Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad saw bersabda,¨Bukan dianggap memiliki kekayaan itu dari sebab benda atau harta yang dimiliki, tetapi kekayaan yang sejati ialah kaya dalam hal kejiwaan.¨ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Kaya..semua orang nk jadi kaya..tapi dari segi apa kita mempunyai pendapat yang berbeza.. harta.. emas.. perak.. budi.. senyuman.. ilmu.. dan bermacam2 lagi..kaya bukanlah sesuatu yang salah.. tapi sejauh mana ketepatan takrifan kaya untuk diri kita yang mengharapkan keredhaanNya.. tidak salah untuk kaya harta.. tetapi adalah lebih baik untuk kita mengejar kekayaan jiwa dahulu sebelum kekayaan duniawi kita kejar.. pun begitu.. adalah tidak salah jika kita hendak melaksanakannya seiring.. tetapi ketaksuban mengejar harta dunia haruslah dijauhi.. kerana hidup ini hanya sementara.. mati tak mengenal usia.. kita sebagai umat Islam digalakkan bersederhana.. ramai sahabat2 nabi pada zaman dahulu mrnggadaikan kekayaan hart semata2 untuk memenuhi kekayaan jiwa... tidak mudah bagi kita untuk mendapatkan kedua2nya. Melainkan atas kehendak Allah terhadap orang yang dikehendakinya... kerana hakikatnya.. to gain something.. we must sacrifice something.. apakah yang dimaksudkan tentang kaya dalam hal kejiwaan?
Hmm...berat juga untuk ana antuk memperkatakan tentang perkara ini.. namun.. untuk teguran atas diri ana juga.. ana akan cuba kongsikan sedikit sebanyak ilmu Allah yang diilhamkan kepad ana..
Seorang penyair arab ada mengatakan:
Barangsiapa yang mempergunakan seluruh waktunya untuk mengumpulkan harta benda,sebab takut akan menjadi fakir miskin,maka itulah orang yang melakukan amalam yang fakir,
Kekayaan jiwa.. amat sinonim dengan hati.. hati yang kosong amat mudah dipengaruhi dengan kebatilan dan kekufuran.. manakala hati-hati yang sering diisi dengan rasa cinta terhadap Allah.. seringkati dikurniakan kekayaan yang abadi.. apa itu kekayaan yang abadi?? Hmm... sebagai manusia.. pastinya kita mendambakan hidup yang penuh dengan pengertian dan kemanisan.. dan sentiasa mendapat keredhaan.. ketenangan amat diharapkan agar segala yang diharap berjalan dengan lancar.. kegoyahan akal dan emosi menyebabkan kita sukar untuk berfikir dengan waras.. Allah telah memberikan banyak panduan untuk mendapatkan kekayaan jiwa ini.. dengan memngingati Allah.. pasti hati kita akan jadi tenang.. kerana kita sentiasa sedar akan kehadiranNya yang sering menjaga kita..
Duhai sahabat.. usahlah antum risau jika harta tidak berbondong-bondong.. emas tidak berkati-kati.. sebaliknya risaulah sekiranya hati kosong.. jiwa miskin.. dan akal papa.. carilah ubat hati yang lima.. tunaikanlah kewajiban dan tinggalkan laranganNya.. agar kelak.. kekayaan yang hakiki dapat kita raih..
Wallahuaĺam..
Saturday, 3 April 2010
Kekayaan yang Sejati dan Hakikatnya
Posted by amn077 at 08:32
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment