BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 3 April 2010

Kahwin Dulu

Dan janganlah kamu mendekati zina, itu sungguh perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk,
surah al-isra’ ayat 32.

Bismillah, saya mulakan dengan ayat yang paling popular keluar ketika menegur couple, tak kiralah yang couple itu couple Islami atau coule kafirin, yang jelasnya couple sebelum nikah mengundang celaka, bahaya dan zina.
Kebetulan TV9 baru sahaja menyiarkan rancangan Halaqah yang bertajuk Kahwin dulu, maka saya tertarik untuk memulakan artikel saya dengan tajuk yang sama. Dalam Program halaqah tersebut, 2 panel yang taka sing lagi, iaitu Ustaz Farid Ravi dan Ustaz Badli Shah. Ada banyak manfaat bila mendengar rancangan ini, tambahan pula topicnya cukup menarik. Kahwin Dulu. Ya, kahwin dulu. Baru boleh pegang, baru boleh usap. Setelah nikah, mencium tangan lelaki yang bergelar suami adalah halal dan mendapat pahala, berbeza jika tak nikah lagi, sentuh secara sengaja pun dah berdosa, apatah lagi membelai dengan penuh manja.

Pastinya setiap kita punya perasaan cinta, cinta sesama manusia, haiwan dan alam. Malah perasaan cinta yang dikurniakan Allah kepada setiap jiwa manusia membuatkan ala mini dapat terus dihuni dan diduduki dengan baik. Tanpa ada cinta, sama-sama manusia tidak henti-henti bergaduh dan berbalah, memusuhi mengkhianati, membinasakan apa sahaja yang sedapatnya oleh tangan-tangan manusia.

Perbuatan jahat manusia ini sebenarnya sudah dapat dihidu oleh para malaikat lagi, ketika mana Allah memberitahu malaikat bahwa ingin menjadikan manusia khalifah di bumi, lantas malaikat menjawab, Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedang kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?
Allah berfirman, Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Sila rujuk albaqarah ayat 30.

Begitulah, kalau kita dapat lihat ada manusia yang patuh dan ada pula yang ingkar pada perintah Tuhan.
Saya katakan tadi, bahawa setiap kita ada perasaan cinta. Untuk direct to the point, secara normalnya, yang lelaki pasti punya tarikan kepada perempuan, manakala perempuan punya tarikan pada lelaki. Itu fitrah yang dijadikan Allah buat makhluknya yang punya akal dan nafsu.

Itulah yang menjadikan Adam rasa kesunyian dan ketika mereka dicampakkan Allah ke muka bumi, mereka terus memanggil antara satu sama lain, perasaan cinta itu tetap hadir walau berjauhan, walau menerima balasan dari Tuhan. Tuhan Maha Pengampun, Allah mengampunkan mereka dan akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Subhanallah. Syoknya apabila cinta itu hadir dalam keadaan diredhai Tuhan.

Bertapa seronok lagi, apabila cinta itu dihadiri dengan keberkatan, ia cinta Islami, membunga dan bersemi selepas terucapnya lafaz akad nikah. Ia mengahalalkan begitu banyak perkara yang sebelum akad itu, haram di sisi Tuhan. Pegang, rasa, cium, usap, belai dan apa sahaja yang terfikir di otak anda. Ia cukup indah dan untuk mendapatkan lesen halal itu, pastinya begitu banyak halangan dan cubaan yang mendatang.

Tetapi yang tak bijak, ialah apabila menyalahgunakan perasaan cinta yang diberi Tuhan, ada manusia yang ingkar dan sembah derhaka kepada Tuhan. Sembah derhaka pada Tuhan pastinya berdosa, dan dibalas neraka kalau tidak bertaubat. Mereka yang menyalahgunakan perasaan cinta ini, mereka menjadikan cinta kepada manusia melebihi dari cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad. Maka, mereka orang yang merugi. Perhatikanlah firman Allah dalam Surah attaubah ayat 24
Katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, sdara2mu, isteri-isterimu, keluargamu……..lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya, serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang fasik.

Sayangnya, mereka tidak meletakkan timbangan cinta yang sebenar, meletakkan cinta makhluk melebihi cinta Tuhan, maka mereka akan terus diburu syaitan dan syaitan dipercayai akan terus menggoda mereka sampai mereka sesat dan terus sesat sejauh-jauhnya. Apabila sesat, untuk kembali ke jalan kebenaran cukup payah sekali, ia memerlukan masa yang cukup panjang, tarbiyah yang cukup hebat, bimbingan murobbi yang mantap dan bantuan sahabat yang benar-benar ikhlas. Unsur inilah yang membantu mereka yang telah terpesong jauh ini untuk kembali kepada Allah, Rasul dan Jihad.
Bagusnya, ada beberapa kelompok manusia dan seringkali memuhasabah diri mereka, mencari yang halal lagi baik, mereka memperhatikan bagaimanakah calon pilihan yang terbaik untuk dijadikan isteri atau suami. Bukan main sebat sembarangan. Kelompok manusia yang baik inilah, yang kemudianya Allah mengurniakan mereka pasangan yang baik dan elok agamanya bagi dijadikan teman di dunia serta bidadari di akhirat kelak.

Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Begitulah janji Tuhan. Siapa yang tidak mempercayai kenyataan di atas, maka gugurlah keimanannya kepada Allah kerana ia jelas firman Allah dalam Qur’an. Bila tidak percaya pada Qur’an, maka ia menolak firman Allah, bila ia menolak firman Allah, ia menolak ketaatan kepada Rasul, maka berderailah keimanannya kepada Allah, Rasul, dan Qur’an. Tidak cukup 3 rukun dari 6 rukun iman, maka tidak termasuklah ia ke dalam golongan yang beriman. Carilah bumi lain selain bumi Tuhan jika tidak mahu percaya akan Tuhan.

Saya pastinya ingin menjadi lelaki yang baik untuk memperoleh perempuan yang baik. Begitu juga anda bukan?
Masih saya ingat ketika membuka buku Tarbiyatul Aulad( pendidikan anak2), tulisan Abdullah Nasih Ulwan yang saya beli dari seorang sahabat di UTM Skudai Ramadhan lepas, saya bawa pulang buku itu untuk dibaca di bilik. Ketika seorang ikhwah pertama kali membelek buku itu, dia menemukan satu hadis sahih yang terpilih, yang saya anggap pada mulanya hanya satu kata-kata hikmah, bahkan, ia bukan sahaja satu kata hikmah, malah hadith sahih dari Nabi, diriwayat oleh Imam Muslim.

Dunia adalah perhiasan, dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah.(Muslim)
Hadith itu membuatkan saya terfikir dan terus berfikir, menantikan jawapan siapakah perhiasan terbaik buat diri saya, yang dapat bersama saya memakmurkan bumi Tuhan dengan anak-anak soleh dan solehah. Kemudian, kami sekeluarga bersatu dalam jamaah orang Islam, menjulang kalimah Tuhan, kalimah Toyyibah, LAILAHAILLAH. Dengan keluarga itu, ia membentuk masyarakat yang berpegang dengan Islam, dengan masyarakat Islami tadi membentuk sebuah Negara yang Islam lalu Negara-negara Islam ini bersatu membentuk Daulah Islam. Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur.
Ketika itu, Islam Gemilang, umat Islam tiada ketakutan melainkan ketakutan kepada siksa Allah di hari kiamat kelak.

Isteriku saat itu, dia ialah perhiasan terbaik buatku, tanpa hiasan palsu di dunia pun, cukuplah memandangnya sebagai penyejuk jiwa, memandang anak-anak hasil susuannya sebagai penenang hati. Isteriku itu yang menyeruku untuk berjuang di medan jihad, lantas memberikan daku izin untuk meninggalkannya buat sementara, sebelum kami berjumpa semula di hari akhirat kelak.

0 comments: