BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 27 February 2010

Allah Nak Buktikan Kita Adalah HAMBA!

Salam perjuangan buat semua sahabat,

Benarlah apa yang telah diperingatkan oleh Kekasih Agung kita, Muhammad SAW bahawa 2 nikmat yang manusia selalunya lalai dari keduanya iaitu nikmat kelapangan masa dan nikmat sihat.

Islam mengajar kita supaya menyusun setiap tindakan yang ingin kita lakukan dengan baik serta mengikut keutamaan. Kerja yang bertangguh adalah perkara yang tidak digalakkan di dalam Islam sementara gopoh pula ada pekerjaan syaitan serta ketenangan itu dari Allah SWT.

Memanafaatkan masa terluang dengan perkara berfaedah akan menjadikan kita dapat mengukur kejayaan hidup sendiri. Sejauhmana kita mampu melonjak untuk menggapai kejayaan duniawi dan ukhrawi adalah sebenarnya terletak kepada sejauhmana kita berjaya memanafaatkan masa.

Para ulama' telah mencadangkan agar kita membahagikan masa kepada :

Pertama ; sebahagian untuk ibadah,ilmu,zikir serta ketaatan kepada Allah SWT.

Kedua ; untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan tanggungan.

Ketiga ; untuk kerehatan tubuh serta muhasabah kearah peningkatan kualiti hidup.

Nikmat kesihatan juga penting. Saya sendiri sudah 6 hari sakit belakang. Pergerakan jadi susah dan payah. Terperap di rumah adalah sesuatu yang memeritkan jiwa. Namun kesakitan ini memaksa tubuh direhatkan.

Terkenanglah di saat ini nikmat kesihatan kurniaan Allah yang sangat berharga dan tiada nilai setaranya

Di waktu ini kita baru faham kenapa Rasullah suruh kita berebut nikmat kesihatan. Rupanya sihat ni nikmat yang sangat manis dan mahal harganya. Betul juga kata ulama' ; waktu sakit macam ni baru terasa sihat begitu berharga. Waktu sakit macam inilah terasa rugi tidak dapat beribadat dengan sempurna dan lain-lain.

Apa yang penting, bila Allah uji kita dengan sakit, kita di suruh sabar dan selalu muhasabah diri. Sakit adalah ujian Allah untuk hapuskan dosa kita yang lalu. Syaratnya sabar dan hisab yakni renung jauh ke dalam diri :

Pertama : Allah jadikan kita sakit sebab nak suburkan jiwa kehambaan dalam diri kita. Firaun hanay bersin sekali seumur hidupnya dan tak pernah sakit. Sebab itu, akhirnya dia mengaku jadi Tuhan!. Bila sakit kita sebut aduh!..aduh!..sepatutnya kalau dah kuat sangat tak payah berbunyilah. Inilah lemahnya kita sebagai hamba.

Kedua : Allah nak kita tawadhuk dan jangan sombong. Sebab tu Allah tunjukkan lemah kita di mana.

Ketiga : Sakit juga dapat angkat darjat kita dari Muslim biasa kepada Mukmin yang sabar dengan taqdir Allah serta redha pada ketentuan Allah SWT.

Keempat : Waktu sakitlah kita kena renung dosa-dosa yang kita dah lakukan pada Allah. Moga Allah pelihara aib kita semua dunia akhirat.

Kesimpulannya ; kita buat pahala lumayan dengan sakit yang menimpa kita.

0 comments: