BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 13 April 2009

Usul 20 atau Usul Isyrin oleh Hassan Al-Banna

Imam Syahid Hassan Al-Banna telah memilih dan mengajarkan jalan yang tepat kepada kaum Muslimin, yakni memulakan taghyir dengan memilih dan membina individu muslim yang menjadi asas yang kukuh kepada perjuangan Islam. Seterusnya terbina baitul muslim, mujtama' muslim dan tidak syak lagi semua ini menjadi paksi kepada Daulah Islamiah. Justru, dalam amal Islam memilih titik permulaan yang betul dalam bergerak penting agar dapat di pastikan perkembangannya terus berlanjutan, berterusan dan senantiasa subur meskipun menimpa pelbagai mehnah dan ujian.

Permulaan yang baik itu adalah dengan membina kefahaman Islam terhadap para individu yang ingin bergabung dengan gerakan Islam. Sesuai dengan firman Allah;
Maksudnya:
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam neraka Jahannam".
(At-Taubah: 109)
Usul 20 atau Usul Isyrin ini tersiar di dalam Risalah Ta'lim yang menjadi rujukan kaum Muslimin kerana ia menggariskan kefahaman Islam yang sahih dalam bentuk yang ringkas dan mudah yang menahan daripada sebarang kesalahan dan penyelewengan. Ia juga bertujuan untuk menyatukan kefahaman para Ikhwah yang berjuang di jalan ini dan meleraikan pelbagai keremehan dan kekusutan yang menimpa kaum Muslimin akibat perbalahan yang tidak kunjung sudah terhadap perkara-perkara furu' Islam.
Imam Banna meletakkan 20 Usul sebagai panduan, ianya adalah;


TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

sumber: dakwah.info/

0 comments: