Apa yang anda fokuskan dalam fikiran dan emosi anda akan menarik corak kehidupan dalam kehidupan anda. Yang serupa akan menarik pada yang serupa (Like attract like). Tanpa anda sedari ,apa yang anda perolehi dalam kehidupan anda sebenarnya adalah dalam usaha anda sendiri yang menarik pola kehidupan yang anda berikan tumpuan getaran emosi yang menyelubungi ataupun gelung tenaga yang anda bina sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Firman allah bermaksud,
dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). (AN-Najm:40)
Usaha yang bermula dari tercetusnya niat samaada positif atau negatif akan menghasilkan tindakan. Secara tidak langsung tenaga gelombang ini akan membawa kita kepada persekitaran,pergaulan sosial dan peristiwa yang sama dengan gelombang yang sama dengan kita.
Sebagai contoh ,seseorang yang menumpukan niat dan pemikiran yang difokuskan untuk melakukan amalan baik seperti menuntut ilmu agama akan berada di tempat seperti masjid, berkumpul dengan orang-orang yang baik dan melakukan amalan yang baik.
Sebaliknya orang yang berniat negatif misalnya ingin melakukan maksiat akan berada di sisi pergaulan orang yang bermaksiat dan berada di tempat-tempat maksiat
Pendek kata orang yang mempunyai gelombang getaran emosi yang sama akan merasa selesa dengan kumpulan masing-masing.Orang yang bermaksiat tidak akan berasa serasi dengan orang yang beriman begitulah sebaliknya mereka akan berada di dalam gelung kumpuan masing-masing.
Sepertimana yang diperkatakan oleh Jerry dan Esther Hicks "Akan tertarik kepadanya apa yang sama sepertinya"
Catherine Ponder, dynamic Law of prosperity menyatakan anda menarik apa yang anda pancarkan menerusi fikiran,perasaan,gambaran minda dan tuturkata dalam hidup anda.
Berhati-hatilah dengan apa yang anda fikirkan dan kata-kata anda samada berkata dengan orang lain atau berkata pada diri anda sendiri kerana ianya akan menarik kehidupan seperti yang anda sangkakan dalam hidup anda. Ianya adalah merupakan permintaan atau doa.
Jika anda sentiasa mengeluh tentang betapa malangnya hidup anda maka anda sebenarnya telah menjemput kehidupan malang dalam hidup anda. Anda sebenarnya akan menarik persekitaran,peristiwa dan orang-orang yang malang dalam hidup anda.
Jika anda sentiasa memikirkan dan berperasaan serta bersangka yang baik-baik dan memikirkan tentang kejayaan anda akan berada pada landasan (track) yang positif yang mana akan membawa persekitaran, peristiwa dan bergaul dengan orang-orang yang berfikiran positif sama dengan gelombang pemikiran yang anda pancarkan.
Sebagai contoh jangan anda fikirkan dan berkata pada diri anda saya tidak bahagia tetapi katakan saya mesti hidup bahagia dan bersyukur apa yang saya ada. Jangan kata saya selalu putus wang tetapi katakan Saya mesti dapatkan wang yang melimpah berterusan daripada pelbagai sumber. jangan kata saya pemalu tetapi katakan saya mesti jadi orang yang popular dan dikagumi.
Nyatakan keinginan anda dengan jelas secara positf untuk menarik kehidupan yang positif dalam hidup anda. Apa yang anda kata itulah kepercayaan anda. Apa yang anda percaya itulah pemikiran anda. Apa yang anda percaya itulah tindakan anda. Apa yang anda bertindak itulah hasil yang anda akan perolehi. Tetapi jika anda masih belum dapat,maka selidiklah, nilai dan membuat maklum balas apakah halangannya dan terus bertindak sehingga anda berjaya. Ini adalah lebih baik dari anda menghabiskan tenaga anda hanya mengeluh nasib buruk anda kerana anda hanya telah melakukan pembaziran dalam hidup anda.Sentiasa terus berdoa dan bertindak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di sisi Allah.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim (Al-Imran:57
Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga).
(An-Najm:31)
POTENSI MINDA
sumber: myadha.blogspot.com
Saturday, 11 April 2009
Hukum Tarikan (Law of attraction)
Posted by amn077 at 22:08
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Huraian yang baik dan mudah difahami.
Post a Comment