Segala puji bagi Allah. Selawat dan Salam semoga terlimpah atas Rasulullah, keluarga, para sahabat, dan orang yang mengikutinya.
Moga kita termasuk dalam golongan yang meyakini bahawa Tuhannya Allah yang Maha Esa, Rasulullah suri teladannya, Al-Qur’an panduannya, Jihad adalah satu-satunya jalannya, dan mati Syahid Fisabilillah adalah cita-citanya yang tertinggi.
Sudah cukup kata-kata, sudah mual kita memutuskan resolusi-resolusi yang tidak dipraktikkan, sudah jemu kita dengan slogan-slogan yang tidak membawa kepada apa-apa tindakan. Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu demi menyelamatkan Palestin khususnya Gaza.
Persoalannya, apakah mungkin kita menggerakkan umat Islam untuk menyelamatkan Palestin jika kita masih naïf tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada Palestin? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?
Dalam situasi yang kian terdesak (serangan paling dahsyat sejak perang Arab-Israel 1967), sudah tentu jihad perang di jalan Allah untuk mempertahankan dan mendapatkan kembali tanah asal Palestin menjadi keutamaan, namun bagi kita yang belum ditakdirkan untuk menyertainya, maka syariat Islam mewajibkan ke atas kita untuk berjihad berdasarkan keupayaan dan kemahiran masing-masing, Inilah selemah-lemah jihad di jalan Allah yang boleh dilaksanakan oleh setiap dari kita.
Allah S.W.T. berfirman: “Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu”
(Al-Anfaal:60)
Dalam ayat ini Allah menyuruh kita sekadar yang termampu, Allah tidak membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Maka wajib bagi kita untuk melaksanakan jihad yang mampu kita lakukan.
“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal. Medan amal tidak sama dengan medan Jihad. Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal”
(Hassan Al-Banna)
JIHAD KITA
Seboleh mungkin, hadirkan diri ke program rapat umum dan demonstrasi anti-Zionis Israel. Jangan hirau vox populi yang mengatakan ini adalah satu tindakan yang sia-sia. Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat melihat kebangkitan kemarahan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia.
Bahkan golongan Yahudi anti-Zionism pun turut serta dalam demonstrasi-demonstrasi tersebut. Demonstrasi di US, Kanada, UK, Perancis, Sepanyol, Turki, Mesir, Jordan, Pakistan dan Indonesia telah memberi tekanan psikologi terhadap Zionis Israel dan konco-konconya.
Tekanan yang sebegini kuat telah menyebabkan Yahudi pro-Zionism pula menjalankan demonstrasi anti-Hamas bagi meraih simpati terutamanya di US, UK, Perancis, Sepanyol, German, dan Sweden.
Kita juga perlu kagum dengan Muslim dan non-Muslim di UK yang menjalankan protes setiap hari sejak Gaza diserang, di hadapan Kedutaan Israel di Kensington High Sreet di London. Bahkan, mereka hanya menghentikan protes apabila Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Begitulah kesungguhan mereka, bagaimana pula dengan kita?
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar”
(An-Nisa’:95)
Kemudian, pertingkatkan sentimen kita berkenaan isu Palestin dengan memperluaskan pemahaman kita mengenainya. Sebenarnya kisah perjuangan umat di Palestin amat banyak pengajarannya. Silap jika kita hanya bersimpati.
Kitalah yang sebenarnya perlu belajar daripada mereka, bagaimana membina jiwa merdeka yang mampu sendirian melawan penjajahan Zionis. Oleh itu, fahami isu ini dengan penuh analitikal berdasarkan kaca mata Islam. Laman web seperti
a) http://www.palestine-info.info
b) http://palestinkini.info
c) www.islamonline.com
adalah sandaran utama mengenai berita yang tepat mengenai Palestin. Lain-lain web yang berkait mengenai isu ini adalah seperti
a) http://futurefastforward.com
b) www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
c) http://www.jewsagainstzionism.com
d) dan lain-lain.
Kenali mastermind dan keyplayer dalam isu Palestin terutamanya AIPAC (US) a.k.a. The Lobby, Rejim Zionis (Israel), dan pejuang HAMAS (Palestin) dengan buku-buku seperti
a) Inside Hamas: The Untold Story (Zaki Chehab)
b) Hamas: Unwritten Chapters (Dr. Azzam Tamimi)
c) Global Freemasonry (Harun Yahya)
d) The International Jew (Henry Ford)
e) Future FastForward Trilogy (Mathias Chang)
f) The Protocols of the Elders of Zion
g) etc.
Insyaallah, pemahaman kritikal berkenaan isu Palestin akan membantu kita menyedari akan hitamnya permusuhan kita dengan Zionis la’natullah.
Firman Allah S.W.T : “Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik”
(Al-Ma’idah:82)
Seterusnya, melihat laporan al-Jazeera mengenai laporan berat sebelah media di AS dan juga kejahilan rakyatnya mengenai apa yang berlaku di Gaza amat menyakitkan hati.
Apakah yang boleh kita lakukan?
Gunakan social network yang boleh menghubungkan kita dengan ramai manusia, terutamanya bagi yang mempunyai akses kepada rakan-rakan di dunia barat untuk mendapatkan imej-imej sebenar di Gaza. Bagi para bloggers, jangan henti memasukkan entries berkaitan Gaza bagi mengekalkan kehangatan sentimen ini.
Syabas kepada ikhwah dan akhawat yang blognya dipenuhi dengan karya kreatif, informasi, lagu, gambar dan video berkenaan realiti di Gaza yang sangat menyayat hati.
Bagi ikhwah dan akhawat yang menjadi public figure dalam komunitinya, perlu bagi kita mencontohi George Galloway (Ahli Parlimen Britain). Beliau merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau menjadi jurucakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan, dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeni, pembela golongan mustadh’afin.
Kata-kata beliau telah berjaya membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion agar pro-Palestin, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.
Selain beliau, public figure yang dilihat menjadi ‘Hero’ dalam isu Palestin masakini ialah, Hugo Chavez (Presiden Venezuela), Evo Morales (Presiden Bolivia), Michael Heart (Penyanyi), Dr. Azzam Tamimi (Penganalisis Politik), Recep Tayyib Erdogan (Perdana Menteri Turkey), Dr.Yusuf al-Qaradhawi (Ulama’ Kontemporeri), Dr. Abdullah Aid al-Qarni (Ulama’ Kontemporeri), Khalid Misy’al (Pemimpin HAMAS) dan lain-lain.
Tidak lupa juga the unsung heroes yang terdiri daripada sukarelawan pertubuhan kemanusiaan yang berani meletakkan nyawa mereka dalam risiko demi membantu rakyat Palestin, antaranya Free Gaza Movement, UNRWA, Red Cross dan lain-lain. Hayati dan contohilah usaha mereka dalam menyedarkan masyarakat mengenai isu ini.
Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.
Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini dan tindakan menghentikan penggunaan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan: “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”
Walau bagaimana pun, tindakan-tindakan ini sahaja masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita. Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab? Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?
Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, seperti marahkan anjing menyalak bukit. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?
Sama-samalah kita menghayati peringatan Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita:
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”
(Hr Abu Dawud dan Ahmad)
Selagi kita tidak berjihad untuk membentuk diri menjadi Mu’min sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam yang tulen.
Ya Allah!
Kami malu menadah tangan memohon bantuan dan kemenangan yang Kau janjikan
dengan dosa dan maksiat yang kami lakukan pada-Mu dalam terang dan sunyi.
Tetapi Ya Allah, hati kami dirajut sebak tak terlafaz,
bagai terdengar-dengar rintihan keluarga kami di sana ya Allah.
Hati kami menangis bersama mereka,
masjid, sekolah, dan rumah mereka diserang jet pejuang dan kereta kebal,
bom digugurkan laksana hujan asid,
namun tangan kami tak terdaya memeluk menenangkan mereka,
menggantikan mereka menggalas senjata walau sebesar seketul anak batu atau sepasang sepatu haus.
Ya Allah, Perkuatkanlah keluarga kami yang sedang dipatah-patahkan tulang belulang mereka,
Kasihanilah keluarga kami yang lemah ditindas, dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”
Perkenanlah doa kami ya Allah..!
“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim”
(Ali Imran : 139-140).
sumber: iluvislam.com
Tuesday, 14 April 2009
Salam Jihad Ikhwah dan Akhawat Pencinta Syahid Fisabilillah
Posted by amn077 at 07:47
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment