Seringkali hati ini tertanya, otak ligat berfikir persoalan yang bertalu-talu menjengah kotak fikiran ana, tambahan pula bila melihat "golongan-golongan mereka dengan urusan mereka".
"tak takut mati kah? tak takut Allah kah? amalan dah banyak kot...."
"keluarga mereka bagaimana? mereka tak sayang keluarga kah? (banyak betul persoalan yang menjengah)"
Terdetik di hati untuk bertanyakan soalan ini kepada mereka-mereka, tapi alhmdulillah, ana sedar siapa ana, layakkah ana untuk menilai orang lain. Layakkah ana untuk menghukum mereka yang menjadi begitu? Mereka juga manusia, ada akal, ada hati, ada perasaan, ada nafsu, sama macam ana. Tidak bolehlah ana mahu menyalahkan mereka seratus peratus.
Persoalan sebegini kadang-kadang terjawab oleh ana sendiri, mungkin andaian baik ana terhadap mereka.
"Ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu atas perbuatan saya. Kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. Mak tak nak mengaku saya ni anak dia. Saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."
Ada juga yg menjawab :
"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"
Kenapa kita perlu salahkan takdir?
Sedangkan kita boleh mengubah dan mengatur cara hidup kita sndiri.
Aduhai saudaraku, mengapa kita perlu salahkan takdir Allah. Allah juga telah berfirman bahawa 'tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dengan tangan mereka sendiri'..
Allah telah aturkan jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya, terpulang kepada mereka untuk memilih jalan mereka sendiri. Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat.
Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.
Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? Dan kita berkata,
"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".
Wahai saudaraku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.
Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.
Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.
Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman,
" dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16).
Saturday, 8 January 2011
Layakkah Kita Menghukum?
Posted by amn077 at 22:05
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment