Semalam semasa saya meneroka laman FaceBook, saya terbaca status message seorang collegemate saya; “why did I choose to study medicine overseas at the first place?” Antara komen yang diberi terhadap status message tersebut; “sebab dapat elaun yang banyak~”
Ya, saya akui elaun bulanan yang kami perolehi dari pihak penaja memang banyak, ditambah pula dengan taraf hidup yang rendah di India membolehkan kami hidup dengan agak senang. Namun pada hakikatnya, saya terfikir adakah kerana atas alasan wang saya mahu terus berjuang di bumi Deccan itu? Kenapa Allah hantar saya ke India dan bukannya di UK ataupun Russia? Kan lebih famous bunyinya kalau belajar di mana-mana negara Barat.
Pengajian perubatan juga bukannya tiada di Malaysia. Bahkan keberadaan saya di perantauan memerlukan saya mengambil risiko terhadap suatu perkara yang sering menjadi kegusaran di hati; bakal berpisah mati dengan mana-mana ahli keluarga saya! Jadi apa yang saya cari?
Di India, tempat saya study kini, tidak ada salji apatah lagi empat musim kerana kedudukan Bangalore terletak di kawasan paling Selatan dalam benua itu. Walhal alasan ‘kanak-kanak’ para pelajar untuk ke overseas adalah kerana mahu bermain salji, dan mungkin juga mahu menghantar ucapan 'Salam Perantauan' di mana-mana akhbar tempatan tatkala menjelangnya hari raya.
Dulu, sewaktu saya mula-mula sampai ke sini, saya nampak India sebagai sebuah negara yang sangat mundur, penduduknya sangat ramai, sistem kasta yang mereka amalkan masih jelas kelihatan. Yang kaya, duduk dalam rumah yang bertingkat-tingkat, yang miskin hanya tidur di dalam khemah-khemah usang di tepi jalan. Pernah tengok filem Slumdog Millionaire? Ya, memang benar seperti itulah keadaan kehidupan di India. Dikelilingi dengan penduduk-penduduk tempatan yang miskin, yang mendiami khemah-khemah di tepi jalan cuma, membuatkan diri ini menginsafi hakikat betapa harus kita ini bersyukur dengan apa yang kita miliki di Malaysia.
Setidak-tidaknya rakyat di Malaysia tidaklah sampai tidur bergelimpangan di tepi jalan, berbumbungkan langit dan berselimutkan kesejukan malam. Apabila berada di sini jauh daripada 'the comfortness of Malaysia', barulah diri mahu menginsafi sebenarnya terlalu banyak sebab untuk kita bersyukur. 8 bulan merantau dan tempoh dua minggu pulang bercuti ke tanah air telah menyingkap beberapa hikmah buat diri saya yang mungkin saya tak nampak sebelum ni.
Allah hantar saya ke luar negara ternyata bersebab, bukan sia-sia. Saya ini makhluk terbaik yang pernah Allah cipta. “Sesungguhnya Kami ciptakan insan itu dengan sebaik-baik penciptaan.” (At-Tin : 4) Dan saya tahu kembara saya ke bumi Deccan itu adalah untuk mencari keistimewaan itu. Saya cuba untuk mencari misi dan visi dalam pesanan Allah dalam ayat itu. Kebebasan Antara cabaran terbesar belayar di perantauan adalah faktor kebebasan.
Ya, saya bebas melakukan apa yang saya suka. Kalau di rumah, baru suarakan hasrat nak beli handphone baru pun dah kena ceramah panjang berjela daripada ibu mahupun ayah saya. “Asalkan dapat SMS dan buat call, cukuplah. Nak canggih-canggih buat apa?” Tetapi di sini, dengan elaun yang sangat ‘mahsyuk’ walaupun berstatus seorang pelajar, saya sudah mampu membeli Nokia E71 yang harganya ribuan ringgit. Saya pasti saya tidak mampu memiliki handphone semewah ini tanpa elaun dan wang yang diperolehi melebihi keperluan itu.
Alhamdulillah kerana fungsi-fungsi canggih handphone ini dapat membantu saya mendekatkan diri pada-Nya, contohnya dengan aplikasi Athan dan Hadis-Hadis yang dimuat turun. Elaun yang banyak. Macam dapat gaji dah. Kemurahan Allah mengurniakan bekalan hidup buat manusia yang berjuang di medan ilmu. Rezeki.. ya, rezeki. Rezeki itu melapangkan jalan perjuangan ini. Dapat duduk apartment fully-furnished yang selesa dengan rezeki tersebut, dapat beli bermacam-macam jenis buku rujukan yang beratus-ratus rupee dengan mudahnya walaupun jarang dapat membaca kesemuanya pun.
Tapi dengan kebebasan ini dan rezeki yng melimpah, datang juga responsibility yang lain, iaitu pada mereka yang lebih memerlukan. Petikan kata-kata Ustaz Hasrizal dalam buku beliau: ..Tetapi ada juga rezeki yang membutakan jiwa penuntut ilmu di jalan Allah, hingga tenggelam dalam KEPERLUAN mengatasi TUJUAN. Apa yang diperjuangkan bukan lagi sebuah TUJUAN, sebaliknya tenggelam dalam KEPERLUAN (yang tidak pernah cukup dan memuaskan)..
Ya, saya akui kata-kata Ustaz Hasrizal itu. Bebas untuk spendkan duit yang masuk adalah satu bentuk kebebasan. Bebas dari segi pergaulan juga suatu cabaran juga. Bebas ke sana ke mari dengan siapa pun dan ke mana-mana pun, tiada leteran dan kawalan yang membatasi. Kawalan syariat; hanya bergantung kepada iman yang membentengi. Ujian-ujian kebebasan tersebut membolehkan saya lebih kenal diri saya! Kasih Ilahi Saya sedar kini, berada di India untuk Ijazah dan Risalah merupakan salah satu nikmat Dia yang paling besar bagi saya..Ijazah yang mahu dikecapi cumalah suatu alat, sedangkan Risalah merupakan matlamat.
Sungguh, berada dalam kelompok majoriti manusia seakidah dengan saya sekarang walaubagaimanapun tidak menjanjikan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa. Kadang-kadang hati boleh dibawa lagi jauh dari Allah. Namun, dalam konflik bi'ah celaru dan bi'ah solehah di sini, untunglah Allah membuka peluang untuk diri ini lebih memperbaiki diri dengan menyertai usrah, daurah, dan program-program solehah yang lain.
Percayalah, bahawa insyaallah kat mana-mana pun di atas bumi Allah ini akan tertegaknya Islam dgn insan2 yg semangat utk m'perjuangkan agamaNya. dan kita juga harus turut serta dan berusaha. Dengan kasih Ilahi, segala-galanya best di sini. Mehnah mematangkan peribadi, mematangkan hubungan dgn Allah, mematangkan hubungan dengan akhowat fillah. Memang benar banyak dugaan apabila menjadi dagang dan membawa nama Islam ini, dan ada masanya kita akan terasa lemah, tiada manusia yang kuat setiap masa.
Dan kalau tak terus bertabah dan bertahan di sini, mungkin akan jatuh tersungkur, lebih malang jika imej Islam itu turut dinilai bersama 'kesungkuran' kita. Then I started to realize that in every second and every bit of my life, only HIM that I really need. I admit that when I am down, I need someone to reach out a hand for me to hold, to bring me back alive. No matter how strong people would see me. Tetapi sesungguhnya it’s Him that give me the strength. I don’t need anyone else. Maka, sesungguhnya saya tersangat lemah jika saya jauh dari Dia. …and on Allah should you rely if you are believers. (Surah al-Maidah, 5:23)
Syukur Setelah saya reflect kembali keadaan diri saya di Malaysia dan kehidupan saya di perantauan, hidup di oversea ni membuatkan saya lebih independent. Personally, saya rasa hidup di oversea bagus untuk mendevelop diri walaupun banyak onak durinya. Keperitan hidup berdikari dalam segala hal itulah yang membuatkan kita faham erti kehidupan, dan semoga dapat menjadikan saya seorang manusia yg lebih baik pada masa yang akan datang, insyaAllah. Saya bersyukur kerana Allah memilih saya untuk melalui segalanya ini. Dan saya tahu saya harus merefleksikan rasa kesyukuran itu dengan terus menjadi tabah!
Allah kan dah berfirman dalam surah al-Insyirah yang bermaksud: “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan” Disinilah tempat bercucuk tanam sementara menunggu musim menuai yang abadi. Semoga tak pernah terfikir utk tidak berada di sini, hari ini dan selamanya.
*penulis adalah pelajar tahun satu di MSU-International Medical School, Bangalore Campus, dan merupakan moderator umum iluvislam.com :
http://bicarakalbu.wordpress.com
Tuesday, 8 December 2009
MENYINGKAP HIKMAH
Posted by amn077 at 22:53
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment