"Alahai... mengapalah aku cakap macam tu.." , "teruk betul la aku ni, camna aku leh buat benda bodoh macam ni.."
Ungkapan sebegini sering kali terjadi didalam hidup manusia kebanyakan. Tindakan2 melulu ini yg selalunya tidak sengaja/tanpa sedar sering membuat kita berhadapan dengan keputusan atau hasil tindak balas yg tidak menyenangkan, baik dari segi hubungan suami isteri, ibubapa dan anak hinggalah ke pergaulan seharian dengan rakan2 atau teman pejabat.
Apabila saya tulis "Menjadi Pemerhati Yang Hebat", adakah saya bermaksud memerhatikan persekitaran kita dari pandangan mata? Memerhatikan manusia lain? Apa yg berlaku diluar diri kita ini? Atau pemerhatian dari lain2 deria yg setiap saat menghantar lebih 200ribu isyarat ke otak? Sebenarnya maksud saya "pemerhati yg hebat" adalah mereka yg boleh memerhatikan diri sendiri, "memerhatikan" apa yg difikirkan, dalam kata lain sedar situasi minda, sentiasa tahu apa yg sedang bermain difikiran dan juga perbuatan atau tingkahlaku atau perangai yg seiring dengannya.
Dari fikiran jadi tindakan, dari tindakan jadi habit atau kebiasaan, dari habit ini jadi nilai hidup kita dan dari nilai hidup tadi yg akan menentukan arah tuju dan situasi kehidupan kita, jadi bukankah memerhatikan fikiran kita itu suatu yg perlu diberi keutamaan? Pastikah kita mempunyai sifat2 pemerhati yg hebat ini? Jawapannya boleh dilihat dengan keadaan hidup kita sekarang ini, apa yg kita perolehi dan rasakan pada diri kita adalah hasil dari corak pemikiran yg lepas2, jika anda gembira, alhamdulillah, jika sebaliknya, bukankah tiba masanya untuk mengubah pemikiran kita?
Apakah mekanisme atau bahagian didalam diri kita ini yg membantu kita menjadi pemerhati kepada fikiran kita? Jawapannya adalah tidak lain selain dari lobus depan (frontal lobe/prefrontal cortex). Frontal lobe yg mengawal fokus, anda tidak rasai baju yg anda pakai hingga anda menbaca ayat saya ini, anda lupa pada pertengkaran dengan rakan sebentar tadi sehingga saya mengingatkan anda. Frontal lobe yg membolehkan anda fokus atau tumpukan fikiran anda terhadap apa yg bermain didalam minda anda.
Selain dari memberi kuasa fokus kepada manusia, frontal lobe juga bertindak sebagai CEO/pengurus yg akan mengira semua kebarangkalian sebelum kita mengambil sebarang tindakan, jika kita sedang marah contohnya, dan jika yg membuat anda marah adalah bos maka besar kemungkinan kita akan mendiamkan diri dan hanya berkata didalam hati sahaja, kerana frontal lobe anda akan mengingatkan bahawa jika kita melawan kita akan kehilangan kerja, hilang kerja macamana nak bayar duit sewa, bayaran kereta dan sebagainya, frontal lobe membolehkan anda melihat semua kebarangkalian atau apa yg dikatakan "looking at bigger picture". Akan tetapi jika kita telah mendapat tawaran bekerja ditempat lain, besar kemungkinan kita akan melawan kerana frontal lobe juga akan mengaitkan "tak perlu takut, engkau dah ada kerja lain", silap2 makan penumbuk bos anda tadi.
Jika dilihat dari sudut Quantum Fizik pula, untuk mencipta realiti (collapse of wave function) seseorang itu harus membuat pemerhatian dan fokus terhadap pemerhatian tersebut. Secara amnya jangka masa fokus (attention span) manusia dizaman sekarang ini menjadi semakin pendek, dalam 4-5 saat sahaja fikiran kita sudah berubah, jadi mencipta realiti menjadi semakin sukar. Jadi nampak mengapa sekarang ini bagi kebanyakan manusia hidup tidak seindah mimpi? Makin sukar mendapatkan apa yg diingini?
Hidup kita bukan sesuatu yg automatik, belajar, bekerja makan dan minum, solat dan ibadat sudah cukup untuk bekalan akhirat. Malah pesawat canggih sekalipun selepas "take_off", walaupun pilot akan menekan butang "autopilot", dia sentiasa perhatikan apa yg dilakukan oleh komputer melalui alatan2 didalam kokpit. Mungkin komputer membuat silap atau pun dihadapan ada awan hujan yg harus dielakkan, beliau mesti sentiasa sedar dan memerhatikan keadaan pesawat. Begitu juga dengan kehidupan, kita harus menjadi pemerhati seperti pilot memerhatikan keadaan pesawatnya.
Alhamdulillah, umat islam telah diberi latihan harian untuk menjadi pemerhati yg hebat. Apa yg terjadi adalah kita tidak menggunakannya dengan cara yg berkesan. Ibarat pergi kegymnasium untuk melatih otot tetapi hanya melihat sahaja "dumbell" tanpa mengangkatnya, kemudian terpinga2 mengapa otot tak besar2. Latihan tersebut adalah solat, apabila kita solat dengan khusyuk iaitu fokus, sedar dan faham akan apa yg dibaca, sedar akan gerak geri rukuk sujud dan sebagainya, kita melatih untuk menjadi pemerhati yg hebat. Apa yg terjadi adalah kita sering solat dalam keadaan fikiran tidak berada didalam solat tersebut, jasad solat tetapi fikiran sedang memikirkan apa yg hendak dibuat selepas solat (risau) ataupun memikirkan kesilapan yg berlaku sebelum solat (kecewa).
Risau dan kecewa berkait rapat dengan takut, dari takut itu juga menyebabkan hormon cortisol akan dikeluarkan oleh otak yg mana akan mengeluarkan juga hormon stress andrenalin kedalam saluran darah (walaupun sedikit), ini lantas menyempitkan saluran darah kefrontal lobe supaya darah lebih kebahagian otak yg lain (hindbrain dan juga limbic brain) untuk tindakan refleks yg lebih pantas. Sebab itu apabila terdetik sahaja risau atau kecewa semasa solat, secara autoomatik kita akan terus lalai hingga lupa berapa rakaat solat. Ada juga diantara kita yg solat didalam keadaan gembira dan tenang akan tetapi fikiran tetap juga melayang ketempat lain, mengapa frontal lobe tidak membantu kita untuk fokus?
Saya sebelum ini memang suka menonton TV dan juga mendengar lagu, seringkali saya mendengar Ustaz berkata "TV dan musik itu tidak baik untuk umat Islam, membuat kita menjadi lalai atau "lagha"". Tetapi saya membalas balik, "aku tak lalai, aku sembahyang tetap 5 kali sehari, tetap pada waktunya". Alhamdulillah, setelah membaca banyak buku mengenai otak dan juga hubungan minda dan jasad, saya nampak kaitannya dan amat bersetuju dgn apa yg ustaz katakan.
Semasa menonton TV atau pun mendengar lagu yg asyik, fikiran kita melayang mengikut apa yg berlaku, ambil contoh TV. Setiap aksi yg kita lihat, diri kita tidak terlibat secara langsung iaitu dengan gerak badan, contohnya melihat pasangan bercinta berpeluk, kita tidak melakukannya akan tetapi sel2 didalam badan tidak tahu kerana kimia emosi itu tetap menghujani mereka (sel2). Jadi fikiran dan perbuatan tidak selari. Jadi apabila kita solat, disebabkan sel2 badan kita sudah terbiasa dgn fikiran tidak sama dengan perbuatan maka untuk fokus kepada bacaan beserta perbuatan solat itu menjadi sukar. Begitu juga dgn lagu, manusia sering berkhayal ketika mendengar lagu yg asyik malah boleh menangis kerananya jadi tidak hairanlah ketika solat fikiran kita melayang ketempat lain. Persoalan seterusnya, adakah rezeki menyanyi atau berlakon itu halal? Membuat manusia lain lalai itu sesuatu yg diredhai Allah?
Disebabkan sering melihat filem2 dan juga mendengar lagu2 cinta ini jugalah sebab utama manusia hidup semakin salah membuat pilihan didalam pasangan hidup. Mungkin anda berkata tidak, aku gembira dengan suami atau isteri aku sekarang ini, jangan lihat pada skala kecil iaitu sudut "aku", lihat kesan pada masyarakat kita secara keseluruhannya. Manusia semakin hari semakin lemah frontal lobe jadi menusia lebih mementingkan diri sendiri dan melihat kehidupan dari perspektif "aku" dan bukan "kita". Jika manusia "kononnya" boleh berfikir dgn sempurna bilamana membuat pilihan pasangan hidup, mengapa kadar perceraian semakin meningkat? Insyaallah saya akan terangkan dalam artikel lain.
Jadilah pemerhati yg hebat, apabila kita sedar apa yg bermain difikiran dan juga gerak geri kita maka amat mudah kita membuat tindakan dan juga keputusan2 yg lebih rasional. Apabila kita mempunyai frontal lobe yg kuat, insyaallah kita akan sentiasa melihat dunia dari perspektif yg lebih luas dan akan mengambil tindakan bukan sahaja terhadap kesan pada diri sendiri malah pada masyarakat keseluruhannya. Apabila kita lebih sedar akan tindakan yg akan diambil kita lebih mudah "mengakses" kemungkinan2 yg akan terjadi dan lebih mudah mengubahnya jika ia tidak sesuai baik dari sudut rohani dan jasmani mahupun kebaikan diri dan masyarakat.
Bersolatlah dengan fokus dan khusyuk, faham akan apa yg dibaca dan sedar gerak geri yg diambil, mudah mudahan kita semua akan menjadi pemerhati yg hebat dan menjadi lebih berkuasa didalam menentukan hala tuju hidup kita sendiri dan tidak lagi menjadi mangsa. Mungkin agak sukar pada mulanya bagi mereka yg selalu khayal didalam solat akan tetapi dengan nekad dan keinginan yg hebat ia akan menjadi mudah dari hari kehari.
Hidup umpama belayar dilautan, jika kita tidak ada halatuju, kita akan lebih mudah terumbang ambing dan hanyut ikut arus lautan dan ombak dan kemungkinan akan terdampar ke pulau yg kita tidak ingini. Akan tetapi jika kita punya hala tuju dan sentiasa "perhatikan" adakah kita dijalan yg betul dan benar (Ihdinassirotolmustakim) maka kita akan lebih bersedia dengan ombak, arus dan badai yg menentang, akan tetapi percayalah, jika niat hidup kerana Allah tuhan sekalian alam (wamahyaya lillahirabbil alamin), kita akan dapati hidup adalah satu pelayaran yg mudah dan indah, badai yg sesekali melanda hanya akan dihadapi dengan senyuman kerana kita tahu Allah hanya menduga atau mehu kit mengikut jalan lain menuju kedestinasi yg kita ingini. Jika niat hidup kerana harta wang, pangkat dan kuasa maka jalannya amat sukar dan bersiap sedialah hidup dengan penuh onak dan ranjau.
Bagi anda yg serius ingin berubah, saya cadangkan kurangkan atau tidak lagi menonton TV atau mendengar lagu2 yg menkhayalkan. Jika ingin menonton sekalipun biarlah ia adalah cerita2 ilmu seperti ceramah2 atau dokumentari2 dari penceramah/sumber yg tidak mempunyai kepentingan dunia. Sudah hampir dua tahun saya tidak langsung menonton TV, dirumah pun saya hanya ada TV kecil tanpa satelit, hanya ada pemain DVD untuk anak2 saya menonton video pilihan saya dan bukan pilihan mereka sendiri. Lagu2 yg ada dialam kereta saya gantikan dengan bacaan Al quran dan juga buku audio atau ceramah2 motivasi. Ya.. mungkin bagi anda hidup saya amat boring tanpa TV, tanpa lagu, akan tetapi kesan dari hidup tanpa TV inilah yg membolehkan saya melihat dunia dan mempunyai fikiran dari sudut yg berbeza, ini adalah hadiah yg paling beharga, Alhamdulillah. Saya hanya mencadang, anda harus memikirkannya dengan lebih mendalam, berfikir ikut akal dan bukan ikut rasa.
Sunday, 8 November 2009
Menjadi Pemerhati Yang Hebat
Posted by amn077 at 08:20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment