Kata manusia yang berasal dari Eropah “What’s the fuss all about?”
Salam ukhwah..
Hari ini saya mengajak saudara meneliti terhadap permasalahan ummat yang berlaku kini.. Secara khususnya bagi golongan muda belia yang masih lagi baru dalam menjalani kehidupan..
Permasalahan kebiasaan mengikut usia
Apa yang dapat saya lihat, kebiasaannya masalah yang terjadi bagi golongan muda adalah masalah hubungan atau kecintaan. Jika yang mungkin sudah dalam alam rumah tangga mungkin lebih kepada permasalahan aspek tanggungjawab kepada keluarga, kecurangan dan juga politik tempat kerja. Jika dalam kategori kepimpinan, permasalahannya lebih kepada korupsi dan penyelewengan tidak kira lah dari golongan ‘ikan bilis’ sampai lah ke ‘jerung besar’ dan dari parti ‘islamik’, ’komunis’, ’sosialis’ mahupun ’sekularis’.
Jadi berbalik kepada golongan pemuda banyak diberatkan pada masalah kecintaan kepada seseorang. Kalau kita lihat di dalam televisyen, boleh anda kira berapa banyak filem, teledrama, telefilem bahkan apa rancangan sekalipun yang membincangkan tentang cinta manusia kepada manusia?
Cuba lihat pula pada ruangan akbhar, akhbar mana yang ada ruangan kaunseling cinta?
Cuba pula lihat majalah majalah semasa kini.. Berapa banyak yang menulis tentang hubungan manusia dalam erti kata cinta yang tidak sah. Maksudnya bercouple.
Dan sekarang, yang paling penting, cuba anda lihat pada diri anda sendiri atau setidaknya pada mereka yang dalam lingkungan anda. Berapa ramai di antara mereka sekurang nya punya kekasih pujaan hati.
Jawabnya bukan sahaja ada, tetapi terlalu banyak dan barangkali seperti sudah menjadi darah daging!!
Dan sekarang, cuba lihat sikap mereka.. Sama ada sahabat anda itu atau kekasihnya.. atau anda sendiri.. Mari kita muhasabah bersama-sama.
Apa yang berlaku senang sahaja. Bermula mungkin dari persahabatan atau lewat SMS atau dalam masa sekarang, mungkin facebook. Kemudian, setelah beberapa lama, date diatur. Keluar berdua. Malu-malu. Segan-segan. Kemudiannya bermula adegan ayang-ayang, anje-anje.. Mula berpegang tangan. Dan perhubungan di isi dengan madah cinta yang sangat romantis. Cinta suci lah.. Semoga perhubungan diberkati dan kekallah. Cinta agung lah.. Dan setelah itu, mungkin ada yang ke jinjang pelamin dan mendirikan rumah tangga. Dan mungkin pula dalam keadaan kurang baik, dari berpegang tangan mula melangkah lebih maju. Yelah. Malaysia Boleh kan… Maka akhirnya yang terjadi lahirlah anak di luar nikah yang ada di buang dan jika tidak kehormatan itu sudah tiada atau mungkin sekali hampir tiada.
Barangkali situasi ini bukan pada semua. Tetapi ini berlaku kepada hampir semua.
Dan kita lihat pula pada sikap mereka yang berada dalam situasi ini. Sanggup lakukan apa sahaja. Betulkan?? Sanggup membelanjakan wang dan mengorbankan masa. Sanggup melayan dan menahan kerenah yang banyak. Sanggup menyerahkan tubuh badan untuk dijadikan sebagai persembahan ‘cinta teragung’. Dan mungkin lebih dahsyat, sanggup menukar agama kerana sayangkan kekasih hati.
Cuba lihat pula kepada perbualan harian mereka yang berada dalam situasi ini.. ”kenapa dia tak call aku hari ni”, ”Dia suka aku ke tak? sayang aku ke tak” dan macam -macam lagi. Kalau nak dengar lebih lanjut saya nasihatkan anda supaya jika nampak orang sedang berdating, dengan tak malu, duduk di sebelah dan dengar perbualan mereka. Jika ingin jalan selamat supaya tidak dimaki, tonton sahaja TV3..
Sekarang harap anda mula terlihat dengan jelas. Sejujurnya ini adalah masalah yang berlaku dalam golongan pemuda kita. Kita disibukkan oleh permasalahan sebegini.
Cinta itu juga satu ciptaan. Bukan Pencipta.. Cinta bukan Tuhan!!
Bukankah cinta itu telah Allah ciptakan kepada manusia sebagaimana Dia menciptakan panca indera manusia dan akal manusia. Jadi boleh sahaja kita katakan bahawa cinta itu cumalah satu jalan daripada jalan-jalan yang telah Allah kurniakan kepada kita untuk mencari redha Nya..
Tapi sayang. Kita menjadikan jalan itu sebagai matlamat sedangkan matlamat sebenarnya sudah hilang ke mana. Jadinya, secara tidak kita sedar kita terlampau mengagungkan kalimah cinta dan cinta itu sendiri.
Saya terbaca blog seseorang yang mengatakan bahawasanya hidup ini, cinta lah yang menentukan segalanya.”Love, this is what life is all about!!”
Mungkin itu pendapat beliau.
Kita ini JATUH CINTA atau JATUH NAFSU??
Saya tidak ingat dimana saya mendengar kata-kata ini tetapi itulah hakikatnya. Bukankah sudah jelas di dalam Al Quran bahawa syaitan akan menampakkan sesuatu yang buruk pada pandangan kita sebagai baik.
Berpegang tangan.Bercumbu mesra. Peluk memeluk. Tangan menjalar merata diiringi kalimah kalimah yang manis dengan memuja dan memuji.”Cinta suci”,”cinta agung”…poorah!!
Bila sudah perut membesar, baru lah tersedar dan tersentak. Bila keluarga si perempuan bawak “abang-abang besar” suruh bertanggungjawab barulah rasa kecut dan takut.
Kadang-kadang siap berdoa supaya “kasih akan terus berkekalan”.. Haq dan Jahiliah tak boleh bercampur. Islam itu lahir daripada keruntuhan jahiliah. Tapi kita ini terbalik pula. Islam itu jadinya pada kita bercampur dengan jahiliah. Maka patutkah Allah redha dengan tindakan kita??
Semuanya sudah jelas!!
Bukankah sepatutnya begitu. Apa yang dilakukan kalau kita lihat (yang sepatutnya) melalui kaca mata Al Quran sudah terang yang haq dan bathil. Bagaimana indah pun dicantikkan oleh syaitan, kita tetap sedar betapa buruknya apa yang kita lakukan. Betapa jijiknya dan kotornya dosa yang kita lakukan.
Maka sepatutnya lah kita jadikan Al Quran itu sebagai cara pandang kita.
Berhenti dan Periksa diri Anda (dan diri saya)
Kerna itu sepatutnya kita lakukan. Kita bukanlah manusia yang sempurna dari segala silap dan salah. Tetapi apa yang sepatutnya kita buat jika telah berbuat kesalahan kita akan sedar dan melakukan perubahan.
Itulah yang membezakan Adam dan Iblis. Kedua nya berbuat salah dan silap tetapi Adam bertaubat sedangkan Iblis telah bersumpah dengan angkuh dan sombong untuk menyesatkan anak cucu adam sampai hari perhitungan..
Semoga apa yang tertulis ini mampu untuk memberi sedikit kesedaran kepada saya dan anda. Kita tak pernah menjadi sempurna. Kita manusia yang berbuat kesalahan. Maka seharusnya kita perlu selalu ingat dan mengingat.
Wallahua’alam.
Moga bermanfaat.
cetusanminda.wordpress.com
Saturday, 19 June 2010
Kenapa itu yang kita risaukan dan pentingkan??
Posted by amn077 at 18:23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment