Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat:
a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.
Diambil dari http://www.cinta5668.blogspot.com/
Wednesday, 6 January 2010
ALAM MAHSYAR
Posted by amn077 at 22:03
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment