BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 25 October 2009

KISAH KEJADIAN JIBRAIL A.S.

ibnuriz_faridz menulis: Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada saya?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah saya dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling saya cintai, namanya 'Muhammad’. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu saya lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."

Kemudian Jibrail a.s berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud,

"Ya Jibrail, akan saya berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku! Apakah sudah saya menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud,

"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun saya memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Hayatilah betapa besarnya kasih sayang yang Allah S.W.T berikan pada hamba-Nya yang sentiasa lalai dan leka. Betapa beruntungnya hamba-Nya yang diberikan hidayah untuk memahami dan menghayati betapa segala amalan kita yang berlandaskan kepatuhan kepada suruhan yang Esa telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat dan balasan pahala yang besar.

Walaupun kita lalai semasa menghadapnya, kita berimaginasi terhadap yang lain, namun, betapa besar rahmat Allah S.W.T yang tetap membalas segala amalan kita dengan berjuta-juta nikmat yang tidak pernah kita bayangkan. Cuba bayangkan andai kita dapat melakukan solat 2 rakaat kerana patuh pada suruhan-Nya, di anugerahi syurga yang amat indah seperti syurga Ma'waa, bagaimana jika kita dapat melakukannya setiap hari seumur hidup kita.

Agaknya apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita? Sedangkan solat malaikat Jibrail a.s yang nyata lebih khusyuk dan memakan masa beribu tahun lamanya hanya mendapat pujian dari Allah S.W.T? Sungguh butalah hati hamba-Nya yang tidak mampu melihat betapa besarnya dan agung-Nya kasih sayang Allah S.W.T kepada kita umat Rasullullah S.A.W. Betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah S.W.T kerana membenarkan kita hidup dan dipilih sebagai umat Rasulullah yang dimuliakan.

Marilah kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah yang Maha Pemurah kerana membenarkan dan memilih kita untuk disinari nur dan hidayah 'Iman dan Taqwa' yang tidak semua umat Rasullullah S.A.W bertuah memilikinya. Bersamalah kita menghayati hidup yang penuh dengan ranjau duka demi mendamba kasih Illahi. Wallahua'lam!

0 comments: