Setiap makhluk, tidak boleh melarikan diri drpd mati termasuk binatang, jin malaikat, termasuk malaikat yang mengambil nyawa. Kematian adalah satu hakikat hidup. Dalam surat al-Ahzab, ayat 16 dijelaskan: katakanlah. lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri drpd kematian atau pembunuhan dan jika kamu terhindar dari kematian, kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja.
Ketika ditanya tentang kematian, Rasulullah s.a.w menjawab manusia yang baik budi dan akhlaknya, manakala manusia yang terkaya adalah mereka yang banyak ingatkan MATI , juga baik persediaannya. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal, utk bekalan mati. Sedangkan orang yg bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsu, tetapi mengharapkan keampunan Allah tanpa amal.
Walaupun demikian, mereka yang banyak melakukan dosa dan derhaka kepada Allah, mati itu adalah sesuatu yang menakutkan. Mereka tahu tentang balasan baik dan jahat di akhirat kelak, namun mereka leka tidak menyediakan bekalan baginya. Mengenai sikap golongan ini, Allah berfirman (al-Baqarah:95) yang bermaksud dan sekali-kali mereka tidak akan mengingini kematian itu selama-lamanya, kerana kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh tangan mereka sendiri, dan Allah Maha mengetahui siapa orang yang melakukan kezaliman.
Keterangan diatas menjelaskan bahawa kematian itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bagi mereka yang beriman dan cukup persediaan menjadikan hidup di dunia ini sebagai tempat semaian akhirat, menganggap bahawa dunia ini hanya tempat laluan untuk ke negeri yang kekal abadi, iaitu akhirat.
Bagi mereka yang kelu dan terpesona dengan keghairahan dunia, yang sleama ini menganggap dunia ini terlalu mengasyikkan, maka mati bererti kemusnahan segala-galanya, pada hal hidup di dunia ini hanyalah sementara dan penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Apabila diperingatkan dengan seksa ketika berhdapan dengan sakaratul maut, juga soalan-soalan kubur, terbentang dalam pemikiran tentang seksa-seksa yang mengerikan
Renungkanlah...
sumber: myadha.blogspot.com
Saturday, 11 April 2009
Mengingati Kematian
Posted by amn077 at 22:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment