BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 16 April 2009

15 Tips Pengurusan Stress

SOKONGAN
- Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.

SOLAT
- Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.

DOA
- Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.

MENTAL EXERCISE
- Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.

UBAH SUSUN ATUR RUMAH
- Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.

PENGURUSAN MASA
- Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.

PANDANGAN TERHADAP STRESS
- Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.

TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
- Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.

BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
- Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.

KRITIKAN NEGATIF
- Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.

LAKUKAN PERUBAHAN
- Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.

JAGA HUBUNGAN BAIK
- Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.

KETAWA
- Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.

BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
- Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.

MENYEMAI SIFAT EHSAN
- Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.

0 comments: