BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 25 December 2010

MENGAPA SUKAR UNTUK MENCINTAINYA?

Mengapa begitu sukar mencintai Allah? Ya, benar. Memang sukar mencintai Allah. Walaupun kita tahu bahawa Dialah yang sewajarnya kita cintai. Budi-Nya, kasih-sayang-Nya, nikmat-Nya terlalu banyak untuk dimungkiri. Segala kebaikan Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kita melebihi kebaikan manusia. Sekalipun manusia itulah yang paling baik dengan kita.

Hatta kasih ibu yang sejati itupun hanya ‘sekelumit’ jika hendak dibandingkan dengan kasih Allah yang melangit. Ya, sekali lagi kita bertanya kepada hati kita… kenapa sukar benar mencintai-Nya? Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu lojik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya.
Mengapa hati sedegil itu? Untuk mengetahui kenapa, mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan ayam goreng, asam pedas, tomyam atau apa sahaja masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmatinya dengan lazat.

Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit.

Hati yang sakit tidak akan dapat menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Jika perbandingan ini dapat diterima, maka kita boleh mengukur tahap ‘kesihatan’ hati kita.

Rupa-rupanya dalam kehidupan ini ramai manusia (termasuk kita) yang ‘sakit’ hati. Bila kita tidak dapat merasai cinta Allah, sebaliknya lebih cinta selain Allah, maka itulah tandanya hati kita sedang menderita kesakitan. Malah ‘sakit’ hati ini lebih buruk akibatnya daripada sakit fizikal.

Jika sakit fizikal akan menyebabkan kita menderita di dunia, sakit hati akibat gagal mencintai Allah akan menyebabkan kita menderita di dunia dan menderita di akhirat. Jika sakit fizikal berakhir dengan kematian, tetapi ‘sakit’ hati akibat lebih parah. Kita akan menderita selama-lamanya di akhirat.

Mengapa hati kita sakit?
Hingga dengan itu hati tidak bergetar lagi dengan cinta Allah? Bukankah cinta Allah itu fitrah? Ertinya, cinta Allah itu adalah ‘makanan’ atau ‘penawar’ kepada hati manusia. Sebelum menjawabnya izinkan saya membawa satu analogi. Katalah, ada seorang anak yang sejak kecilnya lagi sudah dipisahkan daripada ibunya yang sejati. Oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, anak itu dipelihara oleh ibu angkat. Masa berlalu bertahun-tahun. Hinggalah anak itu mencapai usia dua puluhan.
Tiba-tiba, si anak mengetahui rahsia yang dia sebenarnya cuma anak angkat sahaja kepada ‘ibunya’ sekarang. Dia pun mencari ibunya yang sejati. Ibu yang telah mengandungkan dan melahirkannya. Maka di hari pertemuan bersejarah itu (masih ingat program Jejak Kasih?), sianak pun bertemu dengan ibu sejatinya ditemani oleh ibu angkatnya.

Saya ingin bertanya, dan anda boleh menjawabnya… pada ketika itu, siapakah yang lebih dikasihi oleh sianak? Ibu sejati yang telah terpisah sekian lama itukah atau ibu angkatnya yang telah memelihara selama ini?

Anda pasti setuju kalau saya katakan, hati sianak akan lebih mengasihi ibu angkat yang telah memeliharanya selama dua puluh tahun berbanding ibu sejati yang baru dikenalinya pada hari pertemuan itu. Walaupun pada lojik dan dari segi rasionalnya, ibu sejati perlu dikasihi berbanding ibu angkat, tetapi dari segi perasaan sianak tidaklah begitu. Sayang bukan paksaan. Sayang bukan pemikiran. Tetapi ia soal rasa. Ia datang dengan sendirinya. Kenapa sayang dan cinta sianak tak mahu bertandang walaupun dia patut merasa begitu?

Kenal Allah Dari Alam Roh
Maka begitulah halnya dengan hati kita. Sebenarnya, sejak di alam roh lagi kita sudah kenal Allah dan mengakui Dialah Tuhan kita. Firman Allah:
“Bukankah Aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab, ‘Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Di alam roh lagi kita telah mengenal Allah. Bahkan telah mengakuinya sebagai Rob (Tuhan kita). Mengenal Allah ertinya mencintai Allah. Kerana siapa sahaja yang kenal Allah, pasti akan mencintai-Nya. Namun perlu diingat, mengenal dan mengetahui itu berbeza. Mengenal dengan hati, mengetahui dengan akal. Sebenarnya, hati kitalah yang telah mengenal Allah di alam arwah dahulu bukan akal kita. Tegasnya, cinta sejati sejak diri bermula ialah cinta Allah.

Malangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati itu sebaik sahaja mereka lahir ke dunia. Kita mula dipisahkan daripada cinta Allah seperti seorang anak yang dipisahkan daripada ibu sejatinya. Sejak itu tempat cinta sejati di hati kita telah diambil oleh ‘cinta angkat’. Kita telah terpisah dari Allah. Siapa yang memisahkan kita daripada cinta Allah? Sedih, yang memisahkan manusia daripada cinta Allah kerap-kalinya ialah ibu-bapa mereka sendiri. Ibu-bapa tidak mengenalkannya kepada Allah.

Akibat Benih Cinta Allah Terbiar
Konsep didikan yang bertitik-tolakkan ‘Awaludin makrifatullah’ – awal agama mengenal Allah’ tidak diberikan. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar. Tidak dibajai dan diairi. Akibatnya, kita kenal ‘selain Allah’. Maka cinta kita pun beralih arah. Hakikat ini ditegaskan oleh sabda Nabi saw:
“Tiada seorang bayi pun yang lahir melainkan dia dilahirkan di atas fitrah. Lalu kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Majusi atau Nasrani, seperti haiwan itu melahirkan haiwan yang sama secara utuh. Adakah kamu menemukan adanya kecacatan?”

Riwayat Bukhari
Bermula dari situ perpisahan dengan cinta Allah pun bermula. Makin bertambah usia semakin jauh jarak perpisahan itu. Kekadang oleh corak pendidikan yang diterima. Begitu juga media massa yang didengar dan lihat. Apa lagu yang didengarnya? Apa filem yang ditontonnya? Cinta siapa yang lebih kerap dilihat dan didengarinya? Malang sekali, bukan cinta Allah tetapi cinta selain-Nya.

Puluhan tahun si anak dibuai oleh cinta makhluk seperti seorang anak yang dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati, pemikiran, perasaan bahkan jiwa telah diserah seluruh dan sepenuhnya kepada ‘cinta angkat’ itu. ‘Cinta angkat’ itulah yang mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian, di rumah, di sekolah, di dalam masyarakat dan di seluruh persekitarannya. Pancaindera kita sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu sahaja. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa ‘cinta angkat’ itulah cinta sejati kita.

Mencari Cinta Sejati
Ada orang yang bernasib baik, tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dengan tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yang sejati. Ada cinta yang lebih hakiki. Itulah cinta Allah. Dia mencari cinta itu, seperti anak angkat yang mencari ibunya yang sejati. Lalu dia menemuinya.
Menerusi pengajian, melalui pembacaan, menerusi lidah para daie, melalui tarbiah para ulama tahulah dia bahawa Allah-lah cinta yang sejati. Namun… semuanya masih di daerah ilmu, bukan di alam rasa. Dia tahu Allah wajib dicintai, tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya… akal tahu, hati tak mahu!

Apa yang perlu dibuat bila hati telah sakit? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yang sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal dari tanah, maka buatnya pun mesti berasal dari tanah. Feram, Natrium, Magnesiam dan lain-lain unsur semuanya dari tanah. Herba juga demikian.

Ubat sakit fizikal yang berasal dari tanah juga berasal dari tanah. Namun hati adalah soal rohani, ia bukan berasal dari tanah. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari tanah. Tetapi ubat bagi hati ialah kembali kepada asalnya, yakni kembali dekat kepada Allah.

Hati yang dekat kepada Allah akan tenang dan sihat semula. Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati. Namun jalan ke situ bukan mudah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yang sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang. Menahan daripada makan makanan yang berkolestrol, lemak, manis, masin, berminyak walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stresss… kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat.

Pengubat Hati
Maka begitulah jalan untuk menyihatkan hati. Penawarnya pahit. Ubat jarang yang manis. Namun, semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati?

• Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi menfaat.
Mula-mula lazimilah menghadiri majlis ilmu. Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Kata ulama, siapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras.
Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu. Dengan ilmu kita dapat mengetahui sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Nama-Nya yang baik dan mulia.

• Amal ilmu, dirikan solat.
Dari sana, susuli langkah seterusnya. Ilmu imam, amal adalah makmumnya. Mulalah amalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.
Fahami makna bacaan, hayati erti gerakan dan resapkan rasa-rasa daripada segalanya itu ke dalam hati. Walau susah sungguh, tetapi paksalah diri.

Sedangkan bisa boleh jadi biasa apabila dilazimi, apatah lagi ‘penawar’ tentulah lebih mudah kita biasakan apabila dilazimkan. Ingat solat itu penawar. Walaupun sukar kita merasa kemanisannya di peringkat awal, tetapi kemanisannya pasti datang juga jika kita berterusan mengamalkannya.

Ingat selalu kata-kata, mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. No pain, no gain. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.

• Berpantang
Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Makan ubat tidak boleh diiringi makan ‘racun’. Apalah ertinya kalau kita rajin makan ubat penyakit darah tinggi, jika kita terus makan daging, garam dan lemak secara berlebihan?
Atau pesakit kencing manis yang rajin menyuntik insulin tetapi rajin juga minum teh tarik yang manisnya keterlaluan? Penyakit tidak akan sembuh, jika melanggar pantang. Bahkan, sesetengah pengamal perubatan menegaskan berpantang lebih baik daripada berubat.

Begitulah halnya dengan usaha penyembuhan ‘sakit hati’, ada pantang larang juga. Perlu ‘berpantang’ daripada perkara-perkara yang boleh menyuburkan nafsu. Misalnya, melihat, mendengar atau terlibat secara langsung dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti pergaulan bebas, program hiburan yang merangsang nafsu, filem-filem lucah, dan lain-lain suasana yang boleh menyuburkan hawa nafsu. Sebaik-baiknya carilah kawan yang seiya sekata. Bentuk kumpulan kecil yang mempunyai satu fikiran, satu tujuan dan satu rasa – yakni sama-sama ingin mencari cinta Allah.
• Cari perkumpulan yang baik.

Untuk buat baik, perlu ada kumpulan. Untuk buat jahat, perlu ada ‘geng’. Bila ada perkumpulan (dulu dikampus sering dinamakan study group atau usrah), maka tentu ada program. Program yang baik boleh dibentuk sebagai alternatif kepada program yang negatif. Membaca dan mengkaji buku-buku agama, meningkatkan ilmu fardhu Ain, mendengar kuliah tafsir, mendengar nasyid-nasyid atau lagu-lagu yang baik, program riadah, sukan dan rehlah yang Islamik adalah program-program soleh yang boleh diatur oleh perkumpulan itu.

Ini adalah penebat kepada idea-idea nakal dan jahat yang boleh menggoda kita. Kita ada kawan, ada aktiviti dan akhirnya terbentuklah suasana dan persekitaran yang soleh. Masa lapang kita akan terisi. Ingat, musuh orang muda adalah ‘masa lapang’. Masa lapang ini perlu diisi dengan kesibukan belajar dan memperbaiki diri. Dengan adanya program-program ini pantang larang dalam usaha menyembuhkan hati yang sakit dapat dijaga. Ada kawan mengingatkan. Ada program yang menyibukkan. Ada suasana yang mencorakkan.

Inilah sebahagian langkah untuk mengubat ‘sakit hati’ di kalangan para orang muda masakini. Sebelum berpisah renungilah kata Imam Ghazali rhm:
“Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa, tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur.

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan terbaring seorang diri. Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya di dalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.”

Oleh itu, takutlah kepada kemurkaan Allah. Carilah keredhaan Allah ketika di dunia lagi. Di akhirat nanti, bukan tempat untuk berbuat beramal. Alam akhirat ialah tempat kita diperlihatkan kebaikan mahupun kejahatan walau sebesar zarah pun.
Ya Allah, bantulah kami untuk ingat pada Mu, syukur pada Mu dan mengelokkan ibadah kami kepada MU! Bantulah mujahadah kami ya Allah…

Genta-rasa.com

Berusaha Capai Nikmat Syurga

SETIAP orang yang beriman pasti mengharapkan di akhirat kelak ditempatkan di dalam syurga. Tiada seorang pun di dunia ini yang tidak mempunyai cita-cita atau impian untuk memasuki syurga yang kekal abadi itu. Ini adalah kerana Allah SWT menjanjikan syurga kepada mereka yang beriman dan syurga adalah kemuncak kehidupan setiap insan cemerlang dalam segala aspek di dunia ini.

Ganjaran syurga juga menjadi motivasi tertinggi dan paling berkesan untuk mentaati segala perintah Allah dan mencipta kejayaan serta kegemilangan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, setiap masa dan ketika umat Islam tidak pernah putus asa berdoa kepada Allah agar dijadikan ahli syurga dan dapat bersama-sama dengan modal insan unggul lagi agung iaitu sekalian nabi dan rasul di samping sahabat nabi, syuhada dan seluruh penghuni syurga lain. Penghuni syurga adalah mereka yang berjaya melepasi segala ujian, cabaran dan disiplin kehidupan di dunia apabila ia menjadi aspirasi orang yang beriman kepada Allah untuk sentiasa melakukan perubahan dalam hidup.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggambarkan keindahan syurga seperti dalam surah Muhammad, ayat 15 yang bermaksud: “Sifat syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai daripada air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya serta beberapa sungai daripada arak yang lazat bagi orang yang meminumnya dan beberapa sungai daripada madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya sama seperti orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!).” Dalam buku Syurga Firdaus Idaman Istimewa tulisan Abdullah Al-Qari Salleh menerangkan syurga adalah seumpama sebuah ‘negara’ yang penuh dengan segala kenikmatan yang berkekalan dan menjadi tempat tinggal manusia yang berjaya serta cemerlang di dunia di mana semulia-mulia syurga ialah syurga Firdaus. Pelbagai nikmat disediakan melalui pemberian yang tidak dapat digambarkan pandangan manusia biasa, kesukaan yang muktamad, kesejukan mata dan kegembiraan hati yang tiada penghujungnya; perkara yang memecahkan selera keinginan berupa makan minum, pakaian, kahwin dan apa-apa penglihatan yang indah, cantik, pohon dan binaan yang terhias adalah persediaan Allah kepada bakal penghuni syurga kelak.

Syurga Firdaus menanti mereka yang bergelar pejuang, golongan syahid, orang yang awal dan segera dalam kebaikan, elok akhlaknya, penghafaz dan pengamal al-Quran, ilmuwan Islam serta pembenar. Rasul adalah model mereka yang terbilang dalam kehidupan beragama. Oleh demikian, sebagai prasyarat ahli syurga maka umat Islam perlulah menjauhi kemungkaran, sikap sambil lewa dan tidak khusyuk dalam sembahyang, bercakap dan berbuat perkara sia-sia, tidak mengeluarkan zakat, tidak memelihara keaiban, tidak amanah, tidak memelihara sembahyang fardu dalam waktunya dan sifat mazmumah (negatif) lain yang dilarang agama. Manakala dalam buku Keindahan Syurga karya Kasmuri Selamat pula menerangkan keindahan abadi syurga yang digambarkan dalam al-Quran sememangnya belum pernah dilihat sesiapa mahupun didengar telinga atau terlintas di hati seperti diriwayatkan daripada hadis Rasulullah. Ini menjadikan syurga adalah destinasi agung yang ditunggu-tunggu mereka yang taat serta patuh segala perintah agama dan setiap umat Islam sudah tentu tidak sabar memasukinya.

Menariknya kedatangan penghuni syurga kelak akan disambut malaikat, Hurul-Aini dan kanak-kanak yang meninggal ketika kecil apabila golongan itu adalah mereka yang sangat dimuliakan tanpa sebarang dosa dan suci. Biarpun begitu, bukan mudah untuk memasuki syurga kerana terdapat beberapa syarat dan kriteria lain yang perlu dipenuhi setiap orang beriman apabila antara ciri-ciri calon penghuni syurga ialah gemar bersedekah, berwakaf, yakin kepada kebenaran kitab al-Quran, percaya kepada kitab yang diturunkan Allah, yakin akan kehidupan akhirat, penyabar, sentiasa menyerah diri kepada Allah dan banyak lagi amal kebaikan serta kebajikan yang perlu dilaksanakan di dunia ini sebelum dihitung di akhirat sebagai lesen memasuki syurga.

Malah, seperti juga keadaan di muka bumi, digambarkan syurga juga mempunyai bangunan dan segala kelengkapan yang diperlukan untuk kehidupan seharian di sana. Ini termasuklah peralatan rumah, pakaian dan pasar. Dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah SWT berfirman: “Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik daripada yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai di bawahnya dan dijadikan-Nya (pula) untukmu istana.” Dalam sebuah hadis Nabi pula bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah al-Ikhlas 10 kali, maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga“. (Riwayat Muslim). Melihat kepada rahsia, strategi dan panduan eksklusif menjadi calon ahli syurga di atas maka isunya adalah sejauh manakah kita membuat persediaan serta persiapan bagi memastikan diri kita, keluarga dan masyarakat Islam seluruhnya diterima masuk sebagai penghuni syurga yang kekal abadi itu? Adakah kita masih selesa dengan prestasi iman dan KPI ibadah kita selama ini atau adakah kita sudah berasakan sememangnya layak didaftarkan sebagai ahli syurga. Pertanyaan itu perlu dan boleh dijawab berpandukan kayu ukur iman dan amalan kebajikan dilakukan. Mungkin benar pepatah ada mengatakan ‘tepuk dada, tanya iman dan amal soleh kita’. Oleh yang demikian, pada Syaaban ini sebagai landasan menuju madrasah Ramadan yang mulia, maka marilah kita memperbanyakkan doa, usaha dan munajat kepada Allah agar ditempatkan di dalam syurga yang tertinggi di samping meningkatkan amal ibadat sama ada sunat atau wajib kerana terdapat ganjaran pahala yang sangat besar kepada mereka yang mengerjakannya sepanjang bulan yang mulia ini.

Allah Itu Dekat

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)
Ayat ini walaupun tidak berbicara tentang Ramadhan seperti pada tiga ayat sebelumnya (Al-Baqarah: 183-185) dan satu ayat sesudahnya (Al-Baqarah: 187), namun keterkaitannya dengan Ramadhan tetap ada. Jika tidak, maka ayat ini tidak akan berada dalam rangkaian ayat-ayat puasa seperti dalam susunan mushaf. Kerana setiap ayat Al-Qur’an menurut Imam Al-Biqa’I merupakan suatu kesatuan (wahdatul ayat) yang memiliki korelasi antara satu ayat dengan yang lainnya, baik dengan ayat sebelumnya atau sesudahnya. Disinilah salah satu bukti mukjizat Al-Qur’an.

Kedekatan Allah dengan hambaNya yang dinyatakan oleh ayat di atas lebih khusus daripada kedekatan yang dinyatakan dalam surah Qaaf ayat 16: “Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” yang bersifat umum. Kedekatan Allah dengan hambaNya dalam ayat di atas merupakan kedekatan yang sinergi, kedekatan yang aplikatif, bukan kedekatan yang hampa dan kosong, kerana kedekatan ini terkait erat dengan doa dan amal solih yang berhasil ditunjukkan oleh seorang hamba di bulan Ramadhan, sehingga merupakan motivasi terbesar yang memperkuat semangat ber Ramadhan dengan baik dan total.

Dalam konteks ini, korelasi ayat doa dan kedekatan Allah yang khusus dengan hambaNya dengan ayat-ayat puasa (Ayatush Shiyam) paling tidak dapat dilihat dari empat hal berikut ini: Pertama, Salah satu dari pemaknaan Ramadhan sebagai Syahrun Mubarok yang menjanjikan beragam kebaikan adalah Syahrud Du’a dalam erti bulan berdoa atau lebih jelas lagi bulan dikabulkannya doa seperti yang diisyaratkan oleh ayat ini.

Kerananya Rasulullah saw sendiri menjamin dalam sabdanya: “ Bagi orang yang berpuasa doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt.” (HR. Ibnu Majah). Keadaan ruhiyah seorang hamba di bulan Ramadhan yang mencapai puncaknya merupakan barometer kedekatannya dengan Allah yang juga bererti jaminan dikabukannya setiap permohonan dengan modal kedekatan tersebut. Dalam kitab Al-Ma’arif As-Saniyyah Ibnu Qayyim menuturkan: “Jika terhimpun dalam doa seseorang kehadiran dan keskhusyukan hati, perasaan dan kondisi kejiwaan yang tunduk patuh serta ketepatan waktu yang mustajab, maka tidaklah sekali-kali doanya ditolak oleh Allah swt. Padahal di bulan Ramadhanlah kondisi dan situasi ‘ruhiyah’ yang terbaik hadir bersama dengan ketaatan dan kepatuhannya dengan perintah Allah swt.

Kedua, Ungkapan lembut Allah “ Sesungguhnya Aku dekat” merupakan komitmen Allah untuk senantiasa dekat dengan hambaNya, bila dan dimanapun mereka berada. Namun kedekatan Allah dengan hambaNya lebih terasa di bulan yang penuh dengan keberkahan ini dengan indikasi yang menonjol bahawa hambaNya juga melakukan pendekatan yang lebih kuat dengan berbagai amal kesolehan yang mendekatkan diri mereka lebih dekat lagi dengan Rabbnya. Padahal dalam sebuah hadis qudsi Allah memberikan jaminan:

“Tidaklah hambaKu mendekat kepadaku sejengkal melainkan Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Tidaklah hambaKu mendekat kepadaKu dengan berjalan melainkan Aku akan mendekat kepadanya dengan berlari dan sebagainya”. (Muttafaqun Alaih)
Ketiga, Istijabah (falyastajibu li) yang dimaknai dengan kesiapan hamba Allah untuk menyahut dan melaksanakan setiap panggilanNya merupakan media dikabulkannya doa seseorang. Hal ini pernah dicontohkan dalam sebuah hadits Rasulullah saw yang menceritakan tiga orang yang terperangkap di dalam gua. Masing-masing dari ketiga orang tersebut menyebutkan amal soleh yang mereka lakukan sebagai media dan wasilah mereka berdoa kepada Allah. Dan ternyata Allah swt serta merta memenuhi permohonan masing-masing dari ketiga orang itu dengan ‘jaminan amal soleh yang mereka lakukan’. Padahal bulan Ramadhan adalah bulan hadirnya segala kebaikan dan berbagai jenis amal ibadah yang tidak hadir di bulan yang lain; dari ibadah puasa, tilawah Al-Qur’an, Qiyamul Lail, Zakat, infaq, Ifthorus Shoim dan beragama ibadah lainnya.

Kesemuanya merupakan rangkaian yang sangat erat kaitannya dengan pengabulan doa seseorang di hadapan Allah swt. Dalam hal ini, Abu Dzar menyatakan: “Cukup doa yang sedikit jika diiringi dengan kebaikan dan ketaatan seperti halnya garam yang sedikit cukup untuk kelazatan makanan”.

Keempat, Kata ‘la’alla secara bahasa menurut pengarang Tafsir Al-Kasyaf berasal dari kata ‘alla’ yang kemudian ditambah dengan lam di awal yang berarti ‘tarajji’ merupakan sebuah harapan yang langsung dari Zat Yang Maha memenuhi segala harapan. Logikanya, jika ada harapan maka ada semangat, apalagi yang berharap adalah Allah swt terhadap hambaNya sehingga tidak mungkin hambaNya menghampakan harapan Tuhan mereka. Kerananya rangkaian ayat-ayat puasa diawali dengan khitab untuk orang-orang yang beriman: “hai orang-orang yang beriman”. Dalam konteks ini, setiap hamba yang selalu mendekatkan diri dengan Allah tentu besar harapannya agar sentiasa mendapat bimbingan dan petunjuk Allah swt. Demikian redaksi ‘La’alla’ yang selalu mengakhiri ayat-ayat puasa termasuk ayat doa ini, menjadi korelasi tersendiri dalam bentuk keseragaman dengan ayat-ayat puasa sebelum dan sesudahnya ‘La’allakum Tattaqun, La’allakum Tasykurun, La’allahum Yarsyudun, dan La’allahum Yattaqun’.

Demikian pembacaan terhadap satu ayat yang disisipkan dalam rangkaian ayat-ayat puasa. Tentu tidak semata untuk memenuhi aspek keindahan bahasa. Namun lebih dari itu, terdapat korelasi dan hikmah yang patut diungkap untuk memperkaya pemaknaan terhadap Ramadhan yang terus akan mendatangi kita setiap tahun. Kerana pemaknaan yang komprehensif terhadap ayat-ayat puasa akan turut mewarnai aktiviti Ramadhan kita yang berdampak pada peningkatan kualiti keimanan kita dari tahun ke tahun. Saatnya momentum special kedekatan Allah dengan hamba-hambaNya di bulan Ramadhan dioptimal dengan doa yang diiringi dengan amal soleh dan ketaatan kepadaNya.

Walau Ditawar Harta & Diancam Bakaran

Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi sallahu ‘alayhi wassalam, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain.[1]

AURA SAHABAT RASULULLAH
Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.
Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.

Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.
Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku"

Abdullah menjawab :
لو أعطيتني جميع ما تملك وجميع ما تملك وجميع ملك العرب ما رجعت عن دين محمد طرفة عين
Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"
Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

MENANGIS
Kemudian, diarahkan agar Abdullah pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja melihat Abdullah menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.
Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.

Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.
Abdullah menjawab :

Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."
Bermakna, Abdullah sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

TERSENTAK
Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah untuk dibebaskan dengan satu syarat.
Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah Huzafah untuk mencium dahinya.
Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.

Raja Rom bersetuju.
Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:
حق على كل مسلم أن يقبل رأس ابن حذافة وأنا أبدأ
Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.

Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, walau ditawar dengan separuh harta Raja Rom, diugut dengan lontaran ke dalam api dan minyak mendidih, imannya tetap kental, teguh dan maha yakin dengan segala jenis pembalasan kebaikan akhirat. MashaAllah, betapa kerdilnya kita ini berbanding insan-insan didikan baginda nabi.

Lihat sahaja umat Islam di zaman ini, hanya dengan sogokan nilai matawang beberapa ratus, ribu pun atau kain, beras beberapa kilo sahaja pun telah mampu melayang ketabahan iman seseorang. Apakah sebabnya terlalu jauh kita berbanindg sahabat dan tabi'en? Moga kita dijauhkan dari situasi begitu dan diberi kekuatan untuk membina kekuatan dalaman jika terpaksa menghadapinya di masa hadapan.

KEMATIAN SYAHID SAMBIL MENGISLAMKAN MUSUH
Bayangkan, seorang sahabat bernama Huram bin Mulhan, merupakan pembaca & salah serorang dari kalangan penghafaz Al-Quran yang utama, ketika dia berjuang, ditikam dari belakang oleh musuh. Tatkala melihat tombak yang menembusi dirinya, dia menjerit sambil berkata "aku berjaya, Demi tuhan Ka'bah!"
Dia mati syahid, meninggalkan pembunuhnya iaitu Jabbar Bin Salmi, terpinga-pinga dengan kalimah yang didengari. Puas mencari, jawapan akhirnya ditemui, kesannya musuh tersebut akhirnya memeluk Islam beberapa ketika selepas itu. Hal ini diakui sendiri oleh Jabbar selepas keislamannya.

Itulah sahabat didikan Rasulullah, ambang kematian mereka juga menjadi sebuah dakwah kepada pihak musuh. Kita sudah hampir dengan Ramadhan, berdoalah kita agar diberikan rezeki untuk meraih segala kebaikan darinya dan mampu mencontohi iman para sahabat ridwanullah alayhim.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
16 Julai 2010

Malaikat Kecil – Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Khalid al-Walid ‘pedang Allah’

PERJANJIAN damai Hudaibiah banyak membuka hati orang-orang kafir untuk memeluk Islam. Antaranya yang memeluk Islam ialah Khalid bin al-Walid. Beliau dahulu adalah pemimpin pasukan Quraisy yang sangat terkemuka. Beliau juga merupakan seorang pahlawan perang yang sangat gagah dan berani.

Hampir semua peperangan disertai oleh beliau akan beroleh kemenangan. Selepas memeluk Islam, Rasulullah memberikannya jolokan ‘Saifullah’ iaitu Pedang Allah. Beliau juga telah menakluki negeri Syria.

Selepas memeluk Islam, Khalid menjadi pemimpin dalam setiap peperangan. Ini disebabkan beliau bijaksana dan berpengalaman dalam mengatur strategi peperangan.
Ketika beliau melihat jumlah pasukan musuh di Muktah yang berlipat ganda ramainya, beliau memasang strategi dengan mengajak pasukannya mundur ke selatan sementara pihak musuh mundur ke utara.

Dengan itu, kedua-dua pasukan tidak bertembung dan berada dalam keadaan yang jauh. Keadaan itu menjadikan mereka lebih selamat dalam pasukan daripada meneruskan peperangan yang akan membawa kepada kebinasaan dan kematian.

Sementara itu, beliau juga telah menugaskan sebahagian pasukannya yang berada di barisan belakang untuk melancarkan pertembungan dan pergaduhan sebagai taktik seolah-olah pasukan Muslimin sedang mendapatkan bantuan dari Madinah.
Taktik yang beliau atur ini ternyata berhasil. Pihak musuh menjadi takut terhadap pasukan Muslimin sehingga sebahagiannya terus berusaha mundur dan tidak meneruskan peperangan.

Ketika hendak memeluk Islam, beliau telah menyaksikan berbagai-bagai peristiwa dengan Nabi Muhammad SAW. Baginda sangat dikenali oleh semua orang dan pengikut-pengikut baginda juga semakin bertambah.

Pernah suatu ketika, baginda dan rombongan baginda dalam perjalanan menuju ke Hudaibiah, pasukan Khalid telah mengekori baginda. Kemudian beliau melihat Rasulullah bersembahyang Zuhur bersama-sama para sahabat baginda.
Pada mulanya beliau bercadang hendak menyerang mereka ketika mereka sedang bersembahyang itu, tetapi tiba-tiba tidak tercapai keinginan untuk membuat sedemikian.

Khalid terus menunggu sehingga baginda menunaikan solat Asar pula. Tetapi niat itu diketahui oleh Rasulullah, lalu baginda dan para sahabat terpaksa menunaikan solat khauf iaitu solat dalam keadaan takut dan berjaga-jaga.
Terus hati Khalid berasa serba salah dan tidak jadi hendak menghalang Rasulullah.
Apabila beliau mengetahui pemergian baginda ke Hudaibiah adalah untuk membuat perjanjian perdamaian dengan kaum Quraisy, terus Khalid bersemangat untuk mendatangi Rasulullah dan menyatakan keinginan beliau untuk memeluk Islam.

Lalu beliau pun segera mengajak kawan-kawannya untuk pergi ke Madinah menemui Rasulullah dan memeluk Islam. Rasulullah sungguh gembira menyambut kedatangan Khalid dan sahabat-sahabatnya, lalu mengislamkan mereka.

Seksa bagi orang kafir

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menerangkan kenikmatan yang disediakan kepada orang yang beriman kepada-Nya dan rasul-Nya serta melakukan kebaikan yang diperintahkan, Dia menunjukkan apa yang disediakan kepada penderhaka sebagai balasan dosa-dosa mereka.
Dia juga menjelaskan keadaan orang kafir menghadapi orang yang beriman di dunia dan bagaimana orang beriman menghadapi orang kafir di akhirat kelak sebagai balasan terhadap sikap mereka di dunia dahulu.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.

Syed Qutub berkata: Mereka mengejek dan ketawakan orang mukmin sama ada kerana keadaan hidup mereka yang miskin dan derita, kerana kelemahan mereka untuk menolak ejekan dan sendaan itu atau kerana orang-orang mukmin itu tidak menghiraukan tindak tanduk mereka yang jahil.
Semuanya itu menimbulkan gelak ketawa orang yang berdosa. Mereka telah menjadikan orang mukmin itu bahan ketawa, ejekan, gurauan dan sendaan.
Mereka melakukan tindakan jahat ke atas mereka kemudian ketawa melihat kesusahan yang menimpa orang yang beriman itu. Namun, orang mukmin tetap sabar dan mematuhi adab sopan.

Firman Allah SWT: Dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
Al-Maraghi berkata: Apabila orang kafir melalui perkumpulan orang mukmin, mereka mengetawakan orang mukmin serta memburukkan dan mengejek mereka.
Firman Allah SWT: Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira. Dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!
Ibn Kathir berkata: Maksudnya ketika orang yang berbuat dosa itu kembali ke rumah mereka, maka mereka akan kembali dalam keadaan sedang gembira. Maksudnya apa pun yang mereka cari pasti mereka mendapatkannya.

Oleh yang demikian, mereka tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada mereka. Justeru, mereka sibuk menghina dan dengki kepada orang mukmin. Maksudnya mereka berada dalam agama yang bukan agama mereka.
Firman Allah SWT: Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang yang beriman itu!

Al-Maraghi berkata: Allah SWT tidak mengutus orang kafir untuk menjadi pengawas kepada orang yang beriman. Dia juga tidak memberi kekuasaan kepada mereka untuk mengamati perbuatan mereka serta mengajar yang batil dan yang benar.
Oleh itu, mereka tidak boleh mencela apa yang mereka percayai sebagai kepercayaan sesat menurut fikiran mereka yang rosak itu. Mereka hanya diperintah memikirkan diri sendiri sehingga dapat memperbetulkan kesalahan mereka.

Jika mereka dapat mengerjakan perkara itu pasti mereka mampu mengerjakan kewajipannya dalam kehidupan di dunia ini. Kemudian Allah SWT menyebutkan perlakuan orang beriman kepada mereka pada hari kiamat, untuk menghiburkan mereka daripada penderitaan dan keteguhan serta balasan kerana kesabaran mengembangkan cahaya iman.
Firman Allah SWT: Maka pada hari ini, orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu. Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).

Syed Qutub berkata: Maksudnya pada hari ini orang kafir dihijabkan daripada Allah SWT, mereka terseksa dengan hijab yang menghilangkan sifat insaniah mereka, kerana itu mereka dimasukkan ke dalam neraka dengan penuh sendaan dan penghinaan.
Firman Allah SWT: (untuk menambahkan kegembiraan mereka, mereka ditanya): Bukankah orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?
Ibn Kathir berkata: Maksudnya apakah orang-orang kafir itu akan diberi ganjaran atau tidak atas apa yang mereka lakukan terhadap orang mukmin berupa caci maki dan penghinaan?

Maksudnya mereka telah diberi balasan dengan azab yang paling lengkap lagi sempurna.
Syed Qutub berkata: Al-Quran mewujudkan hati-hati yang disediakan untuk memikul amanah dakwah. Hati itu pastilah tabah, kuat dan ikhlas iaitu ia berjuang dan berkorban bukan mengharapkan sesuatu faedah dunia.
Ia tidak menunggu sesuatu yang lain melainkan akhirat. Ia tidak mengharapkan sesuatu apa melainkan keredaan Allah SWT.

Itulah hati yang bersedia untuk meneruskan perjalanan mereka dalam kepayahan, kesusahan, pengharaman, keseksaan, pengorbanan dan penderitaan tanpa mengharapkan balasan yang cepat di bumi dalam bentuk kemenangan dakwah, kejayaan Islam dan keunggulan umat Islam.

Apabila hati ini telah diwujudkan iaitu hati yang tahu di dalam perjalanan mereka di bumi tiada kewajipan lain di hadapan mereka melainkan hanya masa balasan dan penyelesaian di antara yang benar dan batil.
Apabila hati ini telah diwujudkan dan Allah mengetahui kejujuran niat mereka untuk melaksanakan janji setia mereka, barulah kemenangan di bumi datang kepada mereka dan Allah menjadikan kemenangan itu amanah bukan kemenangan untuk mereka, tetapi membolehkan mereka memikul amanah agama Allah SWT.

Hati-hati seperti inilah yang layak menunaikan amanah Allah yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan. Hati-hati inilah yang tidak mengharapkan apa-apa faedah dunia.
Mereka benar-benar jujur kepada Allah SWT sejak mereka tahu satu-satunya balasan untuk mereka adalah keredaan Allah SWT.

Semua ayat yang menyebutkan kemenangan dunia diturunkan di Madinah selepas itu iaitu selepas persoalan kemenangan ini berada di luar program orang mukmin dan di luar harapan dan cita-cita mereka kemudian.
Kemenangan itu sendiri datang kerana kehendak Allah SWT mahukan agama ini tegak di alam realiti hidup manusia dalam bentuk amali yang boleh dilihat generasi seterusnya


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Rasulullah Dan Seorang Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berucap sepatah kata pun, Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah Muhammad—orang yang selalu dia caci maki dan sumpah serapah.
Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sehingga baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah saw, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah, yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah. Ia bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."
“Apakah Itu?" tanya Abu Bakar ingin tahu. Ia menggelabah juga kerana merasa sudah mengetahui bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya.
"Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?"
Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan ketus "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku."

Abubakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw."
Seketika itu juga kaget pengemis itu. Ia pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abubakar saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim. (sa/ts-rnjmt)

Wanita dan Hipnotis

“Tolong puan, saya berada di tempat yang tidak saya kenal,” demikian rintih seorang gadis yang dikenali sebagai guru mengaji anak Puan Mirna dari balik ruang telefon, meminta pertolongan. Dengan gugup Puan Mirna segera mengajak pemandunnya dan menjemput seorang ustazah untuk mencari tempat gadis berjilbab yang memang diketahui memiliki jiwa yang lemah. Hal ini terbukti bahawa dia selalu pasrah walaupun Puan Mirna lupa memberi gaji setelah mengajar mengaji anaknya, namun dengan tekun dan pasrah dia terus mengajar.

Contoh lain, ketika salah seorang anak Puan Mirna membiarkan dia menunggu berjam-jam diruang tamu, sementara anak didiknya itu menonton filem kartun dari cerita Avatar sampai Power Rangers terus-menerus tanpa mempedulikan keberadaan dia yang sudah hadir di rumah. Selain itu, gadis bertudung kecil itu hanya diam dan pasrah diruang tamu, gadis bertudung kecil itu yang dikenali dengan nama Amirah itu, menelefon Puan Mirna dengan teruhuk-uhuk.
Setelah menyusuri daerah perumahan yang dimaksudkan, akhirnya Puan Mirna menjumpai Amirah yang terduduk lemas di bawah pohon dekat warung kopi yang berhampiran dengan sebuah bangunan sekolah negeri.

Dipendekkan cerita Amirah mengaku bahawa hari itu dia tidak boleh solat atau sedang datang bulan, dan ketika mengelamun memikirkan ibunya yang sedang sakit tenat, dia merasa bahunya ditepuk pemuda yang tidak dikenali. Ketika dia tidak juga memandang ke arah sang pemuda, maka sang pemuda kembali menepuk bahunya dengan keras sambil menanyakan alamat sebuah jalan dan tepukan kerasnya yang membuat Amirah terpaksa menoleh dan memandang wajah pemuda yang tidak dikenali itu dengan senyumnya yang ramah.

“Saya ingat puan, matanya berwarna hitam kelam dan senyumannya begitu menyihir sehingga sejenak saya terlupa dengan fikiran saya dan ibu saya. Lalu saya juga turut saja ketika diajaknya masuk ke dalam bangunan di belakang sekolah negeri itu”, esak Amirah sambil menunjuk ke arah belakang bangunan sekolah negeri.

“Alhamdulillah, ada sekelompok pelajar sekolah yang beramai-ramai pulang dan masuk ke pekarangan rumah kosong tersebut untuk mengambil layang-layang besar yang tersangkut di pohon mangga rumah kosong tersebut”, lanjut Aminah. Di dalam rumah itu menurut Amirah, ia sedang dirayu oleh sang pemuda untuk membuka bajunya, dan sebelum aksinya itu sempat terjadi maka suara azan yang bergaung keras membuat Amirah terjaga. Seketika itu sorak-sorai suara anak-anak kampung di pekarangan rumah kosong itu menyentak Amirah bahawa dia ada dalam keadaan yang tidak senonoh bersama seorang pemuda yang masih asyik merayunya.

Dengan refleksnya, Amirah segera menjerit dan jeritannya cukup membuat anak-anak sekolah berlari keluar meminta pertolongan kerana mendengar jeritan di rumah itu yang sudah lama kosong. Selain itu beberapa warga tua yang memang akan melaksanakan solat zuhur berjamaah segera berlari masuk ke pekarangan. Jeritan yang ditahan dengan bekapan tangan serta suara ribut dalam rumah yang sudah lama kosong, membuat solat berjamaah di surau Al Hidayah menjadi sedikit terlambat. Alhamdulillah, mungkin dengan kepasrahan Amirah dan niatnya untuk sungguh-sungguh mengajar mengaji anak Puan Mirna, menjadikannya wasilah dari perbuatan kotor pemuda yang berniat merayunya dengan bantuan hipnotis.

Wahai para gadis, sungguh kisah diatas kerap terjadi di lingkungan sekitar kita, tapi saya ingin mengemukakan bahawa kisah ini sebagai pelajaran bagi kaum muslimah ketika di jalanan, baik dalam perjalanan pergi kerja, pergi sekolah atau kemana sekalipun kalian bepergian. Jangan lupa untuk membaca ta’awudz dan juga doa keluar rumah dengan khusyu, bukan asal di lidah namun fikiran entah kemana dan sepanjang jalan diharapkan selalu berzikir.

فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ ﴿٤٥﴾
"... maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung."[QS. Al-Anfaal (8) : 45]
Jika kita memikirkan permasalahan hidup, sebaiknya disaat sudah sampai di rumah saja, jangan di jalan, kerana ketika kita mengelamun dan sedang tidak berzikir, maka sihir dan hipnotis mudah masuk kedalam diri kita.

Selain itu disarankan, sebagai seorang ibu yang memiliki beberapa anak gadis, marilah kita bertilawah secara rutin, paling tidak ketika sudah aqil balikh, setengah juz sehari. Bila sudah diatas 17 tahun, bacalah Al Quran minimal 1 juz sehari dan basahi lisan dan hati kita dengan zikir. Kita juga sebaiknya rutin membaca doa, yang biasanya bacaan-bacaan surat dapat kita dapatkan dari buku doa yang kecil, bisa kita dapatkan di kedai buku manapun.

Usahakan yaa, kerana tidak ada yang bisa menolong kita dari kekuatan jahat yang halus bila bukan dari diri kita sendiri yang selalu beramal dan berzikir.
Pesan lain: Jangan berjalan sendirian keluar rumah, ajaklah kawan, jangan mau atau tersenyum jika disapa orang tak dikenal, jangan berpakaian yang membentuk lekukan tubuh serta jangan gunakan minyak wangi berlebihan.

Hal-hal diatas akan membuat orang yang tidak berniat jahat pun akan berpikiran jahat kepada kita. Naudzubilahi min dzalika.

Kisah Sa’id bin Harits Berbuka Puasa Bersama Bidadari

Hisyam bin Yahya al-Kinaniy berkata, “Kami berperang melawan bangsa Romawi pada tahun 38 H yang dipimpin oleh Maslamah bin Abdul Malik. Dalam pertempuran itu ada di antara kami seorang lelaki yang bernama Sa’id bin Harits yang terkenal banyak beribadah, berpuasa di siang hari, dan solat di malam hari.
Saya melihat orang itu adalah orang yang sangat bersungguh-sungguh dalam beribadah, baik siang maupun malam hari. Jika dia tidak sedang melakukan solat atau ketika kami berjalan-jalan bersama, saya lihat dia tidak pernah lepas dari berzikir kepada Allah dan membaca Al-Qur’an.

Pada suatu malam ketika kami melakukan pergantian jaga (ketika mengepung benteng Romawi), sungguh waktu itu kami jadi bingung olehnya. Saat itu saya katakan kepadanya, ‘Tidurlah sebentar kerana kamu tidak tahu apa yang akan terjadi pada musuh. Jika terjadi sesuatu agar nantinya kamu dalam keadaan siaga.’
Lalu dia tidur di sebelah tenda sedangkan saya berdiri di tempatku berjaga. Di saat itu saya mendengar Said berbicara dan tertawa, lalu mengulurkan tangan kanannya seolah-olah mengambil sesuatu kemudian mengembalikan tangannya sambil tertawa. Kemudian ia berkata, ‘Semalam.’ Setelah berkata seperti itu tiba-tiba ia melompat dari tidurnya dan terbangun dan bergegaslah dia bertahlil, bertakbir, dan bertahmid.
Lalu saya bertanya kepadanya, ‘Bagus sekali, wahai Abul Walid (panggilan Sa’id), sungguh saya telah melihat keanehan pada malam ini. Ceritakanlah apa yang kau lihat dalam tidurmu.’

Dia berkata, ‘Aku melihat ada dua orang yang belum pernah aku lihat kesempurnaan sebelumnya pada selain diri mereka berdua. Mereka berkata kepadaku, ‘Wahai Sa’id, berbahagialah, sesungguhnya Allah swt. telah mengampuni dosa-dosamu, memberkati usahamu, menerima amalmu, dan mengabulkan doamu. Pergilah bersama kami agar kami menunjukkan kepadamu kenikmatan-kenikmatan apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadamu.’

Tak henti-henti Sa’id menceritakan apa-apa yang dilihatnya, mulai dari istana-istana, para bidadari, hingga tempat tidur yang di atasnya ada seorang bidadari yang tubuhnya bagaikan mutiara yang tersimpan di dalamnya. Bidadari itu berkata kepadanya, “Sudah lama kami menunggu kehadiranmu.” Lalu aku berkata kepadanya, “Di mana aku?” Dia menjawab, “Di surga Ma’wa.” Aku bertanya lagi, “Siapa kamu?” Dia menjawab, “Aku adalah isterimu untuk selamanya.”

Sa’id melanjutkan ceritanya. “Kemudian aku ulurkan tanganku untuk menyentuhnya. Akan tetapi dia menolak dengan lembut sambil berkata, ‘Untuk saat ini jangan dulu, kerana engkau akan kembali ke dunia.’ Aku berkata kepadanya, “Aku tidak mahu kembali.” Lalu dia berkata, “Hal itu adalah keharusan, kamu akan tinggal di sana selama tiga hari, lalu kamu akan berbuka puasa bersama kami pada malam ketiga, insyaAllah.”
Lalu aku berkata, “Semalam, semalam.” Dia menjawab, “Hal itu adalah sebuah kepastian.” Kemudian aku bangkit dari hadapannya, dan aku melompat kerana dia berdiri dan saya terbangun.

Hisyam berkata, “Bersyukurlah kepada Allah, wahai saudaraku, kerana Dia telah memperlihatkan pahala dari amalmu.” Lalu dia berkata, “Aapakah ada orang lain yang bermimpin seperti mimpiku itu?” Saya menjawab, “Tidak ada.” Dia berkata, “Dengan nama Allah, aku meminta kepadamu untuk merahasiakan hal ini selama aku masih hidup.” Saya katakan kepadanya, “Baiklah.”

Lalu Sa’id keluar di siang hari untuk berperang sambil berpuasa, dan di malam hari ia melakukan solat malam sambil menangis. Sampai tiba saatnya, dan sampailah malam ketiga. Dia masih saja berperang melawan musuh, dia membabat musuh-musuhnya tanpa sekalipun terluka. Sedangkan saya mengawasinya dari kejauhan kerana saya tidam mampu mendekatinya. Sampai pada saat matahari menjelang terbenam, seorang lelaki melemparkan panahnya dari atas benteng dan tepat mengenai tenggorokannya. Kemudian dia jatuh tersungkur, lalu dengan segera aku mendekati dia dan berkata kepadanya, “Selamat atas buka malammu, seandainya aku bisa bersamamu, seandainya….”

Lalu ia menggigit bibir bawahnya sambil memberi isyarat kepadaku dengan tersenyum. Seolah-olah dia berharap ‘Rahsiakanlah ceritaku itu hingga aku meninggal’. Kemudian dari bibirnya keluar kata-kata, “Segala puji bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami.” Maka demi Allah, dia tidak berucap kata-kata selain itu sampai dia meninggal.

Kemudian saya berteriak dengan suaraku yang paling keras, “Wahai hamba-hamba Allah, hendaklah kalian semua melakukan amalan untuk hal seperti ini,” dan aku ceritakan tentang kejadian tersebut. Dan orang-orang membicarakan tentang kisah itu dan mereka satu sama lain saling memberikan teguran dan nasihat. Lalu pada pagi harinya mereka bergegas menuju benteng dengan niat yagn tulus dan dengan hati yang penuh kerinduan kepada Allah swt. Dan sebelum berlalunya waktu Dhuha benteng sudah bisa dikuasai berkat seorang lelaki saleh itu, iaitu Sa’id bin Harits.

Malu dan Memalukan

Salah satu sifat yang mesti dimiliki oleh setiap muslim adalah malu, yakni malu bila melakukan hal-hal yang tidak dibenarkan oleh Allah Swt dan Rasul-Nya. Hal ini kerana, bila kita dan anggota masyarakat lainnya telah memiliki rasa malu seperti ini, maka tidak akan ada penyimpangan yang dilakukan, termasuk terhadap ketentuan baik yang telah disepakati sesama manusia. Begitu penting sifat malu sehingga hal ini menjadi salah satu cabang yang tidak dapat dipisahkan dengan iman. Ini bererti keimanan seseorang perlu kita pertanyakan apabila pada dirinya tidak ada perasaan malu. Rasulullah Saw bersabda: Malu itu cabang dari iman” (HR. Bukhari).

Tiga Bentuk Malu
Dalam kehidupan manusia, paling tidak malu dapat dibahagi menjadi tiga bahagian yang saling berkaitan. Pertama, malu kepada diri sendiri, yakni malu kepada martabat peribadi dengan segala kedudukan, gelaran atau sebutan yang kita sandang, sebagai apapun kita. Kalau kita disebut muslim, itu bererti kita seharusnya menjadi orang yang tunduk dan patuh kepada Allah Swt dengan segala ketentuan-Nya dan kita sangat malu bila tidak tunduk kepada Allah. Bila kita disebut suami, tentu seharusnya kita malu bila melakukan hubungan seksual dengan wanita yang bukan isteri kita. Bila kita disebut bapa, seharusnya kita punya perasaan malu bila tidak boleh menjadi contoh yang baik bagi anak-anak kita. Bila kita menjadi penjawat atau pemimpin, maka kita malu bila tidak dapat memberi yang terbaik kepada orang yang kita pimpin, bahkan bila kita diberi amanah, maka kita akan sangat malu bila mengkhianatinya, begitulah seterusnya. Dengan kata lain, bila kita memiliki rasa malu terhadap diri kita sendiri, maka kita akan selalu menjaga nama baik atau citra diri sehingga kita tidak akan merosakkannya. Kerana itu, orang yang tidak memiliki rasa malu terhadap dirinya sendiri harus diwaspadai, sebab kalau ia telah merosak citra dirinya sendiri, sangat mungkin baginya untuk merosak citra orang lain, citra organisasi, bahkan citra negara .

Malu pada diri sendiri sangat mendasar, kerana meski orang lain tidak tahu bila penyimpangan dilakukannya, ia justeru menjadi saksi atas dirinya sendiri terhadap penyimpangan yang dilakukan, bahkan siap membeberkan kesalahan itu dihadapan Allah Swt sebagaimana terdapat dalam firman-Nya:
"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan" (QS 36:65).

Kedua, malu kepada orang lain, yakni malu bila kesalahan yang dilakukan diketahui oleh orang lain, kerananya daripada kesalahan atau dosa yang dilakukan diketahui oleh orang lain, ia merasa lebih baik tidak melakukannya. Bukan malah ia lakukan dosa tapi ia menjadi malu bila hal itu diketahui oleh orang lain lalu berusaha menyembunyikan kesalahannya itu dengan berbagai cara meskipun dengan melakukan kesalahan-kesalahan berikutnya, ini merupakan sesuatu sangat berbahaya. Orang seperti ini akan mengalami kegelisahan jiwa sehingga hal ini akan membawa pengaruh yang negatif bila seseorang menjalani kehidupan dalam keadaan jiwa yang gelisah.
Suami dan bapa yang gelisah tentu sangat berbahaya bagi keluarganya, apalagi bila anggota legislatif dan pemimpin yang gelisah, maka hal itu akan mempengaruhi orang-orang yang dipimpinnya. Rasulullah Saw bersabda:
Dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hati seseorang, ia tidak setuju bila hal itu diketahui oleh orang lain (HR. Ahmad).

Disamping itu, seseorang yang malu atas dosa yang dilakukannya tapi tetap berbuat dosa adalah membahayakan orang lain, ia tidak segan-segan membunuh orang yang membongkar aibnya itu dan dalam kehidupan berjamaah boleh jadi ia akan menyingkirkan orang-orang yang idealisme.

Bentuk malu yang Ketiga adalah malu kepada Allah Swt, yakni malu kerana ia sudah mengakui Allah Swt sebagai Tuhannya, tapi berani melanggar ketentuan Allah dengan anggapan Allah tidak mengetahuinya, padahal sebenarnya Allah Swt Maha Tahu terhadap segala sesuatu yang dilakukan oleh manusia, Allah berfirman:

Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu kerjakan. Dan yang demikian itu prasangkamu yang telah kamu duga terhadap Tuhanmu. Prasangka itu telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi (QS 41:22-23).

Untuk itulah, setiap muslim harus memiliki sifat malu kepada Allah yang sebenar-benarnya, malu yang ditunjukkan dimana saja, kapan saja dan dalam situasi serta keadaan yang bagaimanapun juga, bukan hanya malu untuk menyimpang ketika berada di masjid dan sejenisnya, tapi seseorang tidak malu-malu untuk melakukan penyimpangan di pasar, di kantor dan sebagainya, Rasulullah Saw bersabda: Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu (HR. Tirmidzi).

Jangan Memalukan
Orang yang memiliki sifat malu tentu tidak akan bersikap dan bertindak yang memalukan, baik memalukan dirinya, keluarganya, jamaahnya hingga bangsanya. Sikap dan tindakan yang memalukan adalah bila bertentangan dengan nilai-nilai idealisme yang selama ini justeru diperjuangan. Ketika “Bersih dan Amanah” menjadi semboyan perjuangan untuk memperoleh kerusi dan kekuasaan, lalu hal itu sudah diperoleh tapi ternyata tidak bersih dan tidak amanah terhadap kepentingan dakwah dalam erti yang luas yakni tegaknya nilai-nilai kebenaran Islami, maka hal ini menjadi akan sangat memalukan, bahkan menjadi beban sejarah yang amat berat untuk dipikul serta menjadi trauma dalam upaya menegakkan nilai-nilai kebersihan dan kepedulian itu.

Bila kita masih memiliki sifat malu tentu kita tidak akan melakukan hal-hal yang tidak dibenarkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan bila terlanjur salah, maka orang yang malu akan mau mengakui kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman kepada yang bersalah sesuai dengan tingkat kesalahan, bukan malah melindungi, menutup-nutupi apalagi bersekongkol dalam kesalahan. Namun bila rasa malu ini sudah tidak lagi dimiliki oleh manusia, ia bisa melakukan apa saja sesuai dengan kehendaknya, dalam satu hadits yang berasal dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al Anshari Al Badri dinyatakan: Sesungguhnya sebagian dari apa yang telah dikenal orang dari ungkapan kenabian yang pertama adalah: Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendak hatimu (HR. Bukhari).
Oleh kerana itu, menjadi sangat penting bagi kita untuk selalu memperkukuh rasa malu, kerana tidak ada kejelekan sedikitpun dari sifat malu ini sehingga Rasulullah Saw bersabda: Malu itu seluruhnya baik (HR. Bukhari dan Muslim).

Akhirnya, menjadi penting bagi kita untuk terus memantapkan rasa malu dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim sehingga aktiviti kita selalu mengarah pada kebaikan dan memberi manfaat yang besar bagi orang lain.

Teman-teman Pilihan

Ar Rafiiq qabla thariq, memilih teman perlu diutamakan sebelum memulai perjalanan. Penempuh jalan dakwah, hakikatnya sama seperti penempuh perjalanan secara umumnya yang memerlukan teman perjalanan sebagai teman berbicara, berbincang, sharing suka dan duka, saling memikul kesulitan perjalanan, menemani di kala sepi, menjadi penasihat ketika lemah, penghibur di kala susah, pelindung di saat ketakutan merasuk, pendorong semangat ketika lemah, dan sebagainya.

Itulah sebabnya para ulama juga turut menjelaskan bahawa adanya seorang teman menjadi salah satu diantara adab orang yang ingin menempuh perjalanan, seperti dikatakan Imam Al-Ghazali: “Hendaknya orang yang ingin bepergian memilih teman. Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan. Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah orang yang boleh membantunya dalam menjalankan prinsip agama, mengingatkan tatkala lupa, membantu dan memotivasi ketika ia tersedar. Dan seseorang tidak dikenal kecuali dengan melihat siapa temannya...” (Ihya’ Ulumuddin, 2/202).

Apa yang dikatakan Imam Al-Ghazali rahimahullah itu sebenarnya, mengambil intisari hadith Rasulullah SAW: “Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri, nescaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri.” (Fath Al Bary, 6/138).

Perjalanan dalam dakwah ini, juga boleh dikiaskan dengan perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah: Ar Rafiiq ash shaalih (teman yang baik). Di jalan ini, kami secara automatik tergabung dalam kebersamaan setelah berbagai level pemilihan. Barangkali yang dominan dalam hal ini bukanlah pemilihan yang kami lakukan sendiri, melainkan tabiat kehidupan dan perjalanan ini yg memilih kami dan saudara-saudara kami secara tidak langsung. Bermacam ujian, halangan, berbagai fitnah, godaan dan rayuan di perjalanan ini yg memilih saudara-saudara perjalanan kami di jalan ini. Termasuk kami sendirilah yg dipilih oleh ragam keadaan itu. Sehingga akhirnya, kami mendapati saudara-saudara di jalan dakwah saat ini adalah mereka yang insya Allah boleh saling membantu untuk mencapai cita-cita perjalanan ini. Semoga merekalah yang disebut sebagai ar rafiiq as shalih. []

Dipetik dari: Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami- Ust Lili

Usaid bin Malik suka hadiri majlis ilmu

USAID bin Malik bin Rabiah ialah salah seorang sahabat Nabi Muhammad dan seorang pahlawan Islam yang berani. Usaid sering menyertai angkatan perang Islam bagi mengalahkan musuh. Salah satu sifat Usaid yang mengkagumkan ialah beliau suka menghadiri majlis ilmu.
Setiap kali ada majlis ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad, Usaid ada di sana. Usaid suka menimba ilmu-ilmu yang baru.

Beliau memang suka mendengar ilmu yang diajarkan dan disampaikan oleh Nabi Muhammad. Setiap ilmu agama dan nasihat yang diperolehnya itu diambil perhatian.
Pada suatu hari, ada majlis ilmu yang disampai oleh Nabi Muhammad.
"Nampaknya hari ini ada ilmu agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad," kata Usaid seorang diri.
Usaid tidak mahu melepaskan peluang itu. Beliau menghadiri majlis ilmu itu. Sampai sahaja di dalam majlis tersebut, beliau duduk mendengar segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dengan penuh perhatian.

Ramai turut hadir dalam majlis itu. Sedang asyik beliau mendengar, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah duduk dalam majlis tersebut.
Semasa majlis itu berlangsung, sesi soal jawab dibuka di antara Nabi Muhammad dan orang yang berada di sana.
"Ada soalan yang mahu ditanya oleh anda semua," tanya Nabi Muhammad kepada para hadirin.
Lelaki dari golongan Bani Salmah itu pun mengangkat tangannya dan bertanya kepada Nabi Muhammad.

"Wahai Nabi Muhammad, ibu bapa saya sudah meninggal dunia. Masih bolehkah saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya selepas mereka meninggal dunia," tanya lelaki itu.
"Semasa mereka masih hidup, saya orang yang selalu menjaga dan taat kepada mereka," katanya lagi.
Rupa-rupanya, para hadirin yang lain juga mempunyai kemusykilan yang sama dengan lelaki Bani Salmah itu.
Usaid bin Malik tidak sabar-sabar menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh Nabi Muhammad.

Keadaan menjadi senyap dan sunyi. Sebentar kemudian, Nabi Muhammad menjawab: "Kamu masih dapat berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
"Caranya begini. Kamu harus selalu mendoakan mereka, meminta ampun kepada Allah dan melaksanakan wasiat yang mereka tinggalkan selepas meninggal dunia."
Para hadirin yang mendengar penjelasan itu mengangguk-angguk kepala mereka.
Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi: "Kamu juga perlu menjaga tali persaudaraan dengan kawan-kawan ibu bapa dan memuliakan kawan-kawan mereka itu."
Para hadirin yang mendengar jawapan Nabi Muhammad faham dengan jawapan yang diberikan.

Kemudian lelaki daripada golongan Bani Salmah itu teringat pesanan Nabi Muhammad, iaitu; "Apabila meninggal seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah yang diberinya semasa beliau hidup. Kedua, ilmu yang disampaikannya kepada orang lain. Akhir sekali yang ketiga, ialah anak yang baik dan selalu mendoakan ibu bapa mereka."
"Mulai saat ini, saya sentiasa berdoa kepada Allah dan berbuat baik dalam hidup, supaya saya dapat berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya yang sudah meninggal dunia," bisik lelaki itu sendirian.

Lelaki itu berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Kemudian, beliau beredar dari majlis ilmu itu. Beliau berazam berbuat baik kepada kedua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia selagi beliau masih hidup.
Usaid juga turut gembira mendapat penjelasan daripada Nabi Muhammad pada hari itu. Bagi Usaid, beliau juga berazam menjadi seorang anak yang taat dan berbuat baik kepada ibu bapanya.

Pada hari itu, Usaid mendapat ilmu baru mengenai berbuat baik kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Beliau gembira kerana ilmunya semakin bertambah.

Baiah Aqabah ke-2

Perjanjian Aqabah kedua yang berlangsung antara Nabi Muhammad dan penduduk Yathrib seramai 70 orang itu berlangsung pada malam yang cukup sunyi itu.
Ketika itu Baginda berkata: "Aku berbaiah dengan kamu supaya kamu dapat mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan isteri dan keluarga kamu."
Lalu Barra bin Ma'rur memegang tangan baginda sambil berkata: "Ya, demi Tuhan yang membangkitkan kamu menjadi Nabi dengan sebenarnya, kami akan mempertahankan kamu sebagaimana kami mempertahankan isteri dan keluarga kami.

"Berbaiahlah dengan kami wahai Rasulullah, sesungguhnya kami, demi Allah adalah terdiri dari kalangan yang berpengalaman dengan peperangan dan mahir menggunakan semua jenis senjata yang kami warisi sejak turun temurun lagi."

Tiba-tiba Abu Al Haitham bin al Taihan bangun mencelah ketika Al Barra sedang berkata-kata itu. Katanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami ada hubungan dan perjanjian dengan satu golongan, iaitu Yahudi di Yathrib. Apakah kalau kami memutuskan hubungan dengan mereka kemudian Allah memberikan kemenangan kepada kamu, maka kamu akan balik kepada kaum kamu dan meninggalkan kami begitu sahaja?"
Sambil tersenyum baginda pun berkata: "Bahkan darah tetap darah, binasa tetap binasa, aku dari kalangan kamu dan kamu dariku. Aku akan memerangi sesiapa yang kamu perangi dan aku akan berikan keamanan kepada sesiapa yang kamu selamatkan."
Penduduk Yathrib itu telah mendengar dengan teliti syarat-syarat yang Nabi Muhammad gariskan untuk mereka patuhi.

Mereka sedar akan kemungkinan boleh berlaku andai mereka bersetuju untuk menerima syarat-syarat itu namun pada masa sama tahu bahawa perjanjian itu mampu mengikat perlakuan-perlakuan buruk mereka sebelum ini.

Mereka yakin baiah itu mampu memberikan mereka kehidupan yang lebih baik dan terjamin di samping menjadi satu kelompok Arab yang bakal disegani lawan dan kawan.
Setelah berbincang sesama sendiri dan mengambil pelbagai pertimbangan, mereka pun berkata kepada Nabi Muhammad: "Kami mengambil keputusan bersedia atas musibah yang akan menimpa harta dan kematian di kalangan kami untuk menerima baiah ini.

"Maka apakah ganjaran untuk kami ya Rasulullah kalau kami bersetuju untuk baiah dan setia bersamamu?" Baginda pun menjawab pendek sahaja iaitu: "Syurga."
Lalu mereka kemudiannya pun berkata: "Hulurkanlah tanganmu wahai Rasulullah!"
Setelah berikrar dengan isi-isi kandungan baiah itu, lafaznya teguh di bibir dan teguh di hati maka mereka pun berbaiah seorang demi seorang dengan menjabat tangan Rasulullah yang didahului oleh Abu Umamah Asaad bin Zirarah.

Kecuali dua orang perempuan yang hadir dalam majlis baiah itu kerana baginda tidak berjabat tangan dengan perempuan yang ajnabi (bukan mahramnya).
Jabir bin Abdullah r.a menceritakan peristiwa ini dengan berkata: "Kami bangun kepada baginda seorang demi seorang untuk berjabat tanda berbaiah. Baginda mengambil tanggungjawab baiah yang dibebankan kepada kami. Dia memberi kepada kami akan janji-janji syurga yang merupakan satu kebenaran."

Memilih naqib
Selepas selesai baiah secara beramai-ramai itu, baginda Rasulullah terus meminta mereka memilih 12 naqib yang mewakili kaum mereka untuk menjadi ketua bagi menyampaikan segala arahan dan pesanan dari baginda kepada anak-anak buah masing-masing.
Mereka pun akhirnya berjaya memilih sembilan dari kalangan Khazraj dan tiga dari kalangan Aus.

Setelah selesai melantik kesemua naqib itu, sekali lagi baginda mengikat perjanjian dengan mereka di atas sifat mereka sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap pengikut masing-masing mewakili perintah Allah dan RasulNya.
Baginda berkata kepada para naqib itu: "Kamu bertanggungjawab kepada kaum kamu dengan apa yang ada pada mereka sebagai penjamin, sebagaimana jaminan Hawariyyah (pengikut setia Nabi Isa) terhadap Isa bin Maryam dan aku menjadi penjamin terhadap kaum (seluruh Muslimin)".

Lalu kesemua mereka menerima kata-kata baginda itu.
Sementara menurut Hadi Awang dalam buku Fiqh Al Harakah Dari Sirah Nabawiyyah pemilihan para naqib itu bertujuan melicinkan perjalanan dan tindakan selanjutnya dan supaya semua tindakan itu tidak diketahui oleh semua anggota tetapi cukup bagi diketahui dan disalurkan melalui para pemimpin yang dilantik


Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Janji Israel ke atas Palestin

ISRAEL dinisbahkan sebagai bangsa Yahudi yang disebutkan dalam al-Quran, terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang kejam, ganas dan biadab. Mereka banyak membunuh utusan Allah termasuk para anbia-Nya.
Mereka juga telah disumpah Allah sebagai kera yang hina dina dalam kisah tersohor pelanggaran hari Sabat (Sabtu).

Sejak peristiwa tersebut, sehingga menjelang tahun 1948, dengan disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia, mereka mulai merampas dan mengganyang bumi Palestin dari pendudukan bangsa Arab sehinggalah sekarang.

Hal ini telah dirakamkan al-Quran yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasarani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. (al-Baqarah: 120).
Sikap Perdana Menteri Israel dalam isu Palestin
Berikut adalah pernyataan dari para Perdana Menteri Israel sejak dahulu hinggalah ke hari ini, kesinambungan sifat-sifat dan kriteria peribadi mereka.
*DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).

– Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).

– Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).

– Ada anti Semitisme, Nazi, Hitler, Auschwitz, tapi apakah itu kesalahan mereka? Mereka melihat tapi satu hal: Kami telah datang dan kita telah mencuri negara mereka. Mengapa mereka menerima itu? (Nahum Goldmann di Le Juif Paradox (The Paradox Yahudi), halaman 121-122).

– Desa Yahudi dibangun di tempat desa-desa Arab. Anda bahkan tidak tahu nama desa-desa Arab, dan saya tidak menyalahkan anda kerana buku-buku geografi tidak ada lagi. Tidak hanya buku-buku Arab yang tidak ada, desa-desa Arab juga tak ada lagi di sana. Nahlal muncul di tempat Mahlul, Kibbutz Gvat di tempat Jibta, Kibbutz Sarid di tempat Huneifis, dan Kefer Yehushua di tempat Tal al-Shuman. Tidak ada satu tempat yang dibangun di negeri ini yang tidak memiliki hubungan dengan pemiliknya, penduduk Arab. (The Jewish Paradox, oleh Nahum Goldmann, Weidenfeld dan Nicolson, 1978, halaman 99).

– Jangan mengabaikan kebenaran di antara kami sendiri, politik kami adalah penyerang dan mereka membela diri. Negara ini milik mereka, kerana mereka tinggal di situ, sementara kami ingin datang ke sini dan hidup nyaman, dan dalam pandangan mereka, kami ingin mengambil negara mereka. (halaman 91-92, Chomsky’s Fateful Triangle, yang dimuat dalam Simha Falapan’s Zionisme dan Palestina, halaman 141-2, mengutip sebuah pidato tahun 1938).

– Kalau saya tahu bahawa sangat mungkin untuk menyelamatkan anak-anak Jerman dengan mengangkut mereka ke Inggeris, dan setengahnya memindahkan mereka ke tanah Israel, saya akan memilih yang terakhir, bukan hanya kerana kebohongan tentang jumlah anak-anak ini, tetapi juga perhitungan sejarawan dari umat Israel. (halaman 855-56, dalam Ben Gurion Shabtai Teveth).
*GOLDA MEIR (1969-1974).

– Tidak ada yang namanya orang Palestin. Ini bukan kerana jika kami datang dan mengusir mereka dan mengambil negeri mereka. Mereka tidak ada. (Laporan The Times, 15 Jun, 1969).

– Bagaimana kita boleh mengembalikan wilayah-wilayah pendudukan? Tak ada seorang pun yang akan memulangkannya kepada mereka sendiri. (8 Mac, 1969).

– Setiap orang yang berbicara untuk membawa kembali para pengungsi Arab juga harus mengatakan bagaimana ia bertanggungjawab untuk itu, jika ia tertarik pada negara Israel. Lebih baik bawa segala sesuatunya dinyatakan secara jelas dan terang : Kami tidak akan membiarkan ini terjadi. (Dalam pidato di Knesset, dilaporkan dalam Ner, Oktober 1961).

– Negara ini ada sebagai pemenuhan janji yang dibuat oleh tuhan sendiri. Akan jadi kurang siuman jika bertanya kepada pemiliknya sendiri. (Le Monde, 15 Oktober, 1971).
*YITZHAK RABIN (1974-1977 dan 1992-1995).

– Kami berjalan keluar, Ben Gurion menyertai kami. Allon mengulangi pertanyaannya: “Apa yang harus dilakukan terhadap penduduk Palestin?” Ben Gurion melambaikan tangannya sebagai isyarat yang mengatakan: “Usir mereka!” (Dari memoir Rabin, New York Times, 23 Oktober, 1979).

– Israel dalam 10 atau 20 tahun ke depan akan memindahkan perkongsian Jalur Gaza dan Tebing Barat ke Jordan. Untuk mencapai ini kami harus mencapai kesepakatan dengan Raja Hussein, dan tidak dengan Yasser Arafat. (David Shipler di York Times, 1983/04).
*MENACHEM BEGIN (1977-1983).

– Orang Palestin adalah binatang buas yang berjalan di atas dua kaki. (Amnon Kepeliouk, Begin and the Beasts, New Statesman, 25 Jun, 1982).

– Pemisahan Palestin adalah tidak sah. Ini tidak akan pernah diakui. Jerusalem akan selama-lamanya menjadi ibu kota kami. Eretz Israel akan dikembalikan kepada orang-orang Israel. Semuanya. Selamanya. (Sehari setelah pemungutan suara PBB untuk memisahkan Palestin).
*YIZHAK SHAMIR (1983-1984 dan 1986-1992).

– Para pemimpin masa lalu kami meninggalkan pesan yang jelas untuk menjaga Eretz Israel dari Laut sampai ke Sungai Jordan untuk generasi yang akan datang, untuk imigrasi Yahudi, dan bagi orang-orang Yahudi, yang semuanya akan dikumpulkan dalam negara ini. (Dinyatakan pada upacara peringatan Tel Aviv untuk mantan pemimpin Likud, November, 1990, Jerussalem Domestic Radio Service).

– Penyelesaian tanah Israel adalah inti dari Zionisme. Tanpa penyelesaian, kami tidak akan memenuhi Zionisme Sederhana. (Maariv, 21 Februari 1997).
– (Orang Palestin) akan hancur seperti belalang, kepala mereka akan hancur menimpa batu dan dinding. (Dalam pidato untuk pemukim Yahudi, New York Times, 1 April, 1988).
*BENJAMIN NETANYAHU (1996-1999 dan 2009-sekarang).

– Israel harus mengeksploitasi penindasan daripada demonstrasi di China, ketika perhatian dunia terfokus pada negara itu, untuk melakukan pengusiran massa antara orang-orang Arab dari wilayah ini. (Berbicara dengan mahasiswa di Universiti Bar Ilan, dari jurnal Israel Hotam, 24 November, 1989).
*ARIEL SHARON (2001-2006).

– Ini adalah tugas para pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada pendapat umum, dengan jelas dan berani, dengan sejumlah fakta yang melupakan waktu. Yang pertama adalah bahawa tidak ada Zionisme, penjajahan, atau Negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan perampasan tanah mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).

– Semua orang harus bergerak, berlari dan mengambil sebanyak-banyaknya puncak-puncak bukit milik Palestin untuk memperbesar permukiman Yahudi, kerana segala sesuatu yang kita ambil sekarang akan tetap menjadi milik kita. Segala sesuatu yang tidak kita ambil, akan tetap menjadi milik mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).

Tidak hairanlah kalau mereka dan para tenteranya bertindak agresif dan ganas merampas tanah milik Palestin, membunuh, memenjarakan rakyat Palestin di bumi Gaza dan lain-lainnya, atas alasan mereka mendirikan negara Israel di bumi Palestin.

Tuesday 14 December 2010

PENGEMBARAAN YANG HAKIKI

Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini. Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya. Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam. Kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur.

Kehidupan kita ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti sebuah pengembara yang sedang berjalan jauh sambil bertongkat dalam menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi. Dalam perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan dua keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan. Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina ini.

Saya ambil contoh yang terdekat yang menjadi idola semua umat Islam, iaitu insan yang sangat saya pandang tinggi dan saya sanjungi, Rasulullah SAW. Hidup Baginda penuh dengan saat yang menggembirakan, tidak kurang juga saat-saat menyakitkan yang sesekali mengundang air mata Rasulullah SAW yang menandakan Baginda juga adalah seorang manusia biasa. Kegembiraan Baginda adalah apabila kita sebagai umat Islam menjalani hidup sesuai dengan jalan yang ditinggalkannya dan kesedihan Baginda pula adalah apabila menyaksikan umatnya tersasar jauh daripada jalan yang Baginda tinggalkan dan umatnya mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.

Hidup ini Keseronokan dan Kebahagiaan Sementara…

Tentunya dalam perjalanan seorang hamba yang ingin menuju ke sebuah destinasi cinta, banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamatnya dan sesekali terasa ingin berputus asa untuk ke destinasi yang pasti itu. Bagi seorang pengembara yang bijak dan pandai, semestinya dirinya tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kenikmatan di dunia yang sementara kerana dirinya tahu bahawa dia adalah penghuni alam yang kekal abadi ; syurga Allah. Bagi seorang pengembara yang senang dan seronok menikmati keseronokan di dunia tanpa memikirkan dunianya yang kekal abadi, dirinya akan mementingkan hawa nafsu semata seolah-olah inilah dunia yang kekal selamanya sehingga dirinya terlupa matlamat atau cita-cita sebenar untuk menuju ke arah akhirat yang abadi. Mereka terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Dengan tidak mengendahkan suara iman mereka, mereka terus-menerus meletakkan halawatul dunia dihati mereka dan menyangka bahawa itulah matlamat sebenar mereka, na’uzubillah...

Saya teringat kata-kata salah seorang ustaz saya; Ustaz Mizi. Beliau berkata, kita juga boleh diibaratkan sebagai seorang pemandu atau penumpang atau pengembara yang berada di atas sebuah nakhoda yang besar, yang sedang menuju destinasi selama berhari-hari, malah bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dan untuk sampai ke destinasi cinta atau destinasi yang abadi itu, pungut dan kumpullah bekalan ketika berada di dunia sebanyak yang mungkin. Letakkanlah segala keseronokan dan kenikmatan serta kekayaan di dunia ini di tangan kita dan anggaplah semua itu hanya bebanan yang boleh menjejaskan perjalanan menuju ke destinasi cinta abadi.

Oleh itu, sebagai seorang pengembara, kita seharusnya pandai memilih dan dapat mengenal pasti yang mana satu bekalan dan mana satu bebanan. Bekalan ialah sesuatu amalan yang memudahkan perjalanan sepanjang kita menuju negeri akhirat, manakala bebanan adalah sesuatu yang merumitkan dan melambatkan perjalanan kita ke negeri akhirat.

Ingatlah, dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak. Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari. [Al-hadis]

Kesimpulannya, persiapkan dan mantapkan diri kita. Sebagai seorang pengembara yang kita sendiri masih belum tahu bila akan sampainya ke destinasi yang dituju, perlunya kita mencari bekalan sebanyak mungkin. Dan berhati-hati dengan setiap ujian kesedihan dan kenikmatan yang Allah SWT berikan kepada kita. Wajibnya kita menjaga hubungan dengan Allah SWT kerana kita semua yang ada di muka bumi ini adalah hanya pinjaman untuk menguji kekentalan iman kita sebagai hambaNya. Begitu juga dengan hubungan kita sesama manusia, saling berpegangan tanganlah kita semua agar tiada yang terjatuh dari kapal dunia ini tanpa ada seorang pun yang berusaha untuk menyelamatkannya.

Sebaik-baik bekalan adalah iman dan takwa...
Masih ingatkah kita pada kisah Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj? Dalam perjalanan Baginda, Allah SWT telah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru sahaja beberapa saat ditanam, terus berbuah dan dituai dan begitulah seterusnya. Inilah ibaratnya keadaan orang yang sentiasa membuat kebajikan dan tidak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah SWT. Ganjaran ini kelak akan dinikmatinya di akhirat sana, insyaAllah.

Semoga kita semua menjadi seorang pengembara yang bijak dan sentiasa meletakkan kenikmatan di dunia ini di telapak tangan dan bukannya dihati. Yang sentiasa mendoakan pengembara yang lain dan mengingati setiap pengembara didalam doanya.Semoga kita menjadi pengembara yang sentiasa menjadikan redha Allah SWT adalah tujuan utama.
Semoga Allah merahmati, insyaAllah…



www.iluvislam.com

Kisah singkat 10 Sahabat

1. Abu Bakar bin Abi Qahafah (As siddiq), adalah seorang Quraisy dari kabilah yang sama dengan Rasulullah, hanya berbeda keluarga. Bila Abu Bakar berasal dari keluarga Tamimi, maka Rasulullah berasal dari keluarga Hasyimi. Keutamaannya, Abu Bakar adalah seorang pedagang yang selalu menjaga kehormatan diri. Ia seorang yang kaya, pengaruhnya besar serta memiliki akhlaq yang mulia. Sebelum datangnya Islam, beliau adalah sahabat Rasulullah yang memiliki karakter yang mirip dengan Rasulullah. Belum pernah ada orang yang menyaksikan Abu Bakar minum arak atau pun menyembah berhala. Dia tidak pernah berdusta. Begitu banyak kemiripan antara beliau dengan Rasulullah sehingga tak heran kemudian beliau menjadi khalifah pertama setelah Rasulullah wafat. Rasulullah selalu mengutamakan Abu Bakar ketimbang para sahabatnya yang lain sehingga tampak menojol di tengah tengah orang lain.

“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh ummat niscaya akan lebih berat keimanan Abu Bakar. ”(HR. Al Baihaqi)

Al Qur’an pun banyak mengisyaratkan sikap dan tindakannya seperti yang dikatakan dalam firmanNya, QS Al Lail 5-7, 17-21, Fushilat 30, At Taubah 40. Dalam masa yang singkat sebagai Khalifah, Abu Bakar telah banyak memperbarui kehidupan kaum muslimin, memerangi nabi palsu, dan kaum muslimin yang tidak mau membayar zakat. Pada masa pemerintahannya pulalah penulisan AlQur’an dalam lembaran-lembaran dimulai.

2. Umar Ibnul Khattab, ia berasal dari kabilah yang sama dengan Rasulullah SAW dan masih satu kakek yakni Ka’ab bin Luai. Umar masuk Islam setelah bertemu dengan adiknya Fatimah daan suami adiknya Said bin Zaid pada tahun keenam kenabian dan sebelum Umar telah ada 39 orang lelaki dan 26 wanita yang masuk Islam. Di kaumnya Umar dikenal sebagai seorang yang pandai berdiskusi, berdialog, memecahkan permasalahan serta bertempramen kasar. Setelah Umar masuk Islam, da’wah kemudian dilakukan secara terang-terangan, begitupun di saat hijrah, Umar adalah segelintir orang yang berhijrah dengan terang-terangan. Ia sengaja berangkat pada siang hari dan melewati gerombolan Quraisy. Ketika melewati mereka, Umar berkata, ”Aku akan meninggalkan Mekah dan menuju Madinah. Siapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan putranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah ini!” Mendengar perkataan Umar tak seorangpun yang berani membuntuti apalagi mencegah Umar. Banyak pendapat Umar yang dibenarkan oleh Allah dengan menurunkan firmanNya seperti saat peristiwa kematian Abdullah bin Ubay (QS 9:84), ataupun saat penentuan perlakuan terhadap tawanan saat perang Badar, pendapat Umar dibenarkan Allah dengan turunnya ayat 67 surat Al Anfal.

Sebagai khalifah, Umar adalah seorang yang sangat memperhatikan kesejahteraan ummatnya, sampai setiap malam ia berkeliling khawatir masih ada yang belum terpenuhi kebutuhannya, serta kekuasaan Islam pun semakin meluas keluar jazirah Arab.

3. Utsman bin Affan, sebuah Hadits yang menggambarkan pribadi Utsman : “Orang yang paling kasih sayang diantara ummatku adalah Abu Bakar, dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi) Utsman adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan pernah Utsman yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Utsmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman merintis penulisan Al Qur’an dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar.

4. Sahabat berikutnya adalah Ali bin Abi Thalib, pemuda pertama yang masuk Islam, ia yang menggantikan posisi Rasulullah di tempat tidurnya saat beliau hijrah, Ali yang dinikahkan oleh Rasulullah dengan putri kesayangannya Fatimah, Ali yang sangat sederhana kehidupannya.

5. Sahabat kelima yang dijamin oleh Rasulullah SAW masuk surga adalah Thalhah bin Ubaidillah yang pada Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Thalhah yang berperawakan kekar serta sangat kuat inilah yang melindungi Rasulullah disaat saat genting, beliau memapah Rasulullah yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di ujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan karena mengira Rasulullah telah wafat. Saat itu Thalhah berkata kepada Rasulullah, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Thalhah kebajikan.” Sejak itu Beliau mendapat julukan Burung Elang hari Uhud. Rasulullah pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.”

6. Azzubair bin Awwam, sahabat yang berikutnya, adalah sahabat karib dari Thalhah. Beliau muslim pada usia lima belas tahun dan hjrah pada usia delapan belas tahun, dengan siksaan yang ia terima dari pamannya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnul Awwam pertama terlihat dalam Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnul Awwam berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.

Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnul Awwam beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnul Awwam.” Azzubair ibnul Awwam adalah suami Asma binti Abu Bakar yang mengantarkan makanan pada Rasul saat beliau hijrah bersama ayahnya. Pada masa pemerintahan Umar, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di Mesir Amr bin Ash meminta bala bantuan pada Amirul Mu’minin, Umar mengirimkan empat ribu prajurit yang dipimpin oleh empat orang komandan, dan ia menulis surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu prajurit bala bantuan yang dipimpin empat orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai seribu orang. Tahukah anda siapa empat orang komandan itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnul Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.

7. Adalah Abdurrahman bin Auf, yang disebutkan berikutnya, adalah seorang pedagang yang sukses, namun saat berhijrah ia meninggalkan semua harta yang telah ia usahakan sekian lama. Namun saat telah di Madinahpun beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya, dan saat beliau meninggal, wasiat beliau adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat empat ratus dinar, sedang yang masih hidup saat itu sekitar seratus orang, termasuk Ali dan Utsman. Beliaupun berwasiat agar sebagian hartanya diberikan kepada ummahatul muslimin, sehingga Aisyah berdoa: “Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di surga.”

8. Sahabat yang disebutkan berikutnya adalah Saad bin Abi Waqqash, orang pertama yang terkena panah fisabilillah, seorang yang keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keislamannya.

9. Said bin Zaid, adik ipar Umar, adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang beroleh bihayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi, dan Abu Dzar Al Ghifari. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, karena Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan murah tangan.

10. Nama terakhir yang meraih jaminan surga adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat Badar, sehingga Allah menurunkan QS Al Mujadilah : 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang menempel pada kedua rahang Rasulullah, dan dengan begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah mendapat gelar dari Rasulullah sebagai pemegang amanat ummat, seperti dalam sabda beliau : “Tiap-tiap ummat ada orang pemegang amanat, dan pemegang amanat ummat ini adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah.”