu yang siap di pump perlu dimasukkan ke dalam botol. Pastikan, setiap hari si ayah akan memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi. Ketika itulah si ayah dapat membina hubungan dengan bayi", Kak Rin mencadangkan.
Bijak!
"Cumanya, ketika memberikan susu ibu dalam botol kepada bayi, elakkan si ibu yang memberikannya. Bimbang wujud kekeliruan. Bayi akan keliru antara puting botol serta puting ibu", fakta yang luar biasa dikongsi lagi oleh Kak Rin.
"Sekalipun si ayah yang menyusukan bayi dari botol, si ibu perlu duduk jauh-jauh kerana mereka dapat menghidu bau ibu", Kak Rin menambah fakta luar biasa.
MasyaAllah, sungguh hebat ikatan seorang anak dan seorang ibu. Sehingga ke tahap itu. Luar biasa.
Kelas berlansung selama satu jam setengah itu akhirnya berakhir. Namun, perjalanan buat kami berlima masih belum bermula secara peribadi. Tapi sudah bermula dengan dikongsikan bersama. Salah satunya melalui tulisan ini. Turut akan dikongsikan dengan kakak yang bakal melahirkan anak sulung, anak menakan ketiga pada November ini insyaAllah.


Tiba 25 Minit Lebih Awal
Penerbangan kali ini akan tiba 25 minit lebih awal. Selain topik susu ibu, bermacam-macam topik yang sempat kami bualkan. Ternyata Kak Afzan cukup mudah didekati lagi mesra. Seorang ibu yang pernah bekerja bersama Petronas, kemudian beralih arah membuat multi level marketing (MLM) dan kini bahagia serta gembira dengan apa yang sedang beliau usahakan; dalam proses menyudahkan PHD untuk terus mengajar di UPSI apabila tamat nanti. Tanjung Malim cukup sempurna buat dirinya yang ingin jauh dari kesesakan kota insyaAllah.
Penerbangan selama 12 jam tanpa movie percuma lebih bahagia kali ini. Lebih bermakna. Penerbangan 12 jam yang terakhir buat setakat ini.
Saat-saat terakhir di atas kapal terbang bertemankan Kak Afzan diselangselikan sesi mendengar luahan rasa serta berkongsi cerita. Sempat sahaja saya berkongsi cerita buku di tangan, tulisan Andrea Hirata. Lalu filem Laskar Pelangi amat saya syorkan buat Kak Afzan mesti tonton. Ternyata, bakal pendidik ini excited untuk menontonnya. Mendengar sinopsis lebih kurang daripada saya sudah menitiskan air matanya. Tunggulah sehingga beliau menonton filemnya sendiri. Ceritakan pada saya pengalamannya.
Ternyata Kak Afzan turut berminat untuk mendalami ilmu rumah tangga. Ilmu menjadi isteri serta ibu. Tanpa berfikir panjang, buku-buku terbaru Ustaz Zaharuddin khusus buat wanita serta wanita bekerja di luar rumah turut saya kongsikan. Juga blog zaujah ustaz yang sarat dengan panduan buat para isteri serta ibu. Buku-buku motivasi kekeluargaan Ustaz Hasrizal serta Ustaz Pahrol juga saya catatkan dalam bukunya. Penuh satu muka A5 dimuatkan dengan judul buku serta alamat blog selain alamat Facebook serta ID Yahoo Messenger untuk meneruskan hubungan kelak.
Biarpun saya masih belum berumahtangga, redah sahaja. Inilah masanya untuk berkongsi. Manfaat buat orang lain.


Buat Anak Muda
Benarlah, andai sedang bercinta. Andai ingin berumah tangga, fikirlah sehingga ke lampin bayi. Persiapkan diri.
Mungkin ada yang merasakan terlalu awal. Mungkin. Namun, apabila tiba masanya kelak, tiada siapa dapat mengelak. Maka, fikirlah dengan bijaksana.
Setiap perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran itu adalah perkara yang PALING ADIL. Berulang-ulang kali Sister Fullah ingatkan.
Maka, 2 tahun menyusukan anak itu termasuk dalam perkara paling adil yang perlu ibu tunaikan buat anak-anaknya.


________________________________________
* Berkongsi cerita di blog zaffankhalid.iluvislam.com

Carilah Khairun Nisa’

Allah subhana wa ta’ala mencipta kita berpasang-pasangan dan dijadikanNya perasaan kasih sayang dan belas kasihan supaya kita bersenang hati dan dapat hidup mesra dengan pasangan.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
[Ar-Room ayat 21]

Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam menganjurkan kita agar mencari pasangan yang bersesuaian dengan kita agar kita dapat hidup harmoni.
Bimbinglah Dengan Bijaksana

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Kaum wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tak dapat engkau
luruskan walau dengan apa cara sekalipun.
Jika engkau merasa senang kepadanya bersenang-senanglah,
namun dia tetap saja bengkok.
Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah.
Mematahkannya bererti menceraikannya.”
Riwayat Muslim


Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam juga ada bersabda bahawa kebahagian ada empat kunci dan salah
satunya adalah mempunyai isteri yang solehah.
Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,
rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban


Dan isteri solehah adalah digambarkan sebagai Khairun Nisa’
Khairun Nisa’

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa,
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya,
yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan
sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”
Riwayat Muslim


Untuk mendapat Khairun Nisa’ seorang lelaki juga mestilah menjadi seorang mukmin yang soleh.
Sesungguhnya itu janji Allah.
Wallahu’alam.

sumber: halaqah