Firman Allah SWT: Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan),
maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti
ang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar (maka)
sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang
sabar. (an-Nahl:126)
Huraian
Sifat sabar dalam menghadapi kesempitan, kesusahan dan penderitaan
berfungsi mendidik, mengasuh dan menyediakan jiwa manusia supaya
tidak hilang semangat setiap kali ditimpa kesusahan dan rebah
serta cemas ketika dalam kesempitan. Itulah sifat tabah, gigih
dan teguh sehingga dirasakan malapetaka bertukar menjadi manis.
Sikap sabar dan memaafkan perbuatan orang yang suka menyakiti
kita adalah satu sifat yang mulia kerana sikap ini boleh
membentuk pihak yang satu lagi kearah kebaikan. Allah
menghendaki kebaikan terhadap hambanya kerana ke jalan itu
sentiasa terbentang luas.
Allah telah meletakkan asas dan landasannya maka terserahlah
kepada manusia sendiri untuk memilih jalannya, kerana manusia
telah dikurniakan akal untuk berfikir dan tenaga untuk berusaha.
Kesimpulan
Sifat sabar dan suka memaafkan kesilapan orang lain adalah
sikap yang baik daripada sikap membalas balik perbuatan
tersebut. Sikap sabar mampu membawa keamanan dan
keharmonian manusia sejagat.
Thursday, 16 April 2009
Keindahan orang yang sabar
Posted by amn077 at 21:50
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment