Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada Al-Quran untuk menyelesaikan masalah khususnya yang berkaitan dengan penyakit beraitan dengan jiwa. Umat Islam di Malaysia sekarang ini yang lebih suka mencari tempat-tempat hiburan seperti kelab malam ataupun pusat hiburan seumpamanya, kononnya ingin menangkan jiwa mereka dan melepaskan masalah yang mereka hadapi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Dakwah negeri Kelantan, Ustaz Hassan Mohamood berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2006, di Balai Islam Lundang.
"Wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan (depression). Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan manusia kembali kepada Al Quran."
Punca Penyakit Jiwa
Kegagalan manusia menangani kesusahan/tekanan/musibah dalam hidup (stress) seharian punca penyakit jiwa. Dan tekanan ini kian meningkat dalam kehidupan manusia 'moden' kini.
Kesusahan adalah sunatullah:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad 90:4)
Allah telah memberi dua jalan untuk manusia menangani kesusahan ini:
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad 90:10)
Satu jalan membawa kejayan dan satu lagi menyebab wabak penyakit jiwa.
Dua Jalan menangani tekanan hidup
ALlah Maha Mengetahui. Dia memberi tahu hamba-hamba-Nya dua cara menangani tekanan hidup:
"Kami berfirman: 'Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kebimbangan atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati'" ( Al Baqarah 2:38)
Cara keduanya ialah:
"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha 20:124)
Manusia 'moden' memilih cara kedua . Akibatnya tercetuslah wabak penyakit jiwa yang sedang melanda seluruh dua.
Wabak Penyakit Jiwa
Penyakit jiwa, terutama sekali kebimbangan (anxiety) dan kesedihan/kesyugulan (depression) kini sudah menjadi wabak penyakit nombor satu di seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 25% dari 5 billion penduduk dunia, iaitu 1.25 billion orang, mengalami penyakit jiwa, jauh mengatasi jumlah pesakit jantung, barah dan kencing manis (diabetes).
Di Malaysia, mengikut Kementerian Kesihatan, 30% pesakit yang berjumpa doktor mengalami penyakit jiwa. Bagi rakyat Malaysia umumnya, lebih kurang 25% mengidap penaykit yang sama.
Dan jumlah ini kian meningkat dengan pesat, tanpa nampak penyelesainnya
Al-Quran ubatnya
Maksud firman ALlah:
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus 10:57).
Soalannya, bagaimanakah hendak kita aplikasikan Al-Quran dalam mengatasi wabak penyakit jiwa ini?
Cara Penyelesaian Masalah Wabak Penyakit jiwa
Islam lebih menekankan pencegahan dari rawatan kepada satu-satu masalah.
1. Bila berdepan masalah
Masalah hidup sunatullah. Bila bedepan masalah/musibah, ALlah mengajar manusia
"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'" (Al Baqarah 2:156)
Ini khusus bertujuan supaya manusia ingat kepada Allah semasa berdepan dengan masalah.. Kerana hanya dengan mengingati Allah hati manusia jadi tenteram.
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)
2. Apa yang hendak diingat tentang ALlah untuk menangani musibah?
• Semua milik Allah. Dan kerajaan mutlak adalah kepunyaan ALlah. Tidak akan berlaku apa-apa tanpa izin-Nya.
"Kepunyaan ALlah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi " (Al Baqara 2:284)
"Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi kepunyaan ALlah? (Al Baqarah 2:107)
• ALlah Maha Pemurah dan Maha Penyang. Atas sifat-sifat ini ALlah melakukan apa saja ke atas hamba-hamba-Nya. Semua yang Dia lakukan ialah untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.
• Semua yang Dia lakukan ke atas hamba-hamba-Nya ialah hanya ke tahap yang mampu dipikul oleh hamba-Nya. Sekiranya Dia lakukan lebih dari pada itu, ini bererti ALlah zalim, sedangkan Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang.
''ALlah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah 2: 286)
• Setiap kesusahan akan berakhir dan diganti dengan kesenangan.
"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." (Alam Nasyarah 94: 6)
• Bila berdepan denga musibah, hendaklah kita bersabar dan solat hajat minta pertolongan dari ALlah. Di dalam Al-Quran ahlak manusia yang paling banyak Allah sebut ialah "sabar", lebih dari 70 kali. Nabi Muhammad saw menghayati perintah Allah ini setiap kali Baginda saw berdepan dengan musibah.
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlah berserta orang-orang yang sabar." ( Al Baqarah 2:153)
• Dalam keadaan penuh kesabaran, kita hendaklah menganalisis musibah kita. Semua musibah berlaku ke atas kita kerana tiga sebab:
1. Apakah ia satu hukuman dari ALlah? Hukuman Allah di atas dunia berlaku kerana tiga sebab: i) melakukan kezaliman ii) durhaka kepada ibu bapa dan iii) Memutuskan hubungan silaturahim dengan waris-waris terdekat.
Dengan hukuman ini ALlah mengharapkan manusia bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya. Kalau tidak Allah akan menghukum dengan neraka di akhirat nanti. Jadi hukuman ALlah di dunia inilah ialah Dia sayang kepada hamba-hamba-Nya dan untuk menyelamatkan hamba-hamab-Nya dari seksaan neraka di akhirat nanti.
2. Apakah ia satu pengajaran? Hidup manusia menempuh dua jalan:
"Untukmulah agama mu, dan untukulah agama ku". ( Al Kaafiruun 109:6)
Bila kita terjerumus ke jalan yang salah, ALlah membuat sesuatu supaya kita sedar tentang kesilapan kita, bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.
Kalau tidak hidup kita susah, sempit dan kita jadi hina di dunia dan akhirat. Allah sayangkan kita dan mahu menyelamatkan kita dari segala kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat.
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan kepada mereka sebahagaian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)"( Ar Ruum 30:41)
3. Apakah itu satu ujian? Sekira nya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian. Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada ALlah, maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad saw, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamb-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.
Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah 2: 155)
Untuk masuk syurga:
"Apakah kamu mengira habawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah 2:214)
Tentang Kebinbangan/Kekhwatiran (Anxiety) dan Kesedihan (Depression)
Kebimbangan tercetus oleh ketakutan tentang masa depan. Manusia takut jadi miskin, sakit, mati, dirompak, dirogol, hilang harta dll.
Islam senang menghapus ketakutan tentang masa depan. Masa depan hak ALlah. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku se saat kemudian.
Islam mengajar hamba-hambanya hanya takut kepada ALlah. Berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup mengikut petunjuk Allah dan berserahlah kepada ALLah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Penyakit membawa keuntungan besar. Sesiapa yang bersabar menghadapi penyakit yang dideritanya, maka Allah akan menggugur dosa-dosanya.
Tentang kematian, semua akan mati. Yang hendak kita bersedia ialah jangan mati katak, tetapi mati yang terbaik, iaiatu mati dalam keadaan beriman.
Tentang Kesedihan
Kesedehan berlaku bila terjadi kehilangan. Ada dua jenis kehilangan: kehilangan sebenar dan kehilangan yang difikirkan (actul loss dan imagined loss).
Kehilangan yang sebenar ialah kehilangan harta benda akibat dari kebakaran, kecurian, bah dll. Bila berdepan dengan kehilangan jenis ini, kita hendaklah ingat bahawa benda atau harta itu milik ALlah dan bukan milik kita. ALlah hanya memberi pinjam kepada kita untuk kita mengurus dengan baik. Dia beri kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia ambil bila-bila masa Dia mahu.
Bila berlaku kehilangan jenis ini, hendaklah kita buat analisis ke atas kehilangan itu berdasarkan kosep di atas: adakah ia hukuman, pengarajan atau ujian. Kta bertaubat dan bersabar dan berusaha memperbaikan cara mengurus amanah ALlah itu.
Kehilangan yang difikirkan (imagined loss). Ini berlaku bila kita fikir kita hilang sesuatu. Sebenarnya, kita tidak hilang apa-apa pun, tetapi dalam fikiran kita kita rasa kita telah hilang benda itu.
Keadaan ini sering berlaku dalam perhubungan antara manusia (Inter-personal relationship). Ini jelas berlaku kepada orang pencen.
Orang pencen yang sebelumnya mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa berasa dia hilang semua itu bila dia pencen. Orang lain tidak lagi memerlukannya. Dia meletakkan harga dirinya kepada pangkat dan kuasa.
Begitu juga dengan orang-orang yang tua. Anak-anaknya sudah besar dan meninggalkannya untuk mencari sara hidup. Orang tua fikir dia tidak berguna lagi kepada anak-anaknya.
BIla manusia meletak harga dirinya dalam keadaan begini dia akan bersedih. Inilah punca utama kenapa kadar kesedihan paling tinggi di kalangan orang-orang pencen dan tua di seluruh dunia. Kesedihan ini boleh mebawa kepada membunuh diri. Sebab itulah kadar membunuh diri tertinggi di kalangan golongan ini di mana-mana pun, melainkan di kalangan orang-orang Islam.
Harga Diri manusia
Allah tidak menetapkan harga diri kepada harta, kuasa dan kedudukan. Manusia terbaik dalam pandangan Allah dan Nabi Muhammad saw manusia paling tinggi taqwanya kepada ALlah.
" Sesunguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat 49:13).
Tanda orang yang tinggi taqwanya:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada ALlah." (Ali Imran 3:110)
"Mereka melakukan amalan-amlan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut kerana (mengenangkan) mereka kelak akan kembali kepada tuhan mereka. (Al Mu'minun 23:60)
Tafsiran ayat ini: Daripada Aisyah r.a, dia bertanya: "Wahai Rasullullah, adakah (maksud ayat-ayat) 'Orang-orang yang melakukan amalan-amalan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut (kepada-Nya) itu' ialah orang yang mencuri, berzina dan minum arak dan kerana itu mereka takut kepada ALlah Azzawajalla?" Jawab beliau" "Tidak begitu! Wahai puteri Abu Bakr As-Siddiq! Tetapi itulah orang yang sembahyang, berpuasa dan bersedekah tetapi masih merasa takut kepada ALlah Azzawjlla" (HR at- Tarmizi)
Semua orang boleh berikhtiar mendapatkan kedua benda ini. Ia bergantung kepadaa usahanya dan kurnia Allah:
"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(Alam Nsyarah 94:7-8)
Inilah cara-caranya Islam mendidik pengikutnya bagaimana berdepan dengan kesusahan /tekanan/musibah dalam hidup, yang merupakan sunattulah, supaya sesiapa yang beriman dapat mengecapi kemanisan kesihatan jiwa di dunia dan di akhirat.
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
(Al Fajr 89:27-30).
Inilah caranya untuk mendapat kesihatan dan ketengangan jiwa tanpa perlu kepada ubat atau rawatan psaikoterapi. Caranya ialah meningkatkan keimanan seseorang. Apa itu IMAN:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALlah, mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujuraat 49:15)
Iman di lidah dan di hati diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh (jihad) dengan harta dan nyawa di jalan ALlah, itulah ubat paling mujarab bagi wabak penyakit jiwa.
Saya sering melalui jalan ini bila berdepan dengan musibah dalam hidup. Dan saya dapati memang benar ALlah selalu memenuhi janji-janji-Nya.
Wallah hua'alam.
iluvislam
Saturday, 16 January 2010
Jadikan Al-Quran Penenang Jiwa
Posted by amn077 at 08:35
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment