Didalam beberapa artikel saya yang lalu saya ada menyebut mengenai "berfikir ikut rasa", mungkin ada yg tertanya2 apa yg saya maksudkan dan apakah mekanisme yg menyebabkan "rasa" itu menjadi titik penentu terhadap keputusan yang kita ambil dalam hidup seharian. Mungkin definasi yang lebih tepat untuk frasa tersebut adalah "mengambil/memilih/membuat keputusan mengikut rasa" dan bukan mengikut akal menggunakan frontal lobe yang mana mengambil kira akibat sesuatu pilihan/tindakan tersebut pada diri sendiri dari segi kesan jangka pendek, jangka panjang mahupun juga kesan terhadap insan lain dan persekitaran.
Setiap apa yg kita alami dari semua deria samada penglihatan, bau, rasa, sentuh dan sebagainya akan membenihkan pemikiran diotak, ini termasuk juga pemikiran yg timbul dr imaginasi. Disebabkan oleh "fikiran" tadi juga otak (terutamanya hypothalamus) akan merembes bahan kimia tertentu yang dipanggil "ligand", bahan kini pula boleh dibahagi kepada 3 iaitu, neurotransmitter, steroid dan juga peptide. Dari tiga jenis ligand tersebut, yang paling banyak sekali adalah peptide yang jumlahnya hampir 95% dari keseluruhan ligand tersebut. Peptide adalah kimia emosi yang kita hasilkan dari pemikiran kita dan memberi rasa, emosi atau perasaan terhadap sesuatu kejadian tersebut.
Kesemua ligand ini adalah protein yang terbentuk dari rangkaian asid amino dan ia boleh dikatakan kimia yg dirembes oleh organ2 atau sel2 tertentu (terutamanya otak dan bahagian yg paling byk terdapatnya peptide & receptor adalah di frontal lobe) untuk tujuan komunikasi antara organ2 dan sel2, komunikasi ini adalah untuk membolehkan sel2 badan menjalankan fungsi badan yg selanjutnya mengikut apa yg kita tafsirkan tentang sesuatu kejadian itu. Semua sel didalam badan kita hidup sebagai komuniti dan mereka berkomunikasi menerusi peptide dan juga menerusi sistem saraf. Semua emosi /rasa /perasaan itu ada kimia2nya sendiri, gembira, bersyukur, takut, gelisah, dengki, cemburu, ghairah, curang dan pelbagai lagi, kimia ini juga boleh bergabung antara satu sama lain membentuk kimia yg lain seperti takut dan cemburu, ghairah dan curang dan sebagainya.
Emosi amat penting pada manusia, ia memberi warna kepada kehidupan, ketika anda membaca artikel saya ini, otak anda merembes beribu2 kimia emosi kedalam salur darah anda untuk memberi tahu sel2 badan apa perasaan anda ketika ini, lebih beremosi sesuatu peristiwa itu lebih mudah anda mengingatinya, sebab itu anda masih boleh ingat lagi saat pertama kali anda bertemu isteri atau kekasih anda. Jika apa yg anda baca sekarang ini menarik, lebih mudah anda kembali ke blog saya ini dan jika memualkan, ianyanya juga boleh membuat anda mengingatinya tetapi bukan untuk mengunjung kembali tetapi untuk mengelak dari kembali ke blog saya ini, dalam erti kata lain ianya membantu pembelajaran terutamanya mengenai kehidupan.
Emosi, rasa dan perasaan itu salah satu sifat2 manusia yang dicipta oleh Allah untuk digunakan oleh manusia sebaik2nya, apa yang menjadi masaalah sekarang ini adalah ketagihan terhadap emosi, rasa atau perasaan tersebut. Disebabkan emosi, perasaan atau rasa ini juga selalunya menjadi titik tolak dalam membuat keputusan harian. Badan kita mampu mengeluarkan dadah semulajadi seperti endorphine (endogenous morphine) dan dopamine yg terbit dari perasaan gembira, riang, bersyukur dan sebagainya tetapi disebabkan kita selalu inginkan apa yg kita tiada (tidak bersyukur) terutamanya materialistik maka amat sukar untuk kita merembeskan secara semulajadi didlm badan yg mana memberikan kesan nikmat pada badan, apabila manusia mencuba dadah luaran yg memberikan kesan yg lebih hebat maka keupayaan badan untuk mengeluarkan secara semulajadi akan menjadi kurang atau hilang. Manusia bukan shaja ketagih terhadap emosi khayal atau seronok tetapi termasuk juga ketagihan terhadap emosi2 yg lain seperti penyesalan, keinginan seks, marah dan sebagainya. Ketagihan terhadap kimia emosi ini tiada beza konsepnya dgn penagih dadah yg ketagih dadah luaran seperti heroin, ganja dan sebagainya, bezanya "dadah" ini adalah tercipta secara semulajadi didlm badan kita.
Kita telah lama di"latih" tanpa sedar untuk hidup dgn emosi, rasa dan perasaan. Melalui stimuli persekitaran terutamanya TV dan filem, kita belajar mengenali situasi2 tertentu walaupun kita tidak mengalaminya sendiri. Ada sahabat bertanya salahkah mempunyai kekasih dan bercinta sebelum kahwin, salahkan menyayangi sesama insan. Sayang menyayangi sesama insan amat digalakkan oleh islam, tetapi berkasih2an sebelum berkahwin itu yg dilarang kerana ia adalah benih kepada zina, benih ini yg kita sirami setiap hari lama kelamaan menjadi zina, mari kita lihat mengapa dizaman sekarang ini perlu bercinta baik yg belum mahupun yg sudah berkahwin.
Majoriti manusia gemar menonton TV dan filem, kerana apa? Kerana tanpa perlu berada ditempat atau perlu melakukannya kita sendiri boleh merasa apa sahaja perasaan dan emosi apa yg dilakonkan oleh pelakon walaupun dgn hanya menontonnya. Sebab itu kita boleh menangis, ketawa, marah, bernafsu dan sebagainya ketika menonton. Melalui emosi yang kita rasa dari menonton ini juga otak merembeskan peptide2 tertentu untuk menjalankan fungsi2 badan yang lain (bersama2 dgn sistem saraf), contohnya mengeluarkan air mata bila sedih atau pun menaikkan bulu roma ketika takut. Apabila kita selalu menghujani sel2 badan2 kita dgn emosi2 cinta, semua sel2 badan kita akan turut merasakannya. Makin banyak dan kerap peptide ini dikeluarkan makin banyak lagi mekanisme penerima "receptor" harus disediakan oleh sel2 badan dan bila sel2 badan kita membahagi membentuk sel2 yang baru, sel2 yang baru ini akan mempunyai lebih banyak receptor untuk peptide tertentu tersebut.
Ambil contoh cerita pasangan belum berkahwin bercinta dgn penuh dgn perasaan kasih dan sayang bila berpegang2an tangan, berpeluk cium dan sebagainya, ketika menonton TV majoriti manusia tidak pernah memberikan penilaian bahawa apa yang dilihat itu betul atau salah dari segi Islam seolah2 dalam keadaan terpukau. Jadi otak tetap merembes peptide2 kasih, sayang, berpeluk, cium dgn bukan muhrim dan ini menghujani sel2 badan kita. Sel2 baru yang terbentuk akan mempunyai banyak receptor untuk emosi/perasaan ini tetapi untuk memberi keseimbangan pada sel2 baru ini (homeostasis balance) sel2 baru ini perlu peptide2 emosi cinta tadi dalam jumlah yang sama. Bila tiba ketika sel perlukan kimia tersebut, sel2 secara kolektifnya akan "berbisik", mana "habuan" aku hari ini maka terdetiklah difikiran akan kisah2 percintaan, sama seperti sel2 perut menghantar isyarat keotak bila kita lapar, sebab itu kita berkata "perut aku lapar la" dan "bukan otak aku laparla" cuma bezanya sel perut mahukan habuan dari luar.
Semua kimia2 emosi yg dirembeskan kedalam saluran darah akan pergi keseluruh sel2 didalam badan dan sel2 kita ini lama kelamaan akan ketagih akan emosi2 tersebut. Jadi jika emosi percintaan yg tidak berlandaskan Islam tadi sudah bertahun2 menghujani sel2 badan kita maka sel2 kita akan sentiasa menantikannya. Sel2 kita akan menghantar signal melalui sistem saraf meminta peptide tadi, disebabkan signal tadi akan terbitlah fikiran di minda kita. Sebab itu mereka yg suka menonton cerita2 cinta ini sentiasa berkhayal tentang percintaan, kerana melayan ketagihan sel2 kita terhadap emosi cinta tersebut. Dengan hanya memikirkannya sahaja ingatan2 terhadap percintaan itu tadi maka otak kita akan kembali merembeskan peptide2 tersebut, ini kerana otak tidak tahu samada apa yg kita fikirkan itu sesuatu yg nyata atau tidak, otak akan mematuhi arahan dari pada fikiran kita. Buktinya, bagaimana lelaki boleh "keras" anggota kelaminnya hanya dengan membayangkan sahaja difikiran?
Ini lama kelamaaan menjadi satu proses berulang2 "loop" kitaran fikiran dan emosi, emosi dan fikiran dan jika kita tidak menghentikannya lama kelamaan ianya akan bermula dari sel2 kita sendiri yg "meminta" dadahnya dalam jangkamasa tertentu. Kita boleh klasifikasikan ini sebagai bisikan syaitan yg sentiasa mengingatkan kita peristiwa lepas yg mengecewakan ataupun kejadian2 lepas yg nikmat lebih2 lagi sesuatu yg terlarang seperti contoh diatas apabila diambil dari sudut berkasih sayang dan bercinta tanpa ikatan yg sah. Pada pendapat saya syaitan hanya perlu melakukan sekali sahaja bisikan tersebut dan kemudiannya secara automatik menjadi "loop" yg berulang2 didalam pemikiran kita. Aksi2 kita juga akan mengikut isi hati kita yg sebenarnya dari jeritan sel2 diri kita sendiri.
Apa yg saya bincangkan diatas adalah kimia emosi nikmat untuk kasih, sayang, peluk dan cium, bagaimana dgn emosi nikmat menonton filem2 lucah? Sebab itu Nabi berpesan jangan hampiri zina, ini termasuklah menonton filem2 lucah yg mana lama kelamaan sel2 badan kita memerlukan jumlah kimia yg lebih lagi untuk rasa "puas". Lama kelamaan akan jadi seperti penagih dadah yg akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang bg membeli dadah, kaki porno juga lama kelamaan akan menuju kearah melakukannya sendiri kerana menonton sahaja sudah tidak cukup untuk memuaskan nafsu badan mereka (ketagihan sel2 mereka sendiri). Jadi bagaimana kita mahukan generasi yg berakhlak jika kesedaran terhadap bahayanya bahan2 lucah ini tidak dipandang serius?
Bagaimana pula dgn ketagihan untuk emosi kecewa dan penyesalan atas apa yg telah terjadi?, sekali kita memikirkannya sahaja (bisikan syaitan) sudah cukup untuk memulakan kitaran fikiran - emosi, rasa atau perasaan dan sebaliknya secara automatik, sebab itu sesetengah manusia amat payah melupakan kejadian lepas terutamanya yg memberi kesan emosi yg mendalam contohnya penyesalan. Jika loop ini tidak dihentikan maka ianya akan kekal kecuali jika kita sendiri berkuasa mengubah cara kita berfikir mengenainya.
Jadi sebelum anda membuat sesuatu pilihan atau keputusan ataupun timbulnya fikiran2 tertentu diminda anda, selidik sedalamnya adakah anda membuat pilihan yg tepat atau sekadar melayan ketagihan sel2 badan anda terhadap emosi2 tertentu? Ini yg dikatakan berfikir ikut akal dan bukan ikut rasa. Ikut akal akan merujuk, menganalisa semua kebarangkalian dan kemungkinan kesan terhadap diri sendiri mahupun terhadap orang lain (frontal lobe berfungsi). Didalam hidup yg mana hormon adrenalin dan cortisol (kedua2nya hormon stress), amatlah mustahil untuk otak (frontal lobe) untuk membuat keputusan yg tepat, maka keputusan mengikut rasa atau memori (otak belakang/ reflek/primitif) akan lebih menjadi keutamaan, atau boleh kita anggap kita ber"tuan"kan "rasa". Ini juga boleh di anggap minda separuh sedar yang secara automatiknya membuat pilihan bagi pihak kita jika kita terlalu terlena atau leka dgn tarikan/stimuli luaran contohnya ketika bernafsu ataupun marah. Contohnya sebab itu lelaki sanggup menipu untuk berpoligami walaupun tidak mampu kerana memenuhi ketagihan badannya terhadap peptide nafsu cinta dan seks, begitu juga wanita yg berperang pada poligami kerana memenuhi ketagihan badannya untuk peptide takut dan cemburu dan tidak boleh melihat kesan poligami pada masyarakat jika dilakukan dgn mengikut sunnah2 Nabi.
Jadi bagaimana kita boleh menghentikan kitaran fikiran - emosi - fikiran ini? Caranya adalah dgn melatih diri kita untuk menjadi "master" atau "tuan" kepada fikiran kita sendiri, latihan untuk mengawal fikiran ini sudah ada didalam kehidupan seorang muslim, mungkin kerana ramai yg tidak sedar mengapa kita harus berbuat demikian maka ianya tidak dilakukan dgn serius. Apakah latihan tersebut? Jawapannya fokus atau khusyuk didalam solat. Jika anda boleh kawal fikiran anda untuk menumpukan perhatian terhadap bacaan, maknanya dan juga pergerakan, bukankah mudah untuk anda mengawal fikiran anda untuk memikirkan apa yg anda inginkan dan bukan sebaliknya. Jika kita sentiasa sedar apa yg melayang fikiran, kita akan menjadi tuan kepada badan atau jasad kita ini yg mana ianya terdiri dari lebih 50 trillion sel2. Jika tidak kita akan menjadi hamba kepada sel2 kita yg sentiasa ketagih kimia2 emosi tertentu, jika emosi atau rasa yg baik, Alhamdulillah, jika emosi yg negatif? Manusia itu sendiri akan membuat hidupnya merana malah makin hari semakin rosak.
Jika anda fokus dan faham pada bacaan2 didalam solat yg penuh dgn puji2an kepada Allah dan juga doa memohon keredhaanNya, sel2 anda juga akan sentiasa dhujani dgn emosi dan perasaan sayangkan Allah. Sebab itu juga seorang muslim harus sembahyang lima kali sehari, memberi makan kepada sel2 badan dgn peptide2 emosi yg baik. Contohnya jika anda sentiasa ingat "Ihdinassirotolmustakim" iaitu "Tunjukkanlah kami kejalan yang lurus", apabila sel2 anda membahagi, ia akan punyai banyak "receptor" untuk perasaan tersebut jadi bila tiba masa dimana minda sedar anda terlalu sibuk dgn gangguan luar ataupun ketika anda stress atau marah yg mana frontal lobe hilang keupayaannya, maka sel2 anda yg akan "menjerit" kepada anda "ambillah jalan yang lurus", ini yang dikatakan sembahyang mencegah dari kemungkaran.
Rata2 umat islam hilang fokus atau khusyuk ketika solat kerana minda kita melayang memikirkan hal2 dunia, jadi kimia emosi untuk mendapatkan "jalan yang lurus" tidak diterima oleh sel2 kita. jadi sebab itulah walaupun sentiasa solat tetapi masih melakukan kemungkaran kerana sel2 kita tidak dilatih untuk membantu kita ketika kita tidak berupaya untuk membuat pilihan yang sebaik2nya. Sel2 kita umpama anak2 yg harus dididik dgn nilai2 (peptide2 emosi) yg mulia agar ia menjadi pembantu atau penyelamat kepada kita disaat2 kita memerlukannya.
Untuk mengubah sel2 kita ini kita harus ubah atau menghentikan "program" yang membuatkan kita merembes kimia2 tertentu ini, contohnya dgn tidak lagi menonton TV cerita sampah, melayari laman2 web "sampah", membaca majalah2 atau buku2 "sampah", mendengar musik yg mengkhayalkan dan apa sahaja yg boleh membuatkan kimia2 emosi yg negatif itu dirembeskan oleh otak dan memberi "makan" sel2 kita. Begitu juga dgn pemikiran kita terhadap sesuatu kejadian itu, tidak Allah jadikan sesuatu kejadian itu tiada baik dan buruknya, cuma kita sahaja yg meletakkan label dan memfokus kepada keburukan tersebut. Apabila terdetik sahaja fikiran yg buruk maka peptide keburukan akan menyusul dan ini akan menghujani sel2 kita. Perlu diingatkan bahawa peptide yg negatif ini juga racun kepada sel2, sebab itu mereka yg mendapat kanser atau pun sakit jantung rata2nya bersangkut paut dgn stress dan emosi yg negatif.
Diri yg sentiasa mengingati Allah bukan sahaja melatih jaringan2 neuron di otak agar lebih mantap untuk mengingati Allah selalu malah memberi "makanan kerohanian" kepada sel2 badan kita. Sembahyang lima waktu yg dilakukan dgn ikhlas dan khusyuk/fokus itu adalah benteng pertahanan manusia yg paling utama kearah hidup yg lebih bermakna, semoga kita bersama2 mendapat kebaikan dan sentiasa diberkati Allah, amin.
http://syurgadidunia.blogspot.com/
Saturday, 31 July 2010
Berfikir Ikut Rasa & Biologi Khusyuk Solat
Posted by amn077 at 18:47 0 comments
Mengatasi Semua Masalah
Saudara, saya mempunyai akaun di facebook bertujuan untuk berdakwah disamping mencari kawan lama dan baru di dalam berkongsi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Banyak bertanyakan masalah yang melibatkan masalah rumahtangga, masalah bisnes, masalah jodoh, masalah rezeki, masalah kerja, masalah belajar, masalah anak dan sebagainya.
Mereka meminta saya membantu memberi pendapat di dalam menyelesaikan masalah mereka.
Di sini saya memberi terus jawapan yang utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah yang ada. Jika masalah yang satu ini tidak diselesaikan, maka pasti masalah-masalah yang lain akan terus menyeksakan jiwa dan meresahkan hidup.
Masalah Utama Yang Perlu Diselesaikan
Saudara, awal agama itu mengenal Allah SWT. Mengenal Allah SWT bukan sekadar kenal Allah SWT itu Tuhan, tiada Tuhan melainkan Allah SWT, Allah itu Esa, Allah itu memiliki 99 sifat dan lain-lain.
Mengenal Allah SWT itu mestilah sehingga kita ini sedar dan rasa bahawa kita ini hamba yang sangat-sangat memerlukan Allah SWT DI DALAM SETIAP HAL KEHIDUPAN malah jika tiada hal pun, kita tetap memerlukan Allah SWT kerana cinta kita pada Allah SWT.
Untuk menyedari dan rasa ini kita perlu memiliki rasa CINTA kepada Allah SWT MENGATASI cinta kita pada yang lain.
Sebagai contoh mereka yang memiliki masalah dengan suami/isteri selalunya berasa resah, gelisah, sempit jiwa dan seumpamanya. Kerana apa? Kerana cinta kepada suami/isteri mengatasi cinta kepada Allah SWT.
Hakikatnya memang kita perlu cinta dan sayang serta berharap kepada suami/isteri. Namun cinta kepada Allah SWT perlu mengatasi cinta kita kepada suami/isteri. Ketika ini barulah jiwa kita sentiasa tenteram.
Penyataan di atas mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Namun yang mengalaminya tidak mampu dibayangkan penderitaannya. Saya akui malah saya juga tidak mahu memiliki masalah yang besar di dalam hidup saya.
Namun hakikatnya juga kita mampu menyintai Allah SWT mengatasi cinta kepada yang lain apabila kita tahu caranya dan bersungguh-sungguh.
Apabila kita menyintai Allah SWT lebih daripada yang lain, maka pasti Allah SWT memberikan kasih dan sayangnya kepada semua orang yang berada di sekeliling kita. Orang akan suka berkawan dengan kita, suami/isteri sayangkan kita, anak-anak menyintai kita dan semua orang akan senang dengan kita.
Apabila hubungan dengan Allah SWT kita tiada masalah, Allah SWT pasti akan memberikan kita hidayah (petunjuk) dan taufiq (kekuatan) untuk menyelesaikan masalah kita. Allah akan aturkan alam ini untuk membantu kita menyelesai masalah kita sehingga kita tidak menyangka jalan-jalan penyelesaian yang Allah SWT berikan.
Inilah penyelesaian utama di dalam setiap masalah yang ada.
Analisis
Sekarang kita tahu objektif kita. Untuk menyelesaikan masalah kita, kita perlu cintakan Allah SWT di mana menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.
Jika kita ada masalah wang, yang perlu diselesaikan bukan masalah wang itu, tetapi masalah hubungan dengan Allah SWT.
Jika kita ada masalah dengan bisnes, yang perlu diselesaikan bukan masalah bisnes itu, tetapi masalah hubungan dengan Allah SWT.
Jika kita mempunyai masalah dengan suami/isteri, yang perlu kita selesaikan bukan masalah dengan suami/isteri tetapi selesaikan masalah hubungan kita dengan Allah SWT.
Kita sudah faham sekarang. Lalu persoalannya, bagaimana jalan penyelesaiannya?
Jalan Penyelesaian
Saya suka memberi latihan berbanding motivasi. Bezanya latihan dengam motivasi adalah latihan pasti ada cara-cara penyelesaiannya. Maka di sini seperti yang selalu saya tulis dan sarankan adalah komunikasi dengan Allah SWT.
Penegasan ini perlu diulang-ulang kerana komunikasi dengan Allah SWT mungkin dianggap sesuatu yang remeh dan tidak mampu menyelesaikan masalah.
Terima kasih Allah SWT kerana memberi peluang untuk saya memberikan mini latihan JPHBT. Alhamdulillah mereka yang hadir dapat menyelesaikan masalah dengan izin Allah SWT apabila mereka menjaga hubungan dengan Allah SWT. Mereka sentiasa ingat Allah SWT setiap saat dengan melakukan komunikasi dengan Allah SWT.
Mereka yang datang memahami dan memiliki kesedaran akan hal Allah SWT dan mengenali diri sebagai hamba Allah SWT. Mereka memahami mengapa perlu berkomunikasi dari sudut spiritual dan juga sains.
Semoga penegasan kali ini mampu menyelesaikan seluruh masalah kehidupan kita. Jagalah hubungan dengan Allah SWT. Komunikasilah kerana dengan berkomunikasi dengan Allah SWT mampu menjadikan kita sentiasa ingat Allah SWT dan inshaAllah Allah SWT memberikan rasa cinta kepadaNya dalam jiwa kita.
Ketika jiwa sudah memiliki cinta kepada Allah SWT mengatasi cinta yang lain, saudara akan rasakan satu persatu masalah saudara semua akan diselesaikan oleh Allah SWT. Saudara akan berasa lapang dada, tenteram, bahagia, damai, aman, tenang dan seumpamanya walaupun ada masalah yang datang kerana keyakinan kita pada Allah SWT adalah 100% di dalam penyelesaian masalah kita.
Semoga cinta kepada Allah SWT SENTIASA mengatasi cinta kita pada yang lain. Amin ya Rab.
Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami ya Allah mengatasi cinta kepada yang lain ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.
Posted by amn077 at 18:46 0 comments
Ketenangan Yang Dicari
Sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai kesungguhan dalam melakukan setiap perkara atau perlakuan yang dikehendaki. Namun begitu, adakah mereka menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu perkara.
Sesetengah manusia memikirkan sesuatu perbuatan itu baik untuk dirinya walaupun mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sesetengah manusia pula memburukkan sesuatu perbuatan itu dengan alasan akan mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya dan orang lain. Di situlah kita lihat manusia itu mempunyai epemikiran masing-masing yang kita tidak pasti apakah pemikiran baik untuk kita ataupun sebaliknya?
Seorang ketua negara yang memberikan arahan kepada rakyat jelata dengan dasar-dasar yang dibuat olehnya sendiri, seorang raja yang sentiasa menjadi lambang kepada kerakyatan masyarakat, ketua pengarah yang sentiasa mengarah pekerjanya melakukan pekerjaan, seorang ketua parti yang sentiasa optimis dengan perjuangan parti atau sebagainya. Pernyataan tersebut seringkali dipersoalkan oleh manusia-manusia sedang mencari kedamaian dalam hati. Perjuangan yang dilakukan sebenarnya hanyalah ingin menenangkan ketidaktenangan dalam diri mereka.
Mereka inginkan kepastian, apakah golongan-golongan atasan dalam pernyataan tadi ikhlas dan telus dalam melaksanakan tugas dan peranan serta tanggungjawabnya? Adakah mereka menggunakan orang bawahan sebagai manusia yang seperti 'lembu dicucuk hidung'? Adakah mereka sedang bersenang-lenang sekarang sedangkan rakyat menanggung seksa? Dan banyak lagi persoalan yang sering bermain-main di pemikiran manusia-manusia yang sedang mencari ketenangan ini.
Sesungguhnya mereka inginkan yang terbaik untuk diri mereka, masyarakat mereka, bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Disitulah konsep nilai itu wujud. Persoalan demi persoalan telah diajukan. Pihak yang berkenaan juga telah menjawab tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan dengan pelbagai hujahan yang bernas besertakan bukti dan fakta yang menarik.
Namun, adakah itu sudah cukup memberikan ketenangan kepada manusia-manusia yang mencari ketenangan tersebut? Persoalan yang timbul pula kini adalah, apakah mereka tidak tahu bersyukur? Adakah mereka hanya mahukan jawapan yang pasti atau mereka hanya mahu menentang habis-habisan dan menafikankan dengan apa yang telah lengkap sedia ada? Persoalan demi persoalan langsung tidak mampu dijawab oleh kita yang semakin bijak pandai ini.
Ahli Antropologi yang sentiasa mengkaji bidang kebudayaan manusia ini juga gagal menemui pendekatan teoretikal yang dapat menerangkan situasi ini. Adakah pemikiran manusia kini semakin kompleks dan rumit? Jawapan yang mudah bagi soalan ini adalah 'ya', tetapi tiada bukti, hujahan serta fakta selanjutnya.
Hati semakin gelisah, tidak tenang, gusar dengan sesuatu. Sehinggakan perkara yang baik dikata tidak, yang buruk dikata baik, dan paling menyedihkan, sesetengah manusia itu seringkali menyalahkan manusia lain yang sama agama, sama bangsa mahupun sama negara. Yang tidak baik itu seharusnya kita yang berakal tinggi ini membetulkannya dan menjadikannya pengajaran kepada semua, dan bukannya menentang dan tamakkan harta dan kuasa. Berfikirlah wahai manusia, siapakah kita di Bumi Allah ini.
Kita sebagai seorang khalifah dan juga hamba yang hina lagi keji di sisi-Nya ini perlulah tunduk dan taat kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kembalilah kepada agamamu wahai manusia yang mencari ketenangan. Insya-ALLAH, kegelisahan akan dapat dipadamkan, ketidaktenangan dapat dihapuskan, serta kegusaran dapat diruntuhkan. Sesungguhnya, KETENANGAN yang dicari akan terus kekal bersemi di dalam hati setiap hamba yang sentiasa tunduk dan sujud kepada ALLAH.
*Sumber : http://syufaatografi.blogspot.com
Posted by amn077 at 18:45 0 comments
Manusia sentiasa berhajat kepada Allah
SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak yang dilahirkan.
Berbeza dengan Allah SWT yang tidak ada permulaan dan pengakhiran pada kejadian-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Kaya dan Maha Penyayang.
Kejadian diri kita yang memerlukan sepenuhnya kepada Pencipta, mengingatkan kepada keperluan wajib diri kita kepada kurniaan dan pertolongan Allah SWT pada setiap waktu. Kebergantungan kita kepada Allah adalah hakikat diri kita yang semestinya diakui penuh sedar dan insaf oleh semua yang bernama makhluk.
Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya: "Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang".
Lumrah manusia sering lupa dan alpa terhadap keperluan dan hakikat dirinya apabila dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat memiliki segala keinginannya. Jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan kelemahannya.
Oleh itu, Allah dengan sifat kelembutan dan pengasih-Nya menarik hamba-hamba-Nya kepada-Nya dengan rantai ujian dan pelbagai sebab seperti kefakiran dan kesakitan untuk mengingatkan mereka tentang keperluan hakikat dirinya yang tersembunyi itu kepada-Nya.
Sejarah membuktikan, bahawa inilah antara sebab yang menjadikan Firaun lupa terhadap keperluan dan hakikat dirinya, lalu mengaku dirinya adalah Tuhan. Sepanjang 400 tahun usianya, Firaun tidak pernah mengalami sakit kepala atau demam dan tidak pernah ditimpa penyakit-penyakit yang lain.
Sekiranya Firaun diberikan sedikit cubaan atau sakit kepala dalam satu-satu masa, atau demam panas sehari, sudah tentu dia tidak akan mendakwa dirinya sebagai tuhan.
Segala hal yang mendatang, seperti nikmat kesihatan dan kekayaan tidak akan dapat mengangkat keperluan hakikat diri seseorang hamba. Maka harus bagi Allah menghapuskan nikmat-nikmat tersebut dan menggantikannya denganujian dan cubaan kepada hamba-Nya.
Keperluan-keperluan ini tidak boleh terpisah dari seseorang hamba sama ada semasa di dunia atau akhirat, walaupun setelah memasuki syurga kerana hamba itu sentiasa berhajat dan bergantung kepada Allah selama-lamanya.
Apabila hamba itu diperingatkan dengan hal tersebut, maka dia akan kembali berdiri di atas landasannya dan melaksanakan pengabdian kepada Tuhannya.
Allah mencaci kaum-kaum yang merayu kepada-Nya ketika didatangi sebab-sebab yang menjadikan mereka begitu berkehendak kepada-Nya, tetapi apabila sebab-sebab itu tiada maka hilanglah rayuannya, sebagaimana firman-Nya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ketika sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri. Dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Yunus: 12)
Allah juga menjelaskannya dalam firman-Nya yang lain: Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami. Kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada kami, dia berkata (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat tersebut adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (al Zumar: 49)
Oleh kerana akal orang awam tidak sampai untuk memahami tentang hakikat kewujudan mereka, maka Allah mendatangkan kepada mereka sebab-sebab yang membangkitkan keperluan mereka kepada Allah untuk memperkenalkan kepada mereka tentang keperkasaan rububiah-Nya dan keagungan ketuhanan-Nya.
Justeru, hendaklah kita sentiasa mengetahui tentang hakikat dan keperluan diri kita kepada-Nya yang setiap masa dan ketika.
Ketahuilah, saat seseorang hamba dapat melihat dan merasakan keperluannya kepada Allah merupakan sebaik-baik waktu baginya. Ini kerana pada waktu itu, terlaksananya hak ubudiah dan kamu dapat merasakan keagungan Allah Yang Maha Hebat.
Ia juga merupakan waktu seseorang hamba menjadi sempurna kerana sekadar mana terlaksananya ubudiah seorang hamba pada zahirnya, maka sebesar itulah penyaksian rububiah pada batinnya.
Serendah mana kehinaan diri yang dirasakan oleh hamba tersebut pada zahirnya pada waktu itu, setinggi itulah kemuliaannya pada batinnya.
Lihatlah kepada semulia-mulia makhluk Allah para Nabi a.s. Dengan apakah Allah berbicara tentang mereka atau namakan mereka jika tidak dengan ubudiah?
Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 1: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari.
Dalam surah Sod ayat 45, Allah berfirman: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba kami Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Ya'qub.
Manakala dalam ayat yang lain Allah berfirman: Dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan agamanya). (Sod: 17)
Nabi SAW, ketika disuruh memilih sama ada menjadi nabi seumpama raja atau nabi seumpama hamba, maka Baginda SAW memilih untuk menjadi nabi seumpama hamba. Ini menunjukkan bahawa semulia-mulia sifat manusia ialah perhambaan.
Dari hadis Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya telah turun kepadaku malaikat dari langit yang tidak pernah turun kepada seorang nabi pun sebelumku atau selepasku. Dia ialah Israfil AS. Israfil AS berkata: "Aku adalah utusan Tuhanmu yang memerintahkan aku supaya memberitahumu, "Adakah kamu ingin menjadi nabi yang bersifat hamba atau nabi seperti raja?" Aku melihat Jibril AS, dia menunjukkan isyarat supaya aku merendah diri. Maka sekiranya aku berkata, "Aku ingin menjadi nabi seperti raja, nescaya akan berjalan gunung-ganang pergi bersamaku menjadi emas". (riwayat al Tabrani)
Dalam kepapaan atau saat kita memerlukan kepada Allah, akan menambahkan lagi nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada kita. Justeru, sekiranya kamu mahu dihamparkan ke atasmu kurniaan-kurniaan Allah, hendaklah kamu benar-benar menyempurnakan kefakiran dan keperluan kamu kepada-Nya.
Allah menyertakan pertolongan-Nya dan kemenangan kepada hamba-Nya ketika hamba tersebut benar-benar memerlukan-Nya, merasakan dirinya hina, lemah dan serba kekurangan.
Perang Badar
Kemenangan yang diraih dalam perang Badar dan kekalahan perang Hunain telah membuktikannya. Allah berfirman: Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya, lalu Allah menjadikan kamu ramai. (al-A'raf: 86)
Allah meletakkan kehinaan, kekecewaan, kekalahan dan tidak diberikan pertolongan ketika kamu merasa megah, merdeka dan kuat. Allah SWT telah berfirman: Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (al Taubah: 25)
Sebaik-baik waktu kamu juga ialah ketika kamu merasakan kehinaan diri kamu di hadapan-Nya kerana ia sebab kamu mendapat kemuliaan dan pertolongan daripada-Nya.
Setiap sesuatu itu tersembunyi dalam lawannya seperti kemuliaan tersembunyi dalam kehinaan, kekayaan tersembunyi dalam kefakiran, kekuatan tersembunyi dalam kedaifan dan sebagainya.
Ingatlah sabda Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a: "Ketahuilah, bahawa berkemenangan itu beserta dengan kesabaran, pelepasan itu beserta kesulitan dan di samping kesusahan itu ada kesenangan".
Posted by amn077 at 18:44 0 comments
IJAB JANGAN TERHIJAB!
Minggu ini terlalu banyak peristiwa yang dialami. Perpisahan, kematian dan pertemuan. Mudah-mudahan, Allah kurniakan kekuatan untuk menulis semuanya nanti. Masih sayu kerana kepulangan insan yang banyak berbudi. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para solehin.
Namun, buat pembaca dan pengunjung blog ini, saya tinggalkan satu tulisan… Ya, buat yang baru bernikah atau yang baru menjadi bapa atau ibu mertua, terimalah “hadiah” yang tidak sepertinya ini...
IJAB JANGAN TERHIJAB!
Dahulu melafaz qabul, “aku terima nikah…” Sebentar tadi baru melafazkan ijab, “aku nikahkan akan dikau.” Puluhan tahun berlalu. Jarum waktu bergerak begitu laju dalam arlogi takdir dan tadbir. Kalau dulu hatiku bergetar kerana menerima tanggung-jawab, kini hatiku bimbang kerana ’melepaskan’ tanggung-jawab.
Bagaimana, mampukah aku mendidik isteriku? Begitulah suara hati ketika tanganku bersalaman dengan Qadi puluhan tahun yang lalu. Sejuk, dingin, terasa meresap ke seluruh anggota. Sejak saat itu ’masjid’ yang dibina menagih seribu usaha, sejuta setia. Telah banyak kepedihan yang ditagih menjadi baja keteguhan. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Yakin hakikat itu… suami-isteri berkayuh air mata menongkah badai gelora!
Jika matlamat telah tepat, apakah ada pilihan lain selain meneruskan perjalanan?Layang-layang hanya naik apabila melawan angin, bukan mengikutnya. Dan begitulah jua hidup ini, dengan ujian barulah naik darjat kita di sisi Allah.
Hidup selagi hidup. Jangan hidup sebagai bangkai bernyawa, yang hilang semangat dan upaya.Kata bijak pandai, “jika tidak ada apa yang boleh menggembirakanmu, jika tidak ada apa yang boleh menyedihkanmu, dan jika tidak ada apa lagi yang ingin kau perjuangankan dalam hidupmu… Itu petandanya kau sudah mati.
Zahirnya sahaja kau masih bernyawa, tetapi hakikatnya kau adalah ‘mayat’ dalam keranda maya.” Alhamdulilah, sampai kini aku masih mampu ketawa dan menangis… masih menyala cita-cita dan harapan… petanda aku masih hidup.
Itu ceritaku sewaktu bernikah dulu. Tetapi kini cerita anakku. Maaf, hakikatnya ini bukan ceritaku, tetapi cerita kita – rumahtanga ayah-ibu sebagai pantulan rumahtanga anak-menantu. Ketika ku lepaskan kalimah ijab, baru kusedar bahawa kekadang ’melepaskan’ tanggungjawab adalah lebih berat daripada menerimanya. Apakah anakku (dan anakmu jua) akan tega dan rela menjadi isteri sesetia ibunya? Apakah dia akan menerima segala ’kekurangan’ suami sebagai kesempurnaan dalam rumahtangga?
Tempoh bulan madu akan segera berlalu. Pelangi yang kelihatan indah di atas kepala kita akan mula berarak ke kepala orang lain. Ingat pesanan ayah-ibu sejak dahulu: Kebaikan mesti bermula daripada kita.
Hukum lantunan dalam kehidupan tidak akan pernah berubah – orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Tangan yang menghulur bunga mawar, pasti berbau harum. Justeru, jadilah ’tangan itu’.
Memberi akan lebih gembira daripada menerima… dengan syarat pemberian itu disertai kasih-sayang. Sekiranya, rumah-tanggamu nanti diuji (ingat, ini pasti)… dan kau dan suami tidak segembira saat ini, renungilah kata-kata ini: Itu petanda kau sudah kurang ’memberi’ – memberi kasih-sayang, perhatian, masa, doa dan segalanya.
Mengapa kurang memberi?Jawabnya, kerana tidak gembira untuk memberi. Mengapa tidak gembira? Jawabnya, kerana kurangnya kasih-sayang. Kenapa kasih-sayang berkurang? Jawabnya, kerana lemahnya iman. Iman itu sumber kasih-sayang. Iman itu sumbu pada lentera perkahwinan. Tanpanya, ijab akan terhijab!
Lalu di hari bahagia mu ketika di satukan, ayah ingin berpesan. Inilah pesan ayah seadanya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam. Syukur ke atas anugerah-Nya yang melimpah tanpa dapat dihitung apatah lagi dibalas oleh hamba-hamba-Nya.
Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan teladan terbaik sebagai seorang anak, suami, ayah dan datuk yang berjaya memimpin keluarganya, demi kebahagian dunia dan akhirat.
Hari ini adalah hari yang paling bermakna ayah. Alhamdulillah, sebentar tadi telah sempurnalah ijab kabul anak ayah. Semoga pernikahan ini diberkati Allah dengan kebahagiaan berpanjangan dari dunia hinggalah ke syurga. Amin.
Sebagai ayah, hati ayah gembira bercampur sedih. Gembira, kerana anak ayah telah mendapat pasangan pilihan hatinya dengan direstui oleh ayah. Sedih, kerana ayah terpaksa melepaskan anak yang selama ini menyejukkan hati.
Sebentar tadi telah berpindahlah amanah dari tangan ayah kepada menantu ayah. Ayah doakan amanah ini akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Jauh di sudut hati, ayah tetap yakin, Insya-Allah, Allah tidak akan mensia-siakan harapan itu kerana kau adalah anak yang baik. Allah tidak akan sekali-kali mengecewakan hamba-Nya yang baik. Insya-Allah.
Pesan ayah kepada anakanda yang dikasihi… berilah ketaatan dan kebaikan yang selama ini kami rasai kepada suamimu nanti. Insya-Allah, kami juga akan turut merasai keberkatan dan kebahagiaan itu.
Dan ayah yakin, walaupun telah mendirikan rumah tangganya sendiri, kau dan suamimu akan terus berbakti kepada kedua ibu-bapa seperti biasa, malah akan meningkat lagi. Insya-Allah.
Pergilah. Allah bersamamu. Doa ayah mengiringi setiap langkah di alam rumahtangga mu nanti. Muga suamimu akan menjagamu seperti ayah menjagamu. Ayah akan bersangka baik, justeru Allah itu menurut sangka hamba-hamba-Nya. Insya-Allah bila kita bersangka baik, kita akan mendapat yang terbaik.
Akhirnya, ayah berdoa khusus untuk mu:
Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan keluarga kami, dan kumpulkan hati-hati kami diatas kecintaan kepadaMu, Ya Allah, Ya Karim.Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kaum keluarga kami Ya Rahim, Kau permudahkanlah urusan kami dan luaskan rezki kami dengan rahmat-Mu. Ya Allah, Tuhan yang mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Ya Allah, Kau turunkanlah rahmat dan keberkatan di dalam rumah ini. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah, Kau jadikanlah anak-anak kami ini dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah. Engkau jadikanlah isteri kami ini dalam kalangan isteri yang solehah. Kau kurniakanlah kebahagian dan ketenangan di dalam rumahtangga kami ini Ya Allah.
Ya Allah, Kau jadikanlan kaum keluarga kami daripada kalangan orang-orang yang rajin mendirikan solat. Kau jadikanlah kaum keluarga kami dalam kalangan orang-orang yang mentaati-Mu. Mudah-mudahan dengan ketaatan ini akan menjadikan kami bertemu dalam keadaan yang baik di akhirat kelak.
Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami permintaan kami. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat daripada kami, wahai Tuhan Yang Maha Mulia. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Pengasihani.
(petikan: Dari Buku: Di mana DIA di hatiku?)
Posted by amn077 at 18:43 0 comments
Zinnirah: Matanya Buta Hatinya Celik
Zinnirah, wanita yang tidak mempunyai degree, tidak terkenal, tidak mempunyai harta apatah lagi memiliki pangkat besar. Tetapi, Allah telah memberi penghormatan kepadanya kerana pengorbanannya yang begitu hebat.
Zinnirah, seorang wanita suci, mempunyai akidah yang begitu jitu di dalam jiwanya. Biarpun fizikalnya diseksa dengan berbagai kesakitan, penderitaan dan kesusahan tetapi hatinya tetap dengan Allah. Dia menerima penyeksaan itu dengan redha dan tenang walaupun seluruh tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, hantukan demi hantukan.Tapi demi Islam, demi Allah, Zinnirah tidak akan menyerah kalah. Jiwa tauhid telah menebal di dalam dirinya, tidak ada satu pun yang memberi bekas melainkan Allahlah yang berkuasa. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar gunung Uhud dia tdak akan menukarkan akidah yang telah bertunjang di hatinya.
Dia merupakan seorang wanita yang nampak lemah fizikalnya tapi sebenarnya dia mempunyai jiwa yang kuat. Biarpun ujian datang bertubi-tubi, bahkan penderitaan yang diterima itu sebenarnya mematangkan lagi jiwanya, menguatkan lagi akalnya dan menambahkan lagi keyakinan dan cintanya pada kesucian agama Islam.
Penderitaan yang diterimanya itu menambahkan lagi rasa cintanya pada Allah. Semakin banyak sujudnya, semakin deras air mata yang mengalir di pipinya. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah.
Menurut riwawat silam, Zinnirah adalah diantara orang yang awal memeluk Islam. Zinnirah menerima berbagai penderitaan, kecaman kata nista dan berbagai penindasan. Beliau yang berketurunan Rom telah ditawan dan dijual di Kota Mekah. Umar membelinya dengan harga yang murah dan kini menjadi hamba Umar sekaligus menjadi orang tawanan Umar.
Islam pada awalnya dijalankan di dalam keadaan sembunyi-sembunyi. Ketika itu, Rasulullah berdakwah hanya untuk kaum keluarganya. Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya sebab dia bimbang kalau-kalau diketahui Umar. Dia bersembahyang, membaca Quran, atau apa sahaja ibadahnya yang lain dilakukan ketika orang lain tiada di rumah atau di waktu tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Maka di waktu itulah dia sujud pada Allah, membaca Quran dan bila tiba pada ayat tentang dahsyatnya api neraka, maka dia menangis hingga pengsan.
Rahsia yang cuba disembunyikan itu akhirnya diketahui musuh. Umar dengan perasaan bengis segera mendapatkan hambanya. Sebelum ini, Umar juga mengesyaki Zinnirah telah bertukar agama kerana telah dilihatnya banyak perubahan pada Zinnirah. Sebelum Umar memeluk agama Islam, beliau terkenal sebagai orang paling kejam, bengis, ganas, garang dan sebagainya.
Menurut sebuah riwayat Umar telah menyeksa 11 orang hambanya kerana memeluk agama Islam. Umar juga telah membunuh anaknya sendiri kerana benci dan merasa rendah diri mendapat anak perempuan. Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam, segala sifat buruknya telah ditukar dengan sifat-sifat terpuji.
Zinnirah telah ditampar, ditendang, diikat kedua belah kaki dan tangan dan dijemur di tengah panas mentari. Tetapi, semua itu tidak sedikit pun memberi bekas di hati Zinnirah. Bibirnya yang merekah kerana lapar dan dahaga itu masih mampu menguntum senyuman, hatinya tidak putus-putus mengucapkan: "Allah...Allah...Allah...Allahu Akbar, Allahlah Yang Maha Besar." Dan hatinya berbisik, "Ini untukMu ,Wahai Tuhan, aku membeli kesusahan untuk kesenangan di akhirat kelak.
Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapatkan syurga terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu ribuan nikmat." Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya telah dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangannya. Hatinya berbisik lagi: "Tuhan, walaupun aku dibunuh sekalipun aku rela daripada menjual agamaMu ini Tuhan, makin aku diuji makin terasa kehebatan, keagunganMu Tuhan. Cuma satu sahaja permintaanku berilah petunjuk kepada orang yang menyeksaku ini." Dia tetap sabar walaupun buta melihat alam maya tetapi hatinya tidak buta untuk menerima cahaya kebenaran Islam.
Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, orang-orang Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana laknat Tuhan mereka, Latta dan Uzza. Zinnirah menolak penghinaan itu dan baginya Latta dan Uzza sedikitpun tidak ada kena mengena.
Zinnirah cuba meyakinkan mereka bahawa buta ini datangnya dari Allah dan Allahlah yang berkuasa untuk mengembalikan pancainderanya seperti biasa. Orang-orang Quraisy mencabar Zinnirah kerana mempertahankan dirinya. Zinnirah dengan yakin tetap mengatakan Allah sebenarnya menentukan dia buta hasil perbuatan Umar. Maka turunlah ayat Quran yang memuji sikap Zinnirah itu yang disampaikan melalui Rasulullah.
Umar berhenti menyeksa kerana bosan dengan ketabahan hatinya, walaupun diseksa dengan berbagai rupa tapi keyakinannya tidak sedikit pun berubah. Malah semakin kuat penyeksaan yang dilakukan semakin kuat pautan hatinya pada Allah. Allah memberi karamah kepadanya, mata yang buta telah diganti dengan mata yang lebih baik. Dia dapat melihat seperti biasa, lebih terang dari matanya yang asal. Bahkan sinaran matanya menyilau pandangan orang-orang Quraisy. Begitulah pertolongan Allah kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.
Saidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga yang tinggi. Akhirnya selamatlah dia dari penindasan orang-orang kafir.
Hatinya dipimpin oleh Allah, setiap tutur katanya, perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.
Sumber: Dipetik daripada Buku Peribadi Wanita Salafussoleh
Posted by amn077 at 18:43 0 comments
ORANG IKHLAS TERTINDAS?
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…
Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini…
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
Posted by amn077 at 18:42 0 comments
Jodoh Tidak Datang Bergolek
“Itulah alasan lapuk yang aku sudah malas mahu mendengarnya. Kononnya semasa di kampus inilah kena bercinta sebab zaman kerja nanti, silap-silap melepas,” luah hati Zaharah sambil membetulkan tudungnya.
“Mereka sanggup melayan dosa bercouple begitu… mereka sudah lupakah janji Allah bahawa jodoh dan pertemuan sudah diatur-Nya? Mengapa mesti melayan dosa?” tambah Zeti untuk menyedapkan lagi perbualannya.
Setelah membaca dan menghadam Teori Evolusi Cinta yang saya nukilkan di saifulislam.com tentang keburukan hidup bergelumang cinta bertatah dosa, ramai yang berasa puas. Ada yang berpuas hati kerana bertambah yakin dengan pengorbanan diri menolak cinta atau memutuskan cinta yang pernah membelit jiwa. Ada juga yang berpuas hati kerana beroleh hujah-hujah mantap untuk membidas kawan-kawannya yang selama ini petah menangkis tazkirah.
Penulisan saya berkaitan dengan cinta, tidak pernah saya pisahkan daripada niat yang satu, iaitu untuk menunjukkan jalan yang betul dalam mengatur fitrah agar tidak menjadi fitnah. Teguran kepada anak-anak muda berkaitan dengan kebingungan mereka dalam menggarap persoalan cinta dan cabang-cabangnya, disampaikan dalam nada nasihat yang penuh empati, bukan titah hukuman mati. Hanya sesekali, saya cantas bunga-bunga bahasa, agar mesej yang ingin disampaikan terang benderang, apatah lagi setelah rimas melihat bunga diramas kera.
Tetapi reaksi pembaca yang menyokong tulisan saya, menimbulkan pula masalah yang baru. Mereka membuat kesimpulan-kesimpulan yang jauh dari apa yang saya maksudkan. Biar pun umum memahami bahawa artikel dan komen adalah dua komponen yang berasingan, namun secara separa sedar, ia menyerap dan saling melengkapkan pakej kefahaman, yang jauh dari mesej asal saya.
SALAH FAHAM
“Kenapa mesti bercinta semasa belajar, bukankah jodoh dan pertemuan telah Allah tentukan!” kata seorang pemberi komen. Bukan komen di blog saya, tetapi di halaman lain yang memetik tulisan saya.
Sesungguhnya di sinilah tertonjolnya satu krisis baru.
Menolak cinta yang bergelumang dosa adalah sama sekali tidak bermaksud yang persoalan jodoh boleh dipisahkan dari usaha. Ia bertentangan dengan sunnatullah yang menuntut kita mengambil sebab musabab dalam kehidupan. Bagaimana kalau ayat tersebut digantikan dengan persoalan makan?
“Kenapa mesti mencuri untuk mencari rezeki, bukankah makan dan minum kita telah Allah tentukan?”, ayat ganti dalam skop yang sama.
Mampukah seorang manusia yang waras percaya bahawa perbuatan mencuri untuk mencari makan, adalah kesalahan yang mesti dihentikan dan gantiannya ialah menunggu sahaja beras ajaib menjadi nasi, ikan di laut berenang ke pinggan, dan tangan menyuap tanpa usaha!
Tentu sahaja tidak.
Sudah tentu perbuatan berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan, yang sudah menjadi kelaziman yang menggila di kalangan masyarakat kampus adalah perbuatan yang salah dan harus diperbetulkan. Namun menolak coupling tidak bermaksud yang seorang siswa dan siswi boleh duduk bertimpuh bertahajjud di atas sejadah merayu kepada Allah agar beroleh jodoh tanpa sebarang usaha ke arah mendapatkannya.
Usaha tetap usaha, dan zaman belajar tetap merupakan salah satu peringkat usia yang bagus untuk usaha ini dilaksanakan. Soal berkahwin semasa belajar ia subjek kepada diskusi khusus mengenainya. Namun mencari calon yang sesuai ketika di zaman pengajian, adalah langkah yang baik kerana kita duduk dalam lingkungan yang lebih banyak potensi kafa’ah dan sekufu dalam pencarian itu.
Akan tetapi jika berdua-duaan menggendong pasangan ke hulu hilir dianggap salah, apa lagi ikhtiar yang ada untuk mencari teman berkongsi nyawa?
SUATU KETIKA DAHULU
“Has, umur kita dah mencecah hampir suku abad. Anta tak ada perancangan untuk berkahwin?” tanya Ziad, sepupu saya ketika kami menjamah makan malam.
“Hmm… terfikir juga. Cuma tidak seserius mana. Anta rasa macam mana?” saya menyoalnya kembali.
“Kalau anta berhajat, jomlah kita berjumpa dengan Ustaz Wan,” cadang Ziad.
Ustaz Wan adalah seorang pelajar PhD di UK. Beliau merupakah seorang tokoh masyarakat yang dekat di hati kami kerana sikapnya yang prihatin terhadap kebajikan pelajar yang mengenalinya. Dalam kesibukan beliau mengendalikan pengajiannya di peringkat PhD, beliau tidak lokek meminjamkan masa dari semasa ke semasa untuk berceramah, berseminar dan membuka kelas-kelas pengajian yang amat berharga, terutamanya buat anak perantau yang dahagakan petunjuk agama di bumi UK.
Kami sering merujuk kepada Ustaz Wan.
Bukan hanya dalam soal ilmu dan hukum hakam, tetapi membabitkan soal kehidupan. Beliau adalah tempat rujuk yang paling tepat untuk pelajar bertemu dan meminta nasihat serta pertolongan tentang cinta, jodoh dan perkahwinan.
“Anta tak ada calonkah daripada kalangan ustazah-ustazah Jordan sana?” soal Ustaz Wan petang itu.
“Err… ustazah-ustazah Jordan garang, ustaz. Nanti ana tak dibenarkan makan pizza. Hanya khubuz arabi sahaja!” saya menjawab dengan nada gurauan. Ustaz Wan dan Ziad ketawa.
“Anta ada kriteria tertentu?” tanya Ustaz Wan kepada saya.
“Tak ada ustaz. Asalkan elok di mata ustaz, eloklah di mata ana. Cuma jika ada ruang, ana lebih cenderung untuk mencari calon yang kampungnya dekat-dekat. Tidak perlu bermusafir jauh untuk pulang ke kampung nanti,” saya menjawab.
“Oh, kalau ada calon dari kampung ana, anta tak setujulah ya?” gurau Ustaz Wan sambil mengisyaratkan jarinya kepada Zack yang ketawa di sisi.
“Wait and see laa ustaz!” kami ketawa.
Kami tahu, isteri Ustaz Wan juga banyak berbual dengan kelompok siswi. Mereka juga merujuk kepada isteri Ustaz Wan dalam hal-hal seperti ini dan sebahagiannya meminta bantuan beliau untuk mencarikan jodoh yang sesuai.
Ustaz Wan mencadangkan agar saya mencari jodoh dari kalangan pelajar perubatan di Ireland. Kombinasi Ustaz dan doktor bagus untuk khidmat masyarakat katanya. Cuma ustaz yang berkahwin dengan doktor kenalah bekerja keras untuk menyesuaikan kerjaya dan expectation masing-masing memandangkan kepada nature kerja kedua-dua kerjaya itu.
Saya bersetuju.
Ustaz Wan dan isteri memanjangkan hajat saya kepada seorang senior yang berada di Dublin, Dr. Faiz.
Beliau dan isterinya merupakan doktor yang dihormati di kalangan pelajar. Biar pun beliau bukan seorang ustaz, namun perwatakannya yang prihatin kepada kebajikan pelajar serta keperibadiannya yang baik, menjadikan beliau sebagai tempat siswa dan siswi mengadu hal dan meminta nasihat.
Selain nasihat berkaitan akademik, beliau juga banyak berkongsi peringatan tentang hal-hal yang bersangkutan dengan cinta, jodoh dan perkahwinan.
Seacat
Menaiki Seacat menyeberangi Laut Irish dalam ikhtiar berkaitan jodoh – Disember 1998
“Ahlan wa sahlan ke Dublin, ustaz,” kata Dr. Faiz semasa menyambut saya yang baru tiba dengan keretapi dari Belfast.
“Terima kasih doktor,” saya berpelukan dengannya.
Biar pun kami hanya sesekali bertemu di dalam program, namun keserasian pemikiran dan sifat saling hormat menghormati memberikan keselesaan serta merta kepada kami berdua untuk berbual mesra. Pertemuan pada malam Ramadhan yang penuh keberkatan itu menjadi sesi bertukar-tukar pandangan di antara saya dengan beliau. Setelah dimaklumkan oleh Ustaz Wan lebih sebulan yang lalu, Dr. Faiz dan isteri mencadangkan kepada saya beberapa orang siswi yang mempunyai hasrat yang sama, sebagai calon isteri.
CALON CADANGAN
“Ana ada dua orang calon yang dirasakan sesuai dengan ustaz. Tetapi terpulang kepada ustaz untuk mempertimbangkannya,” ujar Dr. Faiz malam itu.
“Hmm, kalau mengikut catatan doktor, calon yang pertama ini amat banyak persamaan dengan ana. Hingga poskod beliau pun sama. Doktor rasa kenapa agaknya?” saya tersenyum semasa membaca catatan Dr. Faiz tentang ‘calon pertama’ yang dikemukakannya.
“Kenapa ya? Ana tak perasan pula!” kata beliau. Sedikit terkejut.
“Ini sepupu ana, doktor. Haha!” saya ketawa.
“Ohh ye ke? Tak tahu pula ustaz ada sepupu di sini. Patutlah poskod pun sama. Rumah dekat-dekat barangkali,” Dr. Faiz ketawa sambil menepuk dahi.
Saya membelek maklumat tentang calon kedua yang dikemukakan oleh Dr. Faiz.
Namanya Nazhatul Muna.
Hmm… sedap nama itu. Seperti Arab. Tanda ibu bapanya orang beragama barangkali. Alamatnya di Ipoh. Orang dekat juga nampaknya. Adik beradiknya 10 orang. Besar keluarga ini. Mungkin juga bonus, petanda baik kesediaan berkaitan cahaya mata nanti. Serba serbi, maklumat ringkas yang ada cukup berpada.
Saya tidaklah cerewet dalam mencari. Risaunya lebih kepada menjadi. Kalau mahu mencari yang baik, banyakkan usaha menjadi yang baik. Berkahwin untuk memberi…expectation kita adalah soal peranan dan tanggungjawab. Manakala kelebihan dan kebaikan isteri, itu bonus. Sebab itulah mungkin saya tidak mengalami banyak kesusahan untuk membuat keputusan.
“Insya Allah selepas Tarawih nanti ana beri keputusan. Cuma kalau ada gambar orangnya, izinkan ana menengoknya untuk melengkapkan syarat Sunnah,” saya memberitahu. Kebetulannya jam sudah hampir 7:30 malam. Solat Isyak dan Tarawih bakal bermula.
DublinMosque
Di masjid ini saya memohon restu dari Allah sebelum keputusan besar dibuat.
Selesai solat, saya mengambil masa seketika menunaikan solat Hajat. Memohon kekuatan daripada Allah untuk ‘menyokong keputusan besar’ malam itu. Keputusan yang banyak berpandukan fatwa hati, bahawa ia tenang dengan kebaikan dan resah dengan perkara yang berlawanan. Hati saya tenang sepenuhnya… dalam munajat kepada Allah.
“Ya Allah, pada malam yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, aku ingin membuat keputusan yang besar tentang wanita yang bakal kupilih menemani kehidupan dan perjuangan ini, sepanjang hayatku. Atas ikhtiarku sebagai hamba-Mu yang tidak mampu melihat apa yang Engkau sembunyikan, aku menilai zahirnya, Kau uruskanlah ghaib dan batinnya. Berkatilah pilihanku ini dan kuatkan azam serta tawakkalku kepada-Mu. Aku hamba-Mu, dia hamba-Mu, Engkau Tuhan kami. Jadikanlah segalanya dalam suluhan hidayah dan inayah-Mu, ameen ya Rabb al-’Aalameen”
Kami bertemu semula selepas moreh.
“Kebetulan zaujah ana ada gambar ukhti tersebut. Ini dia,” Dr. Faiz menghulurkan sekeping gambar.
Saya terkasima di antara rasa teruja dan lucu memikirkannya. Sekeping gambar yang memaparkan hampir 30 orang mahasiswi di hadapan bangunan universiti, wajah calon isteri saya hanyalah sebesar kepala mancis. Apa yang pasti, calon itu cukup matanya, lubang hidungnya, mulut dan dua tangan di kiri dan kanan badan. Alhamdulillaaah!!!
“Insya Allah doktor. Hati ana berada dalam keadaan yang tenang. Dialah calon pilihan ana. Andaikata beliau bersetuju. Jika beliau tidak bersetuju, ana berlapang dada,” saya memberitahu.
Malam itu juga, Kak Ila isteri Dr. Faiz menelefon muslimah bernama Nazhatul Muna itu di bandar Galway, beberapa ratus kilometer ke Barat Dublin. Hampir 15 minit mereka berbual.
“Hah, apa cerita?” Dr. Faiz bertanya kepada Kak Ila yang tersenyum simpul datang ke ruang tamu.
“Alhamdulillah, nampaknya orang sebelah sana pun tidak susah membuat keputusan. Dia belum mempunyai apa-apa komitmen walaupun ada meminta bantuan sepupunya yang belajar di Mesir. Beliau bersetuju, ustaz!” kata Kak Ila kepada saya. Beliau juga girang sekali dengan hasil malam itu.
Sebak dada saya. Antara syukur dan terharu. Debar di dada makin terasa. Malam ini adalah permulaan yang baru dalam hidupku.
Subhanallah. Saya akui saya tidak susah untuk membuat keputusan. Tetapi saya tidak menjangkakan yang calon di sebelah sana juga begitu. Malam itu kami mencapai beberapa keputusan. Dr. Faiz mencadangkan agar semasa Hari raya Aidiladha nanti, saya datang sekali lagi ke Dublin untuk diperkenalkan dengan calon tunang dan isteri saya di rumah mereka. Dr. Faiz dan isteri mahu mengatur sesi Taaruf. Sementara itu, beliau tidaklah mengenakan apa-apa syarat kerana kami masing-masing faham akan batasan agama yang dipersetujui bersama.
Rancangan untuk bertaaruf itu tidak berhasil.
Saya tidak sempat untuk datang semula ke Dublin kerana pulang ke Malaysia. Kebetulannya emak juga sudah maklum akan hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang. Tidaklah terus berkahwin, tetapi menunggu sehingga calon saya menamatkan pengajiannya di bidang perubatan. Masih ada dua tahun berbaki. Tempoh yang penting untuk saya membuat persiapan diri.
Setelah ada persetujuan di kedua-dua belah pihak, Dr. Faiz mencadangkan agar saya tidak lagi menggunakan khidmat beliau sebagai orang tengah. Di peringkat ini, sudah wajar untuk kami berhubung terus bagi mengatur diskusi tentang plan yang selanjutnya.
Pada bulan Mei 1999 buat pertama kalinya saya berutus email dengan calon yang belum pernah dilihat wajahnya, belum pernah didengar suaranya, jauh sekali keluar bersama. Gugup sekali. Hingga mahu dibahasakan saudari atau ukhti atau awak atau kamu, saya menulis dan memadam berjam-jam lamanya.
Setelah saling bertukar beberapa email, kami mencapai kata sepakat untuk bertunang. Saya dari kota London dan beliau dari Galway, kami sama-sama pulang ke Malaysia.
Saya telah datang ke rumah beliau bersama abang dan bapa saudara kami untuk menetapkan tarikh majlis bertunang dan hal-hal lain yang berkaitan. Di hari itulah, buat pertama kalinya, saya dipertemukan dengan seorang wanita bernama Nazhatul Muna, di hadapan ayah dan bondanya dengan penuh restu, adab dan aturan agama. Ia sebuah pertemuan yang amat bermakna dan saya memuji Allah atas nikmat ini, nikmat melihat bakal teman sepanjang hayat di dalam majlis yang paling baik, iaitu di bawah bumbung rumahnya, di depan mata ayah dan ibu yang melahir dan membesarkannya.
Tiada yang lebih baik dari itu.
Pinang
Bertunanglah (Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan - petikan Aku Terima Nikahnya) kami selama dua tahun dan seperti yang dipersetujui bersama, ikatan perkahwinan dilangsungkan pada September 2001 (Erti Sebuah Perkahwinan – petikan Aku Terima Nikahnya). Ziad yang juga sudah berumahtangga dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya, menumpang gembira hadir sama mengiringi majlis perkahwinan kami.
KHIDMAT ORANG TENGAH
Itulah secebis kenangan, kisah bagaimana saya bertemu jodoh dengan Ummu Saif.
Peranan Ustaz Wan dan Dr. Faiz serta isteri masing-masing, sinonim dengan fungsi Nafisah binti Umayyah, yang menjadi orang tengah di antara Khadijah bint Khuwailid dan Muhammad bin Abdillah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketika Khadijah melamar baginda.
Tindakan Khadijah mewakilkan Nafisah untuk merisik dan seterusnya menyatakan hasratnya mengambil Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai suami, adalah suatu aturan prosedur mencari jodoh yang terkandung di dalamnya hikmah yang besar.
1081
Peranan orang tengah inilah yang harus diberikan perhatian oleh para muslimin dan muslimat hari ini dalam ikhtiar mereka mencari jodoh. Sama ada orang tengah itu merupakan ibu bapa mereka sendiri, atau pun individu-induvidu yang diyakini sifat amanah dan kewibawaannya, mereka bisa mengusahakan urusan mencari jodoh ini.
Malah jika peranan orang tengah ini diinstitusikan di bawah unit-unit secara sistematik, ia adalah lebih baik dan bermanfaat. Bagi gerakan-gerakan Islam dan kumpulan dakwah yang menghimpunkan sekelompok besar ahli yang sepemikiran dan memegang nilai serta pandangan hidup yang sama, proses untuk mencari jodoh yang diinstitusikan di bawah Unit Bait Muslim, adalah suatu tradisi zaman berzaman yang amat berguna.
Peranan Unit Bait Muslim ini bukanlah untuk memaksakan jodoh sesama pengikut! Malah jika ada pemaksaan berlaku di mana-mana ia adalah kepincangan mereka sendiri, biar atas nama apa sekali pun ia. Unit Bait Muslim ini amat tipis perbezaan di antara buruk dan baiknya. Ia amat bergantung kepada persepsi atau cara memandang seseorang. Apabila fungsi Unit Bait Muslim disanggah dengan perkataan sedemikian rupa, maka jadilah ia sebagai sesuatu yang dipandang serong dan negatif oleh golongan yang mendengar di atas angin.
Akan tetapi peranan Unit Bait Muslim ini adalah sebagai ikhtiar yang syar’ie untuk golongan yang tidak berdating ini bertemu jodoh. Konotasinya adalah USAHA dan PERANAN ORANG TENGAH.
Khidmat orang tengah dapat mencegah keaiban daripada berlaku. Ia juga boleh menjaga maruah kesemua pihak yang terbabit. Sama ada pihak tengah ini berkhidmat secara individu, atau secara berorganisasi, ia adalah wasilah mengusahakan jodoh dan perkahwinan yang amat penting untuk difahami dan dimanfaatkan.
ORANG ‘BAIK’ TIDAK BERDAKWAH
Apa yang menjadi kesulitannya ialah, jika dahulu golongan yang tidak bercouple ini lazimnya terbabit dengan kegiatan keagamaan, dakwah dan kebajikan secara berorganisasi dan mereka biasanya dibantu oleh Unit Bait Muslim di dalam organisasi masing-masing. Dulu-dulu, orang yang menolak evolusi cinta, menolaknya dengan semangat dakwah. Tetapi kini, ramai sahaja golongan yang ‘baik-baik’, tetapi tidak mempunyai sebarang komitmen dengan kerja-kerja dakwah secara sistematik dan berorganisasi.
Di antara kesan sampingannya ialah, tiada siapa yang menguruskan soal jodoh mereka, dan mereka pula tidak punya sebarang wasilah ikhtiar lain untuk tujuan tersebut.
Ibu bapa pula tidak memainkan peranan mereka dalam hal ini, atau jika ada usaha sekali pun, timbul pula pertentangan nilai antara cara menimbang ibu bapa, dengan si anak. Buntu sekali!
Mungkin dalam situasi seperti ini, agensi mencari jodoh Muslim, menjadi salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan. Syarikat atau pertubuhan seperti MUSLIM MARRIAGE AGENCY setakat ini berperanan secara efektif, terhormat dan berkesan dalam mengatur proses mencari pasangan hidup di kalangan Muslim.
Apa yang penting adalah USAHA dalam lingkungan BATASAN AGAMA.
Kesimpulan daripada keseluruhan perkongsian ini, lawan merompak bukanlah menganggur. Lawan pergaulan bebas bukanlah duduk semata menanti jodoh datang menjelma.
Jodoh tidak datang bergolek.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor
Posted by amn077 at 18:41 0 comments
Allah menguji tentera Thalut
SETELAH Thalut dilantik menjadi raja bagi Bani Israel, beliau telah membina sebuah angkatan perang. Semua pemuda dan orang-orang tua yang masih sihat dan kuat dikumpulkan untuk membentuk satu pasukan.
Matlamat mereka adalah untuk menentang tentera Palestin yang diketuai oleh Jalut. Mereka sangat terkenal dengan kekuatannya. Oleh itu, tentera Israel berjanji untuk menebus kembali wilayah mereka yang telah ditakluk oleh Palestin.
Thalut yang mengetuai pasukan tentera tersebut telah merancang berbagai-bagi strategi. Beliau banyak memberi nasihat penting kepada para tenteranya tentang taktik-taktik untuk melawan musuh.
Thalut juga mengajar tenteranya erti kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi peperangan.
Apabila sampai waktunya untuk berperang, Thalut dan tenteranya telah bersiap sedia untuk memulakan perjalanan. Dalam perjalanan ke medan perang itu, Thalut berkata: "Wahai tenteraku sekelian! Sebentar lagi kita akan melalui sebuah anak sungai. Sekiranya ada di antara kamu yang minum airnya, kamu bukan lagi pengikutku. Tetapi sekiranya kamu hanya mengambilnya secedok sekadar untuk menghilangkan dahaga, kamu adalah pengikutku".
Mereka kembali meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, mereka menemui sebuah anak sungai seperti yang diberitahu oleh Thalut. Kebetulan pula ketika itu mereka sangat dahaga.
Tanpa berlengah lagi, sebahagian besar tentera Thalut turun ke sungai tersebut lalu minum sepuas-puasnya. Mereka tidak mengendahkan segala pesanan Thalut. Hanya beberapa orang yang mengikut nasihat Thalut itu. Mereka hanya mengambil secedok air untuk membasahkan tekak.
Selepas itu Thalut mengarahkan semua bala tenteranya meneruskan perjalanan semula. Akan tetapi orang-orang yang telah minum dengan banyak air sungai itu berkata: "Wahai Thalut! Hari ini kami tidak sanggup untuk menentang Jalut dan tenteranya."
Mereka ingin mengundurkan diri daripada peperangan, lalu berpatah balik. Tinggallah sebahagian kecil tentera Thalut yang masih teguh pendiriannya.
"Kami tidak gentar walaupun jumlah kita hanya sedikit kerana Allah pasti akan menolong kita. Berapa ramai tentera yang sedikit jumlahnya telah menang dalam peperangan melawan tentera yang lebih besar jumlahnya? Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar."
Akhirnya mereka meneruskan perjalanan untuk berjuang sambil berdoa kepada Allah SWT: "Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kesabaran dan tetapkanlah pendirian kami untuk menentang orang-orang kafir".
Posted by amn077 at 18:40 0 comments
Fadhilat Membaca Al-Quran
Amalan membaca Al-Quran adalah salah satu daripada ciri-ciri budaya Islam yang sewajarnya dilakukan sepanjang masa dan sepanjang hayat.Bukan sahaja pahala dan fadhilat yang kita perolehi,malahan ia menjadi salah satu syi'ar agama Islam yang dapat dilihat dan dicontohi oleh orang-orang bukan Islam.Semakin hari kita seolah-olah telah kembali ke zaman jahilliyah.Jika dilihat sekeliling hanya segelintir yang betul-betul menghayati dan mentaati suruhanNya.Sudahlah begitu kadang-kala penampilan Islamik yang ditonjolkan,seringkali dipandang seolah-olah kita begitu asing dinegara yang digelar 'Negara Islam' ini.Ada juga yang masih alpha sibuk mengejar dunia,namun akhirat ditinggalkan.Sibuk mengejar kekayaan yang sementara.Apa yang ditakuti
Rasulullah SAW didalam hadis nya bersabda:-
"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengenai kamu semua ialah 2 perkara iaitu,mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan.Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia".
Kini ia benar-benar terjadi.Terlalu ramai yang mengikut hawa nafsu,mengejar pangkat dan darjat hingga sanggup menutup kebenaran untuk kepentingan diri masing-masing.Keseluruhannya adalah kerana terlalu panjang angan-angan dan disebabkan panjang angan-angan inilah kita menjadi si pencinta dunia lalu seolah-olah membuang akhirat.
Wahai umat Islam yang dikasihi,usahlah kamu terlalu mengikut perasaanmu,hingga terlupa menyebut namaNya melalui kalam-kalam yang telah diturunkanNya.Belajar lah mengenaiNya melalui solat yang diwajibkan,di tambah lagi kemanisan solat itu dengan solat sunat dengan melakukan Qiya Mulai.Lalu kamu susuri pula dengan membaca Al-Quran yang di turunkan kepada Muhammad nescaya kamu tidak akan sesat.Bahkan kamu akan rasa dibimbing menuju cahaya cintaNya.
-Lembutkanlah lidahmu dengan membaca Al-Fatihah untuk membaiki hati yang gundah.
Diantara fadhilat indahnya
*mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
*Al-Fatihah adalah untuk apa yang dimaksudkan dalam bacaannya.Maka hayatilah pengertiannya.
*Untuk memohon sesuatu hajat yang baik kepada Allah SWT,baca 41 kali setiap hari,waktunya diantara solat sunat Subuh dan solat Fardhu Subuh.
-Ikhlas kan hatimu membaca Al-Baqarah agar syaitan tidak singgah kerumah lalu memanah kata nan indah bersulam dusta.
Sabda Rasulullah SAW
'Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai bonggol.Dan bonggol Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.Sesiapa yang membacanya pada malam hari dirumahnya,syaitan tak akan masuk ke rumahnya selama tiga malam.Dan sesiapa yang membacanya pada siang hari,syaitan tak akan masuk kerumahnya selama tiga hari.
(Riwayat Ibnu Hibban)
-Hindarilah kamu dari fitnah Dajjal yang keji dengan membaca surah Al-Kahfi
Imam Ahmad berkata:"Daripada Abi Darda'daripada Nabi(SAW),baginda telah bersabda
'Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi.Maka terhindar daripada Dajjal.(Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al Tarmizi daripada Qatadah)
-Mohonlah keampunan disulami dengan membaca surah Yassin
Daripada Abdullah berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesiapa yang membaca yassin pada waktu malam untuk mendapat keredhaan Allah SWT,maka akan diberi keampunan baginya(HR.Ibnu Katsir)
Lalu bacakan lah pula Surah Ad-Dukhan
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa yamg membaca surah"Haamin Ad-Dukhan" pada waktu malam,maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya'.(HR Ibnu Katsir)
Tambahi lah dengan membaca surah Al-Mulk
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesungguhnya didalam Al-Quran ada tiga ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk"(Tabaraakal-Lazi)"
-Jika kamu tidak mahu miskin lalu rajinkan lah kamu membaca Surah Al-Waqiah
Usman berkata:"Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda
'Sesiapa membaca surah 'Al-Waqiah'tidak akan jadi miskin selama-lamanya.
-Inginkah kamu mati didalam syahid amalkan lah surah Al-Hasyar
Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a.berkata:Nabi SAW telah bersabda
'Sesiapa membaca keika bangkit subuh 'A'uuzubillahis-Sami'il-a'limi-Minas Syaitanir-rajim'
kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang.Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
Lapangkanlah dadamu dengan menghafal Asma'ul Husna
Daripada Abi Hurairah r.a. berkata:Rasulullah SAW telah bersabda
'Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sembilan puluh sembilan nama,iaitu seratus kurang satu,sesiapa yang menghafalnya seluruhnya masuklah ia ke syurga.(HR Bukhari)
Semoga kita punya jiwa yang mahu mengubah segalanya yang terbaik.Usahlah dikejar kebaikan didunia sahaja kerana ia selalu membawa bencana bia kita tidak tahu mengemudikannya.Seimbangkanlah imu dunia mu dan imu akhirat sesungguhnya itulah yang paling baik.
Ingin sekali diperingatkan bahawa bukanlah surah-surah diatas ini sahaja mempunyai fadhilat tertentu atau istimewa,bahkan semua surah di dalam Al-Quran mempunyai fadhilatnya yang tersendiri.Lalu bukakan lah mindamu untuk memahami dan mendalami setiap apa yang terkandung didalamnya.Moga kita diberi petunjuk.
PAKAIAN HATI IALAH KEIKHLASAN
PAKAIAN LIDAH IALAH KEBENARAN
PAKAIAN FIKIR IALAH KEBIJAKSANAAN
PAKAIAN RASA IALAH KEINSAFAN
PAKAIAN HAMBA IALAH PENGABDIAN
PAKAIAN BATIN IALAH KESUCIAN
PAKAIAN HIDUP IALAH KETAKWAAN
www.iluvislam.com
Posted by amn077 at 18:39 0 comments
Kita Semua Adalah Pemimpin
"Musuh yang datangnya dari dalam diri, amat sukar ditentang, nafsu syaitan itu, sepatutnya ditentang dengan hebatnya. Mereka yang boleh menakluk nafsunya itu umpama mereka yang menakluk dunia" Bharavi, terjemahan dari Book Of Wise Saying oleh W.A. Clouston
Ungkapan diatas juga amat berkait rapat dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu sendiri". Umpamanya nafsu untuk kekal didalam keadaan selesa, seolah2 kita sedang didalam keadaan aman dan tenteram sedangkan diri sebenarnya bergelumang dengan dosa halus seperti riba', malah pergolakan untuk memusnahkan Islam sedang rancak dijalankan oleh musuh2 Islam dan kita tidak mahu menyedarkan diri dari "lena" yang telah lama ini. Untuk menakluki diri dan juga berlawan dengan nafsu, kita harus kenal siapa dan "apa" diri kita sendiri itu sebenarnya. Artikel saya kali ini cuba mengupas maksud bagaimana untuk seseorang manusia itu mampu mengawal nafsu itu dengan mengambil perspektif diri manusia itu sendiri sebagai seorang pemimpin, ya… kita semua adalah seorang pemimpin, akan tetapi siapakah yang sebenarnya kita pimpin?
Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut lagi, terlebih dahulu saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai minda separuh sedar, ianya amat berkait rapat dengan dengan idea yg saya ingin kemukakan. Minda manusia terbahagi kepada dua, iaitu minda sedar dan minda separuh sedar. Minda sedar adalah apa yang sedang kita fikirkan, apa yang sedang kita fokus atau tumpukan pada sesuatu masa, minda separuh sedar adalah minda yang diluar "kesedaran" manusia itu sendiri, hampir keseluruhan hidup manusia itu dikawal oleh minda separuh sedar. Ini termasuklah pernafasan, degupan jantung (autonomic nervous system) malah ketika anda memandu, ketika minda sedar anda (melalui voluntary nervous system)sedang membelek sms atau sedang bercakap ditelefon bimbit, yang memandu adalah minda separuh sedar. Saintis membuat kajian bahawa minda sedar memproses kurang dari 0.00005% dari data atau maklumat yang diproses didalam keseluruhan minda manusia itu pada satu2 masa, selebihnya datang dari minda separuh sedar. Dari mana datang minda separuh sedar ini?
Jika dilihat diri kita secara kasar, seolah2 kita adalah makhluk yang tersendiri, akan tetapi sebenarnya diri manusia itu terdiri dari sejumlah antara 50-60 trillion sel yang hidup dengan harmoni dan saling membantu sesama mereka untuk membolehkan diri kita sebagai manusia hidup dimuka bumi ini. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dari tabiat2 sel ini didalam tubuh badan manusia dan kita boleh membandingkannya dengan kehidupan manusia itu sendiri terutama dari segi perhubungan sesama manusia.
Apa kaitannya antara sel2 yang terdapat didalam tubuh badan kita dengan minda separuh sedar? Hasil dari pembacaan dan pemikiran, saya ingin berkongsi dengan rakan2 sekalian satu idea yang mungkin agak pelik tetapi ia mampu menjelaskan konsep bahawa kita adalah pemimpin dan kaitannya dengan nafsu. Pada pendapat saya, setiap sel2 didalam tubuh kita ini mempunyai minda mereka sendiri dan hasil gabungan minda mereka yang berjumlah berjuta-juta-juta (trillion) inilah wujud apa yang kita panggil minda separuh sedar. Maka sebab itulah amat sukar untuk kita mengawal apa yang kita gelar nafsu sekiranya ia datang dari mereka (sel2) yang berjuta bilangannya itu. Ada beberapa sebab atau hujah mengapa saya berpendapat demikian.
Kiraan minda sedar dan separuh sedar.
Dari kiraan ahli sains mengenai jumlah data yang diproses oleh minda sedar dan minda separuh sedar itu sendiri kita boleh melihat kaitannya, jika sel2 kita berjumlah 50-60 trillion dan kita hanya seorang sahaja, sudah tentulah minda kita hanya perpuluhan beberapa sahaja peratusnya berbanding minda yang dimiliki oleh sel2 tubuh badan kita. Jika minda separuh sedar ini adalah suatu yang seolah2 automatik dan diluar kawalan kita, kemungkinan ianya dimiliki oleh individu asing amat besar sekali, dan didalam idea saya ini ianya dimiliki oleh sel2 didalam tubuh manusia itu sendiri.
Kebijaksanaan sel2 itu sendiri.
Allah menaikan darjat manusia sebagai khalifah dimuka bumi, Allah memberikan manusia akal dan fikiran agar ia dapat digunakan sebaiknya untuk menjalankan tugas yang amat berat itu. Melihat pada kehidupan didunia ini, nampak seolah2 kita sajalah makhluk yang cerdik pandai dan punyai kuasa untuk melakukan apa sahaja dimuka bumi berbanding makhluk2 lain seperti binatang dan tumbuh2an. Lantas untuk melihat makhluk atau organisma lain sebagai bijak dan cerdik agak tidak berasas. Akan tetapi sel2 tubuh badan kita sebenarnya amat cerdik dan pandai, tetapi mereka hanya mengikut arahan dari minda kita sendiri yang disampai oleh otak kepada mereka melalui sistem saraf dan juga endokrin (hormon dan kimia emosi).
Minda separuh sedar atau sel2 ditubuh badan kita ini adalah bersifat objektif, ia tidak punyai akal seperti minda sedar manusia. Hanya menurut arahan dari minda sedar, contohnya jika kita ingin berjalan, kita hanya perlu niatkan sahaja dan selebihnya dikendalikan oleh minda separuh sedar. Sebab itu kita tidak perlu memikirkan imbangan, ayunan tangan, kaki dan sebagainya. Seluruh sel2 tubuh manusia itu tadi juga akur dengan perintah Allah dengan memastikan mereka hidup saling bekerjasama dengan harmoni untuk memastikan "dunia mereka" iaitu tubuh manusia itu sendiri kekal hidup. Apa akan jadi jika sekiranya sel2 ini membuat keputusan untuk membuat perkara sesuka hati tanpa hubungan, komunikasi dan juga kerjasama sesama mereka, bayangkan bagaimana jantung boleh mengepam darah jika sel2 jantung kiri tidak mahu mengepam dengan seiramanya dengan sel2 jantung kanan, bukankah manusia itu akan mati?
Setiap sel yang mempunyai nukleus (eukaryote) mempunyai fungsi yang setaraf dengan fungsi2 kehidupan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri, baik dari sistem saraf, penghadaman, saraf, perkhumuhan, endokrin, otot dan juga tulang, kulit, pembiakan dan termasuklah juga sistem imunisasi yang asas. Jadi jika dilihat pada keupayaan sel2 tubuh badan kita ini, nampaknya mereka ini (sel2 tersebut) bukanlah calang2 makhluk sebenarnya. Kesemua sel2 didalam tubuh badan kita ini menjalankan semua fungsi2 tubuh badan manusia secara semulajadi tanpa perlu campur tangan dari minda sedar manusia itu sendiri, hanya perlu terima arahan dan mereka akan melakukannya, baik arahan dari manusia itu sendiri atau pun arahan dari Pencipta yang mahukan mereka melakukan tugas2 tertentu seperti bernafas dan degupan jantung. Samalah juga seperti ciptaan Allah yang lain seperti anai2, lebah, semut dan lain2 lagi yang membuat sarang dan hidup harmoni kearah memastikan kloni mereka hidup dengan sejahteranya.
Sel2 akan khianati kita suatu hari nanti.
Di akhirat kelak semasa berlakunya hari perhitungan, siapakah yang akan menjadi saksi terhadap perbuatan2 kita didunia ini? Bukan kah anggota tubuh badan kita sendiri baik mulut, kaki, tangan termasuklah kemaluan yang akan berkata2 secara lurus apa perbuatan kita didunia ini? Terdiri dari apakah anggota2 tubuh badan kita ini jika bukan dari hasil gabungan sel2 itu sendiri? Ingatlah bahawa satu hari nanti sel2 kita ini akan mengkhianati kita dan akan menceritakan kesemua kisah2 kehidupan kita ini, kerana apa? Kerana mereka tidak punyai akal, mereka hanya terima arahan dari minda sedar kita dan itu yang mereka lakukan, contohnya apabila kita melangkah ke tempat maksiat, ianya datang dari pemikiran kita dan kita yang niatkan mahu melangkah kesana, maka sel2 kaki hanya mematuhi arahan.
Dari hujah2 yang saya bentangkan ini pula, bagaimana kita boleh kaitkan ianya dengan nafsu? Cuba fikirkan perumpamaan mudah ini. Jika setiap hari selepas makan, saya beri anak2 saya yang masih kecil (frontal lobe belum sempurna dan tidak mampu lagi berfikir) makan aiskrim, setelah beberapa lama melakukannya tiba2 satu hari saya mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi mereka atas kerana saya dapati obesiti mereka semakin meningkat. Apa akan jadi pada mereka? Disebabkan mereka masih belum mampu lagi memikirkan kesan2 buruk tabiat makan aiskrim ini, mereka akan merengek2 memintanya. Jika rengekan hanya sementara kita masih lagi boleh menahannya, akan tetapi jika sampai menangis dan meronta2, akan tiba masanya apabila kita tidak mampu menahan rengekan dan tangisan dan hanya melayan sahaja kehendak mereka.
Situasi yang sama juga berlaku didalam tubuh badan manusia itu sendiri, jika setiap hari seseorang itu melihat filem lucah, otak akan merembes kimia2 emosi yang tertentu dan ini memberi maklumat kepada sel2 apa keadaan diluar diri manusia tersebut. Walaupun hanya melihat filem, dari maklumat dari otak, sel2 tidak membezakan samada kita sendiri melakukannya atau hanya dari filem, hasil dari keghairahan itu tadi terhasil pula kimia emosi dopamine yang merupakan kimia emosi untuk ganjaran, ini seolah2 "makanan" untuk sel2 tubuh manusia itu sendiri. Jadi apabila seseorang itu berhenti menonton filem lucah, sel2 akan bertanya2, "mana makanan aku hari ini" dan secara kolektifnya akan menghantar signal keotak meminta "makanan" mereka. Maka akan terngiang2lah fikiran mahu menonton lagi filem lucah tersebut. Ini juga apa yang dipanggil ketagihan dan lama kelamaan manusia menjadi hamba kepada sel2 mereka sendiri sedangkan sepatutnya manusia yang lebih berkuasa sebagai pemimpin.
Masaalahnya, apabila acapkali di hujani dengan kimia2 emosi dari filem lucah ini, ianya sudah tidak lagi mampu memberi kesan hebat pada sel2, umpama kerapkali kita minum teh dengan satu sudu gula, lama kelamaan perlu dua sudu gula untuk terasa lebih manisnya. Begitu juga dengan sel2 kita tadi, mereka mahukan yang lebih lagi sama seperti manusia yang tidak pernah cukup. Jadi lama kelamaan filem lucah tidak lagi cukup, maka yang seterusnya adalah dengan melakukan zina itu sendiri.
Sebab itu lelaki zaman sekarang ini makin "tidak boleh pakai", saya sendiri sebagai seorang lelaki amat malu dengan keadaan ini, akan tetapi ianyanya adalah "pekung" yang sudah tidak lagi boleh ditutup. Akan tetapi adakah ini salah lelaki sahaja? Sudahlah penangan dari menonton filem lucah, dipersekitaran pula, dengan melihat cara wanita zaman moden ini berpakaian? Jika tidak menunjukkan belahan dada atau susuk badan maka itu sudah ketinggalan zaman, sudah jumud, tidak moden, wanita2 begini yang menambahkan "rencah" dalam "resepi masakan" lelaki untuk terus melakukan maksiat, curang kepada isteri, semakin bodoh dan sebagainya dan kemudiannya mengeluh suami tidak bertanggungjawab atau bagi yang mencari bakal suami, sudah tiada lagi lelaki yang baik untuk dijadikan pasangan.
Bab filem lucah ini hanyalah salah satu contoh bagaimana untuk mengaitkan dari mana datangnya nafsu itu tadi, ianya sama juga dengan nafsu2 lain seperti tamak, dengki, marah, sombong, tidak mahu menutup aurat dan sebagainya, semuanya adalah dari bantuan2 minda separuh sedar iaitu sel2 yang memberi sokongan kepada pemikiran dan tingkah laku manusia itu sendiri. Konsep berfikir dan kesan kimia emosi sudah saya jelaskan didalam artikel saya yang lepas "Berfikir Ikut Rasa & Biologi Khusyuk Solat". Ketahulah bahawa syaitan hanya perlu melakukan kerjanya sekali sahaja dan kemudiannya jika kita tidak mengawal minda kita ini maka ianya akan menjadi tabiat baru secara automatiknya.
Jadi amatlah penting untuk manusia itu sendiri memastikan arahan2 yang disampaikan kepada sel2 adalah arahan2 yang baik kerana jika tidak sel2 kita akan bekerjasama sesama mereka dan menghantar "signal" keotak untuk meminta "habuan" mereka, jika arahan2 atau maklumat yang diberi adalah suatu yang baik maka minda separuh sedar (sel2) kita akan senantiasa membawa kita kearah kebaikan, akan tetapi jika tidak maka kita akan menjadi hamba nafsu.
Jika kita lihat tangan, kaki dan tubuh badan, kita menggelarnya "tangan aku", "kaki aku", "badan aku", tetapi dimanakah "aku" itu sendiri? Adakah terletak di otak? Adakah terletak di hati? Adakah terletak di jantung? Saintis mencari "aku" di otak dan mereka tidak menemuinya, hati hanyalah sebagai agen pembersih dan pengeluar hormon, jantung boleh dipindahkan dan manusia masih hidup semasa proses itu berlaku, jadi dimana "aku" itu? "Aku" itu adalah roh manusia itu sendiri dan sedar akan kewujudan dirinya dengan proses minda itu sendiri yang berlaku didalam otak. Tubuh badan kita yang terdiri dari bilangan sel2 yang banyak ini sebenarnya hanyalah "alat" yang dipinjamkan oleh Allah supaya kita boleh menjalankan tugas sebagai khalifah dimuka bumi ini. Khalifah untuk memimpin manusia dan juga khalifah untuk memimpin jutaan sel2 didalam tubuh manusia itu sendiri.
Setiap kali kita menikmati sesuatu, baik menjamah makanan yang enak, gembira mendapat wang dengan menipu (ganjaran mudah), mencantikkan diri, memuaskan nafsu dan sebagainya, semuanya hasil dari rembesan2 kimia2 emosi seperti dopamine yang mana kita sebenarnya memberi makan kepada sel2 kita sendiri. Manusia dizaman ini rata2 sudah menjadi hamba sel2 mereka dengan berlumba2 mencari kenikmatan dunia dan semakin lupa untuk memberi makan kepada roh mereka sendiri. Makanan roh adalah hanya dengan rembesan kimia emosi cintakan Allah, dengan solat, dengan puasa dan sebagainya, dengan ilmu2 yang membolehkan manusia itu semakin dekat dan cintakan Allah, itulah makanan roh dan bekal untuk akhirat.
Bukan tidak boleh untuk makan makanan yg enak, mendapat wang, menghias diri, memuaskan nafsu dan sebagainya, kesan dari aktiviti tadi amat penting untuk memberi motivasi kepada sel2 tubuh manusia itu sendiri menjalankan perintah dan arahan2 yang diberikan, cuma ianya perlu dilakukan mengikut peraturan2 yg ditentukan oleh Allah iaitu Al Quran dan sunnah. Jika kita punyai kereta proton, takkanlah kita nak gunakan manual kereta Cherry untuk membuat penyelenggaraan. Jadi jika kita benar beriman kepada Allah, sepatutnya kita gunakan "manual" dari Allah yg mencipta manusia itu sendiri sebagai rujukan dan bukannya ambil apa yg sesuai dengan kehidupan moden ciptaan barat dan menolak apa yg dirasakan tidak sesuai. Layakkah kita yg dicipta ini memilih "manual" kita sendiri?
Atas sebab2 inilah saya menganggap diri manusia itu sendiri adalah pemimpin, pemimpin kepada lebih 50 trillion individu lain yang dipanggil sel2 didalam tubuh badan manusia itu sendiri, dan jika kita boleh mengawal mereka, maka untuk mengawal dan menguasai apa yang diluar dari diri kita iaitu manusia lain dan persekitaran akan menjadi mudah. Sebab itulah saya menekankan pemahaman didalam solat kerana melalui pemahaman itulah, maklumat2 yang tepat dan baik akan disampaikan kepada sel2 tersebut, contohnya jika 17 kali sehari kita ungkapkan "ihdinassirotolmustakim" iaitu "tunjukkanlah kami kejalan yang lurus" dan faham maknanya, maka sel2 kita juga akan mendapat maklumat yang sama dan akan membantu kita untuk menjalani kehidupan diatas landasan yang lurus dan bukan sebaliknya.
Akan tetapi dizaman yang moden ini amat mudah sekali kita tanpa sedar memberikan maklumat yang salah kepada sel2 kita, dalam contoh diatas, sekali sahaja manusia melihat filem lucah (dari bisikan syaitan), maka sel2 akan dihujani maklumat yang salah, mereka tidak tahu ianya baik atau buruk kerana mereka tidak berakal, maka itu jugalah yang akan mereka minta apabila tiba ketikanya dan jika mereka banyak jumlahnya dan kita hanya seorang, maka tewaslah kita dengan apa yang kita panggil nafsu itu sendiri.
Bukankah Allah menyatakan kemusnahan dimuka bumi ini adalah disebabkan perbuatan manusia itu sendiri, jadi jangan salahkan orang lain jika kita mengikut hawa nafsu. Bersikap tegaslah dengan sel2 kita ini dengan sedar siapa sebenarnya yang berkuasa, kerana jika kita membiarkan mereka (sel2) ini menguasai kita maka suatu hari nanti mereka akan khianati kita dan menceritakan segala keburukan2 yang kita lakukan didunia ini, sel2 tidak bersalah kerana mereka hanya menjalankan tugas atas arahan yang diberikan oleh kita sendiri secara langsung ataupun secara tanpa sedar . Tetapi bagaimanakah arahan2 yang tidak baik boleh sampai ke sel2 tubuh badan kita ini tanpa kita sedari?
Seperti yang telah saya ceritakan serba sedikit dalam perenggan diatas, apabila kita menonton televisyen, baik drama, filem, berita dan sebagainya, kerana kesan dari fokus atau khusyuknya perhatian kita kepada apa yang dipaparkan, gelombang otak manusia turun kepada gelombang yang rendah dari keadaan normal minda sedar, lebih kepada gelombang dimana manusia itu seolah2 didalam keadaan dipukau. Jadi apa jua yang dipaparkan diTV akan diterima dan disampaikan secara bulat2 kepada minda separuh sedar iaitu sel2 kita dan tanpa mengetahui apa yang kita lihat itu suatu yg hanya di tonton itu suatu yang benar atau hanya ilusi. Ketika didalam keadaan "terpukau" ini, amat jarang sekali untuk kita memberikan penilaian tentang apa yng ditonton, baik atau buruk dan sebagainya kerana kita tenggelam bersama "ilusi" yang kita tonton itu, akibat dari itu maka maklumat yang salah tanpa kita sedari sampai ke sel2 didalam tubuh badan kita ini.
Contohnya, kerana terpesona dengan persembahan kakak2 AF, tanpa sedar apa yang dipakai oleh kakak2 ini tanpa sedar akan sampai ke sel2 kita, jadi kemudiannya apabila seseorang wanita itu keluar membeli-belah, tanpa sedar mereka akan lebih tertarik untuk mengikut fesyen kakak2 tersebut atas desakan sel2 kita yang berinteraksi dengan apa yang dipanggil minda separuh sedar. Begitu juga dengan lelaki, lihatlah fesyen rambut lelaki zaman sekarang ini yang tegak, ada juga yang ditengah2 macam balung ayam jantan bantut, mana ilham untuk mengikutnya jika bukan dari kaca tv? Ini baru bab rambut, bagaimana pula dengan adegan2 lucah yang sekarang ini sudah banyak berleluasa dilakukan oleh bangsa kita melayu yang sebelum ini terkenal dengan sifat malunya itu?
Contoh bahana dari TV itu hanyalah salah satu dari punca2 manusia menghujani sel2 mereka dengan maklumat2 yg salah, dari gambar2 atau cerita baik dari majalah dan akhbar, perbualan dengan rakan2 malah contoh yang kita lihat dari persekitaran contohnya lelaki dan wanita yg melakukan maksiat terang2an, semua ini mempengaruhi manusia dipersekitaran baik secara langsung atau tidak. Kita semua berkait dalam ruang tenaga yg tidak kelihatan (quantum entanglement) dan apa yg kita lakukan secara sorok2 sebenarnya boleh dirasai oleh insan lain tetapi bukan secara terus tetapi secara halus. Contohnya si ayah akan tiba2 merasa tidak selesa jika sesuatu berlaku dirumah lantas cuba untuk menghubungi (maksud saya ayah yg mithali, bukan ayah yg lepas tangan), dan siisteri pasti resah gelisah jika sisuami melakukan maksiat diluar. Tidak semestinya ia berlaku, akan tetapi jika dibuat kajian, menerusi statistik pasti ramai yang bersetuju dengan perhubungan secara halus ini.
Sebab itulah hukum hudud Islam amat tegas, contohnya memancung kepala, merejam atau memotong tangan dan sebagainya, semua ini adalah untuk kepentingan manusia secara keseluruhan dan bukan kepentingan individu. Jika manusia punyai sel2 barah, tumor atau ketumbuhan, adakah kita akan mengeluarkannya, menjaga dan merawat sehingga menjadi sel yang normal kembali dan memasukkannya semula kedalam badan? Tidak, sel2 ini adalah sel2 yang telah berubah atau mutasi dari kebiasaan dan tidak melakukan fungsi yang sepatutya maka ia perlu dibuang. Begitulah juga manusia, jika mereka sudah melakukan perbuatan2 yg sudah melangar peraturan2 yg ditetapkan, sama seperti sel2 yg bertukar menjadi barah, maka mengikut cara Islam, mereka juga harus dihapuskan. Hukuman terbuka adalah untuk supaya ianya akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada minda sedar dan separuh sedar agar tidak melakukan perbuatan yg terlarang itu.
Setiap kali saya terbang, saya menjenguk keluar melihat permukaan bumi, apabila terbang rendah diatas bandar2 besar saya perhatikan pergerakan manusia baik yang berjalan kaki mahupun didalam kenderaan, umpama semut2 di tanah yang berduyun2 menjalankan tugas masing2 membuat kerja untuk kloni mereka, cuma bezanya semut2 ini melakukan kerja dengan kerjasama yang tiada tolok bandingnya tanpa punyai perasaan tamak, hasad dengki dan sebagainya berbanding dengan manusia akhir zaman ini yang semakin mementingkan diri sendiri dan apa yang dilakukan hanyalah kiranya ia memberi kepentingan individu dan bukan kepentingan masyarakat.
Jika dilihat dari susunan2 planet mengelilingi matahari, jika dilihat dari sudut fizik atom, ianya amat serupa dengan model yang disyorkan oleh Neils Bohr yang mana elektron2 mengelilingi nukleus seperti planet2 mengelilingi matahari walaupun kemudiannya model baru diperkenalkan untuk menjelaskan quantum fizik secara mendalam. Salah satu idea didalam fizik quantum, kebarangkalian wujudnya apa yang dipanggil dunia selari (parallel universe) atau dunia yang wujud serentak (multiverse) juga bukan satu idea yang mustahil. Mungkinkah alam semesta yang kita panggil dunia ini adalah salah satu atom dalam dunia yang lain? Mungkinkah tubuh badan manusia itu sendiri adalah dunia bagi sel2 itu sendiri dan mempunyai corak kehidupan sesama mereka sendiri?. Contohnya, didalam sel2 itu sendiri ada yang baik dan ada yang jahat, ada yang Islam dan ada yang kafir. Jika syiar Islam yang sering kita sampaikan kepada sel2 kita ini (melalui minda sedar kita) maka lama kelamaan kesemua sel2 kita ini akan menjadi sel2 yang baik dan bagi yang kafir akan memeluk Islam. Begitu juga yang akan terjadi jika sebaliknya.
Apabila kita ingin membuat sesuatu keputusan didalam hidup, contohnya mahu melangkah kemasjid atau ketempat maksiat, seolah2 berlaku pilihanraya didalam badan kita ini dengan ada sel2 yang berkempen untuk mahu ke masjid dan ada yang mahu ke tempat maksiat, maka jika banyak sel2 yang jahat, maka akan ketempat maksiatlah kita. Akan tetapi minda sedar kita punyai kuasa "veto" untuk membuat keputusan yang bijak. Jadilah pemerhati yang hebat, berlatih dengan tumpuan dan khusyuk semasa solat. Bukan sahaja ia melatih kita untuk berkuasa memilih jalan yang sebaiknya, begitu juga ianya akan menyampaikan maklumat2 yang baik dan mengikut landasan Islam kepada sel2 didalam tubuh badan kita ini.
Hampir keseluruhan hidup manusia itu dijalankan oleh minda separuh sedar ini, maka amat lah penting jika kita boleh mengetahui bagaimana untuk menggunakannya agar memberi kita manafaat bukan sahaja didunia malah di akhirat. Ingatlah, sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa sel2 kita ini akan mengkhianati kita di akhirat nanti dengan tunduk dan akur kepada Allah menceritakan apa yang telah kita lakukan, maka bukanlah tiba masanya untuk kita berusaha memberi mereka maklumat yang baik dan benar agar mereka akan menceritakan perkara2 yang baik sahaja mengenai diri kita diakhirat kelak?
Maklumat2 yang baik tidak boleh datang dari AF, dari drama swasta, dari berita TV, dari Farmville, Pet Society, perlawanan bola dan sebagainya. Semua itu adalah alat manipulasi kawalan minda agar manusia kekal didalam keadaan leka dan lalai dan mengikut sahaja apa yang disogokkan. Contohnya, jika TV itu bukan alat manipulasi minda yang utama, mengapa pembangkang tidak dibenarkan tampil di TV secara terbuka, cuma muncul di berita yang menampil kan keburukan2 mereka sahaja? Maklumat2 yang baik adalah dari ilmu2 Allah yang tidak terkira banyaknya, dari Al Quran dan hadis hinggalah kepada ilmu2 dunia seperti sains, kewangan dan sebagainya. Akan tetapi ilmu sahaja tidak cukup, didalam dunia yang penuh dengan tipu musihat ini (dunia dajjal), kita perlu juga rahmat dan "nur" dari Allah untuk melihat api yang nampak seolah2 seperti air sungai yang dingin dan sebaliknya, kerana tanpa "nur" itu, walaupun kita punyai ijazah sekalipun dan menyangka kita dijalan yang lurus sedangkan sebenarnya kita menuju kehancuran, nauzubillah.
Bumi kita ini juga boleh dilihat sebagai satu organisma yang mana manusia itu sendiri adalah sel2nya, jika semua manusia taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan semua larangan, seluruh umat manusia akan hidup aman dan harmoni, umpama binatang2 seperti lebah, semut dan anai2 yg amat cerdik membina sarang, mencari makanan, menjaga keamanan, berkembang biak san sebagainya dengan harmoni dan saling bekerjasama. Cuma dengan sedikit akal yang diberikan Allah, membuatkan manusia itu mempunyai kebebasan untuk memilih, berfikir dan belajar lantas menjadi bongkak dan sombong kerana kuasa, pangkat dan sarjana yang dimiliki, dan inilah ujiannya. Ujian bagi seluruh umat manusia didalam dunia yg sementara ini sebelum pergi kedunia akhirat yang kekal abadi. Persoalannya, adakah kita semua sudah bersedia? Soalan buat mereka yang mahu berfikir.
Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/02/kita-semua-adalah-pemimpin.html#ixzz0kTuczwo8
Posted by amn077 at 18:39 0 comments