BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 27 June 2010

Sejarah dan Kita

Salam, Sahih hisyam. Sejarah itu sentiasa berulang. Sebab itu Al Quran memaparkan sejarah – untuk kita mendapat ibrah. Watak yang dulu dan kini sama, cuma pelakon sahaja berbeza. Kita pilih jadi pelakon yang mana? Hero atau crook? Ya Allah, Engkau Maha Kasih, pilihlah kami untuk menteladani para Rasul, nabi, siidiqin Syuhadak dan solehin. Amin.

Aku teringat akan respon yang di berikan oleh ustaz Pahrol Mohamad Juoi bila mana aku mengunjungi blog beliau (genta-rasa.com) beberapa minggu yang lalu. Benarlah kata beliau yang sejarah itu sentiasa berulang dan pasti berulang, sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerimanya.]

Kita sedang mengulangi sikap orang yahudi lampau

Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang telah diberi bahagian yaitu Al Kitab (Taurat), mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum diantara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran). (QS. 3:23)

Terang-terangan Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam kini berdasarkan sikap segolongan besar orang terdahulu (yahudi dan nasrani) yang berpaling daripada kebenaran yakni daripada mengimani kitab-kitab terdahulu; Taurat. Bermula dari sebuah bangsa yang tinggi kemuliaanya berubah kepada bangsa yang terhina di paksa menjadi hamba abdi kepada firaun.

Semuanya gara-gara mereka meninggalkan ajaran yang di bawa oleh nabi mereka, bahkan bukan sekadar tidak mahu mengambil pengajaran tapi mereka dengan angkuh menentang utusan Allah itu sehingga sanggup membunuh nabi-nabi tersebut.

Begitu jugalah situasi yang melanda umat Islam kini, walaupun Allah telah memuliakan mereka dengan Islam, tapi mereka masih lagi memilih cara hidup atau pegangan yang lain kononnya lebih baik dari Islam.

Agama cuba di asingkan daripada kehidupan

Kita sering mendengar istilah sekularisme, yang mana suatu fahaman yang dicipta oleh sekolompok manusia yang cuba memisahkan urusan dunia dengan urusan agama kerana bagi mereka urusan agama hanya melibatkan golongan ustaz-ustazah yang berlegar di masjid dan surau sahaja, manakala urusan dunia (pentadbiran, politik, dan ekonomi) terserah kepada golongan yang lain.

Mereka cuba menyempitkan pengertian Islam dalam ruang lingkup seharian kita, bagi mereka Islam itu hanya ibadah kepada ALLAH semata-mata, seumpamanya sembahyang, puasa, zakat dan haji. Mereka cuba menyamakan pengertian Islam seperti agama-agama lain, contohnya seperti kristian. Bagi penganut kristian, istilah agama itu hanya meliput ibadah semata-mata.

Namun Islam mempunyai pengertian yang berbeza. Islam bukan setakat menyentuh aspek ibadah semata-mata, namun Islam itu merupakan suatu cara hidup yang lengkap. Yaitu, menyentuh semua aspek dalam kehidupan seharian kita, bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Contohnya dalam hal membuang air kecil pun Islam mengajar kita bagaimana cara yang betul, lalu apatah lagi dalam hal-hal besar yang lain seperti cara memerintah, cara berekonomi dan seangkatannya.

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” (Al-Maidah : 50)

Pemimpin-pemimpin Islam sekarang lebih berbangga dengan hukum-hukum dan pelembagaan yang dicipta oleh manusia berbanding hukum-hakam yang telah di sediakan oleh Allah. Bagi mereka hukum-hakam Allah sudah tidak sesuai untuk di laksanakan di zaman ini kerana telah ketinggalan zaman, tidak kurang pula yang mendakwa bahawa hukum-hakam dalam al-Quran tidak adil dan bersikap zalim kepada manusia.

Mulianya kamu kerana Islam

Berkata Saidina Umar al-Khattab; "Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."

Maka tidak menjadi pelik sekiranya umat Islam pada zaman ini terus hidup dalam keadaan yang tertindas dan selalu di tekan oleh musuh-musuh di sekeliling, ini di sebabkan sikap mereka sendiri terhadap Islam itu. Mereka cuba mengantikan Islam dengan membawa pendekatan baru kononya dengan menjenamakan semula Islam itu sendiri.

Beginilah jadinya bila mana makhluk yang dicipta dengan begitu sempurna namum gagal menggunakan kelebihan itu untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini. Mereka diberikan akal fikiran yang sempurna, tetapi mereka gagal menggunakannya, mereka langsung tidak mahu mengambil pengajaran dari sejarah hidup manusia yang silam.

Alangkah celakanya golongan yang tidak pernah mahu mengambil pengajaran dari sejarah silam.



Sumber: Blog Cetusan Revolusi

0 comments: